Cerita Kayu Api dan Ebook
Kali ini saya nak tulis perkara yang remeh, tapi rasanya penting juga sebagai bangkangan kepada golongan tertentu yang berat sebelah pertimbangan mereka, dan sebagai motivasi kepada Infopreneur agar jangan sama-sekali terpengaruh dengan mereka yang negatif.
Ada orang kata, tak perlu beli ebook! Boleh cari sendiri kat Internet, banyak free mah! Mereka nampaknya begitu anti dengan ebook berbayar. Malah mereka pantang mendengar ebook berbayar. Tapi saya tolak pendapat mereka dengan cerita kayu api yang mudah ini:
Saidina Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anha pernah meriwayatkan satu hadis daripada Baginda Rasulullah Shallahu ‘Alahi Wassalam iaitu: “Demi Tuhan yang aku ini berada di dalam genggamanNya, salah seorang daripada kamu yang memungut kayu-kayu api, kemudian dipikulnya di atas bahunya itu (untuk dijual) lebih baik daripada dia mendatangi meminta-minta sedekah daripada seorang lelaki yang mungkin sahaja dia akan memberinya ataupun tidak”. Hadis sahih diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari Radhiyallahu ‘Anha.
Di sini saya bukan ingin mentafsir hadis tersebut, tetapi hanya sebagai ‘analogi’ atau perbandingan yang ingin saya bawakan di sini. Jika difikirkan, banyak kayu api yang boleh diperolehi secara sendiri-sendiri secara percuma. Bahkan di tepi-tepi jalan pun banyak.
Tapi jika kita merujuk kepada sabda Rasulullah tadi, baginda menyatakan menjual kayu api yang dipungut, kemudian diikat, dipikul dan kemudian dijual, ia adalah satu pekerjaan yang mulia dan baik.
Di dalam industri penulisan ebook, kisah atau pelajaran di atas sama sahaja. Di ‘hutan’ Internet ini, begitu banyak maklumat percuma. Taip sahaja di Google, keluarlah bukan satu, dua atau tiga laman web, tapi berjuta-juta laman web yang siap sedia untuk anda masuk dan dapatkan maklumat percuma mengenai sesuatu topik. Untuk pergi dari satu ke satu laman web, ia memerlukan masa, tak perlukan duit. Kemudian anda perlu melakukan trial & error, jadi tak jadi, jadi, tak jadi dan jadi sampai naik pening.
Namun di saat anda sedang bersusah payah itu, sudah ada mereka yang telah berusaha untuk anda, mereka meluangkan masa untuk anda. Mereka telah mengumpulkan maklumat, ‘mengikatnya’ dalam bentuk ebook dan menjualnya dalam harga tertentu. Hanya siap dibeli dalam beberapa minit sahaja.
Soalnya, salahkah menjual ebook? Kenapa ada mereka yang terus-menerus menyindir orang yang menulis dan menjual ebook dan paling teruk menyebarkan secara percuma ebook berbayar tanpa ada rasa takut kepada Allah? Itu adalah hak orang, tapi mereka mengambilnya dengan jalan yang salah!!
Wahai mereka yang syok sendiri dan anti-ebook berbayar, sedarlah anda sedang syok sendiri. Anda dilanda sindrom “hanya aku yang betul”. Kalau anda tak suka ebook scam yang menipu tu tak apa, tapi masalahnya benci akan ebook yang baik itu yang dipersoalkan. Salah ke?
Tak salah! Sebagai usahawan Internet atau dalam kes penulisan ebook ini lebih dikenali sebagai Infopreneur (usahawan maklumat), mereka akan melakukan kajian terhadap satu-satu topik atau menulis ebook berdasarkan pengalaman mereka. Usaha penulisan biasanya memerlukan masa yang lama, lebih-lebih dalam proses pengumpulan bahan, editing dan proof reading. Dari situ kita lihat, adanya usaha. Usaha inilah memerlukan sesuatu sebagai ganti-balik bagi masa yang telah diluangkan.
Saya sendiri telah mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan Ebook Kit Blogger kerana banyak perkara yang perlu dibuat. Masa itu, saya tak cukup tidur! Makan pun tak terurus. Tapi kini, alhamdulillah, bukan satu atau dua orang, sudah beratus orang memiliki blog dengan cepat melalui panduan ebook tersebut! Bukan nak riak, tapi nak bagitahu jimatnya masa kalau merujuk kepada panduan yang tersusun dan lengkap, tak perlu cari sendiri dan pening-pening cuba itu dan ini.
Soalan lain, adakah orang yang menulis dan menjual ebook tak dapat pahala berbanding mereka yang bagi FREE? Biar saya tanya soalan lain pula. Adakah dapat pahala kalau bagi ebook percuma tapi dengan niat nak dapatkan nama dan emel???
Saya tak nak jawab, sebab saya yakin semua orang ada asas Agama dan boleh menjawabnya untuk diri sendiri.
Kita berbaliklah kepada pangkal jalan. Mudah sahaja sahabat semua. Islam tu mudah, jangan cerewetkannya. Orang lain dah jauh ke depan, kita masih lagi tanya benda yang dah ada jawapannya. Orang lain dah menjual berpuluh-puluh buah ebook, tapi kita masih nak persoalkan boleh ke tak, haram ke halal? Dapat pahala ke tak? Persoal di sini berbeza dengan bertanya. Persoal bermaksud berlebih-lebih dalam sesuatu kefahaman dan anti dengan pendapat orang lain. Bertanya pula untuk mengetahui ia boleh atau tak. Orang barat dah ke bulan, tapi kita masih lagi persoalkan boleh ke sampai ke bulan??
Cuba anda perhatikan. Dalam Islam, tak ada pun Agama ini mempersoalkan adakah peniaga atau usahawan yang menjual sesuatu yang orang lain sendiri pun boleh buat sendiri secara percuma dapat pahala atau tak? Sebaliknya, kita pula sibuk-sibuk mempersoalkannya. Tak usahlah persoalkan, tetapi kita perlu faham sahaja konsep mudah ini:
Menulis ebook dan menjualnya adalah termasuk dalam bentuk perkhidmatan. Cuma sahaja medium perkhidmatan kita adalah dalam bentuk ebook atau dipanggil sebagai produk. Selain ebook, kita juga boleh buat sesi konsultansi face-to-face, training, seminar, bengkel atau ceramah. Juga boleh dijadikan sebagai bentuk buku bercetak, audio atau video. Asasnya adalah usaha kita menyediakan bahan tersebut dan kita berhak atas usaha itu untuk dibalas (ditukar) dengan sesuatu seperti bayaran dengan wang.
Soal boleh dapat percuma atau tidak, ISLAM TAK ADA mempersoalkan tetapi hanya saja insan yang tak faham sahaja yang susah-susah mempersoalkannya! Secara tak langsung, mereka menjadi penganut Islam yang menyusahkan orang lain… Tidakkah mereka berfikir?
Asas lain yang perlu kita faham adalah, jika produk yang dijual adalah HALAL, BAIK dan tidak menipu serta transaksi jual-beli adalah sah dan cukup syarat jual-belinya, maka tidak ada halangan dalam Islam! Tapi kenapa mereka yang anti-ebook berbayar tidak berfikir akan hal ini? Lainlah menjual produk yang haram isi kandungannya seperti pornografi atau sesuatu yang menyelisihi akidah, maka itu jelas haram sepakat ulama’.
Analoginya di sini, begitu banyak kayu api yang percuma, tetapi ia boleh dijual dan satu kerja yang halal dalam Islam. Begitu juga sesuatu maklumat, ia pun banyak juga yang percuma. Tak usahlah mengungkit soal hukum, kerana jumhur ulama’ sudah bersepakat, tidak salah menulis ebook/buku dan menjualnya, tapi dengan syarat mestilah meletakkan niat IKHLAS di tempat pertama, menulis perkara yang baik-baik dan tidak menipu.
Mana fatwanya Zul??? Ada yang melenting bertanya. Jawapan saya, cari sendiri.
Gurau jer. InsyaAllah, ada ruang masa nanti saya berikan link URL kepada satu tulisan saya dulu yang menyertakan kata-kata para ulama’. Saya cuba cari tapi tak jumpa…
Jadi, kalau ada orang menyindir anda wahai penulis ebook, sindirlah mereka dengan ‘cerita kayu api’ tersebut. Atau soallah mereka: Haram ke jual ebook?
Sekian.
*Sokongan saya kepada penerbitan ebook berbayar hanya kepada ebook yang berkualiti SAHAJA. Saya tak sokong ebook scam, isi kandungan yang menyalahi akidah, menipu dan hype je lebih. Pendek kata, kalau nak selari dengan syari’ah, pastikan menjual ebook yang berguna, tapi tak semestinya yang hebat. Cukuplah tak menipu orang, ia membantu dan baik kandungannya. Just that…
Ikhlas,
SmartZuL
PS. Baca juga artikel yang lebih kurang sama:
3. Ebook DOSA
PPS. Penulis ebook Panduan RajaAdsense berkongsi dengan anda bagaimana menulis dan menjual ebook sendiri. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Nota Kaki:
Artikel ini ditulis untuk mempertahankan industri ebook berbayar yang kandungannya ‘halal’ dan memberikan motivasi kepada penulis ebook termasuk bakal penulis ebook berbayar! Jika anda menerima kata-kata negatif terhadap usaha anda dalam usaha menjual ebook, berikan link artikel ini kepada mereka atau soalkan mereka dengan soalan-soalan yang membuatkan mereka berfikir… Tapi kalau mereka tu jenis ‘kepala besi’, buat sahaja kerja anda dan jangan pedulikan mereka.







errm… lumrah alam dan sejak azali mmg terdapat makhluk yg sedemikian dan ianya tidak dpt dipisahkan sehingga kiamat sekalipun… setiap sesuatu tentu ada pro dan kontra…
sy penah juga menjadi anti-ebook berbayar dan menganggap apa guna beli jika sudah ada yg percuma.. hanya perlu cari dan gali.. sy lakukan pencarian sendiri.. memang mudah diperolehi tetapi…
-maklumat diberikan yg kurang lengkap dan tiadanya support (bantuan) jika tidak faham malah panduan hanya serba ringkas dan perlu ke link sini dan link sana… last2 sesat jalan..
skang pd minda sy terbuka dan mengakui akan kelebihan ebook berbayar cuma perlu berhati2 memilih dn yang perlu shj. kuasa membeli ditangan anda so gunakanlah sebaiknya dan tidak perlu mencaci-cerca hak org jika tidak berkenan.. wassalam
yup zul, saya setuju dengan anda, jika kita lihat di barat mereka lebih menghargai ebook yang dibeli sendiri. Tidak salah untuk membuat ebook percuma tetapi mereka juga perlu menghargai masa dan idea mereka yang menghasilkan ebook berbayar.
Kempen kesedaran ini juga perlu diwujudkan di kalangan rakyat Malaysia amnya agar menghargai usaha dan idea orang lain.
Salam, Zul..
Emm..betul “sindiran” yang Zul maksudkan. Sesetengah manusia ni pelik. Mereka sebenarnya rasa “tidak selesa” jika melihat ada orang lain yang lebih berjaya dari mereka. Dan bermula dari situ, akan adalah pelbagai usaha “tak baik” mereka untuk menjatuhkan orang yang baru nak berjaya.
Satu sifat yang susah nak kikis dengan orang macam ni ialah penyakit “PHD”. Bagi mereka, kalau mereka berjaya jatuhkan seseorang mereka akan rasa HEBAT dan UNGGUL (konon nyer lah
)
Biasalah tu zul n co…
manusia lebih banyak yang dengki dari yang membimbing..
so yang penting selagi kita tak melakukan perkara yang dilarang ALLah sudah cukup…
Buatlah keje dengan ikhlas..
Insyaallah sentiasa diberkati…
asmkm Zul, apa khabar? Shueqry here..
bagi saya, dalam menulis eBook ni, sama juga dengan menulis artikel blog, ezine, article sumbission site dan mana-mana makalah, paling utama nawaitu, ikhlas berkongsi ilmu, be original dan anggap kita menulis ni utk beri maklumat, fokus pada orang lain dulu.
kalau boleh, jangan fikir nak make money yg banyak saja.. teringat saya kata Azizi Ali, do what you love and money comes later itself.. janji ikhlas menulis, diorong sepenuhnya oleh minat. Zamri Mohammad juga pernah mengusulkan ini pada saya.
Thanks Zul, tips yang sangat berinformasi.
- shueqry -
ProFid > yup, itulah yg paling penting. Saya pun dah lama memesan kepada sesiapa sahaja, beli jika perlu dan mampu, hatta produk saya sendiri pun. Sy tak nak orang beli sebab terpaksa.
Noorizam, itulah, kita kena giatkan lagi kempen agar orang nampak realiti sebenar mengenai ebook dan tahu menghargainya.
Johari, PHD bagi saya tak akan padam dalam dunia ni. Just do it apa yg kita rasa perlu buat dan pedulikan mereka yg tak suka usaha kita.
Zool, sudah semestinya, IKHLAS syarat no. 1.
Shueqry, thanks. Yup, buat apa yg kita suka adalah satu konsep yg bagus untuk diamalkan dan sebelum saya menulis ebook pertama, saya telah menulis di blog ni selama setahun. Saya mmg minat menulis dan that why saya masih menulis sampai skrg.
Tapi bagi saya, we must ’separate’ the hobby & business. Menulis dan menjual ebook adalah satu bisnes dan bisnes yg kita buat itu adalah yg kita minat.
Buat apa yg minat tak semestinya hanya perkara yg percuma sahaja tetapi tak salah buat perkara yg mendatangkan pendapatan kepada kita. Mungkin maksud yg lebih spesifik untuk ‘buat apa yg kita suka’ adalah, “jangan fikirkan duit sebagai no. 1, tapi fokus kepada usaha”. Betul dan baik usaha, untung, berjaya, sukses, semuanya akan datang tanpa banyak masalah. Tak kisah apa yg dilakukan itu secara percuma atau dikenakan bayaran, semuanya ada VALUE tersendiri.
Sebenarnya dalam menjual ebook atau apa2 produk di Internet atau offline, konsep asas dan penting adalah SERVE. Janji apa yg dijual itu bermanfaat, berguna & membantu kepada pembeli, maka persoalan percuma atau berbayar tidak perlu ditimbulkan. Yg penting the buyers get the VALUES from that products.
- zuL
Dalam perniagaan pada sudut pandangan Islam, jika barangan yang dijual adalah halal dan tidak ada unsur2 syubhat (meragukan), maka hukumnya halal.
Bertepatan dengan konsep asas yang diketengahkan dalam Islam, maka menjual e-book tidaklah menjadi kesalahan. Maka tak perlu ditimbulkan isu mengenai hukum menjualnya.
Saya nak amik contoh mudah. Dalam dunia konvensional, ramai yang menerbit dan menjual buku. Dr. Fathi Yakan pernah menghasilkan buku yang cukup popular, “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” . Buku tersebut menceritakan mengenai disiplin yang perlu dilakukan oeh seoran muslim untuk mencapai kehidupan yang barakah.
Kalau difikir2kan, bukanke kita boleh dapat semua ilmu 2 dengan hanya belajar ngan ustaz2 dan menghadiri majlis ilmu??? Buat ape Dr. fathi sibuk2 nak wat buku 2???
Tapi hakikatnya melalui buku tersebut, kita dapat mencari maklumat dengan lebih mudah kerana ianya disusun dan digarap dengan baik.
So, kalau ada orang yang mempertikaikan hukum menjual ebook, cuba tanya dia balik,,,,”Dr. Yusuf Qardhawi pun ada terbitkan dan jual buku, dia 2 ulama’ yang masyhur masa kini….Haram ke dia jual buku?????”
jual ebook sebenarnya menjual idea dan idea itu diusahakan oleh mereka yang berkemahiran dalam bidang masing-masing. penat lelah mereka mencari dan mengumpulkan pengalaman mereka usaha menghasilkan ebook yang bermanfaat dan berbaloi untuk diperolehi…
kalo bagitu tak payah susah-payah beli ebook. cari aje sendiri dengan sepenuh daya usahanya jika taknak beli. tak rugi apapun kalo taknak beli kalo tak berminat. ramai lagi yang berminat nak beli kalo produk ebook itu ada permintaan…