Ebook Saya Dibeli Oleh Pakar Internet Marketing!

Dalam minggu lepas, saya telah menghantar satu emel beserta ebook panduan wordpress (pakej kit blogger) kepada Sabri SaifulSham yang siapa tak kenal, internet marketer yang begitu berjaya. Saya berharap beliau dapat memberikan komen atau pandangan terhadap ebook saya tersebut kerana beliau adalah mentor saya (saya ikuti seminar saifulsham) dan berharap ada sesuatu yang boleh saya perbaiki untuk ebook itu.

TETAPI…

“Biar saya berkata jujur. Sesungguhnya kali pertama
saya mendapat ebook BloggingSteps ini secara
keseluruhannya adalah secara PERCUMA dari Zul SmartUsaha
sendiri untuk direview.

Saya mengambil beberapa hari untuk membaca pengisiannya
kerana kandungannya yang terlalu lengkap. Impression
pertama saya, BANYAKNYA BENDA! Tidak seperti ebook2
separa-lengkap mat salleh berkaitan blogging yang pernah
saya baca… πŸ™‚

Beberapa hari kemudian, setelah habis membaca dan
meneliti kandungan Ebook BloggingSteps ini, saya
segera MEMBAYAR Zul dengan duit saya sendiri semata-mata
kerana saya ingin mendapat semua faedah sebagai pelanggan
Zul! Ya, saya membayar walaupun saya dapat percuma. It’s
that good and comprehensive!

Satu pesanan saya untuk Zul, pakej ini tidak sewajarnya
dipanggil Kit Blogger kerana kit adalah benda yang ringkas.
Tetapi ebook Zul ini seperti Ensiklopedia Blog.

Terima kasih Zul kerana memberi peluang saya meneliti
“Enksilopedia” Blog Zul terlebih dahulu. Harga yang Zul
berikan cukup berbaloi jika dibandingkan dengan isinya
yang mantap, saya rasa tidak adil jika sekadar baca
secara percuma.

Jika anda belum mempunyai blog, atau ingin mengupah orang
untuk membina blog, atau mempertimbangkan untuk mendapatkan
buku panduan blog mat salleh, berhenti.

Dapatkan ebook ini dahulu. Anda tidak akan menyesal.

Saya jamin.

Sabri SaifulSham
www.saifulsham.com
We Care, We Give & We Share”

Ya, beliau yang seorang pakar + mentor saya, telah membayar untuk ebook ini tanpa diminta oleh saya.. Komen yang saya minta, bayaran pula yang diberi.. πŸ˜‰

Saya bukan nak buat hype atau panas-panaskan pakej ebook saya, tetapi ikhlas saya nyatakan, prinsip saya dalam menghasilkan produk, biar pembeli puas hati dan bayaran yang dikeluarkan berbaloi. InsyaAllah.

Kepada Sabri dan Team SaifulSham khususnya, terima kasih atas ‘komen’ di atas. πŸ™‚ Apa yang saya pasti, saya telah bertungkus-lumus siang dan malam untuk hasilkan pakej produk ini agar pembeli dapat memperolehi manfaat daripadanya. Malah yang lebih gembira, bilangan blog semakin bertambah, semua orang dah tahu guna blog, ia satu pencapaian yang membanggakan saya! (biar la syok sendiri..). πŸ˜‰ Dan dalam masa yang terdekat ini, versi kemas-kini akan dilancarkan..

Selain daripada kata-kata Sabri di atas, saya juga akan meletak kata-kata pelanggan saya di post berikutnya tanpa diedit walau sepatah perkataan pun…

5 Tips Wajib Diketahui:

1. Dalam perniagaan internet, produk yang hebat bukan titik terakhir, tetapi servis selepas jualan adalah lebih penting. Ini kerana, kita akan membina perhubungan (relationship) dengan pembeli itu dan mereka biasanya akan menjadi pelanggan tetap kita untuk lain-lain produk atau perkhidmatan. Maka, utamakan relationship dan jangan terlampau menyuruh mereka membeli dan membeli…

2. Menjadi usahawan yang ikhlas, jujur dan tidak berkira sangat (over-deliver), akhirnya akan memberikan anda pelbagai peluang yang lain (rezeki bertambah).. πŸ˜‰ Saya sentiasa berusaha untuk memiliki ciri-ciri ini termasuk memberikan perkhidmatan yang tip top, walaupun kadang-kadang tersasar juga (its normal).

3. Jika produk anda berkualiti, pembeli akan membantu anda dalam memberikan kata-kata yang manis terhadap produk itu. Salah satu perkara yang wajib diletakkan dalam laman web jualan ialah, testimoni pembeli. Sebab, bakal pembeli ingin tahu adakah produk yang dijual itu benar-benar bagus dan menjadi? Mereka mahu dengar kata-kata mereka yang telah membeli, dan mereka tidak mahu dengar lebih kata-kata anda. πŸ˜‰

4. Tidak ada produk yang terbaik, tetapi apa yang ada ialah produk yang sentiasa diperbaiki dan dikemaskini dari semasa ke semasa. Dengar dan ambil serius komen pelanggan anda.. Apa yang mereka nyatakan, kadang-kadang kita tidak perasan atau sedar.

5. Tidak perlu buat hype atau gembar-gembur berlebih-lebihan akan produk anda. Sebaliknya, nyatakan yang sebenar-benarnya apakah yang akan diberikan oleh produk tersebut. Tidak perlu hyper-bombastik dan berlebih-lebihan. Bakal pembeli hanya nak tahu, “apa yang akan saya dapat sebenarnya dari produk ini?”. Jangan cuba bersulam kata yang manis, kalau ia hanya indah khabar dari rupa!

PS. Pakej Kit Blogger bukan hanya sekadar cara install blog! πŸ˜‰

PPS. Satu item baru telah ditambah iaitu cara upgrade blog wordpress (video+ebook) untuk pakej ini yang bernilai RM49.00 tetapi ia percuma untuk pembeli pakej ini. Dan seperti biasa saya akan ter-over-deliver, ia bukan hanya cara upgrade, tapi ada perkara lain yang disertakan iaitu _______________.

PPPS. Bengkel EbizMalaysia.Com kali ke-4 akan diadakan pada 24/2/07 (sabtu) ini. Pendaftaran akan dibuka nanti.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

19 thoughts on “Ebook Saya Dibeli Oleh Pakar Internet Marketing!

  1. WOW!!!

    Tentunya ebook Pakej Kit Blogger mempunyai kandungan yang menarik dan hebat. Sebebnya Sabri SaifulSham sanggup membayar harga ebook tu walaupun diberi percuma oleh Zul.

    Ramai di luar sana dah tak sabar2 nak memiliki ebook ini…begitu juga saya..
    TQ Zul sebab dapat menghasilkan ebook yang hebat.

  2. betul apa yg dikatakan oleh sabri,

    inilah ebook pertama yg saya miliki mempunyai banyak info dan support yg kuat hinggakan saya yg duhulunya kosong/tiada ilmu blog wordpress, kini mampu memiliki satu blog, walaupun theme dan kandungan blog saya tak seberapa hebat berbanding blogger lain, namun saya amat puas hati.

    satu lagi, kesabaran dan masa yg panjang diperlukan utk kita membina network. slps pelanggan/network kita telah ramai & yakin dgn kredibiliti kita spt smartzul, saya yakin kita juallah apa2 produk pun, kelak ramai yg akan jadi pelanggan.

    selain itu, bertuahnya jadi pelanggan & pembaca setia blognya kerana terdapat banyak tips/ebook yg berkualiti contentnya diberikan secara percuma saja. inilah namanya usahawan islam yg pemurah.
    sorry, kerana taip panjang sikit kali ini. just luahan hati ini saja sempena genap umur 28 thn hari ni.

  3. Kalo ikutkan ati mahu je bank-in kan duit buat bayaran pendahuluan kat maybank SmartZul.. standby πŸ˜‰ Takut melepaslah πŸ™‚ .Tahu tak? Untuk versi terkini pakej kit blogger ni.. sesuatu istimewa akan SmartZul sertakan.. Rasanya semua yang telah membeli produk SmartZul terdahulu seperti saya dah tahu kot ape bendanya πŸ™‚ . Smartzul ape kata buka sehari awal tuk pembeli terdahulu hee..hee..hee..

  4. Yes!!! Saya baru jer dapat mesej dari SmartZul (dari sumber tertentu pembeli terdahulu).. SmartZul akan umumkan dahulu pada ahli terdahulu pakej kit blogger versi terbaru nie.. Macam nak borong semua je hee.. hee..

  5. Betul ke camtu?!!! Aise.., nasib tak baik la kpd customer baru? Huhu. Zul, klau camtu, include kan saye sbagi ‘ahli terdahulu pakej kit blogger’,, boleh? hehe.

  6. Tahniah Zul, πŸ™‚
    Rasanya tak sabar nak tunggu ebook versi upgrade nie πŸ™‚ , memang puas hatilah beli produk dari Zul ni..Ikhlas & terus terang memang puas hati…..Terima Kasih Zul…Yang belum memiliki, saya yakin ebook Zul nie utk anda… πŸ™‚

  7. Yap.. saya setuju apa yang Zul katakan. Kita jangan over promise dan jangan sesekali memaksa pelanggan membeli.

    Tugas kita sebagai penjual nie hanya menerangkan kelebihan produk kita. Cuba tengok orang Cina berniaga dan orang Melayu berniaga? Ada beza x?

    Cina kalo menjual xde la cerita suruh beli jer tapi yang dia cerita produk dia jer.

    Apa2 pun Zul bagi saya memang buat apa yang dikata. Saya suka kata-kata Zul yang xkan saya lupa. “Memberi dulu baru la kita dapat menerima.”

    P/S: Mekasih tegur saya masa ber-YM tu.. saya dah ada kit blogger nie tapi la nie x buat2 lagi blog berbayar. Insyaallah saya akan buat yea Zul.

    Hem.. nak tanya orang yang dah ada kit blogger sebelum nie macam mana yea? Ke dapat harga promosi ke? πŸ™‚

  8. Eh, Jebat, bonus terbaru tu untuk semua pembeli. Maksudnya, orang dulu2 beli akan dapat free tanpa bayaran tambahan. Dan yg akan baru beli, benda ni akan terus dapat. πŸ™‚

    Kepada semua, terima kasih. Jangan la puji melambung-lambung, takut saya.. Lain orang lain pandangan.. πŸ™‚ Sebarang komen membina saya akan terima dengan hati terbuka.

    InsyaAllah saya janji, Isnin ni benda ni akan siap. Banyak ni nak bagi.. πŸ™‚ One price, for more than one item.. πŸ˜‰ yes, i’m very over-deliver.. hehe..

    1. wohohooo… dibagi tawaran percuma namun demikian dibuat bayaran. cukup menarik nampaknya… memang berbaloi laa kalo bayar pun… bukan calang-calang… nanti saya nak try buat ebook sempoi panduan wordpress versi saya pulak…

  9. Memang sebuah ebook yang sangat saya cadangkan..kerana saya pernah mendapatkannya..isi kandungannya mantap dan penting bukan setakat mengenai blog sahaja tapi siap dengan cara-cara marketing dan buat duit dengan blog..(alamak terlebih pula Zul sorry yer..)

    Pada yang diluar sana anda akan rugi jika anda tidak mendapatkannya tapi ingat kenalah amalkan apa yang Zul ajar kat situ jangan beli dan buat koleksi saja..ye tak Zul..

    ps: ingin betul nak jumpa Zul tapi belum dapat lagi..hari tu kalau tahu saifulsham ada buat perjumpaan dengan bekas protoge mereka memang saya tak lepaskan nak jumpa semua..tapi saya balik sabah sebab isteri besalin kat sana..apa pun harap suatu masa nanti dapat bersemuka dengan Zil

  10. Memang sebuah ebook yang sangat saya cadangkan..kerana saya pernah mendapatkannya..isi kandungannya mantap dan penting bukan setakat mengenai blog sahaja tapi siap dengan cara-cara marketing dan buat duit dengan blog..(alamak terlebih pula Zul sorry yer..)

    Pada yang diluar sana anda akan rugi jika anda tidak mendapatkannya tapi ingat kenalah amalkan apa yang Zul ajar kat situ jangan beli dan buat koleksi saja..ye tak Zul..

    ps: ingin betul nak jumpa Zul tapi belum dapat lagi..hari tu kalau tahu saifulsham ada buat perjumpaan dengan bekas protoge mereka memang saya tak lepaskan nak jumpa semua..tapi saya balik sabah sebab isteri besalin kat sana..apa pun harap suatu masa nanti dapat bersemuka dengan Zul

  11. hahaaa… ini satu lagi testimoni yang membolehkan ebook zul laris berkali ganda… dan juga testimoni dari costumer zul yang dah beli ebook zul. apohalpun selamat maju jaya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *