Duplikasi CD & DVD

Duplikasi CD/DVD

Duplikasi adalah proses menghasilkan salinan CD/DVD kepada sejumlah kuantiti yang diperlukan. Ia boleh dilakukan sendiri dengan menggunakan laptop tetapi ia lebih kepada istilah “burning” (menggunakan CD/DVD Writer). Duplikasi pula biasanya menggunakan satu alat khas yang lebih cepat dan efektif.

Perkhidmatan duplikasi CD/DVD. Di Malaysia terutama sekitar Kuala Lumpur atau Lembah Klang, perkhidmatan ini semakin banyak. Saya lebih menggalakkan anda menggunakan perkhidmatan mereka sahaja berbanding melakukan sendiri melainkan jika kuantiti hanya sedikit.

Gunakan sahaja Google dan taip “dvd duplication services + malaysia”, ataupun terus taip nama tempat seperti “dvd duplication services + kuala lumpur”.

cd-dvd-duplication-replication

Kebanyakan perkhidmatan duplikasi ini sama ada duplikasi sahaja, ataupun sekali dengan packaging dan printing. Design untuk label DVD/CD perlu disediakan untuk mereka terus cetak pada CD/DVD.

Cetakan pada CD/DVD terdapat dua cara:

1. Terus pada permukaan CD/DVD.
2. Label (pelekat).

Perkhidmatan oleh pihak ini juga menyediakan perkhidmatan packaging dengan menggunakan beberapa bentuk “casing”.

Harga untuk sekeping DVD/CD adalah bergantung kepada servis yang diambil dan juga mengikut jumlah kuantiti. Berbincang dengan pihak mereka sehingga mendapat satu harga yang terbaik.

Sumber gambar: http://umtworks.com/digital-media/cd-dvd-replication-services/

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *