Ebook : Keluar Dari Skop EBiz!

Apa khabar semua? Hmm, pejam celik, dah nak 2 minggu yer kita puasa. Cepat betul masa berlalu, pantas, cepat… Bagi seorang muslim, ‘you know what should you do..’ hehe.. 😉

Ok, kali ini saya ingin memberikan satu pandangan terhadap satu perkara yang mana ramai yang masih keliru dan alpa. Kebanyakan orang menganggap bahawa, untuk menghasilkan ebook, hanya ebook mengenai perniagaan internet atau cara buat duit di internet sahaja yang perlu dihasilkan. Pada pandangan mereka, itulah satu jenis topik yang mendapat perhatian dan kehendak ramai. Jika anda berpandangan begini, anda telah membutakan diri kepada lubuk emas yang lain.

Bukan bermaksud anda tidak boleh menulis ebook bagi bidang tersebut, tetapi mampukah anda bersaing? Pada pandangan peribadi saya, jika anda banyak pengalaman, atau anda mempunyai strategi / teknik yang unik atau anda ada sistem yang menghasilkan pendapatan yang banyak atau anda seorang sahaja yang tahu mengenai sesuatu yang berkaitan dengan perniagaan / pemasaran internet, maka, silakan.. Tetapi, jika anda orang baru, tetapi sudah mahu menulis mengenai perniagaan internet dan mensasarkan ke pasaran antarabangsa, saya kurang yakin anda dapat meyakinkan orang di luar sana. 🙂

Anda perlu tahu, begitu banyak ebook yang telah dihasilkan dalam bahasa inggeris bagi topik perniagaan internet, dan kebanyakannya hanya mengulang-ulang perkara yang sama, cuma diolah dengan cara yang berbeza. Orang di luar dah mula bosan, hanya benda yang sama diulang-ulang dan mereka lebih mahu membeli information products yang unik dan dikeluarkan oleh top internet marketer.

Cuba kita senaraikan, apakah bidang-bidang lain yang boleh kita hasilkan sebuah ebook yang NICHE. Ok, tak per, saya tahu anda letih berpuasa, hehe.. Biar saya yang fikir dan senaraikan. Namun ini hanya contoh sahaja:

1. Martial arts

2. Telecommunications

3. Fishing

….. anda senaraikan lagi boleh? :p

Ok, saya ambil topik kedua. Dalam bidang telekomunikasi, cuba senaraikan bidang-bidang yang kecil skopnya. Contoh? Oklah, saya senaraikan… 😉

1. VOIP

2. Cellular Phone

….. apa kata anda tambah lagi senarai ni… hehe..

Ok, sekarang kita ambil skop no 2 tu. Pada hemat dan fikiran anda, apakah jenis maklumat yang boleh dihasilkan mengenai cellular phone?? Hmm, yer lah, biar saya tolong fikirkan:

1. Cellular Phone Buying Guides *

2. How To Repair Cellular Phone YourSelf

* Saya akan gunakan tajuk ini sebagai contoh untuk tulisan seterusnya..

…. lagi? Hmm, anda mungkin expert mengenai handphone kan? Cuba listkan benda yang berkaitan.. 🙂

Nampak tak flow nak cari idea yang niche? Ok ok, jom kita buat website jualan! Opps, tunggu saudara/i, anda perlu buat kajian pasaran dulu + kajian pesaing… Macam mana? Kalau nak tahu, selalulah datang ke blog kesayangan anda ni… hehe..

Jadi, anda perlu sedar bahawa begitu banyak lagi topik-topik lain yang boleh kita terokai dan kuasai. Bina empayar anda bagi bidang tersebut! Mudah sahaja, hasilkan topik yang niche bagi sesuatu bidang.. Namun pastikan, produk yang ingin anda hasilkan itu ada permintaan.

Maka, apa yang saya ingin simpulkan adalah, walaupun anda hebat dalam bidang pemasaran internet, dan boleh mengajar orang lain lagi, namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk anda menutup peluang-peluang lain yang terbentang luas.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

31 thoughts on “Ebook : Keluar Dari Skop EBiz!

  1. Aaa’ahhh.,… benar sekali.

    157% betul apa yang dikatakan oleh Zul tu. Niche marketing, satu aspek yang kebanyakan orang tak faham.

    Btw, vey good guide Zul! Hmm… brilliant ! Camner nak repair henpon sendiri. Nampak mcm best 😉

  2. Hehe, sabri, macam mana boleh keluar 157% percent tu? Ada formula ker.. 😀 Gurau jer..

    Hmm, itu hanya contoh jer.. Tak semestinya. Tapi, saya amat buta cara nak beli HP ni.. Saper yg expert tu, ambiklah peluang. Dalam BM xder lagi.. :p

    1. wah… peluang keemasan nih. kalo banyak permintaan memang boleh buat duit dengan hp. bukan sekadar dengan sms ke hp sahaja. saya pun tak tahu macam mana nak baiki hp sendiri nih… nak kena beli panduan tersebut nampaknya…

      1. peluang keemasan yang boleh menguntungkan ni abdfatah…
        so jangan lepas kan peluang ni…
        nanti dah expert tu boleh kongsi di blog…

        han

    2. panduan membeli telafon. sila hubungi saya satu masa nanti sekiranya saya dah buat panduan tersebut. buat masa nih saya nak kena beli hp baru…. wohohooooo hp baru woooooooooooo….

      dan sayapun perlukan panduan untuk membeli hp… banyak jugak soalan yang ditanya panduan bagaimana membeli hp dalam forum2 masa kini. cuba try jenguk…

      1. kena kaji dulu abdfatah…
        salah buat rugi tu…
        cari apa yang perlu…
        masuk forum HP…
        forum HP sekarang ni pun banyak…
        letih membaca…

        han

  3. Betul kata Zul tu… dah melambak e-book cerita pasal benda yang sama.Ada yang free, ada yang berbayar.Saya nak buat e-book pasal perisian open source la pulak.Tapi saya pun tak berapa mahir lagi…kini sedang mendalamkan ilmu.Saya takde pengalaman nak tulis e-book ni.Idea ada la sikit.Tapi bila nak start tu tak tau topik apa nak start.Yang mana dulu,yang mana kemudian.Boleh tak bagi panduan ringkas Zul?

    p/s: lagi satu saya nak tanya Zul,macam mana Zul dapat idea untuk menulis dalam blog ni setiap hari?Kalau saya tulis blog,mesti kekeringan idea.. ada petua tak?

  4. Bila sy attend 1st seminar SS (Zul pun ada), Sabri minta semua peserta balik cari ‘niche’. Rasanya itulah langkah paling mencabar sekali untuk memulakan bisness internet nih. Perlu byk xplore dan perlu tahu rahsia2nya. Nampaknya Zul telah mempermudahkannya disini. Saya sendiri telah mengaplikasinya sebahagiannya melalui blog, web dan e-book dgn bimbingan anda semua. Thanx. (pst..bukan e-book internet/EBiz yea..),

  5. banyak kemahiran banyak ebook yang boleh dihasilkan… kalu fokus setakat nak cari duit je memang boleh, ebook pasal perkara lain pun kena buat jugak..

    saya pun tengah berkira2 nak buat ebook… bila nak buat ebook yer?

  6. en Azahari, nak ringkaskan, susah gak cara nak buat ebook.. Nantilah, ada masa saya tulis satu post pasal buat ebook. Pasal idea lak, hehe, saya juga macam orang lain, kadang-kadang takder idea nak tulis walaupun banyak boleh tulis. Tapi, sebab blog saya ni hari-hari ada orang masuk (macam newspaper online), so nak tak nak saya kena tulis satu post satu hari. Saya anggap penulisan saya satu tanggungjawab, bukan nak atau tak nak. 🙂 Satu tips, lawat2 blog lain dan dapatkan idea. Atau, layari laman web yang berkaitan dengan blog kita. InsyaAllah, kita akan dapat idea nak tulis.

    En Anas, good luck! 🙂

    Fatah, hmm, buatlah apa-apa tajuk dan pastikan, ada demand (permintaan). Tu jer konsep asas yang perlu kita utamakan.

    PS. Anda perlu betul-betul buat research sebelum memulakan penulisan ebook. Jika tidak, anda akan menyesal. Kajian menyeluruh pada aspek yang penting bagi topik pilihan anda.

    1. yeaa research memang penting untuk meraih pendapatan yang maksima. sekiranya dah ada panduan baiki hp tersebut maka selepas nih boleh jugak try buat video tutorial baiki hp pulak… boleh pulak buat JV dan seterusnya buat affiliate…

      siapa yang nak mulakan?

  7. Yup betultu fai x semua minat ebiz.. boleh buat apa sahaja asalkan anda minat.. duit akan datang dengan sendiri selepas itu.. jgn hanya fikirkan duit tak gitu?

  8. Blog yang harus di lawat hari2… wa best2 utusan dan hmetro online pun kadang2 miss tapi kat sini kalau boleh taknak miss

  9. en Azahari, mr gobala ada tulis panduan ringkas cemane nak tulis ebook. takde la nanti tunggang langgang ebook kita. bole baca d blog dia..

  10. hi en Zul, sedap saya mendengarnya tapi….. memang mudah bagi yang tahu. Macam mana pulak yang masih merangkak2 tentu merasa susahkan. Idea memang ada… macam2 ermmmmm…entah ler…Selamat Berpuasa

    1. hahaa… yang itu kena bagi penulis upahan yang membuatnya secara profesional sebelum anda melangkah gagah ke angkasa lepas dengan jayanya. eh angkasa lepas? macam citer angkasawan malaysia pulak laaa…

      itupun kalo ada bajet yang secukupnya untuk menghasilkan ebook idaman hati…

      1. tak semua benda kita boleh buat sendiri…
        ada benda yang perlukan bantuan…
        kadang2 buat sendiri merugikan berbanding mengupah..

        han

  11. Betul tu, e-book pasal marketing dan internet biz dah terlalu banyak

    buat lah ebook pasal tajwid atau macam mana nak selesaikan masalah matematik tambahan atau mungkin nak selesaikan masalah rumahtangga

  12. Fai, betul lah tu.. Tapi kena tahu, usahawan juga dalam masa yang sama juga pembeli. 🙂 Dan pembeli, akan membeli daripada usahawan. So, siapa nak jadi usahawan, jadilah, dan saper nak jadi pembeli sahaja, jadilah..

    Tak ada pembeli, tak wujudlah usahawan internet. 🙂

    Cikgu, macam mana xleh miss, dah cikgu pakai teknologi RSS.. hehe..

    Joe Simple, semua orang bermula tak tahu.. So kena usahalah dari bawah. Semua orang bermula dari bawah termasuk saya.. 🙂

    Bagak, one of the my client dia jual buku cara baca al-Qur’an. Dengar khabar, sambutan pun boleh tahan.. 🙂

    1. kena ada sambutan dan demand dari mereka yang berminat. kalo buat produk pakai balun aje untuk semua orang. siapa yang nak? berikan kepada mereka yang berminat dan mengikut kemahiran yang anda miliki sebagaimana baiki hp sendiri yang anda mahir…

      kalo dah ramai yang boleh baiki hp sendiri dah tentunya akan menjimatkan duit poket sendiri…. tambahan lagi dengan teknologi yang semakin berkembang. asyik nak hantar ke kedai aje setiap kali hp jem pistil…

      ingat tu… keyword baiki hp sendiri.

      1. wah bagi keyword lak abdfatah ni…
        betul tu demand tu penting…
        kalau buat sesuatu yang takde sambutan, takde gunanya…
        kadang2 ada juga kita buat sesuatu yang merugi kan…

        han

  13. Terima kasih atas nasihat rakan-rakan sekalian.InsyaAllah saya akan cuba memulakan blog.Betul juga elok tengok website lain untuk dapat general idea.
    Kalau tengok website yang sama setiap hari tak berkembang la idea.
    Kalau Zul boleh tulis blog hari-hari,takkan saya tak boleh ye tak?Saya akan cuba jadikan ianya satu tanggungjawab.Mesti kena disiplinkan diri ni baru boleh.
    Terima kasih sekali lagi.. 🙂

  14. maner-maner jelah,
    org buat ebook dan jual ebook,
    ada yang dah jadi kaya raya,,
    tapi mengambil masa 10 tahun,
    baru boleh jadi jutawan,
    itupun kalau kena iktiraf jadi jutawan,
    hehehe,

    P/S: saya hampir-hampir nak bosan pasal ebuku ni terutama yang uda lama.hari-hari baca, ebook yang fresh yang nak cari sekarang ni, tapi sesuai juga kalau ebook yang lama tu dibaca untuk mereka yang baru nak cari pengalaman,macam saya..hehehe.. tapi kalau nak print ebook tu,boleh juga jadi satu buku…

  15. Saya tersentuh gak dengan idea tu, tapi camne nak buat e-book , nak guna PDF tu camne, teknikal le yang tak tau ni. Nak buat web pun saya tak tau juga……

    Nak buat yang martial art tu , dah 14 tahun saya belajar dan mengajar martial art. Nak curah skit langkah dan pengalaman.

    Kalo guna tajuk ni camna ” 7 ways to be martial art MASTER” atau “Belajar silat semudah ABC”

  16. tahniah ler… tip top punya blog laaa… apa2 pun kena buat perancangan yang betul… research memang perlu kena buat…

  17. haaa… buku panduan baiki telefon rasanya ada dijual dalam iklan suratkhabar. bleh join venture jual dalam internet dengan jayanya. takpun kita borong atau hambik resellright dan jual semula. mesti ramai yang nak tahu macam mana nak baiki hp sendiri… nak jimat dengan harga yang berpatutan… nanti kita google ada yang jual cara online tak panduan tersebut…

      1. tak tahu pula saya web baiki telifon pun ada…
        tapi tak profesional lah web dia…hehe…
        mcm takde modal je…
        RM500 sehari…
        takkan tak boleh beli hosting kot…

        han

        1. takpe laa nanti lepas nih boleh buat website sendiri. kalo nak jadi profesional kena jadi tak profesional dahulu… apa yang penting adalah usaha promosi.

          dan sekiranya mahu dan ingin belajar boleh try buat website jualan. siapa lagi nak dihubungi? dah tentunya han boleh membantu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *