Ebook Rahsia RM1.00 Akan Direalisasikan

Idea ebook Rahsia Satu Ringgit ini sebenarnya hanya idea spontan saya sahaja semasa menulis satu artikel sebelum ini. Saya ni banyak sangat idea, kadang-kadang datang secara spontan dan di mana-mana sahaja.

Saya ada satu buku idea dan ia penuh dengan macam-macam idea yang belum sempat lagi dilaksanakan. Dah ada beberapa produk yang telah berjaya direalisasikan. Produk-produk seperti EZsurvey, Panduan FTP, Sistem DPP, semua itu adalah idea-idea ‘spontan’. Kalau nak idea ebiz, saya boleh consult anda. πŸ˜€

*Anda wajib ada buku idea. Ia penting untuk anda fokus dan memastikan idea anda tidak hilang begitu saja. Boleh baca artikel saya bertajuk Perniagaan Internet: Cara Untuk Fokus untuk tahu cara menguruskan idea.

Berbalik kepada tajuk di atas, setelah meluangkan sedikit masa, akhirnya saya telah menggariskan pengisian untuk ebook ini. Ebook ini berbentuk “short report” sahaja.

Tapi saya belum pasti untuk menjualnya atau memberinya secara percuma sahaja. Tengok keadaan atau mungkin ada strategi lain untuk saya terima bayaran. Mungkin buat back end. Saya juga akan rangka strategi agar anda dapat jadi agen affiliate. Komisen bukan RM1.00, tapi lebih daripada itu.

Excited punya pasal, draf ecover pun dah siap. Terima kasih kepada Mazlie (www.VirtualNiaga.com) untuk ecover yang amat cun berikut:

rahsia satu ringgit

Ebook ini akan diterbitkan mungkin pada pertengahan bulan Mei nanti setelah projek-projek perniagaan Internet sedia ada saya sekarang selesai.

Adios.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

16 thoughts on “Ebook Rahsia RM1.00 Akan Direalisasikan

  1. Saya dari dulu sampai sekarang mengikuti perkembangan smartzul..memang saya kagum sungguh! Saya rasa ebook tu kalau nak bagi free..ok jugak cuma saya lebih berkenan dijual RM1 daripada bagi free πŸ™‚ tapi kalau nak jual pon saya bersetuju kerana saya memang yakin dengan kualiti produk smartzul bagi saya takdek istilah ‘rugi beli’. Berekanaan ecover saya mencadangkan grafik duit tu tukar dollar kepada duit RM sesuai dengan title Rahsia RM1 lagi pon untuk market Malaysia je kan? Heee..tu pandangan saya πŸ˜‰

    1. Terima kasih abgzol. Ecover kat atas masih draf dan saya buat untuk pra promosi dulu. Mmg saya akan tukar, insyaAllah.

      Thanks atas support abgzol selama ni.

      Pasal jual atau free, saya akan fikir strategi agar semua orang dapat manfaat. πŸ˜€

      ps. Susah nak cari grafik duit Malaysia ni. Kekurangan sumber stock images. Ini ‘masalah’ IM market Malaysia hadapi.

      1. Kadang2 jual ni bagus dari bagi free. Yela, tak semua orang nak hargai “benda free”, bila letak harga, barula ada yang “bukak mata dan hati” untuk menilai..RM 1 dah cantik dah, penah juga promote, produk satu dollar neh, so dapatlah skit income πŸ˜€

  2. Wah lepas satu-satu…perkembangan yang sangat memberangsangkan. Saya doakan semoga idea-idea yang direalisasikan menjadi ebook ini menjadi santapan yang sangat berguna buat semua pembaca.

    Tahniah zulfadli dan semoga terus melangkah menuju kejayaan!

    Salam perniagaan dan salam kejayaan.

    πŸ™‚

  3. Zul skang nie banyak betul idea yang ingin dikongsikan
    tahniah…kadang yang kuar spontan lebih berharga

  4. Terima kasih atas komen semua.

    Pasal ecover tu, ia baru draf dan dibuat sekadar untuk pra promosi sahaja. Kalau ada pandangan untuk jadikan ecover lg bagus, dipersilakan.

  5. Saya setuju dengan buku idea yang Zul praktikkan kekadang kita ni hanya manusia biasa selalu datang idea yg mencurah tetiba.

    Lepas tu akan hilang dan kita lupa. Jadi dengan buku idea ni satu cara untuk kita dapatkan kembali idea2 tersebut.

    Ebook Rahsia satu Ringgit memang orang2 seperti saya tunggu sebab pengalaman Zul sejak bertahun2 dulu dapat memberi manfaat kepada orang2 baru macam saya.

    Percuma atau berbayar bukan soalnya pada saya tapi ilmu yg diperolehi merupakan suatu yang perlu dihargai dan diamalkan.

  6. Mengenai grafik ecover, itulah ‘masalah’ paling besar sebenarnya. Tiada imej yang datang dari Malaysia. Kalau ada, takut ada isu hakcipta.

    Dan kalau ada pun, imejnya tak berkualiti, dan imej ringgit kurang, maksud kurang disini ialah, dari segi position etc.

    Jadi, susah designer nak design. Actually, saya dah cari gambar imej ringit sebelum ni, tapi takde satu pun yang berkenan dan low kualiti.

    Maybe Zul boleh tangkap gambar 1 ringgit ni nanti dan berikan kepada saya untuk saya design.

    Thanks,

    Mazlie

    p/s: Saya takde kamera..hohoho!! Designer yang humble :p

  7. hmm…ideal bagus ni walaupun spontan. boleh la bantu newbie2 yg bru nak berjinak dalam dunia IM ni πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *