Dua Jenis Produk Pilihan Utama untuk Diniagakan

Tidak ada usahawan yang tidak mahu untung dalam perniagaan. Sesiapa pun mahu untung, termasuk pembaca semua. Jadi, memilih produk yang betul adalah amat penting agar kita tidak menjual produk yang tidak menguntungkan.

Persoalan di sini, apakah produk yang menguntungkan itu? Berikut adalah dua jenis produk yang boleh diniagakan:

  1. Produk yang mempunyai margin untung yang besar. Walaupun jual sedikit, tapi dapat banyak keuntungan.
  2. Produk yang margin untungnya tidak begitu besar, tetapi mempunyai kadar jualan yang tinggi pada setiap hari/bulan, selain sifatnya yang diulang beli (contoh: produk makanan, ubatan, pakai buang dan lain-lain). Maka keuntungan yang besar dapat dijana berdasarkan jumlah jualan, jumlah pelanggan dan kadar ulangan belian.

Menjual dan berniaga memerlukan kita meluangkan sedikit masa sebelum menentukan produk yang akan dijual, ataupun produk yang akan kita hasilkan. Jika tidak, kita mungkin akan menjual produk yang tidak mendapat sambutan. Akhirnya, bisnes akan gagal.

Tip: Modal dalam bentuk wang adalah penting, walaupun kita cuba menafikannya. Salah satu cara mendapatkan modal adalah melalui keuntungan perniagaan.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *