Sedang Siapkan Ebook Terbaru
6 11 2007Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Saya ada banyak artikel untuk dipublishkan, tapi saya mahu simpan dahulu dan akan kongsikan dengan anda satu demi satu. :) Lagipun, menulis blog juga perlu ada strategi oleh seorang usahawan. Dia mesti tahu, apa yang perlu ditulis pada satu-satu hari dan apakah tujuan atau manfaat tulisan tersebut untuk usaha perniagaannya di samping memberi faedah kepada para pembaca.
Jika ada produk terbaru yang akan dilancarkan oleh seseorang usahawan Internet, anda boleh ‘hidu’ dengan melihat siri-siri artikel yang topiknya agak sama dari hari ke hari di blog mereka. Teknik ini biasa digunakan oleh ramai usahawan Internet. Mereka akan menulis satu-satu topik secara berterusan sehinggalah produk mereka dilancarkan.
Sedang Siapkan Ebook Terbaru
Untuk pengetahuan anda semua, saya sekarang dalam proses menyiapkan EBook untuk Projek RM20.00 yang saya umumkan baru-baru ini. InsyaAllah, saya akan melancarkannya dalam minggu ini jika sempat. Bergantung kepada keadaan teknikal, jika tiada masalah yang timbul, saya tidak mahu lagi menangguhkan projek ini. :)
Apa yang dapat saya katakan, Ebook ini ada banyak kelebihan dan perbezaan dengan Ebook yang lain. Antaranya ialah:
1) Penulisannya mudah difahami, InsyaAllah.
2) Menyentuh topik-topik yang khusus mengenai _________ (anda akan tahu nanti). Yang pasti, huraian dan gaya penulisan yang saya gunakan amat menarik untuk dibaca dan ditatap.
3) Model dan sistem. Ini ‘part’ yang paling best. Saya akan sediakan peluang perniagaan Internet untuk anda juga iaitu melalui lesen Master Resell Rights. Sistem yang dimaksudkan di sini adalah amat simple, tapi ia dihasilkan untuk memudahkan anda memulakan perniagaan Internet dengan langkah yang mudah dengan produk ini.
4) Tajuk-tajuk yang disentuh dalam Ebook mungkin anda sudah biasa dan lama mendengarnya, TETAPI mungkin anda tidak tahu perkara yang sebenarnya. ;)
Jadi, anda bukan setakat mendapat ilmu di sini, tapi dalam masa yang sama anda boleh meniagakan Ebook tersebut walaupun anda tiada pengalaman dalam soal teknikal. Namun seperti yang saya jelaskan dahulu, anda mestilah berusaha untuk memahami asas komputer dan juga Ebiz. Saya sama-sekali tidak akan menyentuh perkara ini, sebaliknya akan lebih menumpu kepada produk agar semua mendapat manfaat yang baik.
Oklah, saya tidak dapat luangkan banyak masa untuk menulis. Cuma yang pasti, tunggukan pelancaran Ebook ini nanti. Kepada 175 orang yang telah mendaftar dahulu, saya akan mengutamakan anda dahulu apabila projek ini dilancarkan dan kemudian baru akan saya umumkan di blog ini kepada semua orang.
Sekian, harap maklum.
ps. Satu Ebook percuma siap sedia untuk dilancarkan pada bila-bila masa. Tunggu je lah yer. ;)
pps. Saya dapati industri Ebook semakin rancak di Malaysia. Syabas, syabas. :)
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:


















Alhamdulillah Zul jika projek tu dah hampir siap. Insya-Allah saya akan menunggu dengan sabar ebook tersebut.
Apa yang terlebih penting bagi saya ialah isinya kerana ilmu yang terkandung di dalamnya jika bermutu tinggi pasti akan memberikan pulangan yang tidak terhingga kepada saya, dan saya pasti akan dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan saya di dalam dunia Perniagaan Internet ini.
Semoga ebook tersebut akan memberikan kepada kita 1001 manfaat di dalam proses untuk meningkatkan prestasi kita dalam dunia ebiz ini.
Tahniah dan terima kasih, Zul!
Abooain, yg menariknya Ebook ini langsung tidak berkaitan dengan Ebiz. :) Biar saya bagi Hint kat sini. Ia berkaitan dengan IT/Internet/Komputer. Suspen suspen… ;)
thanks Zul..
Insyallah, saya pun akan sabar menanti kemunculan ebook terbaru anda.
Em, banyak yang saya dapat belajar dari penulisan en.Zul kita ni..Yang best, penulisannya simple tapi “menusuk kalbu”
Hehe :mrgreen:
TQ so much Johari. :)
slmt mlm zul,
dah lama menunggu ni…
akhir dah nak tiba masa munculnya ebook terbaru zul…
dan ebook MRR pertama dari zul…
han
Wah, lepas ni adalah produk yang boleh saya jual :-) Hehehe..insya Allah saya pun nak jadi antara yang terawal yang beli (kalau ada rezeki lebih) Amin~
Semoga semua perancangan Zul berjalan dengan lancar. :smile:
Raymond, long time not see you here. Thank you so much. :)
Sebenarnya saya rasa terkilan sebab tak jadi 175 org yang berdaftar ngan zul pada masa lepas..
Apa2pun mmg suspen menggu produk yang bakal dilancarkan..
Gud luck Zul :cool:
Tak apa Syed.
Ini plan saya setakat ni:
Hari 1 & 2 Pelancaran - 175 orang tu perlu beli cepat kalau nak jadi yg terawal menjual balik Ebook ni.
Hari 3 Pelancaran - Akan dibuka kepada umum
Harga tetap sama, manfaat tetap sama. :)
Kalau gitu xpela..
Ingatkan 175 je yang dapat.. :razz:
Kira ada can la lagi ek…
Kaau gitu ada peluang lah saya untuk dapatkan ebook tu kan.
Ok zul saya nantikan sehingga hari pelancaran dilaksanakan.
Apapun jangan lupa umumkan bila hari dan tarikh pelancaran dilaksanakan.
wah….dah nak keluar ye… saya pun akan lancarkan nanti…Kita pakat buat suspen ..teaser..teaser.. :roll:
Salam.
Insya Allah saya akan beli … lagipun saya saya nak belajar alam buat $$ kad internet . Sekarang saya dah masa fulltime dan akan belajar dan ingin mengetahui betulkah dengan ada ilmu ini kita akan berjaya membuat $$ walaupun berada di rumah .
Bolehkah Zul memberi saya apakah artikel2 dan buku yang mesti saya beli untuk lebih mahir dan tahu selain dari artikel ini . ( saya tidak kisah kalau keluarkan modal $200) asalkan penting dan bukunya bermakna . AMINNN
Kalau buku, saya galakkan beli buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”. Bersama buku tu, sdra akan dapat satu VCD yg ajar bbrp perkara teknikal mcm bina laman web. So, buku tu dah cukup untuk permulaan.
Baca, faham dan cuba praktikkan. Then, saya galakkan pergi ke seminar. Sebab, baca sahaja tak cukup, kita perlukan juga ’sentuhan personal’ dari yg dah berjaya. Jadi untuk selari dengan buku di atas, penulisnya juga ada buat seminar di KL. Sila rujuk di http://www.saudagar.com.my.
Dah pergi seminar, mulakanlah satu projek yg sesuai dan mampu untuk kita buat.
Serius saya katakan, kalau nak cepat, kita kena ada seseorang yang membimbing kita. Tak cukup hanya sekadar membaca, lagi-lagi kita mmg zero, blank dan baru nak start. Sy tak nafikan ramai juga yg berjaya tanpa org membantu, tapi ia makan masa. :) Nak cepat, carilah mentor. Salah satu caranya, join seminar dan merekalah mentor anda.