Domain Name & Hosting untuk Bisnes

Apa itu nama domain (domain name)?

Domain Name adalah nama bisnes, jenama, nama produk, nama kita sendiri dan apa sahaja yang kita mahu namakan. Domain name dari segi teknikal bermaksud, ia menghala ke server mana? Sebab itu jika kita beli domain name, kita perlu beli hosting (server) sekali agar kita dapat upload website.

Apa itu Hosting?

Hosting adalah umpama rumah. Manakala domain name pula umpama alamat. Hosting secara mudah adalah umpama sebuah hardisk di dalam komputer. Cuma sahaja ia berada jauh sama ada di negara Malaysia (Cyberjaya) atau di lain-lain negara seperti US dan Singapura.

Mengapa server/hosting itu berada di sana? Kerana, bagi membolehkan website kita dilayari oleh beribu-ribu orang tanpa sebarang masalah, maka kita perlukan fasiliti yang berkuasa tinggi. Sebenarnya, kita boleh buat hosting kita sendiri dengan komputer di rumah, tetapi sebaik sahaja ramai orang yang masuk, website kita boleh ‘down’ kerana komputer biasa tidak mampu menampung jumlah trafik yang tinggi.

Menyesal Tidak Berguna…

Betapa pentingnya tuan/puan para usahawan mempunyai domain name yang namanya sama seperti yang digunakan pada blogshop terutama di blogspot atau di Facebook. Betapa ruginya jika nama blogspot tuan/puan itu digunakan oleh orang lain melalui nama domain.

Tuan/puan perlu beli nama domain dahulu dan boleh buat website kemudian. Pembelian ini adalah sebagai langkah ‘menyimpan’ nama bisnes tuan/puan agar tidak diambil oleh orang lain.

Contoh: Katakan blogshop tuan/puan adalah jualseliparjepun.blogspot.com. Ia dikenali ramai dan JualSeliparJepun merupakan satu jenama yang hebat. Tetapi pada suatu hari semasa ingin membeli nama domain JualSeliparJepun.com, ia telah pun diambil/dibeli oleh orang lain. Rugi… Menyesal tidak berguna lagi.

Kita tiada hak untuk mengambil nama domain itu melainkan kita memiliki hak Trademark ke atas nama tersebut. Maka mungkin kita boleh gunakan saluran undang-undang. Atau, jika kita ada banyak duit, kita boleh membeli nama domain itu daripada pihak tersebut, tetapi ia bukanlah murah, sebaliknya boleh mencecah ribuan ringgit.

Jadi… Bertindak dengan segera adalah jalan terbaik.

Nama domain boleh digunakan dengan menggunakan nama sendiri ataupun nama bisnes:
Nama sendiri. Contoh: SmartZul.com
Jenama Bisnes atau Nama Produk: Contoh: InspirasiMaya.com

Untuk tidak memeningkan kepala, serahkan sahaja kepada yang berpengalaman dalam soal ini. Bagi para usahawan yang sibuk dan tidak berminat dengan perkara teknikal seperti ini, maka saya tawarkan khidmat pembelian dan pengurusan domain name dan hosting.

Berapakah caj yang dikenakan?

Kos domain: Bergantung pada jenis domain
Kos hosting: Lihat pada pakej yang ditawarkan
Kadar caj di atas untuk perkara-perkara pengurusan nama domain sahaja. Tidak termasuk dengan membina blog, website jualan dan sebagainya.

Jika mahu membeli nama domain dan hosting, ataupun salah satu daripadanya, hubungi saya melalui contact form blog ini. Atau tuan dan puan boleh terus melayari laman web ini: www.SemarakHosting.com

Saya akan berikan cadangan kepada tuan dan puan dengan satu pakej yang berharga RM50 sahaja (domain dan hosting), di mana ia adalah pakej permulaan.

Setiap pembelian domain dan hosting melalui saya, tuan dan puan akan menerima sebuah ebook panduan berkaitan domain dan hosting.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “Domain Name & Hosting untuk Bisnes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *