Duit Mudah Untuk Akaun Paypal Anda

AMARAN: Program ini tidak membuat bayaran sehingga ke hari ini. Anda tidak digalakkan mendaftar. Harap maklum.

Jika anda ingin membuat duit di Internet, atau berniaga di Internet, akaun Paypal adalah amat wajib. Tiada akaun ini, anda memang teramat rugi dan susah untuk melakukan urusan jual dan beli di Internet.

Jika anda telah mempunyai akaun paypal, anda sekarang boleh mendapatkan duit dengan cara yang amat mudah. Caranya ialah dengan mendapatkan seramai mungkin (paling sedikit, seorang) untuk mendownload ebook percuma di xfactoraffiliate.com.

affiliate-x

Jika ada seseorang mendaftar dan mendapatkan ebook tersebut melalui link affiliate anda, maka anda akan mendapat $1.00. Jika anda mendapat 10 orang, anda akan mendapat $10.00! Berapa pula jika anda mendapat 50 atau 100 orang?

Usah meletakkan sasaran yang amat tinggi di sini. Bagi anda yang ingin merasa mendapat duit melalui internet, inilah masanya untuk anda mendapatkan $1.00 dollar pertama anda. Lupakan $100, $1000 atau apa sahaja jumlah. Usaha dulu untuk mendapatkan dollar yang pertama.

Walaupun cara ini bukan membantu anda berniaga di Internet, tapi sekurang-kurangnya anda akan mempelajari kemahiran mempromosi di dalam mendapatkan prospek.

Klik di sini untuk mendaftar bagi mendapatkan link affiliate anda dan promosikan link itu dengan cara yang anda rasakan sesuai dan berkesan.

Bagi anda yang belum memiliki akaun paypal, sila dapatkan ebook panduan saya di sini:

http://smartusaha.com/news

Daftar akaun paypal adalah percuma sahaja.

Bagaimana cara untuk mempromosi? Banyak caranya. Paling mudah, lakukan iklan di mana-mana ruang iklan percuma, guna signature di forum yang anda sertai, letak link atau banner di blog anda dan banyak lagi.

Selamat mencuba.

ps. Peluang ini adalah terhad masanya. Saya tak pasti pula bila ia akan tamat. Jadi, bertindak dengan segera untuk mendapatkan duit mudah ini. Bukan selalu peluang ini ada. Kalau tak percaya, boleh baca pesanan Shuth di sini.

pps. Video Panduan Upgrade Blog WordPress akan dilancarkan dalam minggu ini. Harap maklum.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

29 thoughts on “Duit Mudah Untuk Akaun Paypal Anda

  1. Nampaknya ramai yang menggunakan teknik ini untuk mendapatkan list yang targeted sejak ianya dimulakan oleh Scott Boulch dalam projeknya, the Death of Adsense. πŸ™‚

    1. raymond,
      teknik ni saya kurang suka…
      sebab kalau kita dpt list pun list yang tak berkualiti…
      tapi masih dpt untung dgn modal yang besar…

      han

  2. betul tuh, ramai jugak IM luar negara yang gunakan kaedah ini (payperlead) untuk mendapatkan banyak list. kalau ada ganjaran, pasti lebih cepat list mereka bertambah, dan pastinya kadar peratusan penjanaan keuntungan makin bertambah πŸ™‚

    1. Tapi kalau nak pakai kaedah ini, kena ada modal yang banyak misalnya $20,000 atau lebih.

      Perancangan sales funnel dan backend adalah penting kalau nak guna kaedah ini. Kalau tidak … rugilah. πŸ™‚

  3. waaa betul ker ni.
    saya tak pernah join benda2 camni.
    tapi oleh kerana saya percayakan SmartZul,
    maka saya akan cuba daftar dan buat promosi skit.

    target saya utk kali ini ialah…
    dapatkan $1 yang pertama saya.

  4. saya x pernah join gak menda2 camni. ni baru sudah daftar akaun paypal.
    bersiap sedialah zul untuk menerima $1 seterusnya..hehehe

  5. hoho..ramai dah join dan ramai jugak yang dah promosi. SO, siapa belum ada isi dalam akaun paypal. Bolehla sertai program nih.

  6. Betul tu Beduz, tak rugi untuk mencuba kerana jika kita tak dibayar sekalipun masih dikira untung kerana dah dapat ilmu dan maklumat yang dikongsikan dalam report tersebut. Tapi kebiasaannya kita dibayar…

  7. Sayer pun nak try jer lah πŸ˜† kalu dpt, dpt ler tak dpt nanti kensel subscription πŸ˜† Maka dapatlah USD1 kepada Encik Zul πŸ˜†

  8. Hehe..aku pun dah join. Dah ada dlm akaun dekat USD50 dengan program ni..baru 3-4 hari join..Harapnya diorg akan bayar.

    Klu saper2 yg ada mailing list , best la kan…huhu. Aku pun nak beli mailing list la. Saper2 nak share boleh contact yer.. πŸ™‚

  9. kepada aku, anda x perlu riso kerana anda tidak akan rugi satu sen pun dari segi wang anda. program ini juga sama seperti yang dianjurkan oleh Chris Crompton. dia ni bagi komisen USD 1 juga dan menggunakan konsep payperlead..

  10. Wah.. kalau 1% dari 3000 subcribers (30) dapat la USD30.. tu kalau 1%, kalau 10% dah USD300… nak lagi best, offer la produk2 free yang lain kalau sape2 download dari link tu..

    Pastu buat sales backed, dah bertambah kita punye income.. hehehh..

  11. Heheh..pandai En. Dlie mengira…dapat A ker matematik dulu? Kikiki… πŸ™‚

    Betul ckp ko tu… Bijak2…Dulu minum susu lembu ker susu dada? πŸ™‚

  12. Dulu ada juga download laporan The Death Of Network Marketing, pastu beritahu kat list. Tapi satu orang pun tak nak download. Mungkin ada yang tak tahu nak download kot. Sebab tak ada ebook yang ajar dia orang cara download ebook. jadi satu sen pun tak duit.

    Tapi tak salah kalau nak cuba sekali lagi.

  13. Hi, Zul! Saya dah join gak, tp why he just gave me link to the report, tapi takde link affiliate pun… Thus, camner saya nak letak banner report tu kat blog saya…? Huhu…help me plz…

    Thanks & regards,
    kakeru

  14. Saya tolong jawab utk Smartzul yea… πŸ™‚

    Sbnrnya benda ni dah abis dah pun pada 10/03/08 hari tu…so, dah xleh nak promote dah. Kalau promote pun, Andrew Fox dah tak bayar…Pada saper2 yg dah promote, bulan 4 ni akan dapat bayaran..

    Ini email yang saya dapat la…betul kan?

    p/s – Affiliate XFactor dah tamat, 10 Outsourcing Mistakes belum lg. So, join la 10 Outsourcing Mistakes tu…masih ada harapan nak dapat duit mudah. πŸ™‚

  15. Erm..like that ker…Thanks to u Din Beramboi. Ingatkan ade lagi…huhu… Baru nak rasa 1 Dollar… Klu ada lagi program mcm ni bgtau la yer. 10 Outsourcing Mistakes tu kat mana?

  16. 10 Outsourcing Mistakes tu ada kat blog saya. Maaf Smartzul, bukan nak spam, cuma nak bgtau sebab takde kat blog Smartzul ni.

    Klik pada nama saya utk ke blog saya. πŸ™‚

  17. En Zul, kenapa akaun paypal saya masih unverified. Dah byk x saya masukkan maklumat kada debit saya. Harap dpt tlg

    1. Sila gunakan contact form di blog ini dah nyatakan masalah yg telah niza hadapi. Nanti saya explain apa yg patut.

      ——————-

      *Kepada pembaca lain, sehingga kini saya tidak dapat lagi bayaran daripada program Affiliate X-Factor yg dinyatakan dalam artikel di atas. Untuk itu, anda tidak digalakkan mendaftar.

      Harap maklum.

Comments are closed.