Dua Jenis Sumber Trafik Untuk Perniagaan Internet

Semalam, saya berkongsikan secara ringkas 3 jenis trafik. Namun, saya tidak menerangkan bagaimana kita boleh menggunakan trafik itu kepada keuntungan perniagaan. 🙂

Pada hari ini, saya akan terangkan sedikit mengenai dua jenis sumber trafik dan kemudian saya akan berikan tip bagaimana menjadikan trafik yang datang ke laman web jualan atau blog kita kepada potensi pelanggan (prospek/bakal pembeli). Daripada potensi, akhirnya bagaimana kita boleh jadikan mereka menjadi pembeli. Bukan sekali, tetapi berkali-kali (pelanggan yang sama).

Dua Jenis Sumber Trafik

Trafik yang anda dapatkan dengan pelbagai cara biasanya tergolong ke dalam dua kategori berikut iaitu:

1. Short Term Traffic (jangka masa pendek)

Jika anda menggunakan ruang iklan atau PPC, trafik hanya diperolehi semasa iklan itu masih aktif. Apabila ia sudah tamat atau tidak dilakukan lagi, maka tiadalah lagi trafik yang diperolehi melalui sumber tersebut (iklan).

Secara mudah, sumber trafik sebegini bermaksud anda buat kerja sekali, kemudian habis maka tak ada lagi hasilnya, melainkan anda buat lagi.

2. Long Term Traffic (jangka masa panjang/kekal)

Jenis yang kedua ini amat bernilai kepada usaha perniagaan anda. Salah satu contohnya adalah seperti SEO. Katakan blog anda sentiasa berada di senarai top ten di Google atau lagi hebat jika berterusan berada di tangga pertama kedudukan senarai carian. Ini terjadi kepada blog SmartUsaha yang hampir setahun kedudukannya tetap no. 1 di Google bagi kata-kunci “perniagaan internet“.

Daripada analisis trafik yang saya lakukan, boleh dikatakan sejak blog ini wujud, peratusan besar pelawat blog ini datang daripada enjin carian. Namun ingin saya katakan, proses untuk mendapatkan kedudukan yang kekal di enjin carian bukanlah suatu usaha yang mudah dan singkat. Malah, jangan mengutamakan SEO ini sangat.

Maksudnya di sini, saya telah mendapat trafik dalam jangka masa yang lama melalui enjin carian kerana kedudukan blog ini bagi kata-kunci tertentu berada di kedudukan yang terbaik…

Contoh sumber trafik tetap yang lain adalah subscibers anda. Inilah sumber yang paling berharga di dalam sesebuah perniagaan Internet mahupun perniagaan offline. Jika anda perhatikan sesebuah perniagaan, kebanyakan pelanggan mereka adalah pelanggan yang sama. Ini kerana mereka sentiasa melakukan follow up dari semasa ke semasa terhadap pelanggan sedia-ada.

Jadi, jika anda mempunyai ‘mailing list’ sendiri sebanyak 10,000 orang katakan, maka anda mempunyai bakal trafik sebanyak itu untuk ke blog anda atau ke laman web perniagaan anda untuk tempoh yang lama (long term). Dengan syarat anda menghubungi mereka dengan cara yang berkesan agar mereka mengunjungi laman web atau blog anda. Mereka akan tetap ada di situ (dalam list) melainkan mereka unsubscribe!

Rahsia Berzaman Usahawan Internet!
Anda wajib mempunyai Mailing List sendiri. Percayalah. Ia adalah sumber yang akan menguntungkan anda. Semalam saya sudah terangkan secara mudah jenis Autoresponder yang boleh anda gunakan. Jadi selepas ini, jangan cakap saya tidak berkongsi perkara ini. Anda belum merasai seperti mana usahawan Internet lain telah rasa. Mereka mempunyai beribu-ribu bakal pelanggan dan mendapat jualan dengan sekali klik (button Send) sahaja.

Tak percaya mailing list amat menguntungkan? Buktinya, boleh dikatakan usahawan Internet yang gunakan cara ini akan senyap-senyap sebab ia begitu menguntungkan. Jadi, buat apa nak kongsi lebih-lebih ‘rahsia’ ini? 😉 Namun saya rasakan, ilmu yang baik amat elok jika dikongsi-kongsikan. Mana la tahu, esok dah takder kat dunia ni. Ilmu yang sikit amat bermanfaat jika disebar-sebarkan. 😀

Cara nak berkongsi tu terserahlah. Cara percuma pun boleh, nak kenakan bayaran pun boleh. Tak salah pun mana-mana cara. Syaratnya, ikhlas dan cara penyampaiannya baik.

Mahu menangguh lagi untuk tidak memiliki Mailing List sendiri? Kalau ya, anda akan terus ketinggalan dan kerugian… Sekali lagi, tanpa mailing list, anda tidak mempunyai senarai bakal pembeli yang mudah dihubungi. Tanpa mailing list, anda tidak akan mendapat pembeli dalam kadar waktu yang cepat dan mudah. Tapi…. Jangan salah gunakan list yang anda ada untuk keuntungan yang sementara, awas! Hal ini akan saya sentuh kelak.

Trafik Tak Berguna Selagi…

Trafik yang anda jana tak akan bermanfaat selagi anda tidak memasukkan mereka ke dalam sebuah sumber (sistem Mailing List) yang membolehkan anda menghubungi mereka pada bila-bila masa.

trafik pelawat tips

Bagaimana menggunakan list (bakal pembeli/prospek) yang ada di dalam mailing list tersebut? InsyaAllah, pada tulisan yang akan datang, saya akan terangkan sedikit demi sedikit hal-hal yang berkaitan.

bersambung…

Jumpa lagi.

Sahabat anda,

Sudah semestinya SmartZuL!

PS. Sedikit survey. Anda rasa patut tak saya letak link “Baca Artikel Ini Sepenuhnya…“. Jika ramai yang tak suka, saya mungkin tak akan menggunakannya lagi. Kalau tak suka, kena bagitahu kenapa tak suka. 🙂

PPS. Jika anda tak faham istilah autoresponder, mailing list, subscribers dan sebagainya, jangan risau. Hal-hal ini akan saya kongsikan kelak…

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

10 thoughts on “Dua Jenis Sumber Trafik Untuk Perniagaan Internet

  1. Pada pendapat saya, elok letakkan je “Baca Artikel Ini Sepenuhnya…“. Kalau tak letak, topik tu jadi terlalu panjang di frontpage. Lagipun mungkin tak semua topik orang berminat nak baca. Kalau frontpage dah panjang sangat, artikel lain akan tenggelam ke bawah. 🙂

    Tak sabar nak baca artikel pasal mailing list ni

    p/s: Zul dah letak ye ruangan register..hehe.. saya pengomen pertama ke?

  2. Pendapat saya sama dengan Azahari. Bukan semua topik orang minat untuk baca. Kekadang orang pilih nak baca topik yang menarik perhatian mereka sahaja.

    Bila lak nak sambung artikel ni? ? Jangan lama sangat lak, nanti dah sejuk.. heheh.

  3. saya pun rasa baik letakkan “Baca Artikel Ini Sepenuhnya…“.
    macam yang emzek dan azahari kata…dan saya pun…suak abaca sesuatu yang menarik jer…tapi kalau artikel si blog zul…semuanya berinformasi…

  4. slmt mlm zul,
    saya juga setuju dengan pendapat Azahari…

    tp kalau blog ni ramai pelawat setia yang setiap hari datang membaca, saya rasa, baik tak letak“Baca Artikel Ini Sepenuhnya…“. sb pelawat ini setiap hari datang untuk membaca…jadi dia akan baca terus post yang terbaru…

    han

  5. Ye ker.. Hmm, terima kasih atas pendapat anda semua. Saya sebenarnya letak link tersebut bukan tujuan mahu menyusahkan, tapi sebab kalau x letak artikel akan jadi panjang dan tak sedap mata melihat. 🙂

    Terima kasih semua.

  6. betul tu zul..
    walaupun saya belum menggunakan mailing list.. (baru je daftar)..
    namun saya rasa memang mailing list dapat memberikan peringatan kepada trafik..

    p/s :- kalau saya, saya memang tak berminat buat ” Baca Artikel Ini sepenuhnya”.. Dulu penah buat tapi sebab rasa macam menganggu je dan melecehkan je… sebab biasanya saya akan baca je terus n tak suka baca artikel panjang2…

  7. Oowh..gitu. Terima kasih Zul untuk info itu. Insya Allah saya akan gunakan petua tersebut pada masa akan datang. Sekarang ini tengah mengumpul ilmu yang berkaitan untuk menjadi IM yang berjaya. Amin~

  8. mail list memang penting dalam ebiz…
    sama mcm mail order, ia juga perlukan mail list…
    mail list adalah traffic yang paling berharga untuk IM…
    satu klik je RM5000 masuk utk pasaran malaysia…hehe…
    betul tak zul???

    han

  9. yeaa… jangan sekali-kali salahgunakan mailing list anda. jika tidaknya anda akan kehilangan banyak peluang keemasan hasil usaha anda mengumpul mailing list…

    saya nak ada mailing list bila entahnya…. haohohaa

    1. sabar je lah abdfatah…
      saya pun masih tak de maillist lagi…
      nak dapat jualan tak semestinya mail list…
      masih banyak lagi cara kita boleh dapatkan jualan@traffic…

      han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *