Cabaran Usahawan Internet Sepenuh Masa

Sebelum saya mula menjadikan keusahawanan Internet sebagai kerjaya sepenuh masa, saya pernah bekerja selama setahun. Walaupun kerja yang saya lakukan itu adalah berkaitan dengan bidang yang saya pelajari di Universiti, namun saya mula berputus-asa dengan kerja itu.

Saya bukanlah bosan sepenuhnya dengan kerja yang diamanahkan kepada saya, malah saya seronok melakukannya dan orang lain pun merasakan pentingnya kehadiran saya pada waktu tersebut.

Namun, akibat saya ‘disalahgunakan’ untuk kepentingan beberapa orang, lantas saya tekad berhenti kerja dan fokus kepada perniagaan Internet tanpa menoleh ke belakang lagi. Malah saya rasakan, kelebihan diri saya mempunyai potensi yang besar di dalam bidang keusahawanan dan sama sekali tidak wajar saya menyeksa diri sendiri dengan bekerja makan gaji.

Dilema Usahawan Internet Sepenuh Masa

Kebiasaannya, keluarga sendirilah yang menjadi ‘musuh’ kepada keinginan kita untuk menjadi usahawan sepenuh masa. Tidak kisahlah  usahawan internet atau usahawan biasa. Bila kita kata mahu berniaga dan tidak mahu makan gaji, mereka amat terkejut, marah dan paling teruk mengatakan kita ‘gila’.

Dalam soal ini, saya tidak mahu mengatakan mereka salah, cuma mereka tidak memahaminya sahaja. Saya yakin, kalau mereka tahu besarnya manfaat berniaga, sudah pasti mereka amat mahu kita lakukan bisnes. Sebaliknya, inilah realiti hidup, manusia amat takut dengan dunia yang mencabar (zon tidak selesa), lagi-lagi bidang yang mereka tak tahu menahu.

Andaikata keluarga anda menentang, pertama sekali, cuba usahakan mendapat restu daripada ibu bapa (terutama ibu). Restu mereka amat penting dalam segenap usaha kita. Kedua, cuba luangkan sedikit masa untuk menerangkan kepada mereka mengenai perniagaan yang anda lakukan, lagi-lagi perniagaan Internet yang masih baru di minda orang Malaysia.

Persoalan di sini, bagaimana jika tidak mendapat restu ibu bapa? Jika menurut saranan Dr. Rusly dari bukunya “Aku Tak Nak Miskin”, beliau menyarankan kita berhijrah ke satu tempat yang jauh daripada keluarga dan pihak yang menentang. Kemudian, berusahalah sampai berjaya.

Jika mengikut Dr. Rusly, anda boleh cari kerja dahulu di tempat baru dan bagitahu keluarga anda mendapat kerja di sana. Tapi dalam masa yang sama, anda lakukan perniagaan dan berhenti kerja bila tiba masanya. Saya juga yakin, jika niat hijrah kita baik dan ikhlas, Allah pasti akan bantu kita.

Manusia secara psikologinya hanya mempersoalkan usaha kita pada peringkat awal sahaja. Tapi apabila kita sudah berjaya, bergaya, mewah, berharta, semuanya senyap membisu. Malah yang tak mengaku saudara sebelum ini pun akan mengaku saudara. Usahalah sampai berjaya untuk membuktikan bahawa kerjaya usahawan juga mempunyai kedudukan yang sama hebat dengan kerjaya lain.

Jalan berhijrah  tadi adalah jalan tekad dan pasrah. Niatkan dalam hati, jika anda tidak berniaga, sampai bila hidup anda akan berubah, dan sampai bila keluarga anda tidak senang-senang? Semoga dengan niat ini, Allah sediakan jalan yang luas dan senang dilalui.

Niat Sebagai Jihad

Sebagai seorang muslim, adalah satu kebaikan jika menjadikan apa sahaja yang diusahakan (termasuk perniagaan) sebagai satu bentuk jihad. Jihad ini tidak semestinya di medan perang, tetapi apa sahaja jalan yang dilakukan dan ia boleh memberikan kebaikan kepada keluarga, Agama, bangsa dan umat Islam, maka ia termasuk salah satu jihad.

Jadi, jika niat anda murni, tulus, ikhlas dan baik, maka teruskan sahaja perjuangan anda di dalam bidang perniagaan ini secara sepenuh masa. Pastikan juga anda berdoa tanpa rasa putus-asa agar keluarga anda akan menyokong usaha anda juga kelak.

Mengapa sepenuh masa dan mengapa tidak secara part time? Pertama, artikel saya ini adalah khas untuk mereka yang melakukan perniagaan Internet secara sepenuh masa dan sedang mengalami dilema yang dibincangkan. Kedua, melakukan secara sepenuh masa adalah lebih bebas daripada gangguan pihak lain. Ketiga, anda mempunyai banyak masa untuk diluangkan kepada perniagaan.

Jangan Sesekali Berundur

Bagi saya, tidak guna kita bertapak melangkah ke belakang semula jika kita sudah berpijak di atas jalan perjuangan ini (berniaga sepenuh masa). Maksud saya, mengalah dengan kehendak ahli keluarga atau individu terdekat agar kita mencari kerja (makan gaji).

Saya pernah kecewa dan tertekan akibat tekanan yang mereka berikan kepada saya, malah saya hampir berputus-asa dan mahu kembali mencari kerja. Tiada sesiapa di sisi saya melainkan rakan-rakan usahawan. Tapi saya berfikir sejenak, apabila saya sudah menjadi seorang ‘perwira’ dan pejuang, adakah wajar saya kembali menjadi seorang penakut? Tidak mungkin sama sekali. Para pejuang tidak boleh menyerah kalah begitu sahaja.

Dan adakah adil dan bijaksana jika saya meletak diri saya di tempat yang tidak sesuai dengan kebolehan saya? Jika saya bekerja makan gaji dan mengabaikan bisnes, maka saya akan rasa bersalah sebab kelebihan yang Allah kurniakan kepada saya untuk berniaga tidak digunakan untuk kebaikan Agama, umat Islam, bangsa dan negara. Bagi saya, ia satu amanah yang perlu saya laksanakan, sebaliknya bukan bersenang-senang dengan makan gaji.

Biar saya panaskan lagi semangat anda yang mempunyai potensi yang besar untuk berniaga. Adalah satu perkara yang amat memalukan jika anda yang mempunyai bakat berniaga tetapi masih ke sana ke sini meminta-minta kerja. Pendatang lain yang ke Malaysia boleh kaya raya, tapi kita berbeza, masih meminta-minta bantuan orang lain. Mudah ceritanya, “hidup mengemis di tanahair sendiri”.

Saya panaskan lagi diri anda. Jika orang lain beria-ia mahu berhenti kerja dan fokus sepenuh masa kepada perniagaan Internet secara sepenuh masa, sebaliknya anda terbalik, mahu mencari kerja pula. Anda sendiri faham dan tahu, apabila bekerja dengan orang lain, masa akan terhad, tidak bebas dan komitmen/beban anda semakin bertambah. Pendek kata, kita mahu menjadikan hidup ini semakin mudah, bukan semakin menyusahkan.

Manusia Tak Akan Habis Kehendaknya

Bagi anda yang kalah dengan tekanan pihak yang mahu anda bekerja makan gaji, maka ketahuilah, selepas anda bekerja makan gaji, anda tetap ‘dikawal’ oleh mereka. Manusia, bicaranya tak akan habis sampai kiamat.

Jika hari ini mereka mahu kita makan gaji dan kita penuhi kehendak mereka, maka kemudian mereka minta kita lakukan perkara lain pula. Selepas melakukan perkara lain itu, maka datang lagi kehendak mereka yang lain.

Jadi, usah kalah dengan kehendak mereka sebab bicara dan kehendak mereka tak akan habis sampai bila-bila. Hidup jangan dikawal oleh manusia secara ‘kuku besi’, tapi biarlah berpada-pada.

Walaupun saya menyarankan anda yang sedang berniaga sepenuh masa agar terus dengan usaha tersebut, tidak bermaksud melakukannya begitu sahaja. Kenalah ada perancangan, matlamat, produk/servis yang menguntungkan dan ada perancangan kewangan dan kehidupan.

Selain itu, pembinaan diri juga jangan diabaikan seperti menjadi seorang yang bermotivasi, bertenaga, sihat, penampilan diri yang baik, komunikasi yang cemerlang, berakhlak mulia dan sebagainya. Jika semua perkara ini lengkap atau cukup, saya yakin, orang yang menentang kita akan menyokong kita, malah mereka pun mahu turut serta.

Pendek katanya, ubah diri anda! Manakan tidak orang menentang anda, sebab asyik berada di depan komputer sampai lupa makan, tak jaga kesihatan (asyik sakit-sakit), tidur tak terurus, tak bersosial, diri tak terurus dan sebagainya. Maka jangan salahkan mereka jika diri anda tidak berjaya meyakinkan mereka.

Walaupun kerjaya anda adalah  usahawan internet , tidak bermakna pakaian tidak perlu kemas, diri kusut masai, tak perlu terlalu profesional dan tak perlu pandai bercakap sangat. Jika ini kepercayaan anda, maka wajarlah orang tidak yakin dan percaya dengan usaha anda. Jadilah usahawan yang bertenaga, ceria dan boleh meyakinkan orang lain.

Akhir kata, semoga maju jaya kepada semua usahawan internet sepenuh masa. Jangan sesekali berundur ke belakang. Teruskanlah menapak ke hadapan, kerana mungkin dengan hanya beberapa langkah sahaja lagi, semua tentangan akan terus lenyap dari pandangan dan kejayaan akan dicapai. Sebaliknya mungkin dengan hanya berundur selangkah sahaja, anda menjemput 1001 kesusahan. Fikir-fikirkan.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

33 thoughts on “Cabaran Usahawan Internet Sepenuh Masa

  1. Erk..mengapa saya terasa semacam ni, Zul? 😉

    Saya akui keluargalah yang selalu menjadi ‘penghalang’ utama kepada saya dalam usaha membina perniagaan internet sendiri.

    Namun, saya tak mahu salahkan mereka kerana saya faham keluarga saya tidak memahami apa yang saya lakukan walaupun sudah berkali-kali saya cuba menerangkan kepada mereka dengan baik.

    Pada mereka, kenapa tak nak jadi normal macam orang lain pergi dan balik kerja dan tunggu gaji setiap hujung bulan? Huh..

    Terima kasih Zul dengan artikel yang bermotivasi hari ini.

  2. Terima kasih Zul,

    Satu santapan pagi yang amat memotivasikan. sememangnya dunai usahawan banyak cabaran. Bagi saya yang paling mencabar adalah diri sendiri. Kekuatan diri kena kukuh. Sokongan keluarga amat perlu terutama pasangan hidup.

    Sebagai usahawan kita jangan mudah putus asa. Sememangnya kegagalan adalah rakan karib kejayaan. tanpa kegagalan tiada kejayaaan. itulah hakikat yang mesti kita hadapi.

    Matlamat, Strategi dan usaha berterusan akan menjamin kejayaan.

    Semoga semakin ramai usahawan akan lahir di Malaysia.

    Hidup usahawan,Hidup usahawan,Hidup usahawan,

  3. Saya juga mengalami keadaan yg serupa, dan sampai sekarang saya masih memikirkan apakah jawapan yg sesuai bila diajukan soalan ‘keje apa skrg ni?’
    Terima Kasih zul kerana artikel yg amat memotivasikan saya.

  4. Salam saudara Zul,

    Fuhh!..artikel yang saya rasa memang memotivasikan sesiapa sahaja yang membacanya. Terasa macam saya berada dalam situasi tu…

    Semakin bersemangat saya utk melakukan perniagaan internet ni.

  5. Syabas Zul !

    Sebab berjaya buat saya naik semnagat semula selepas agak down kebelakangan ni..

    Memang banyak dilema dengan perniagaan sepenuh masa lebih-lebih lagi perniagaan internet. Orang Malaysia belum tahu kewujudan perniagaan internet yang betul. Sebab tu bila anak mereka nak buat perniagaan internet ni, mereka tak berapa ok.

    Ap-apa pun, saya harap SmartZul akan terus menyumbang dalam bidang internet ni sebab – ramai yang nak mula ebiz, tapi tak ada bimbingan. Blog ni antara pembimbing saya dalam perniagaan internet 🙂

  6. Salam SmartZul,

    Best artikel nie, naik semangat saya utk terus berjuang dalam perniagaan nie… target saya pun full time internet biz.

    Terima Kasih Zul,
    😉

  7. Ye memang bagus artikel ni, Zul saya pun baru je habiskan baca buku Chef Li tu memang bersemangat lepas baca,saya syorkan sangat pada semua membacanya.Buku tu dikatakan Manisfesto untuk Melayu merdeka

  8. Sungguh panjang lebar perkongsian zul hari nie.. Thanks bro..

    Buat masa dalam proses lagi.. Insya-Allah aku akn keluar dari ‘rat-race nie. Doa-doakan yer.. 🙂

  9. Saya bersyukur kerana akhirnya keluarga (terutama ibu) merestui saya menjadi seorang usahawan sepenuh masa.. Pada mulanya memang sukar tapi semangat juang dan tidak mudah putus asa perlu ada pada diri kita.. Memang semasa bermula ramai yang menentang dan tekanan turut melanda.. Tapi kita harus ada “Guideline” dan terus fokus kepada cita-cita kita.. Insyaallah berjaya.. Amin..

  10. saya amat menarik artikel ini dan amat berguna pada saya.. Maha Suci Allah Yang Pemurah, bukakanlah dan permudahkanlah pintu rezeki kami. mudah-mudahan kami dapat menyelamatkan diri, keluarga dan bangsa kami dari segala kemungkaran di dunia ini yang semakin parah ini. Amin..

  11. Artikel yang menarik,pandangan yang bernas,walaupun saya masih bekerja makan gaji tetapi saya tetap menjalankan perniagaan internet secara sambilan.Melihatkan potensi perniagaan internet sebagai penyumbang besar kepada pendapatan saya,terlintas juga untuk mengusakannya secara sepenuh masa.

  12. Salam….buat Zul…

    Saya orang baru di sini. wow…macam mana nak mula nieh?

    saya minat giler bisnes internet ni. tapi, nak trus bli produk dr zul blom dapat lah sekarang ni. (tgh kumpul duit..)

    insya-Allah dah cukup nanti saya pesan lah dgn zul k.

    buat masa skarang ni, saya berminat dgn program get paid.

    tp, tak tahulah boleh percaya ke tidak dia orang ni.

    bila mintak pendapat kwn2 memang tak de lah baik…

    di ejek lagilah…

    tapi saya rasa apa yg di alami oleh senior2 dlm intrnet biz ni pasti lagi hebat dr ni…dan itu yg saya jdikan sbgai motivasi..

    ok, stakat ni ler dulu…

    selamat maju untuk zul!!!!

  13. Membuat sesuatu kerja fulltime ditambah pula dengan keseronokan membuatnya adalah satu nikmat dalam pekerjaan. Tetapi kepada yang mahu membuat kerja “online business” perlu mempunyai “modal” yang mencukupi sebelum membuat keputusan menceburi bidang ini secara serious dan full time. Modal tidak semestinya merujuk kepada faktor kewangan tetapi juga merujuk kepada pengetahuan, pengalaman dan perancangan yang teratur.

    my 2 cents @ inspiration

  14. Erm..saya pun ada gak terikat ngan keluarga..
    jadi masa nak buat bisnes kat internet ni kurang sikit.
    tapi InsyaAllah saya akan cuba usaha.

  15. Satu tindakan yang bijak sebenarnya. kerana mungkin ada sesetengah individu tidak boleh maelakukan kerja pada satu masa. Kehilangan fokus menyebabkan ia akan tenggelam timbul dalam bisnes Internet. Jadi peluang untuk jadik IM sepenuh masa apabila masa yang dirasakan sesuai dirasakan perlu…

    Kami sanggup!!!!

  16. Memang banyak dugaannya… saya baru starting buat blog pun dah makan masa yang begitu lama kerana akses internet di lakukan di cc dan kerja yang merumitkan.

  17. Bagus yusri, langkah yang bijak. Sebenarnya dalam menghasilkan sesuatu blog, jangan sesekali berputus asa dan lakukan usaha yang bertrusan. Saya jugak seperti anda dulu. Ada…liku2 dan cabarannya. tapi…..akhirnya pasti akan dapa melihat hasilnya nanti. Insyaallah.

    Bisnes TDTone
    http://bisnesTdTone.com/khairul
    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”

  18. Saya baru berjinak dlm dunia blog 2 tahun lepas dan sekarang sgt minat dlm bidang bisness internet…Tapi sekarang kerja saya sebagai seorang pensyarah memerlukan saya lebih menumpukan pada belajar sebab saya kena mengajar orang dan juga nanti saya nak sambung belajar….

    so, sekarang saya pun dilemma….antara minat yang sgt mendalam dan juga kareer saya… Buat masa ini, saya tekad nak berjaya dalam kedua2 bidang. So, memang kena pandai2 divide masa. Dlm kata lain, internet biz ni saya nak buat part time, tapi very serius dan sampai power…. Careerwise, saya nak juga successful dlm profesion saya sebagai academician, researcher, engineer…. he he

    Ini sekadar luahan dari hati saya….kalau ada sesapa nak bagi pandangan dan nasihat, silakan lah….

  19. Assalamualaikum. Maaf ggu. Pe kabar??? Peluang anda menjana pendapatan anda sehingga Rm10,603.20 dalam masa 6 minggu sahaja dengan Bisnes TDTone. Percaya atau tidak, untuk mendaftar adalah FREE REGISTRATION.

    Anda boleh mendapat maklumat lanjut di laman web ini, http://www.bisnestdtone.com. Gunakan mozilla tuk dapat view yang OK.Saya pasti anda akan mendapat sesuatu dalam laman web tersebut.

    Saya tidak memaksa anda join Bisnes TDTone ini, tapi klu anda concern bout ur future income, think about it.

    “Dun Judge Anything, Without Know Anything”.

    Saya pasti saudara akan mendapat sesuatu di dalam lamn web tersebut.

    ———————-
    Bisnes TDTone
    http://www.bisnestdtone.com
    ———————–

  20. Memang betul tuh…..ada sesetengah orang anggap bisnes internet nih serupa dengan skim cepat kaya walaupun kita jelaskan kat diorang.Cabaran yang paling utama ialah tahap capaian internet dlm negara kita yang masih lembap.Sekarang nih dah ada Wimax dan apa yang saya dengar dari sumber tertentu ianya laju macam TV.

  21. Sememangnya ini semangat yang saya cari selama ini untuk bertekat berhenti kerja dan memulakan perniagaan internet sepenuh masa. Sememangnya manusia dilahirkan dengan kebolehan dan kepandaian masing-masing jadi sayang kalau tak digunakan dan diamalkan untuk tujuan kebaikan dan keuntungan diri sendiri.

  22. saya ucapkan tahniah kepada zul kerana akhirnya bejaya juga meyakinkan org di sekeliling zul. bagi saya, jalan kehidupan kte seakan sama, namun saya kecundang separuh jalan. sudah pasti saya bermula dengan kerja makan gaji. namun selepas seketika saya semakin memahami kehendak diri sendiri, tiada KESERONOKAN BEKERJA!! mcm mana nak bejaya, kalu tiap2 ari mai keja muka do masam mencuka je. so dengan bantuan seorang kenalan wanita (da jadi bini skrg), saya mampu juga akhirnya membuka bisnes sendiri. masa tu untung makin bertambah2, wah, memang lumayan. hingga la satu masa, saya antar surat letak jawatan. selepas dua hari, IBUBAPA saya tahun mengenai hal ini, mereka mendesak saya bagai nak rak, sumpah seranah, n mcm2 lg. nak pendekkan cite, akhirnya saya mengalah n kembali bekerja makan gaji. bisnes sy wat partime dgn bantuan isteri. dua tiga bulan pastu, saya mampu membuka satu lg kedai, dua bulan pastu lak sy mampu membeli kereta beso. tapi xdisangka tahun berikutnya pendapatan makin kurang hingga sebulan kalu xbernasib baik nak dapat seribu sebulan pun susah. tp papepun idup kne teruskan.k,chow lu. wslm.

    1. Terima kasih tuan Fik di atas perkongsian yang boleh dijadikan pedoman oleh pembaca lain. Kejayaan-kejayan tuan itu membuktikan tuan boleh melakukannya. Manakala ‘kegagalan’ di akhir-akhir itu mungkin ada sebabnya tersendiri.

      Walau sudah bekerja kembali, teruskan saja perniagaan itu dengan melantik pengurus bagi setiap perniagaan, andaikata masa dan ruang mengizinkan. Kelak bila sampai masanya, boleh ‘turun padang’ semula. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *