Home » Motivasi » Tiga Contoh Produk Perniagaan Internet Yang Niche

Dahulu, saya pernah menulis mengenai akan berlakunya ketepuan topik Internet Marketing sama ada Ebook atau sebagainya, malah kini sudah ada golongan yang melancarkan perang terhadap penulis-penulis Ebook Internet Marketing. Bukan di Malaysia, tetapi di luar negara. Perang mereka amat dahsyat iaitu mereka dapatkan Ebook tertentu dan edarkan secara percuma.

Alasan mereka mudah, maklumat sebegitu boleh didapatkan secara percuma. Tapi, tindakan mereka itu salah walaupun niat mereka baik. Harapan saya tiadalah orang-orang kita melakukan tindakan sebegitu kerana kita yang berAgama ini berbeza dengan pemikiran mereka… Lagipun mereka tidak faham model perniagaan Ebook, mereka terlalu EMOSIONAL.

Pentingnya Niche!

Sudah saya cakapkan dari dahulu lagi, JANGAN buat topik mengenai Ebiz jika anda baru mulakan perniagaan Internet. TAPI, saya lihat ramai yang degil. Saya sama sekali tidak ada hak untuk menghalang, tetapi saya hanya menasihati. Mengajar orang buat duit bukanlah satu kerja yang mudah sebab kita memberikan mereka harapan yang menggunung.

Akhirnya apabila mereka kecewa dan panduan yang kita berikan pula hanya copy & paste, maka wujudlah salah faham, kemarahan dan dendam. Jika saya mahu mengeluarkan produk panduan perniagaan Internet, saya akan buat mengikut skala yang saya mampu dan sedang saya capai. Contohnya, jika pendapatan saya hanya RM10,000 sebulan, hanya itu yang saya cakapkan. Sebaliknya saya sama sekali tidak memberikan harapan kepada orang lain mengenai pendapatan juta juta juta dan juta…

Susah sangatkah untuk menjual produk selain produk Internet Marketing? Di dunia ini hanya itukah yang boleh dijual? Tidak… Tapi kalau anda nak jual juga, silakanlah, saya tak pernah kata ia salah, cuma persaingan dan tahap ketepuannya terlalu tinggi.

Contoh Produk Niche

Saya yakin anda sudah tahu apa itu Niche. Saya dah banyak kali tulis di blog ini. Kali ini, saya mahu memberikan contoh pula.

Berikut adalah tiga perniagaan Internet yang produknya adalah ‘niche’, dua daripadanya adalah milik Shuth WangCyber dan satu lagi adalah milik saudara Safwan (member Wangcyber):

design01_02.gif

1. SetBersalin.com – Niche di sini adalah produk set bersalin khas untuk kaum wanita yang baru lepas bersalin. Ia tidak akan niche jika fokusnya kepada semua wanita termasuk kanak-kanak yang belum kahwin. :) Inilah konsep niche, satu produk khusus untuk satu sasaran. Lihat juga, hanya satu set pakej produk sahaja yang ditawarkan di laman web tersebut. Ia adalah salah satu konsep niche website, satu laman web, satu produk.

Kepada Shuth, saya sebenarnya ada satu projek (tak tahu bila) yang ada kaitan dengan niche tersebut. Bukan Ebook, tapi ader laa. Nanti kita buat JV ekk. :p

cara buang virus

2. BuangVirus.com – Saya tidaklah dibayar untuk membuat review atau sudah memiliki Ebook saudara Safwan ini, tetapi apa yang dapat saya katakan adalah, ia satu topik yang simple, tetapi tidak ramai yang memikirkan untuk mengeluarkan panduan mudah sebegitu. Niche-nya di sini adalah ia hanya mengajar cara membuang virus, sebaliknya bukan semua perkara mengenai komputer diajarkan…

maskahwin

3. MasKahwin.com – Bagi saya, Ebook (dulu buku) inilah pembuka tirai kepada industri perniagaan Internet bagi cabang produk informasi di Malaysia terutama di dalam Bahasa Melayu. Ebook tersebut memberikan panduan bagaimana si lelaki atau perempuan (rasanya panduan ni lebih kepada lelaki kot, explain sikit Shuth) yang mahu kahwin, dari tak cukup duit boleh mempunyai duit untuk berkahwin.

Niche Ebook ‘Maskahwin Yang Hilang’ adalah pengurusan kewangan kepada bakal pengantin. Ia bukan mengenai cara jadi jutawan, bukan pasal memikat si gadis, bukan macam-macam (all about) mengenai wang atau mengenai ehem ehem… ;)

Pelajaran

Memiliki produk yang niche dan bukan mengenai cara buat duit merupakan satu bidang yang ‘selamat’. Kita tidak mempunyai risiko yang tinggi sepertimana menjual produk-produk cara buat duit kerana kita bukanlah menjanjikan pembeli menjadi kaya.

Selain daripada itu, anda lihatlah sendiri di Internet, begitu banyak produk-produk percuma berkaitan Ebiz dan jika ada produk berbayar pun, kebanyakan pakar-pakar yang sudah berjaya sahaja mudah membuat jualan. Jika anda newbie tapi sudah menjual cara buat duit, diri anda akan dipersoalkan. Sesungguhnya, begitu banyak niche yang belum diterokai di pasaran Malaysia ini.

Sahabat saya Wan Faizol a.k.a Batagolek mempunyai niche-nya tersendiri. Kami pernah berbincang mengenai pasaran Malaysia ini dan kami merumuskan masih banyak cabang yang belum diterokai dan dikuasai. Salah satu projeknya adalah eKpli.com, iaitu fokus kepada ujian KPLI untuk bakal-bakal guru yang mengambil kursus KPLI. Begitu juga Shuth dan sahabat-sahabat yang lain, mereka mempunyai niche tersendiri.

Saya dari dulu lagi memerhatikan gelagat-gelagat newbie dan juga yang sudah lama bergelumang di dalam Ebiz ini. Style kedua golongan ini banyak bezanya. Saya ada menyatakan kepada seorang ahli forum Wangcyber semalam melalui PM, ‘cuba perhatikan cara otai-otai, ada tak diaorang sibuk-sibuk sepertimana orang lain sibuk? Adakah diaorang jual produk Ebiz sepertimana orang lain melakukannya? Agaknya kenapa?

Beritahu saya kepadanya, “saya tak dapat nak bagitahu sebabnya. Hanya mereka yang mempunyai pemikiran yang mendalam mengenai PERNIAGAAN sahaja yang memahami erti yang sebenar perniagaan Internet”.

Saya teringat kata-kata Kidino melalui emel newsletternya yang beliau menyatakan kenapa beliau ‘tidak seaktif’ seperti IM yang lain dalam mempromosikan produk-produk yang orang lain sibuk mempromosikannya. Katanya (lebih kurang begini), “mengapa saya mahu sibuk mempromosikan produk yang ramai orang lain promote? That better saya hasilkan produk sendiri atau mempromosikan produk yang tak ramai orang tahu..”.

Apa yang dapat saya katakan, kebanyakan Newbie yang memulakan Ebiz tiada kefahaman asas yang kukuh mengenai perniagaan Internet. Kebanyakan bermentalitikan hanya mahu membuat duit, tetapi tapak atau asas perniagaan itu tidak dibina dengan kukuh terutama aspek mindset. Bak kata Sabri SaifulSham, kalau langkah pertama sudah silap, maka susahlah perjalanan Ebiz anda… Tapi sedih, tak ramai newbie yang tidak mendengar pesanan mereka yang telah berjaya.

Agaknya kenapa ye? Tak bagus ke nasihat orang-orang kita tu? Jangan anggap IM-IM negara Malaysia tak sehebat IM di luar sana, sebenarnya ramai yang hebat dalam senyap. Cuma diaorang ni ‘bisu’ jer. hehe… :D

Berita Terkini

Sham RajaAdsense ada menyatakan kepada saya yang beliau akan memperkenalkan konsep pemasaran ________. Tunggu je lah apa yang beliau mahu kongsikan nanti. :) Konsep atau model pemasaran tersebut adalah sebagai satu penyelesaian kepada rendahnya tahap pembelian di Internet bagi pasaran Malaysia.

Hal tersebut juga saya ada terfikirkan (sudah lama), cuma tidak terbuat sahaja. Dan memang saya perhatikan, tidak ramai yang cuba atau ada melakukan konsep pemasaran tersebut. Mungkin Sham akan kongsi di blog dia atau keluar satu Ebook khas kot. ;)

Semoga perkongsian saya hari ini memberikan faedah kepada anda.

Wassalam.

PS. SmartUsaha.com telah beralih semula ke server di Malaysia. Itulah sebab mengapa kalau sebelum ini sedikit slow, kali ini lebih laju. :)

PPS. Dapatkan Step by Step Video Training. Klik di sini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.
Share

17 thoughts on “Tiga Contoh Produk Perniagaan Internet Yang Niche

  1. naim says:

    setuju tu memang setuju…( kalo tak setuju,nak kena sekeh le kepala aku ni..hehehe :mrgreen: )

    ermm..abg zul..macammana nak fikirkan ttg niche ni? takde ke forum atau cara nak brainwash kepala otak supaya niche kepada produk selain produk buat duit..

    memang ramai yang dah terjebak ( termasuk le saya ni ), bukan apa,sebabnya dah tiap2 hari dok depan internet, cari maklumat pun ttg nak buat duit,nak dapat traffik, jadi memang sukar la nak cari hal2 lain plak…tu pasal yang berlambak blog2 tentang nak buat duit ( macam saya jugak la… :mrgreen: )..
    kalo bukan blog jenis tu, banyak jugak yang blog nya agak personal…ni yang musykil ni..

    ada jampi2 ke? :roll: mana la tau kot2 boleh di ubah pemikiran ttg produk2 lain plak ( nak ubah pemikiran saya yang dah biol ni )….

    pening2…..

    cara nak cari pasaran dah belajar,
    nak kenal niche atau tak pun dah belajar,
    nak buat blog,off course beli ebook abg zul pun sudah,
    ebook2 im lain pun hari2 dok baca,
    tapi…….
    apa produk yang nak di keluarkan…
    kepakaran takde,
    yang tahu cuma traffik,blog,adsense,affiliate, (HYIP..astaghfirullah :shock: ni bukan jenis saya ye )

    kesimpulannya,banyak lagi yang blur…takpe la..saya nak gi kuliah dulu..jap lagi nak gi bincang ngan member2 kot dapat idea baru ttg pasaran malaysia ni…

  2. hanrz says:

    slmt pagi zul,,

    saya sokong habis-habisan tentang topik ni…
    yelah macam takde benda lain nak promote je…

    dunia ni kan luas… kenapalah asyik buat tentang e-biz yang banyak pesaing yang hebat dari kita…

    carilah produk yang kurang didapati…kan lebih mudah nak jual…

  3. Raymond says:

    Hi Naim,

    Mungkin saya dapat berkongsi sedikit tentang Niche ini.

    Mula-mula fikirkan tajuk yang besar. Misalnya “kesihatan”

    Kemudian fikirkan cabang-cabang kesihatan seperti, diabetis, barah, gigi, jerawat, dan lain-lain.

    Katakan anda hendak tumpukan kepada barah. Cabangkan lagi kepada barah hati, barah darah, barah otak, barah kulit dan lain-lain.

    Pilih topik yang sesuai lagi. Katakan anda memilih topik barah kulit.

    Bahagikannya lagi kepada barah kulit untuk orang Asia, barah kulit untuk lelaki asia, barah kulit untuk wanita asia, barah kulit untuk orang Amerika, barah kulit untuk wanita muda asia dan lain-lain.

    Jika anda memilih “Barah Kulit untuk wanita muda asia”, maka itulah niche anda.

    Semakin spesifik topik anda, maka semankin baik niche anda kerana kurang saingan.

    Harap ia dapat membantu. :razz:

  4. mazli murshid says:

    Topik yg memeningkan kepala kepada newbie.. termasuk laa saya dulu mase nak mula ebiz… tp bila dh lame skit.. baru tau camner nak buat… topik niche yg mudah kite nak cari ialah ape yg kita minat n tau.. ni saya belajar dr org, buku n pengalaman…

    Mula2 dulu time start nak buat biz mesti pikir pasal nak untung jer… tp percaya laa kalu buat bende if fikir pasal duit je mesti susah.. buat pasal yg kite minat tp tumpu kan topik dier, 2nd baru pasal duit… contoh kawan sy, dier minat sgt dgn photography.. tp die tumpu pd weddingnyer fotografi saje.. dr modal 2 3 ratus saje, skang name dier dh gah jugak laa.. siap org swiss nak ofer dier pg sane amik gambar wedding diorg…

    Dr minat or hobby kite ble dpt nich yg unik n menarik… :wink:

  5. abdfatah says:

    itu pasal laaa takleh untung kalo asyik fikir nak untung sahaja. kena tahu apa yang perlu dibuat dan jugak cara2 yang betul untuk berjaya. jika tidak modal entah ke mana ebiz entah ke mana… siapa yang rugi??/

  6. ambsmart says:

    Erk.. Tetiba ada promo percuma plak kat sini. Terima kasih.. :smile:

  7. smartzul says:

    Naim, Raymond dah explain salah satu cara nak dapatkan niche. Tapi pastikan niche tu ada permintaan yg ramai. Mungkin boleh guna keyword research mcm Wordtracker dan lain2. Ada lg cara lain nak cari niche, tapi macam spt yg mazli katakan, dari hobi tu pun kita boleh create some niche for us.

    Niche ni banyak kelebihan dia, saya dah tulis dah dulu. Salah satunya adalah, nama kita mudah naik dan dikenali sebab cabang kita tu x banyak persaingan.

    Berkenaan ilmu trafik, SEO dan sebagainya tu, ia adalah untuk digunakan kepada biz kita, bukan utk menjual atau mengajarnya kepada org lain. Kalau nak kongsi tak salah. Kebanyakan orang hanya tahu tulis dan ajar, tapi mereka tak praktik utk biz mereka.

    So, Internet Marketing adalah pemasaran, bukan perniagaan. Teknik2 yg kita belajar itu dipraktikkan utk Internet Business kita. :)

    PS. Apa beza Internet Marketing dan Internet Business? Saya dah tulis dah hari tu. ;)

  8. smartzul says:

    ambsmart, sama2. :) Psst, tak ada blog khusus ke mengenai komputer atau virus? ;)

  9. sham says:

    Hehehe…Setakat ni baru 2 orang yang tahu apa yang akan saya buat..Rasanya lebih kepada eksperimen.. Saya dah pun siapkan 1 produk untuk konsep pemasaran ni.. Saya akan test yang tu dulu..

    Lepas baru buat produk kedua..

    Jangan fikir internet je boleh buat duit, think outside the box..Lihat disekeliliang anda..Apakah yang anda rasa ada potensi & boleh dijadikan recurring income..

    Saya ulang.. recurring income atau pendapatan berulang ulang..Apa yang akan saya perkenalkan akan menghasilkan recurring income selama 6 tahun untuk saya…6 tahun bang. Bukan sebulan dua..

    Untuk first produk takde recurring lagi sebab untuk test..Produk kedua ada recurring income..Saya ada rancangan besar untuk projek ni.. :mrgreen: .

  10. smartzul says:

    Wah, 6 tahun yer. :shock: Senang lenang lah dgn si dia yer? Ehem… ;)

  11. sham says:

    eksperimen je ni zul.. kalo menjadi,6 tahun la leh makan..

  12. hanrz says:

    wah…projek apa tu sham?
    hehe…

    taknak bg tahu ke?

  13. batagolek says:

    thanks zul …. u’re one of my loyal mentor …;)

    oh ya, hari ni ada individu yang macam biasalah menjual ebook tanpa kebenaran dan kali ini saya pula jadi mangsa….dan macam biasa saya akan korek sedalam-dalamnya siapa yang buat keje ni dan akan buat dia menyesal…

    ;) oh ya zul, perbincangan hari tu mmg sangat penting buat saya kerana mmg saya sedar, ramai newbies gagal kerana jual produk yang sama/hampir sama di mana pesaing2 mereka jauh lebih advance dan hebat, so sales takleh buat sekencang mempunyai niche sendiri…

    salah satu sebabnya tak konfiden, boleh dijual atau tidak produk saya ni ? ada orang nak beli ke ?

    tak siapa tahu… kena uji sendiri dan setiap niche ada ‘hidden demand’ yang hanya diketahui oleh orang yang betul2 faham niche tu sahaja..

    jangan pergi jauh, lihat diri sendiri sebenarnya banyak niche yang anda mampu mulakan … saya tak bercakap sahaja tapi berdasarkan pengalaman 2 tahun, walaupun pendapatan saya tak sekencang otai2 lain tapi saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya masih mampu menawarkan sesuatu yang berbeza dan mempunyai audiens sendiri

  14. Pingback: Mana Satu Teknik Marketing Yang Berguna? - Diari Adsense.com
  15. abdfatah says:

    harapan setinggi gunung. bukan mudah nak mengajar orang buat duit. buat duit tak ada dalam silibus sekolah rendah atau sekolah menengah. hanya ada cerita orang berniaga sahaja dalam buku2 teks…

    tambahan lagi kalo menda berkaitan dengan internet… buat duit dengan internet? eh seperti tajuk buku pulak… itu bagi mereka yang dah berjaya membuktikan buat duit dengan internet memang berhasil…

    maka dengan itu kena cari niche untuk diri sendiri laa selepas dah banyak terkam itu ini untuk bermula dengan lebih kecekapan yang maksima…

    sekian terima kasih… :cool:

  16. Encik Dlie says:

    rata-rata newbie yang baru nak running bisnes internet lebih terpengaruh untuk mendapat duit dari internet (fikir duit ajer la..) dan tidak memikirkan produk yang sesuai.. Kekeringan idea katanya… :cool:

    Saya pun perlu byk bljar lagi mengenai niche ni… :wink:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.