E-book ‘DOSA’..

Assalamu’alaikum kepada yang muslim dan salam sejahtera.

Hari demi hari, bulan puasa begitu cepat berlalu dan berlalu. Manfaatkan bulan ini untuk menyucikan hati kita dan seterusnya menjadikan kita lebih berjati diri dan beriman.

Baiklah, pada kali ini, saya ingin kembali menulis mengenai satu perkara yang dulunya saya sudah tulis. Tapi, pesan-memesan perlu setiap masa bukan? ๐Ÿ˜‰

Ebook ‘dosa’?? Ya, ebook yang akan memberikan anda dosa secara percuma. Kenapa? Mudah sahaja.. Biar saya berterus-terang sahaja.

Jika anda menjual ebook orang lain yang TIDAK DIBENARKAN anda menjualnya, maka anda akan mendapat dosa dengan mudah sekali. Buat duit dengan cara yang haram. ๐Ÿ™‚

Saya ada tiga kes yang saya maklumi, dua ebook yang ada kerjasama dengan saya dan satu ebook lagi sahabat kita, Sham rajaAdsense. Sungguh sedih, apabila melihat ebook kita begitu mudah dijual dan mereka dengan senangnya mengaut keuntungan.. Orang lain yang bersusah-payah untuk menyiapkan ebook tersebut, bahkan mungkin apa yang ditulis itu adalah ilmu yang beliau pelajari bertahun-tahun, tapi mudahnya ia dijual. Kalau anda penulisnya, APAKAH PERASAAN ANDA?

Sebagai contoh, sebuah ebook yang ada kerjasama dengan saya, telah dijual di satu laman web (biarlah rahsia, hehe). Ebook itu hanya diedarkan secara percuma, tapi sedih, individu yang tidak takut dosa itu menjual dengan sesuka hatinya. Untuk menyiapkan ebook tersebut, saya dan partner saya telah berjaga malam semata-mata untuk memastikan kandungan ebook itu tetap memberi manfaat walau ia percuma. Banyak masa telah diluangkan..

Begitu juga dengan ebook percuma satu lagi, mudah-mudah sahaja dijadikan sebagai umpan untuk memancing orang menjadi pelanggannya bagi produk lain. Padahal, kami tidak membenarkan sama-sekali diletakkan harga atau diedarkan. Ia eksklusif untuk pelanggan produk kami sahaja. Tidak boleh diedarkan atau dijual!

Tapi itulah manusia, suka mencari dosa percuma. ๐Ÿ™‚ Maaflah terus-terang saya menulis, tapi itulah hakikatnya bukan?? Tak sengaja? Tak tahu? Usah ber-alasan.. Jika anda pandai membaca, bukankah sudah terang-terang dinyatakan di laman web atau di dalam ebook bahawa TIDAK BOLEH DIJUAL DAN TIDAK DI-IZINKAN, walau dengan cara apa sekali mana pun.. Apa lagi alasannya?

Hukum Agama jelas. Mengambil atau menyalah-gunakan harta atau milik orang lain tanpa hak atau izin adalah berdosa. Siapa yang nak nafikan? hehe..

Jadi, jika anda yang sedang membaca bebelan saya ini telah atau paling kurang berniat nak menjual ebook orang lain TANPA KEBENARAN, ingatlah, berapa banyak dosa lagi nak tambah?? Tak cukup-cukup lagi ker? Ketahuilah, salah satu syarat taubat adalah meminta maaf dengan orang yang kita buat salah.. Maka, berfikirlah banyak kali sebelum menganiayai orang lain. Maksudnya, menjual atau mengambil hak orang lain TANPA IZIN.

Maka, di bulan puasa ini, cubalah untuk berubah, terutama mereka yang suka menjual barang cetak rompak, mengambil hak orang, yang TIDAK DIBENARKAN sama-sekali dalam Islam. Kenapa dosa? Sebab Allah itu maha Adil, yang dianiayai, berhak mendapat kebaikan, yang salah, sebaliknya.. ๐Ÿ™‚

Gunakanlah akal, gunakanlah kewarasan. Kasihanilah orang yang bersusah-payah menyiapkan sesuatu produk seperti ebook, tetapi anda menjualnya untuk mendapat dua benda, “duit haram + dosa”. Sedarlah, yang menulis itu (tuan punya) adalah saudara seAgama dan sebangsa dengan kita. Inikah semangat persaudaraan yang sebenar?

Jadilah seorang yang rajin menulis ebook sendiri, jika tak tahan dengan gian anda ingin menjual ebook. Jangan jadi seorang yang malas.. Atau, dapatkan ebook versi resell-right yang anda boleh jual kembali. Atau, MINTA IZIN dengan tuan punya ebook tersebut, nyatakan apa yang anda nak buat.. Jadilah manusia yang baik dan rajin..

Tips: Di awal ebook anda, selain menyatakan hakcipta terpelihara, nyatakan juga begini: “Tidak patut saudara semuslim mengambil hak saudaranya sendiri”, atau yang seumpama dengannya. Ini ada dilakukan oleh sesetengah penerbit buku agama.

P/S: Ada yang kata hakcipta tak wujud dalam Islam. Tapi, hujah mereka ter-amat lemah dan memberikan dampak yang amat negatif.. InsyaAllah, ada masa saya akan kemukakan hujah yang telah disampaikan oleh ahli Agama yang lebih ber-ilmu.

P/P/S: Hukum no. 1, undang-undang no. 2. Kalau anda terlepas undang-undang, hukum sama-sekali tak akan melepaskan anda.. Fikirkan.. ๐Ÿ˜‰

Kepada pencetak-rompak ebook dan penjual illegal, hayati kata-kata ini:

“Jika dirimu sentiasa bersolat 5 waktu, kamu sentiasa mengaku Allah itu Rabb-mu (kalimah syahadah), tapi kamu tidak segan dan silu SENGAJA melakukan kesalahan dengan mengambil hak saudara muslim-mu sendiri. Maka, di manakah keaslian ucapan syahadahmu? Ketahuilah, Dia sentiasa Mengetahui geri-geri dan perilakumu..” – saya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

21 thoughts on “E-book ‘DOSA’..

  1. ho.ho.ho..posting pedas buat pirateร‚ยฒ dunia cyber..

    Saya sedang mengusahakan satu ebook terbaru..entah bile nak siap,otak dah cram..xde idea nak tulis..susah nak tulis ebook ni..

    Jadi kepada yang suka pirateร‚ยฒ..hormati la hasil susah payah orang untuk menyiapkan sesuatu ebook.Bersengkang mata nak siapkan..smpai sakitร‚ยฒ badan dibuatnye sebab kurang tdo..

    p/s:zul nak challenge shuth ke sebab masuk kategori “cerita ghairah” jugak tu.:p

  2. Hehehe, sham, satu, nak compete shuth, kedua, nak testing teknik SEO.. Tup2 naik kejap jer. Tak sampai seminggu.. hohoho.. Dapat gak compete shuth.. :p

    Tul tu sham, nak tulis ebook tak semudah disangka.. Kepada lanun2 tu, fikirlah baik2, mak ayah kita besarkan kita dari kecik, dah besar buat jahat lak.. Tak ker menyedihkan mak ayah jer.. Jadilah anak yg baik macam Aiman tu.. ๐Ÿ˜‰

    P/S: Sham, pedas ke tulisan saya kali ni? Kalau pedas, nanti saya tambah cili lagi.. ๐Ÿ˜†

    P/P/S: Kekadang kita kena bertegas juga, tapi still dalam batas hikmah lah.

  3. Psst Sham, PR blog saya ni 4 ke 5? Kekadang conpius lah.. Tahu tak tools yang lebih accurate untuk ukur PR ni?

    Actually nak pecah rahsia saya sikit. Saya taklah utamakan sangat PR ni, sebab ‘kurang berminat’. Adalah sebab dia.. Tapi kalau dah dapat PR5 tu.. Tima kasih lah kat google.. Ni yang tambah sayang kat pakcik google ni.. ๐Ÿ˜† Tapi kalau PR0 pun, juga tima kasih kat google, i’m still top ten.. :p

  4. Owh tidak,rupanya PR tu terbawak dr website lain sbb sy buka serentak website tu dengan link tadi.So PR skang still 0.

  5. hurm..saya sebenarnya dah lama konpius.

    Bagaimana pula dengan menggunakan perisian pirate. Kalau nak beli, memang tak dapatlah kot. Bayangkan nak beli komputer, laptop sahaja pun mak bapak dah pening kepala. Inikan pula perisian yang setiap satunya 1ribu lebih seperti adobe photoshop and macromedia dreamweaver.

    kalau saya: ada puluhan software yang diguna pakai. Windows pun pirate [professional edi.] walau windows ori ade sebab yg ori home edition. Ada limitation

    Tapi thanks kepada software pirate, saya dapat banyak ilmu darinya dan mampu bersaing dan memahami teknologi barat

    Hurm..mungkin bila “all are open source”, takde lagi la kot cetak rompak lam pc ๐Ÿ™‚

  6. amirul, buat terkejut jer… hehe.. PR8 tu…. :p Kalau ikut toolbar google, url blog.smartusaha.com PR5 jerr.. ๐Ÿ™‚ Main URL PR4.

    RajaBlog, hmm, pasal software tu bagi saya (pendapat peribadilah), kalau dah mampu nanti, belilah yg ori. Kalau tak mampu, terserah kat diri sendiri. Cuma, kalau dah mampu, bagi saya kita dah BERTANGGUNGJAWAB untuk pakai yang ori. ๐Ÿ˜‰ Lebih2 kita yang buat biz ni.

  7. M’sian memang terer pirate2 ni. Nak e-book percuma? hmm..clik nama saya kat atas tu (minta izin tuan rumah noo)

    psst..mr sabri dah masuk oktober ni…?!

  8. Tulah kuasa duit, orang tak pernah nak fikir, halal haram, kalau tak nak fikir pasal diri sendiri, fikirlah pasal keturunan..makan benda haram, ketrunan pun tak elok..fikirlah seblum buat sesuatu.

  9. Hmm, sebenarnya saya tengok memang agak berleluasa…saya ada tengok buku Tsunmiwang pun depa ni lelong je…walaupun content buku ada yang kita memang bangkang habis-habisan, itu bukan tiket kita untuk melelong buku tu semahu-mahunya…hak tetap hak…InsyaALLAH, saya yakin, mereka2 yang terlibat tu ada yang di luar kesedaran…(ada jugak yg memang sedar, yg ni kita kena basmi) kitalah yang perlu menyedarkannya

  10. Hai orang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan cara batil, kecuali dengan berjual beli atas dasar suka sama suka.รขโ‚ฌย (AN-NISAAรขโ‚ฌโ„ข:29)

  11. menurut google toolbar aku (ini dari google sendiri, kira ada repo la), kompem PR zul 5/10, cayalah lu zul…

    err.. mr. zul, ada soalan pasal ebook kat ruang contact ๐Ÿ™‚

  12. biasalah tu mesti ada orang akan jual punya walaupun kita tak berikan hak untuk jualan. Hmm, tapi saya ada baca sesetengah ebook zul ada juga yang boleh diedarkan secara percuma kan? (spt pekej).

    Macam mana pun, saya harap supaya zul tidak berputus asa untuk menulis ebook berkualiti. anggaplah ini hanya spt dugaan.

  13. Kepada pencetak-rompak ebook dan penjual illegal, hayati kata-kata ini:

    รขโ‚ฌล“Jika dirimu sentiasa bersolat 5 waktu, kamu sentiasa mengaku Allah itu Rabb-mu (kalimah syahadah), tapi kamu tidak segan dan silu SENGAJA melakukan kesalahan dengan mengambil hak saudara muslim-mu sendiri. Maka, di manakah keaslian ucapan syahadahmu? Ketahuilah, Dia sentiasa Mengetahui geri-geri dan perilakumu..รขโ‚ฌย – saya.

    zul, tulis saja kat dalam ebook ayat-ayat tu, mungkin mereka akan insaf sikit kut

  14. mypapit, yup, sesetengah ebook saya dibenarkan untuk diedarkan.. Ada 2 buah ebook lain, satu xleh jual, tapi dijual, dan satu lagi just untuk pembeli satu produk, tapi dijual juga.. Takperlah, tak sampai 1% jer manusia sebegini. Tulisan saya kali ni just peringatan jer. ๐Ÿ™‚

    aku, yup, PR5 untuk blog.smartusaha.com dan PR4 untuk http://www.smartusaha.com. Hasil ni di luar dugaan saya.. hehe.. Tima kasih google.. ๐Ÿ˜‰

    Oh ya, mypapit, saya tak akan berputus-asa. ๐Ÿ™‚

  15. Setiap ebuku yang dikeluarkan saya pasti mempunyai terms of use yang tersendiri.Jadi , bacalah dari sana.kalau tak ada benda tu,bermakna mungkin ebook tu diambil secara pirated atau dibeli tanpa bertanya lebih lanjut kepada pengarangnya..atau ebuku tu adalah stok lama…hehehehe,,

    Ada buku yang give away for FREE dan ada yang tak.Berhati-hati membeli ebuku.Dan buatlah kajian sebelum membeli.Kalau syartnya = Jangan Give Away” tapi Buat juga, alamak !!! hujan batu datang !!

    =Nanti orang kata tak beretika
    =Tak tahu menghargai karya orang lain
    =Kena tangkap …( bukan tangkap basah )

    Mcm ebuku gobala tu, kena culik dan jual di XXXX( rahsia ) dengan harga yang paling rendah RM… Saya plan nak jual,bila buat kajian terperinci,huh !!! org senang2 dapat dengan harga mcm “roti canai”. Ade ke macam tu ???

    Kalau ada yang tak ada syaratnya,kenalah tanya penjual ebuku.Kalau dia tak dapat bagi dengan jelas,kemungkinan itu pirated.

    Memang susah membuat ebuku.Memerah otak,kadang-kadang sampai 3 bulan pun belum dapat dihasilkan lagi,itupun masih nak buat kajian dengan teliti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *