Dunia IM Malaysia Sana Sini
Dunia IM Malaysia kini semakin meriah. Pelbagai produk, kejayaan dan sebagainya telah dicapai.
Antara yang berlaku dalam tempoh terdekat ini ialah:
Shuth Telah Menjadi Usahawan Internet Sepenuh Masa
Siapa tak kenal Shuth (Mohd Suhaimy) iaitu founder WangCyber.com. Beliau telah pun berhenti kerja dan akhirnya menumpu sepenuh masa kepada usaha perniagaan beliau bersama isterinya.

Tahniah Shuth. Semoga berjaya dalam bisnes tak kira Online ataupun Offline.
Sham Akan Melangsungkan Perkahwinannya!
Sham (RajaAdsense.com) adalah antara usahawan internet pertama yang saya jumpa di dunia nyata sejak tahun 2006 lagi. Dan kini, akhirnya beliau akan menamatkan zaman bujangnya pada Ogos ini bersama si dia yang tersayang.

Oh ya, Sham ada buat jualan bermusim sempena perkahwinannya nanti. Klik di sini untuk ke laman web jualan tersebut.
Tahniah Sham. Semoga rezeki semakin bertambah.
Jualan Ebook Panduan Clickbank sudah mencecah lebih RM21,000.00!
Tahniah kepada Mawardi kerana telah mencapai pendapatan tersebut dalam masa yang singkat. Saya rasa, ia adalah antara rekod yang terbaik di pasaran Malaysia ini bagi kategori Ebook.

Umur beliau baru 21 tahun, masih lagi pelajar di sebuah IPT, tapi dah buat banyak duit. Tahniah. Semoga terus berjaya dalam bisnes dan juga pelajaran.
Kepada anda yang belum dapatkan Panduan Clickbank, bertindak segera kerana keahlian emas sudah tinggal sedikit sahaja kuotanya.
—
Ada banyak lagi berita. Tapi saya rasa cukup tiga berita itu sahaja yang sempat saya tulis.
Makluman JV
Buat masa ini, tidak semua jemputan JV saya terima. Kalau saya tak balas emel JV anda, bermaksud mungkin saya tidak dapat menerima JV itu. Bukan tidak mahu, tapi saya mahu fokus kepada timeline untuk produk saya.
Mudah dikatanya, saya mahu tangguhkan dahulu sebarang bentuk JV buat masa sekarang. Kalau saya terima pun, tidak semua. Maaf dipinta dan semoga kita dapat bekerjasama di masa akan datang. Mungkin tahun depan?
Salam maju jaya dan jumpa lagi di artikel seterusnya.
ps. Kepada para pembeli Pakej Kit Blogger, versi Ebook terkini (2.1) sudah siap. Saya akan hubungi anda nanti. Versi ini bukan update sepenuhnya, tapi versi sepenuhnya ialah Versi 3.0 yang akan dilancarkan dalam masa terdekat. Versi 2.1 adalah memenuhi beberapa ruangan/topik yang penting (small updates).
Incoming search terms:
- blog diceroboh















Zul, bila lagi nak ada teman? “Gewe” ado doh.. Derah la sikit..
Tahniah diucapakan kepada Sham…moga perkahwinan anda berkekalan hingga ke akhir hayat,amin!
Buat saudara Shuth,tahniah diucapakan!Bukan senang nk buat keputusan utk berhenti kerja sepenuh masa…moga satu hari nanti sy dpt ikut jejak langkah Shuth quit kerja and tumpu sepenuh masa dalam bisnes internet.
Insyaallah!
Tahniah kepada sham n shuth.
Pada shuth telah keluar dari rate race.
Pada sham tahniah kerana bakal mempunyai penenaman hidup..
Pada bro smartzul… Apa lagi.. ‘Siok wo kahwin’ tulisan dalam buku maskahwin yang hilang.. Truth, kahwin memang siok..
Pasai ada orang jaga serba serbi..
Meriah sungguh… macam perkara menarik dunia IM kita sekarang ni. Zul tak join ke WC 1st Gathering?
Shuth dah berhenti keje.. Best lah..
bro zul cari teman org johor ke..
bagus ler dunia IM dah meriah.. macam2 ada..
Tahniah kepada semua IM2 yg dah berjaya
dan nak kahwin
Memang terasa kemeriahannya walaupun tak nampak
orangnya. Cuma tengok gambar jer…
Saya setuju ngan bro Sham abang Zul kita
bila lagi………:)
dgn kemunculan muka2 baru, IM bertambah meriah…
sy jangka ramai lg akan muncul sbg IM selepas ini..
bila pula giliran saya……..ARB Dagang
Wah.. saya pun rasa IM kat Malaysia semakin meriah sejak akhir-akhir ini.
Tahniah kepada Shuth dan Sham..semoga hidup lebih bahagia dan rezeki kian bertambah.
-Johari
Sememangnya bisnes online memberikan peluang yang lebih cerah berbanding makan gaji. Tahniah kepada Shuth dan tahniah kepada Sham.
hehe. so..bertambah lagi sorang IM sepenuh masa tanah air..
Salam..
Zul senyap tanda setuju(ade gewe) tu..kekekekekek….pape pun, tahniah kepada 3 orang ni, Shuth, Sham dan Mawardee atas kejayaan masing2
maklumat Zul ni bagus untuk di”muhasabah”kan supaya dapat meningkatkan lagi pencapaian diri kita pada masa akan datang dengan mengambil ikhtibar atas kejayaan mereka. Semoga keputusan yang telah dibuat berasaskan perancangan untuk kejayaan yang berterusan pada masa hadapan.
Saban hari ramai IM yang mengambil keputusan untuk fokus kepada bisnes secara sepenuh masa. Ini menunjukkan memang bisnes internet boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan. Dan jika betul caranya, pulangannya amat memberasangkan.
Tahniah untuk Shuth, sham dan Mawardee..
ehm, tahniah kepada sham. Moga2 pas ni bakal dapat anak secepat mungkin.
Saya sudah pun mendapatkan produk Clickbank ini. Alhamdulillah hasilnya cukup membanggakan. Saya sudah mula menjana pendapatan dengan Clickbank ini, anda bila lagi????
======================================
Bisnes TDTone
http://bisnesTdTone.com/khairul
“Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
=======================================