Ebook Percuma Lagi…
Saya sekarang sedang berusaha untuk melancarkan dua buah Ebook percuma berikut. Sama ada secara berasingan atau sekaligus.

Ebook 1: Panduan Pengiklanan Banner Berkesan (Edisi Terbaru)

Ebook 2: Temubual Eksklusif Bersama LuvLee
UPDATE TERKINI:
Saya terlupa untuk menyatakan satu lagi Ebook percuma berikut. Tapi akan dilancarkan kemudian-kemudianlah. Tajuknya ialah 17 Rahsia Blogger Membina Nama dan Kredibiliti:

Hanya sekadar makluman sahaja. Apabila ia akan dilancarkan (dua buah ebook pertama), saya akan umumkan kepada anda semua. Jika mahukan makluman ini terus ke emel anda, sila daftarkan diri anda di sini:
http://smartusaha.com/news/news-perniagaaninternet.html
Mungkin tidak sempat untuk saya lancarkan pada minggu ini. Sebab kemungkinan saya akan balik kampung. Kepada pengiklan yang telah membuat bayaran ruang iklan yang saya buka beberapa hari lepas, pastikan menghantar info dan maklumat yang saya perlukan.
Harap maklum.









Banyak ebook percuma yang Zul hasilkan sepanjang bergiat aktif dalam ebiz ini. Nak cuba contohi, sebab ada dua teknik ebiz yang saya nampak kat sini he..he..
p/s: Saya akui Luvlee adalah expert designer. Semua projek saya luvlee yang tolong designkan. Saya lepas tangan je
. Ok la ada ebook ini, sebab biasa kenal luvlee untuk design je.. la ni boleh tahu gak latar belakang sedikit sebanyak designer saya tu
Jebat, LuvLee masih single lagi. Hehe… Jangan marah yer.
teruskan usaha anda bro zul, klu dah siap umumkan.
“Create value to create wealth” – Stephen Pierce
You’re on the right track, my friend.
Hoho.. TQ Raymond. You also on the right track. :p
x sabar nak tunggu kemunculan ebook terbaru ni…
InsyaAllah minggu depan.
Zul, camana nak balik ni Zul…LPT banjir..kalo kot Gua musang lagi la banjir..Sebelum ni LPT tak pernah tengelam lagi..
Saya balik 18hb ni,22hb balik KL balik..Lupa nak book flight,kalo tak dapat murah..huhuhuh
Sham, jawapannya balik lepas raya ler. Kalau masih teruk, kan x pasal2 tersadai tepi jalan bas tu.
Zul…apa kata mai sambut raya kat Penang.
Tahun ni saya tak balik sambut raya kat Kelantan. Kat Penang ok lagi….tak der banjir.
Ingat penang, terus ingat nasi kandar. Haha.. Best.
saya pun baru balik dari penang 2 hari lepas…
first time sampai kat penang…hehe
pergi ikut jabatan…balik naik feri…
han
hahaha…
saya pun, teringat Penang, teringat bebenor nasi KANDAQ. UMPHH!!!
Tahniah Zul dengan ebook terbaru ni… Saya salah seorang customer Luvlee. Sebelum ni ingatkan Luvlee tu lelaki, maybe dia cuma letak gambar perempuan jer. Sekali bila dah jadi customer dia baru tau memang benar2 perempuan… Huu…huu…
jimieray,
pada mula saya chat dgn luvlee, saya igt dia laki juga…hehe
bila tanya baru tahu…perempuan rupanya…
peramah pula tu…
han
slmt mlm semua,
ebook percuma lagi dari zul…
menarik tu…
han
Hai Zul,
Nak balik Raya ya, kalau tak jadi ….Raya datang rumah ya kat kangkar pulai.. saya tak balik kg.
Bagus tu ebook yg boleh membentuk minda dan belajar cara yg mudah-
mudah dulu. tq
wah..tak sabar nak dapatkan ebook nih..terutamanya iklan banner berkesan,tengah usaha tingkatkan keberkesanan banner dalam promosi nih
Salam,
Yup x sabar nak baca..erkk ke dah hantar emel??
thanks a lot Sifu!
it’s GREAT! heheh, yang free musti la great kan… heheh…
tak sabar-sabar nantikannya…
PS: selamat terus berjuang memartabatkan kebenaran dan segalanya!
PPS: kalau lalu-lalu di Panji/Tanjong Mas/Pengkalan Chepa, singgah-singgahlah rumah ya. kol saya; +60199104330.
menarik eBook percuma kali ni..
saya memang berminat nak tau pasal luvlee…
selama ni cuma guna service dia je..
tak pernah bersua muka …
hehehe
bukan nak ngorat tau…
Saya dah ada kekasih dahh…
p/s: Zul taknak cuba ke??
Saya tak kenal luvlee ini. Tapi dia macam popular aje kat ruang komen ini.
Ini membuat saya memikirkan tentang faktor-faktor yang membuatkannya popular sehingga disebut-sebutkan. Apakah sebab namanya? atau wajahnya?
Mari kawan-kawan sekalian kongsikan bersama.
Saya rasa faktor-faktor ini ada potensi untuk dijadikan teknik pemasaran. Gambar anak saudara saya yang saya gunakan dalam MyBlogLog ini telah menarik beberapa pucuk surat cinta daripada lelaki kepada saya tapi masih belum sampai diwar-warkan dalam ruang komen.
Mari kita sama-sama kaji teknik marketing luvlee. (Secara langsung atau tidak)
P.S. Tolong jangan anggap saya ni sebagai pesaing anda. Saya melihat hal ini dari sudut pemasaran.
Mudah je formula nak orang sebut pasal kita ni Raymond. Dalam kes luvlee ni atau nama sebenarnya Nurul, dia tawarkan servis design. Disebabkan designnya bagus, maka berlakulah promosi dari mulut ke mulut.
Itulah lebihnya kalau servis kita amat-amat berkualiti dan memuaskan client. Mereka tak akan berfikir lama untuk rekemenkan kita kepada orang lain. Inilah yg berlaku kepada luvlee.
p/s: Syed, saya pun dah ada laa..
Oh Nurul, pereka yang mereka grafik untuk ezine minda sukses dan Magnet rezeki.
Kualiti kerja memang merupakan faktor yang penting dan merupakan satu keperluan.
Tapi ayat-ayat yang dibincangkan di sini (ruang komen) macam kurang berkaitan dengan kualiti kerja Nurul. Ini yang mendorong saya untuk mencari faktor yang lain untuk menghasilkan buzz ini.