Ebook Asas Blog WordPress. Versi Terkini..

Apa khabar semua..

Jika anda belum memiliki pakej kit blogger di laman web http://bloggingsteps.com/kit, maka anda jangan membelinya lagi.. ๐Ÿ™‚ Ini kerana, saya sedang menyiapkan versi terkini yang lebih bertambah nilainya. Untuk itu, pastikan anda menyemak emel anda setiap hari untuk mengetahui perkembangan terkini daripada saya.

Versi kali ini memang ‘hebat’ dan penuh dengan item-item yang amat membantu anda membina blog dan menggunakannya untuk sebarang tujuan anda. Versi terkini ini juga akan didatangkan bersama dengan satu PELUANG yang amat RUGI jika anda melepaskannya begitu saja, kerana ia dibuka secara TERHAD.

Adakah ebook Panduan Asas WordPress ini boleh membantu anda? Ya. Sudah ramai pembeli ebook ini sudah memiliki blog mereka sendiri. Ada yang tidak tahu langsung, sudah mempunyai sebuah blog untuk perniagaan mereka atau untuk tujuan yang mereka inginkan. Kini, mereka terus melangkah meninggalkan individu yang masih belum melakukan tindakan sepertimana yang mereka lakukan.

Untuk mengetahui kelebihan panduan melalui ebook ini dan kelebihan yang akan anda perolehi, sila ke laman web http://bloggingsteps.com/kit. INGAT, jika anda berminat untuk membeli, pastikan jangan membelinya lagi. Tetapi, tunggu makluman KHAS daripada saya dalam masa yang terdekat di blog ini.

Hakikat Blog

Apa sahaja jenis perniagaan anda atau produk yang anda jual di internet ataupun offline, blog amat-amat ‘berkuasa’ dan efektif jika digunakan dengan sebaik mungkin. Psst, dalam soal ini, kita ‘tolak tepi’ dulu pasal blog free, tapi kita berbicara mengenai blog yang dipasang sendiri di server hosting anda.. ๐Ÿ˜‰ Mengapa? Kalau anda sudah ada domain dot com dan hosting yang digunakan untuk menjual sesuatu produk atau servis, yang nak pergi guna blog percuma tu kenapa? Memiliki blog yang dipasang sendiri lebih sedap, selesa, bebas dan ia milik anda 100%. :p (kita bincang lain kali pasal ni ok..). Apa? Terlalu teknikal? Masalah itu akan selesai dengan memiliki ebook panduan wordpress saya. 8)
Setahun yang lepas, saya mulakan blog saya sendiri dengan membeli domain name dan juga hosting. Ketika itu, saya amat yakin, dengan sedikit pelaburan yang saya lakukan ini dan mempunyai blog yang sentiasa dikemaskini, saya akan mendapat hasilnya.. Itu, kisah di tahun 2005 lepas, iaitu di saat saya yang masih di tahap permulaan dan mencari tapak..
Cuba anda fikirkan, jika saya tidak bertindak membina dan memiliki blog saya sendiri, adakah anda akan mengenali saya? Adakah saya dikenali oleh Dr. Irfan? 8) Adakah saya akan mendapat kawan-kawan yang sama cita-cita dalam perniagaan? Adakah saya mampu memiliki bakal-bakal pembeli? Dan, adakah saya dapat menarik trafik ke laman web perniagaan baru saya dengan mudah? Fuuh, banyak lagi nak tanya ni, tapi soalan-soalan tu dah cukup membukti yang blog amat-amat membantu dan ‘berkuasa’ SERTA perlunya tindakan tanpa bertangguh. Ya, takdir Allah adalah satu sisi, tetapi USAHA tetap diperlukan… Setuju?

YA! Kini dengan blog, saya telah ‘dikenali’, mempunyai ribuan prospek, saya mempunyai koleksi artikel yang boleh diguna-pakai bila-bila masa untuk menjana keuntungan mudah, saya boleh menarik trafik dengan mudah ke laman web jualan saya, dan saya dengan mudah boleh mendapatkan subscriber baru untuk newsletter saya. Dan dan dan…. Apa lagi??

LIHAT, begitu banyaknya MANFAAT dan FAEDAH dengan memiliki blog. Jika anda melakukan perniagaan internet, adalah amat RUGI jika anda tidak memiliki sebuah blog dot Com anda sendiri untuk tujuan komunikasi dengan pelanggan atau prospek dan tujuan pemasaran. Ter-amat rugi….

Itulah serba sedikit perkongsian ‘kisah’ saya untuk anda mengenai berkuasanya blog dalam arena perniagaan dan pemasaran internet. Ia satu teknologi yang amat sukar dinafikan akan keberkesanannya.. Psst, cuma George W. Bush jer tak guna blog kot. Dia guna tentera jer.. Main tembak jer, lebih mudah dari blog.. huhu.. (Sekadar selingan sahaja).

Banyak lagi yang saya ingin kongsikan di sini, tetapi ruang begitu terhad. Jika anda ingin mendapatkan sesuatu panduan secara terus daripada saya, dapatkan ebook ini dan anda akan diberikan akses PERCUMA ke satu ruangan KHAS untuk perbincangan bagi pembeli-pembeli ebook ini. ๐Ÿ™‚ Di ruangan tersebut, saya telah bantu ramai pembeli yang menghadapi masalah teknikal, malah kami sudah kenal-mengenali antara satu sama lain. ๐Ÿ˜‰

Sekian dahulu daripada saya. Jumpa lagi.

PS. Pastikan anda mendapat emel lanjutan daripada saya dalam masa terdekat ini ATAU sentiasa melawat blog saya untuk info terkini.. Ops, jika anda belum mendaftar newsletter Kit Blogger, baik berbuat demikian sekarang juga. Klik di sini. Anda akan mendapat 7 siri tips ‘blogging’ yang efektif.

PPS. Bengkel Perniagaan Internet akan diadakan pada 27 Januari 07 ini (sabtu). Maklumat lanjut, sila ke http://ebizmalaysia.com/bengkel.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

7 thoughts on “Ebook Asas Blog WordPress. Versi Terkini..

  1. zul, tq for info.

    sedikit pengalaman saya, sebelum ini(maybe 3 bulan lepas), saya tercari2/tertanya2/teraba2 mcm mana nak buat blog spt zul & pakar2 IM lain, namun slps membeli dan mempraktikkan ilmu ebook zul,

    alhamdulillah, kini saya bersyukur krn sudah memiliki blog sendiri, walaupun theme dan pengisian di dlm blog masih serba kekurangan. namun, saya jadikan zul sbg idola dan ingin membuat spt apa yg telah beliau lakukan terhadap blognya. faedah spt mendapat kwn/kenalan ebiz lain, mmg saya dpt rasakan. paling menyeronokkan saya ialah dpt membaca & memberi komen/berkongsi idea dgn blog zul, dr irfan, saifulsham, shuth, alang(org kg saya tu), tuahemas, sham, bagak, galadriel, hasrul, labanon, mdpai, noorizamshah dll. walaupun saya tak pernah jumpa mereka kecuali(sham), saya yakin drpd penulisan di blog2 mereka ini, mereka sangat pemurah utk berkongsi ilmu yg ada dlm diri mereka. sekalung tahniah & ucapan terima kasih saya ucapkan.

  2. saya salah seorang yang berjaya memasang blog wordpress sendiri dengan membuat rujukan menggunakan e-book Panduan Asas WordPress Zul nie & bantuan Zul sendiri.. ๐Ÿ™‚

    Memula nak start x tahu mcm mana, e-book Panduan Asas WordPress nie permulaan segala2nya…

    Thanks ZUL,

  3. Tahniah SmartZu!l diatas panduan hebat buku ini. Kepada newbie yang membaca komen ini.. “Anda harus ada ebook ini jika anda serius untuk memulakan perniagaan internet. Ebook ini saya jamin 100% dapat membantu anda dalam perniagaan ini”

    Teruskan Usaha murni SmartZul. Good Luck!! ๐Ÿ™‚

  4. Saya rasa AMAT BERBALOI apa yang saya dapat melalui ebook ini. Bkn ebook jer dapat….Support System tu yang byk membantu…
    Ini yg buatkan saya samangat ni… Sbnrnya hasil dari pembelian ebook ni ada 2 lg idea blog perniagaan yg akan saya bangunkan bersama isteri saya selepas ini…. Tapi kena ikut step by step laa… Tak gitu Zul… ๐Ÿ™‚

  5. Tahniah Jimie. Ini dikatakan pelaburan untuk kejayaan. Sekali dapat buat, berkali-kali tanpa had kita dapat guna dan guna ilmu yang kita tahu.. ๐Ÿ™‚

    Mulakan dengan 1 blog, kemudian tambah 1 lagi, kemudian tambah dan tambah.. ๐Ÿ™‚

    Semoga berjaya hendaknya.

    “Blog amat berkuasa..”. ๐Ÿ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *