Ebook Teori vs Ebook Praktikal : Salah Anggapan

Assalamu’alaikum / Salam Sejahtera,

Apa khabar anda semua? Moga sihat hendaknya.

Kali ini, saya ingin memberikan satu pandangan yang mungkin ada sesetengah orang tidak mempersetujuinya, atau mungkin selepas membaca tulisan ini, mereka akan berfikir sejenak.

Apa yang saya ingin perkatakan di sini adalah, ramai yang memandang serong kepada ebook (atau buku) yang berbentuk teori. Apabila mereka membeli dan mendapati ebook tersebut tidak membantu mereka, lantas dikatakan, “ebook ni hampeh, kosong! Teori jer lebih. Kat internet berlambak!”. Katanya itu betul dan juga salah.

Betulnya adalah kerana kebanyakan isi kandungan ebook tersebut dia sudah ketahui, maka sebab itulah dimaki-hamun ebook dan juga penulis ebook tersebut. Namun kata-kata itu salah kerana kepada orang lain ebook tersebut bermanfaat dan no problem, cuma bagi dia sahaja yang tidak berkenan.

Ebook praktikal? Ebook jenis ini lebih membantu pembaca kerana ia lebih kepada bentuk “how to”. Yang tak tahu buat, jadi tahu buat. Yang tak jelas, semakin jelas dengan penerangan langkah demi langkah seperti ada rajah dan bergambar. Contoh ebook “how to” adalah Ebook Panduan Membina Blog WordPress yang dihasilkan oleh saya. Ebook ini mengajar pembaca membina blog sendiri menggunakan sistem blog wordpress dan tidak seperti ebook teori yang hanya mengatakan, “anda perlu membina blog untuk melakukan marketing” tanpa mengajar bagaimana cara bina blog. Namun, kedua-duanya ada pro dan kontra serta bergantung kepada keadaan.

Kesimpulan di sini adalah kita perlu memahami konsep ilmu pengetahuan. Jika kita beli dan kemudian maki hamun, sudah nampak benar kita tidak memahami konsep menimba ilmu pengetahuan daripada ebook atau buku. Lainlah jika ebook tersebut indah khabar dari rupa, atau mengajar pembaca melakukan sesuatu yang salah dari segi etika, maka anda berhak untuk tidak puas hati.

Ebook adalah salah satu medium perkongsian ilmu selain daripada blog atau laman web, maka tidak wajar sama-sekali kita mengatakan tidak perlu membeli ebook kerana ebook itu sendiri adalah medium pembelajaran di internet selain daripada laman web. Ramai yang tidak faham asas ebook ini lantas menimbulkan fitnah yang tidak sepatutnya dan juga menjadi tukang membuat keputusan kepada orang lain.

Asas ebook adalah AMAT berbeza dengan mencari sendiri di internet. Melalui ebook, semuanya telah disusun rapi, kemas, mengikut turutan, ada support daripada penulis, dan sudah semestinya tidak bercelaru. Dengan mencari sendiri di internet, kebanyakan orang akan dibelenggu oleh PENYAKIT LIMPAHAN MAKLUMAT (information overload) akibat ilmu yang dijumpai tidak tersusun, bertentangan di antara satu sama lain, tidak dikemas-kini dan lain-lain lagi. Lainlah jika anda mempunyai kemahiran mencari maklumat, ada disiplin diri, pengurusan masa (serta masa yang banyak!), maka silalah mencari sendiri tanpa perlu membeli ebook.

Sebagai contoh, ebook panduan wordpress yang saya hasilkan menunjukkan langkah awal sampai akhir bagaimana untuk membina blog. Namun, di internet juga ada, saya tidak nafikan kerana saya juga belajar di sana dan mencari sendiri. Tapi tahukah anda, saya mengambil masa berbulan-bulan lamanya bahkan hampir setahun dengan trial and error untuk menguasai blog wordpress.

Tapi dengan ebook tersebut, pembeli (pembaca) akan tahu dan boleh membina serta menggunakan blog wordpress hanya dalam satu malam! Maka anda lihat di sini, ebook TIDAK SAMA dengan mencari sendiri di internet, masa adalah WANG (bukan emas, sebab tak semua orang ada emas, hehe). Atau lebih mudah, TIME = MONEY.

Berbalik kepada topik, janganlah memaki-hamun sesuatu buku atau ebook yang di dalamnya ada ilmu yang bermanfaat. Teori atau praktikal, kedua-duanya memberikan manfaat jika kita pandai mengadaptasikan pelajaran yang terkandung di dalamnya. Tidak semua orang seperti anda kerana ada yang sukakan ebook teori (no problem!) dan ada juga yang anti (kat internet banyak, itu kata mereka!).

Sekali lagi, tak semua orang sama. Lain orang lain ragam, cara dan prinsip serta keperluan. Pendapat kita kadang-kadang hanya sesuai untuk kita. Begitu juga dengan tulisan saya ini, ia pendapat saya sahaja, tetapi mungkin ia sesuai juga untuk anda.

Ambillah jalan tengah iaitu jika anda merasakan ebook yang dijual oleh seseorang diperlukan oleh anda, maka belilah. Tanya penulis ebook itu adakah ebook tersebut begini dan begini dan adakah ia sesuai untuk anda dengan tahap semasa anda sekarang. Kaji dan tanya pendapat orang lain adakah ebook tersebut bagus dan bermanfaat.

JANGAN BERKONGSI EBOOK sudah lah yer. Ia salah di sisi etika dan hakcipta. Ebook tak sama macam buku fizikal yang boleh dipinjam-pinjam. Maksudnya, ebook tersebut hanya untuk anda sahaja atau boleh dibaca oleh orang lain di komputer anda sahaja. Tidak boleh di-transfer atau di-copy ke dalam komputer orang lain yang mana bukan untuk kegunaan anda. Hormatilah hasil penat-lelah orang lain. 😉

Sebagai penutup, kita sebagai orang Islam atau sebagai seorang manusia yang berfikiran baik, maka jalan terbaik adalah jalan tengah (ajaran Islam). Ebook teori atau ebook praktikal semuanya ada kebaikan masing-masing. Cuma, anda yang tentukan ia diperlukan ataupun tidak. Jangan memaki-hamun atau marah tak tentu pasal, kerana yang dimaki itu adalah ilmu walaupun ia secebis file di dalam komputer.

Jadilah manusia yang bersikap rasional. Mana-mana ebook semuanya bagus walaupun isi kandungannya banyak di internet atau sudah ada diterbitkan. Kita tidak boleh menghukum bahawa ebook ini tidak payah dibeli sebab ada banyak di internet. Kita tak berhak memutuskan sebegitu kerana seperti yang saya katakan, lain orang lain kehendak dan keperluan. Jika ia tidak sesuai untuk anda, maka berdiam diri adalah jalan terbaik, melainkan bersuara untuk kebaikan bersama.

Wassalam.

PS. Industri ebook JANGAN dibanding dengan industri buku fizikal, ia adalah industri yang ‘berbeza’. Saya akan menulis hal ini nanti.

PPS. Psst, dah dapatkan ebook praktikal saya? Klik di sini. 😉

PPPS. Dapatkan ebook percuma Panduan PayPal versi 2 (kemaskini) sekarang! kepada subscriber, sila semak emel anda.. Klik pada imej ebook untuk dapatkan ebook panduan paypal ini:

ebook percuma

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

24 thoughts on “Ebook Teori vs Ebook Praktikal : Salah Anggapan

  1. zul,
    terima kasih di atas ilmu hari ni.

    dlm hidup saya, amalan berdoa pada mlm dan awal pagi, utk memohon memaafkan semua org yg buat salah kpd saya, menjadikan saya seorang yg penyabar dan selalu menganggap mereka yg membuat silap itu, kemungkinan besar akibat kecuaian kecil drpd pemikiran/keputusan mereka sahaja.
    bagi diri saya yg baru dlm dunia ebiz, perkongsian ilmu yg hebat2 drpd pakar2 ebiz kat blog zul, irfan, alang, shuth, saifulsham, sham, tuahemas dan forum wangcyber, banyak membantu saya mendalami ilmu ini. sekalung jutaan terima kasih saya ucapkan, diharap ALLAH memberkati ilmu mereka semua.

  2. Assalamualaikum / Salam Sejahtera

    Ebook Praktikal memberi kepuasan kepada saya sebab saya dapat praktikkan ilmu dan panduan yang ada di dalam ebook itu. Ebook Praktikal Zul yang saya beli dan dah pun saya praktikkan serba sedikit dan hasilnya saya puas hati.

    Ebook “Panduan Membina Blog WordPress” tulisan Zul..telah membantu saya menghasilkan sebuah blog yang baik (tapi tak dapat lawan blog Zul…heheheh).

    Jemputlah ke blog saya.. hasil dari Ebook Praktikal Zul

    http:www.BijakBisnes.com/blog

    TQ

  3. Ebook Panduan PayPal Zul antara yang praktikal. Saya baru je wat verify PayPal dengan panduan yang Zul bagi. Tu pun pasal nak claim komisyen Mike Filsaime tu. Kalu tak sampai sudah la tak verify. Hehe

  4. heheheh…ni la masalah yang sering dihadapi oleh penulis ebook..kdg² expetation orang sangat tinggi..dengan beli satu ebook dia akan paham semuanya…Kadang² adalah lebih baik tak didedahkan semuanya..Jadikan ebook yang dibeli tu sebagai pemankin untuk dapatkan ilmu lain seperti marketing, teknik² dan sebagainya…

    Memang susah nak puaskan hati semua orang.Tapi biarlah 98% dari mereka berpuas hati.

  5. mungkin salah satu solusi yang boleh dibuat, mention level ebook tersebut. Contohnya ebook tersebut sesuai untuk siapa? newbie? atau mereka yang berada di tahap mid newbie or etc. So that, pembeli takde la kecewa sangat if ebook yang diorang beli rasa tak berbaloi…

  6. Bukan senang nak tulis e-book ni.

    Ia memakan masa untuk research bahan – samaada online atau offline (dengan membeli buku2 rujukan, majalah, manual, newspaper berkaitan topik).
    Kadang2 ia seperti nak menulis thesis pula, sebab adakalanya bab-bab mencecah lebih 15 chapters, mukasurat pun lebih 100… tak termasuk nak kena cari gambar, lukis gambarajah, tambah screenshots dan sebagainya. Selepas tu kena cari orang untuk proof-read dan edit kandungan.

    Kalau ebook tentang penggunaan sesuatu software pula, dah lah kena tulis cara penggunaan, kita pun kena buat screenshots, edit screenshots… dan memang betul2 guna software tersebut supaya setiap benda yang penting tak tertinggal.

    Saya respect pada mereka yang menulis ebook – tak kiralah report 10 mukasurat atau manual sampai 500 pages – yang penting, hasil karya adalah penulisan mereka sendiri, bukan copy-paste hasil kerja orang lain…

    1. Betul tu, tapi sayang nya orang tak menghargai ebook ni.
      mereka ingatkan ia tidak berkualiti berbanding dengan video. Padahal ebook lagi susah hendak menghasilkannya.

      1. memang betul sangat apa kak G kata kan tu…
        ebook bukan senang nak buat…
        kena buat banyak benda…

        utk hamid, kadang2 mereka ni tak suka membaca…
        sebab tu mereka tak hargai ebook…
        padahal ebook lebih banyak benda yang boleh dibelajarkan…

        han

        1. ni tak boleh salah kan mereka juga…
          kita juga ada kelemahan kita…
          kalau dikirakan, membaca baik untuk otak…
          entah kenapa mereka tak suka membaca…

          kadang2 mereka lebih suka membaca buku hiburan dari buku yang berfaedah…
          ni lah sikap manusia…

          han

        2. Biasa la Han
          Masing² mempunyai minat sendiri.

          Cuma kita perlu pandai memilih 😉 antara hiburan dan Ilmu 😉

  7. Pingback: Peluang Perniagaan Internet, Usahawan Internet Malaysia Berjaya, Cari Duit, Motivasi » Cerita Kayu Api dan Ebook
    1. ni kena tanya zul la…
      nanti zul balik, boleh lah tanya di forum pakej kit blogger tu…
      mungkin situ ramai yang tahu kot…

      kalau tak pun, cuba tanya kat wangcyber…
      otai2 situ mungkin dapat tolong…

      han

      1. Ok Han
        InsyaAllah nanti cuba tanya kat wangcyber.
        kalau tanya kat forum pakej kit blogger tak leh sebab ia khas untuk pembeli sahaja 😆

  8. hahaaa… maki hamun ebook. mereka sebenarnya tak reti nak guna, kalo dah berlambak kat internet baik tak payah dapatkan ebook tersebut. cari dan cuba buat sendiri dan tahulah macam mana hampeh atau tidak ebook yang kita hasilkan nanti… nak tahu kena belajar laa cara nak buat ebook denga raja adsense ( peomote laa pulok?)

  9. salam Tuan Zul n all,

    wah,,selepas 4year baru sy jumpa page ni..mm.salah satu topik yang menarik kenapa saya beralih dari buku biasa ke e-book adalah kerana saya sering diperli bila membaca buku-buku motivasi dan setiap kali saya membeli buku motivasi pasti ada yang “tersenyum” pada saya kerana mereka kata saya tak “termotivasipun” even sy baca sejuta buku..sbb buat busness tak kaya2.so..bila beli e-book nobody know kan wat v read,,tahniah pada semua penulis e-book..teruskan usaha anda.

    1. Salam Mawar Biru,

      Terima kasih. Itulah kelebihan ebook. Ada sesetengah topik pembeli segan untuk membelinya di kedai buku, tetapi dengan ebook, penjual tidak kenal siapa pun mereka. 🙂

      Mungkin kita lagi gembira dengan kewujudan penerbit ebook ini: http://www.EducatticMind.com 🙂

      Mohon tanya pendapat saudari, apakah tajuk ebook cadangan yang saudari ‘rasa’ mahu? Kami boleh usahakan.

      1. Terima Kasih Tuan Zul,

        saya benar2 mahu..jika ada..ebook.

        “BAGAIMANA MEMAHAMI ORANG YANG GAGAL”.saya terjumpa buku “BERANI GAGAL” tapi ianya lebih kepada kita memahami diri sendiri dan menangani masalah diri kita terhadap tanggapan orang dan mengajar kita erti gagal yg sebenar.so,kita memang paham pun sebab kita memang dah gagal..hehehe

        Tetapi saya tak pernah lagi terjumpa buku atau infomasi yang menerangkan bagaimana memahami orang yang gagal.tak kira samada dari segi kehidupan peribadi atau busness.
        sebab orang yang gagal mempnyai emosi yang sangat sensetif,,silap2 boleh bunuh diri,ramai juga yang pakai baju butang belakang ataupun menghadapi masalah kemurungan .
        jadi bagaimana membuat orang sekeliling kita faham yang kita sedang “gagal” dan menempuhi saat yang sangat2 sukar..kadang2 mereka terlalu “bertegas” haa itulah kan dah kata….ha inilah buat apapun memang k o la….kan kalau ada buku..senang beli saja dan bagi free kat dia orang n cakap…” aku nak ko baca ni,,sebab buku ni boleh “bercakap” untuk aku dan paham apa yang aku rasa…”(kalau melibatkan orang tua lagi senang nak berkias..bagi buku je..lebih sopan..)tak pyh cakap panjang2.
        kerana banyak manfaatnya jika teguran dan nasihat dari mereka yang paham situasi org yg gagal ni kena dengan cara,silap2 insan tersebut menjadi sebutir intan dari org yg tak ada apa2….

        1. Terima kasih di atas cadangan di atas. Saya akan cuba usahakan. Benar, memahami orang yang ‘gagal’ adalah penting supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak elok. Gagal yang sebenar adalah berhenti berusaha, sebaliknya gagal meraih hasil hanyalah satu maklum balas bahawa kita perlu berusaha lagi dengan cara yang lebih betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *