Mengapa Perlu Beli Ebook? Kan Banyak Yang Percuma di Internet?

Inilah ayat atau persoalan yang sering digunakan oleh sebilangan orang…

“Kenapa beli Ebook? Kan banyak di Internet… Berlambak pulak tu!”.

Cuba anda hayati perkataan yang saya bold tersebut.

Banyak.

Berlambak.

Teruskan membaca…

Rasanya saya tak perlu ulang berkali-kali mengenai konsep Ebook berbayar sebab saya dah banyak tulis di blog ini.

Cuma sekali lagi saya ingin ulangi, Ebook adalah produk dan biasanya ia disertai dengan SERVIS untuk pembeli.

Contoh: Saya jual Ebook cara pasang blog WordPress. Hakikatnya, ia banyak dan berlambak di Internet. Tapi kenapa ratusan orang beli Ebook ini? Kenapa tak perlu cari sendiri di Internet? Sebab:

1. Selain rujuk Ebook, sebarang masalah saya boleh bantu dan jawab. Inilah servisnya. Kalau nak servis saya, maka kenalah bayar. Ini bisnes. Kenapa perlu bayar? Sebabnya mudah, konsepnya mudah, iaitu UPAH.

2. Banyak dan berlambak tak bermaksud ia berguna. Sebahagian besar maklumat di Internet sudah tidak berguna lagi pada hari ini. Sudah lapuk. Tapi jika anda beli dengan peniaga atau penulis yang sebenar, maka mereka biasanya akan alert dengan perkembangan terkini.

Saya sendiri, sudah berkali-kali update Ebook saya. Versi terkini Ebook saya menggunakan sistem WordPress yang terkini iaitu 2.2.2. Jika versi Ebook terawal dahulu, saya guna versi 2.0.7. Saya ambil masa berminggu-minggu untuk siapkan versi kemas-kini, bahkan tidak cukup tidur.

Anda sebagai pembeli, tak perlu habiskan masa di Internet atau tak perlu bersengkang mata. Bayar RM50.00, ikut langkah, faham dan buat. Ada masalah, tanya di forum support. Saya akan masuk di sana untuk menjawab. Kalau masalah tak selesai, saya akan bantu setakat mana yang mampu walaupun kadang-kadang ia di luar skop tanggung-jawab saya.

Persoalan di sini, kalau anda jadi saya, sanggup tak anda melakukan kerja-kerja yang memenatkan ini untuk orang lain secara percuma? Menulis Ebook bukan satu kerja yang mudah pada hakikatnya. Sebab kita perlu susun maklumat dengan baik dan maklumat itu boleh diguna-pakai. Aspek ini amat penting sebab orang bayar kita.

Katakan anda ke satu laman web. Ingin dapatkan tip nak lajukan komputer. Anda pun gunakan cara yang diberikan oleh web itu. Ada dua persoalan berbangkit di sini:

a. Adakah penulis tu akan bertanggung-jawab jika ada sebarang kerosakan atau Error selepas anda melakukan cara tersebut pada komputer anda? Jawapan untuk soalan ini, mereka angkat tangan awal-awal lagi.

b. Adakah maklumat atau info tersebut sesuai dengan komputer anda atau adakah ia masih boleh diguna-pakai pada hari ini? Jawapannya, kebanyakan laman web atau blog, sebahagian besar kini hanya mahu jana wang dari program pengiklanan seperti Google Adsense.

Mereka hanya menulis, tapi mereka bukan bekerja untuk support anda. Susah nak jumpa dengan laman web yang betul-betul bagi support free yang cepat dan memuaskan. Mereka juga ada kerja sendiri, kenapa perlu bersusah payah untuk orang lain?

Malah, anda sendiri tahu, banyak maklumat lapuk di Internet. Copy and paste, PLR articles dan yang menulis itu bukannya tahu pun apa yang mereka tulis.

Berbeza dengan Ebook berbayar, biasanya ada support dan yang menulis Ebook itu tahu dan pakar. Contohnya, Ebook yang saya beli semalam dari Kris Maneiri, dia ada pengalaman luas selama 13 tahun dalam hal teknikal komputer. Dia sekarang tak cukup tidur sebab melayan soalan pelanggan… Ya, support.

Jika diberi dua pilihan ini, yang mana satu anda mahu pilih di dalam mendapatkan maklumat yang anda perlukan dan bukan bidang anda?

Ebook Percuma: Tiada support, tiada jaminan

Ebook Berbayar: Ada support, ada jaminan

3. Percuma tak akan ada support. Berbalik kepada no. 1 tadi. Kalau anda ada masalah, penulis Ebook percuma sanggup tak bersusah-payah untuk anda? 90% tidak. Ini yang banyak pembeli Ebook saya beritahu. Beli Ebook dan guna Ebook percuma, Ebook berbayar lagi puas hati, sebab ada support. Saya tak tahulah orang lain bagi support ke tak. Tapi saya insyaAllah akan bagi, bahkan akan bantu dengan tangan saya sendiri.

4. Tidak semua maklumat diperlukan. Inilah tugas (task) yang amat ‘berat’ bagi seorang penulis Ebook. Mereka perlu tahu apakah yang perlu ditulis dan apakah yang tidak perlu. Tulisan pula, tidak boleh banyak sangat lari daripada topik, serta penyusunan bab (chapter) perlulah dirancang dengan baik.

Ini kerana, pembeli Ebook mahu dapatkan maklumat yang berkaitan sahaja, bukan maklumat lain. Berbeza di Internet, BANYAK maklumat yang tidak bersangkut paut akan dijumpai. Ini boleh menambahkan kekritikalan penyakit procrastination jika individu terbabit tidak tahu mengawal diri.

Akhir kata, sebelum mengatakan “kenapa perlu beli, yang free kan banyak?”, sila faham dahulu konsep Ebook berbayar. Ia adalah kombinasi produk (Ebook) dan juga servis. Ramai yang tidak faham model perniagaan Ebook sebab tidak berusaha untuk memahaminya selain mentaliti percuma menguasai diri.

Bergantung…

Tapi ingin saya beritahu, persoalan free atau berbayar, ia bergantung kepada jenis maklumat yang diperlukan. Jika maklumat itu tidak perlu sangat support teknikal, atau sekadar ingin tahu sahaja, maka mungkin yang percuma sudah memadai.

Namun jika sesuatu ilmu atau info itu memerlukan bimbingan lanjutan sehingga ia difahami atau dikuasai, maka sudah pasti Ebook berbayar menjadi pilihan terbaik.

Faktor lain pula adalah, jika si A ada banyak masa untuk mencari-cari di Internet, maka tidaklah perlu dia membeli Ebook. Tapi jika si B kekurangan masa, atau tiada ‘skill’ mencari makumat di Internet, atau tidak mahu bersusah payah, maka mereka perlu membeli Ebook. Di sini, si B telah berjaya menjimatkan masa dan mengelakkan information overload.

Fakta:

1. 85% yang mendapatkan Ebook percuma tidak bertindak pun apa yang mereka baca dan pelajari. Ini adalah kajian dan juga pemerhatian yang saya lakukan sendiri…

2. Sebahagian Ebook percuma yang saya hasilkan, hanya satu yang saya update. Itu pun setengah tahun yang lepas. Kenapa? Saya tiada motivasi untuk melakukannya. Bahkan, lihatlah juga Ebook percuma orang lain, ada tak penulisnya menghantar emel kepada anda, “Ebook percuma XYZ sudah dikemaskini!”. Kalau ada pun, ia mungkin hanya 1 dalam 1000.

Sekali lagi, Ebook berbayar adalah kombinasi produk dan juga servis. Ia bukan hanya secebis File PDF semata-mata.

Wassalam.

– SmartZul

ps. Antara alternatif lain untuk Ebook ialah ‘membership site’ berbayar. Konsepnya sama, cuma platform sahaja yang berbeza. Ebook, guna PDF atau EXE File. Membership site, guna sistem keahlian yang biasanya dikenakan bayaran bulan-bulan.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

12 thoughts on “Mengapa Perlu Beli Ebook? Kan Banyak Yang Percuma di Internet?

  1. Saya setuju zul,
    kalau ebook percuma mana boleh bagi support…kesianlah penulis tu… dia bagi percuma pun mujur…hehe

    kalau berbayar saya mesti cari yang ade support… kalau takde support saya tak akan beli..sebab nanti saya susah dan tak puas hati…
    sebab kalau nak belajar,kena lah belajar sampai habis dan faham…kalau tak faham tak guna beli itu ini….

    han

  2. saya pun lebih senang dengan yang berbayar…walau kekadang tu ada gak menghabiskan masa dengan mencari kat pakcik google tu…
    ebook bayar ni, yang paling penting support dari writer…ada masalah leh bincang dan settle bersama-sama…dan saya paling seronok dan puas hati dengan support masa beli kit blogger dulu…sampai ke tahap blur, saya tetap dibantu sehingga problem saya settle…tq sifu..moga usaha ini berterusan

  3. Support merupakan salah satu elemen yang penting bagi saya. Saya beli ebook Kris melalui link SmartZul semalah sebab saya nampak screenshot gmail (support) pada blog Zul.

    Ia memberitahu saya bahawa penulis itu bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya. ๐Ÿ˜‰

  4. Zul, saya juga setuju dengan pendapat itu, kerana saya pernah dapat dari kawan ebook mengenai Adsense karya Joel Comm. Tapi tak buat apa pun. bila sya beli ebook RajaAdsense, baru saya buat laman web untuk memohon Adsense Account.

  5. Betul tu zul… sesetengah pihak yang cakap cari je di internet, mungkin bagi mereka ni, tak kesah nak luangkan masa berjam – jam atau berhari – hari untuk mencari jawapan kepada persoalan mereka.

    Berbeza dengan ebook berbayar, kita tak perlu nak habiskan masa untuk mencari penyelesaian. Sebabnya, dalam ebook tersebut dah ada penerangan malah telah disusun atur dengan baik.

    Macam zul katakan, support daripada pihak penjual juga agak mudah diperolehi lebih – lebih lagi kita tau dia memang dah mahir dalam topik yang beliau tuliskan.

    Pendek kata, sapa – sapa yang sayangkan duit, tetapi tak sayangkan masa, boleh gunakan source percuma… tetapi sapa – sapa yang sayangkan masa sebab nak kejar buat duit, jangan berat untuk labur wang untuk sesuatu perkara yang boleh memberikan manfaat kepada kita.

    p.s – salah satu kelebihan beli ebook berbayar, kita dapat mengenali si penulis dan bertukar2 pandangan. ๐Ÿ™‚

    1. sekurang-kurangnya kualiti ebook yang berbayar ini punya pengalamannya yang tersendiri. ilmu yang berbayar dengan ilmu yang percuma sememangnya berbeza sakan…

  6. oh…e-books!

    PERCUMA – sudah tentu ada strategi followupnya..
    BERBAYAR – Mesti ada “unique selling proposition” dan “add-on” nya…

    falsafah di gunakan dalam perniagaan “TIADA YANG BETUL-BETUL PERCUMA”.

  7. Informasi Peluang Bisnis QI GROUP

    Sifat Dasar Usaha : Franchise

    Sistem Usaha : FLAT Marketing

    Divisi Usaha :
    1. Telekomunikasi
    2. Pariwisata
    3. Kesehatan
    4. Perhiasan
    5. Tiket & Tour
    6. Otomotif

    Penjelasan Ringkas :
    Baru ingin berbisnis atau Anda memang ingin menjadi pengusaha muda (Entrepreneur)? Tapi tidak ingin repot dengan segala urusan stok barang, pengiriman, sewa toko, gaji pegawai, dan lain2. Maka Peluang Bisnis QI Group tepat untuk Anda! Bisnis QI menerapkan peluang bisnis E-Commerce sama halnya seperti Amazon.com yang merupakan Toko Online terbesar di dunia. Bisnis QI pun membuka Toko Online yang dapat di akses hingga ke 180 negara di dunia, dengan memfokuskan bisnis pada 5 divisi usaha yaitu ; Telekomunikasi, Pariwisata, Kesehatan, Perhiasan, Tiket & Tour. Anda berkesempatan untuk mempromosikan produk รขโ‚ฌโ€œ produk QI, dengan potensi penghasilan US$ 250 รขโ‚ฌโ€œ US$ 15,000/Week (Komisi per-produk adalah US$ 42/Unit).

    1. Biaya Investasi relatif terjangkau (mulai Rp.100ribu s/d Rp.2,9Jt), sudah termasuk Virtual Office (Toko Online Pribadi)
    2. Komisi Flat (sama rata) US$ 42/Unit
    3. Kantor perwakilan QI berlokasi di pusat bisnis WTC Sudirman Jakarta, melayani Customer Service 24 Jam
    4. Kantor bisnis QI menyediakan exclusive room untuk meeting & presentasi
    5. Tingkat resiko bisnis yang rendah
    6. Tersedia mentor pembimbing

    Info lebih lanjut : http://infofranchise.blogspot.com
    Contact person : 0856.9922.596 (Benny Wicaksono)

  8. Betul juga cakap Zul tu. Saya pernah terfikir hendak bertanyakan soalan yang sama. Banyak-banyak ebook yang percuma di internet, kenapa saya perlu membeli? Sekarang baru saya nampak sebab munasabab nya. Apa-apa perniagaan pun, service support selepas jualan itu yang paling penting ๐Ÿ™‚

  9. Amer…
    memang banyak ebook percuma…
    tapi ia berbeza dengan yang berbayar…
    kalau percuma, sesetangah orang hanya simpan sampai berdebu dalam hard disk…
    sebab mereka sangka percuma dan tiada nilai…
    dan yang percuma tiada support dan semestinya ada kekurangan nya…

    untuk yang berbayar, banyak kelebihan nya…tapi tak la sampai takde kekurangan…
    kita kena faham kenapa ebook tu berbayar…
    dan kenapa ebook ni percuma…mungkin ada sebaliknya…

    han

  10. katalah dapat pc percuma. macam mana nak dapatkan bantuan teknikal dari orang yang bagi pc percuma tersebut? sekurang2nya bantuan sokongan yang mana patut. namun terpaksa jugak ke kedai membayar harga yang tidak sepatutnya jika tiada jaminan untuk produk tersebut…

    maka jika tak beli ebook sekalipun terpaksa laa cari yang percuma. nak cari yang percuma nih bukan kepalang mudahnya. tidak semudah yang disangkakan… memakan masa untuk ketemu apa yang sepatutnya kita cari… jika kita boleh beli mengapa dapatkan yang percuma.

    kalo nak yang percuma carilah yang berkualiti baru ada gerenti…

    sekian terima kasih… :mrgreen:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *