Lagi Produk Bakal Terbit
Selain ebook Teknik Mudah Affiliate yang akan terbit dalam masa terdekat ini, ada beberapa lagi produk yang akan cuba disiapkan sebelum hari raya. Antaranya adalah:
1. Video Panduan Asas Perniagaan Internet
Produk ini adalah siri Projek CD yang saya hebahkan dahulu. Kepada pembeli Pakej 101, produk ini adalah percuma untuk anda. Saya akan terus pos apabila ia siap sepenuhnya nanti.

Seperti yang tertera pada tajuk, ia adalah asas. Namun akan dibicarakan dalam penerangan yang jelas (insyaAllah).
2. 7 Cara Promosi di Internet

Ebook ini dihasilkan sebagai panduan untuk mereka yang sering bertanyakan bagaimana cara promosi yang berkesan di internet.
Kredit design: PuteraDesign.com (Hamid Salim). Boleh gunakan servis beliau jika anda mahu buat ecover atau design minisite.
3. Video Panduan Pemasangan Blog dot Com

Sepatutnya produk ini telah lama siap. Tapi atas sebab masalah teknikal tertentu, proses penyiapan sedikit terganggu. Akan disiapkan paling lewat pun selepas raya nanti.
Walaupun panduan blog seperti Pakej Kit Blogger telah ada, namun panduan dalam bentuk video ini saya sasarkan kepada mereka yang lebih suka belajar melalui video. Dan ada sedikit tambahan ‘modul’ yang tiada pada panduan Kit Blogger.
4. Rahsia Satu Ringgit

Projek ini pun telah didedahkan dahulu. Just simple project. Mungkin akan disiapkan selepas raya.
…dan ada beberapa buah projek lagi. Saya akan umumkan nanti. Oh ya, lupa pulak!
Dalam beberapa hari ni kalau diizinkan Allah, saya akan lancarkan satu projek percuma. Itemnya adalah video penerangan, audio interview dan juga produk jual balik. Semuanya percuma. 40% lagi nak siap.

Harapan…
Saya menulis sesebuah ebook bukan hanya niat mahukan keuntungan semata-mata, tapi dengan niat untuk membantu dan berkongsi ilmu. Sebab itu saya sedikit perlahan menghasilkan sesebuah produk informasi kerana saya tidak mahu menghasilkan sesuatu yang hanya saya sahaja yang untung tetapi pembeli kecewa.
Perancangan
Misi saya sendiri dalam perniagaan ini, saya akan menghasilkan beberapa produk informasi di internet dan kemudian akan “bersara”. Jangan salah faham.. Perkataan bersara tu ada tanda quote ya.
Sampai masa, anda akan tahu apa maksud saya.
Wassalam.















Tahniah Smartzul….lepas raya ini
makin eraih dengan kelahiran produk-produk baru
itula…Zul, kalau pelanggan diutamakan
pastinya keuntungan akan datang dengan sendirinya kemudian
Salam Zul,
Tahniah Zul atas produk – produk berkualiti yang telah dan akan Zul lancarkan nanti.
Memang tidak dinafikan, produk2 saudara Zul memang jelas dan mantap penerangannya. Senang diikuti langkah demi langkah.
Tahniah juga kerana Zul berjaya membina kredibiliti dan integriti melalui penghasilan produk dan tulisan artikel yang bermutu dan memberi manfaat dengan harga yang berpatutan.
Semoga rezeki dan perjuangan Zul sentiasa mendapat rahmat dari Allah.
Saya tunggu Ebook Teknik Mudah Affiliate…
yela sy pun tggu ebook tue..:)
"bersara" ermmmm…
chaiyok2..
Saya tunggu ebook Teknik Mudah Affiliate ni…
Zul memang mantop
Thanks Shukor.
Tahniah zul..satu perkongsian yang hebat..Memang tidak dinafikan yang selama ini zul memang banyak membantu terutama newbie seperti saya..Nampaknya lepas raya ni kita akan dibanjiri dengan perkongsian ilmu dari zul..sama-sama kita rebut peluang keemasan ini kalau mahu maju dalam IM..TQ
Itu lah. Harap2 dapat siap ikut perancangan.
Tahniah Zul, semakin banyak produk keluaran SmartUsaha sekarang ye… Saya pun sedang menanti pelancaran Panduan Mudah Affiliate tu, nak sambar satu…
Teruskan usaha anda, gambarimashou…
tahniah zul,semakin sibuk nampaknya ya?hehe, saya pasti akan dapatkan produk zul kerana sangat berkualiti. zul nak “bersara”?nanti boleh bagi tip”bersara” tu ye?
OK, nanti saya bagi tip.
“Saya menulis sesebuah ebook bukan hanya niat mahukan keuntungan semata-mata, tapi dengan niat untuk membantu dan berkongsi ilmu. Sebab itu saya sedikit perlahan menghasilkan sesebuah produk informasi kerana saya tidak mahu menghasilkan sesuatu yang hanya saya sahaja yang untung tetapi pembeli kecewa.”
Saudara Zul memang usahawan yang sering mementingkan kualiti dan servis yang baik pada pelanggan.
Harga produk Zul pun jarang “mahal” sangat hehe.
Terima kasih Jedi. Saya tengok pada kandungan produk. Kalau asas, biasanya tak letak tinggi harganya.
Video Pemasangan Blog tue ada buka resell right tak?
Safuan, ada RR.
Salam,
Waah! makin aktif Zul meniaga. rezeki bulan puasa ni
Byk la duit raye nt. hehe. Saya pembeli pakej 101.
Nanti bleh la selit angpow skali kalau pos cd tu. hehe
sham aka xplor
salam, sy pikir mahu beli nnt.. awalnya mahu “bersara”..hehe
Ok.. Mesti beli RR nie dari bro
Tahniah saudara zul.Saya rasa kagum dengan komitmen saudara dalam membantu orang-orang diluar disana yang dahagakan ilmu perniagaan internet termasuk saya.selamat maju jaya.bercadang nak panggil saudara bagi ceramah kat belia.hehe
—————–
Smartzul: Terima kasih Khairul.
ya, betul tu Khairul, saya mula mengenali saudara zulfadli ni apabila saya mula-mula belajar bagaimana membuat blog. Kalau upah orang mahal masa tu. Produk yang mula-mula saya beli di internet adalah panduan blogger beliau. Sebuah produk yang bermutu. Syabas saudara zulfadli.
——–
smartzul: Terima kasih setria atas sokongan sejak dulu lagi.
“Rahsia Satu Ringgit”..tajuk yg sangat unik.. saya menanti ebook ini dan ebook teknik mudah affiliate.
Tahniah saudara Zul.
Zul, untuk yg projek “Video Panduan Asas Perniagaan Internet” & “Video Panduan Pemasangan Blog dot Com” ade lesen RR tak?
Kalau ade memang sy nk booking awal2..sbb minat nk daptkan lesen RR kalau ada..huhu
Produk 1, 2 & 4 kemungkinan besar akan ada RR.
Zul, bila nak launch versi RR ?
Sy mcm dah ‘kehausan’ projek gak ni
Dah dapat feedback dari Zul, thanks Zul.
Nanti kalau boleh war-warkan kepada mailing list ye Zul. Boleh dapat latest update. Tak sabar nk start projek baru..Tahun baru, projek baru..uhuh