Dilema Blog Berbahasa Melayu..

Di dalam Pakej Kit Blogger, saya ada nyatakan satu perkara iaitu mengenai bahasa apa yang perlu digunakan untuk blog yang akan dibina. Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?

Boleh dikatakan, kebanyakan yang membina blog sendiri lebih mahu dan suka menghasilkan blog di dalam Bahasa Melayu. Saya tidak pasti kenapa. Cuma secara asasnya, mereka tidak tahu atau tidak yakin menulis di dalam bahasa Inggeris. Mungkin juga sebab topik mereka lebih sesuai dalam bahasa Melayu.

Ingin saya nyatakan, jikalau anda membuat sebuah blog dan 90% bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu, teramat sukar sedikit untuk anda menjana pendapatan melalui blog tersebut berbanding dengan blog berbahasa Inggeris.

TETAPI, adakah membuat blog ini semata-mata untuk mendapatkan duit?

Sudah tentu TIDAK. Ramai yang salah sangka atau tersalah sangka, apabila sebut sahaja blog, terus fikirkan “buat duit dengan blog“. Sikit sikit duit, sikit sikit duit.. Dan bila sebut blog juga, terus teringatkan Adsense. Begitu sinonim sekali kedua-dua perkara ini. πŸ™‚ Jikalau anda membina sebuah blog dan meletakkan matlamat utama untuk menjana pendapatan melaluinya, anda pasti akan KECEWA.

Ini kerana, membuat duit dengan blog bukanlah satu usaha yang mudah sebenarnya. Anda memerlukan usaha yang konsisten dan fokus yang kuat, di samping beberapa faktor asas yang lain. Tanyalah mana-mana blogger yang telah berjaya, apakah matlamat dasar dalam usaha blogging mereka?

7 blogger malaysia
Di dalam Ebook di atas, ketahui apa jawapan 7 orang blogger
mengenai persoalan saya sebelum ini.

Jikalau anda bertanya kepada saya, apakah tujuan saya mewujudkan blog SmartUsaha.com ini, jawapan saya ialah, saya mahu berkongsi ilmu, pengalaman dan pengetahuan bersama orang lain. Dan mahu membina rangkaian persahabatan secara Online dengan blogger dan juga dengan usahawan-usahawan Internet yang lain.

Blog, BUKAN hanya sekadar untuk membuat duit, tapi lebih daripada itu. Ia boleh digunakan untuk pemasaran bagi perniagaan atau produk anda, boleh juga digunakan oleh seorang CEO syarikat besar dan ia diwujudkan semata-mata mahu membantu orang lain dengan berkongsikan apa-apa info dan pengetahuan.

Saya masih ingat di saat awal saya membina blog yang pertama sebelum saya membeli domain dan hosting, langsung tiada sedikit pun niat mahu menjana pendapatan melalui blog. Yang saya tahu, mahu menulis dan berkongsi. Mungkin pada waktu tu, amat jarang untuk didengari mengenai buat duit dengan blog terutama di pasaran Malaysia ini. πŸ™‚

Buat duit, BUKAN matlamat dasar blog ini. Tahukah anda, saya telah menulis selama SATU TAHUN sebelum benar-benar merasai pendapatan yang boleh dikira memuaskan hati saya? Apa yang saya lakukan hanyalah menulis dan terus menulis. Tanpa diminta-minta, orang datang ‘berpusu-pusu’ ke blog ini tanpa saya mempromosikannya secara agresif.

Dan satu perkara yang saya dapat akibat lebih fokus kepada penulisan, akhirnya saya dikenali. Bayangkan jika saya bermula dengan niat mahukan duit, mungkin usaha saya ini tidak akan kekal lama gara-gara tidak mendapat apa yang diidamkan.

Inilah cara untuk anda lakukan. Berikan “value” dahulu kepada pelawat dan pembaca blog anda. Bukan suruh terus mereka klik iklan atau membeli daripada anda, sebaliknya bina hubungan dahulu dengan mereka. Inilah yang saya lakukan dalam tahun pertama saya berblog. Persoalannya, adakah anda mampu untuk bersabar dan mengambil sedikit masa?

Saya suka menulis dan saya akan kongsikan apa sahaja. Saya tidak meletakkan tujuan membuat duit sebagai impian, matlamat atau tujuan utama untuk blog ini. Tetapi apabila blog ini telah mempunyai trafik yang agak banyak juga, maka barulah saya lakukan sesuatu untuk mendapatkan sedikit pendapatan agar saya terus boleh menulis (ada dana).

Blog Bahasa Melayu Vs Bahasa Inggeris

Apa yang dapat saya simpulkan, tiada beza jauh antara kedua-dua jenis blog ini. Sebabnya ialah:

1. Ia mempunyai sasaran demografik yang berbeza. Jadi ia mempunyai kekuatan tersendiri. Tak adil rasanya untuk diperbandingkan sebab market untuk kedua jenis blog ini adalah berbeza.

2. Disebabkan perbezaan tersebut, maka wujudlah faktor-faktor yang tersendiri walaupun konsep antara pasaran global dan local lebih kurang sama.

Penyelesaian

Sebagai blogger, anda perlu bijak memikir, merancang dan berusaha untuk mendapatkan trafik ke blog anda. Buat masa sekarang, saya menggunakan beberapa teknik sahaja untuk mendapatkan trafik ke blog ini. Salah satu caranya ialah SEO. Setiap hari, akan ada sahaja pelawat-pelawat baru yang masuk ke blog ini daripada enjin carian.

Banyak sebenarnya cara-cara lain sama ada cara lambat atau cepat, cara yang kekal lama atau untuk sementara. Ada cara yang cepat seperti membuat pertandingan (contest), tapi ia hanya akan menjadi bermusim jika ia hanya dilakukan sekali. Dan tak akan menguntungkan jika anda tidak merancang dengan baik.

Saya lebih sukakan cara yang “normal” dan kurang menggunakan cara bermusim sebegitu. Tambahan, saya mahu pelawat blog ini benar-benar menjadi pelawat setia dan bukan datang ke sini semata-mata mahukan sesuatu. Saya mahu mereka datang ke sini sebab mereka mahu membaca tulisan saya. Itu yang paling penting. Bermaksud, mereka datang bukan sebab “keterpaksaan”. Inilah trafik yang benar-benar bernilai.

Mudah ceritanya, tanpa trafik (pelawat/pembaca) anda pasti akan kecewa. Ketahuilah, mempunyai pelawat yang ramai adalah satu motivasi atau daya penggerak kepada kita untuk terus menulis blog. Bagi saya, inilah salah satu sebab atau punca sesebuah blog itu akan kekal lama atau tidak.

Dan salah satu cara bagaimana untuk kekal menulis di blog ialah, anda jangan “stress”kan diri anda sangat. Tidak perlu pun menulis setiap hari sebab yang penting ialah KONSISTENSI iaitu melakukan sesuatu secara berterusan walaupun dalam kadar yang sedikit. Contohnya, menulis 2 kali seminggu sahaja.

Jikalau anda memaksa diri anda menulis setiap hari, lama-kelamaan anda mudah bosan, lebih-lebih lagi jika anda melakukannya sebab duit. Paling teruk, anda akan mengalami penyakit “bloggers block” iaitu masalah mendapatkan idea bagi penulisan.

Akhir kata, tidak kisahlah berbahasa Melayu atau Inggeris, kalau blog anda tiada pelawat (trafik), ia ibarat sebuah kompleks membeli-belah yang besar dan mewah, tetapi tiada pengunjung yang ramai. Hidup segan, mati tak mahu..

Semoga anda menjadi seorang blogger yang kekal lama.

Akan datang: Ebook Percuma

17 Rahsia Blogger

17 Rahsia Blogger
“Rahsia Membina Nama & Kredibiliti”

.

*Rujukan berkaitan >> Tip Blogging & WordPress 

p.s. Mana satu yang betul? Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu? πŸ˜€

p.p.s. Buat duit dengan blog? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

29 thoughts on “Dilema Blog Berbahasa Melayu..

  1. slmt pg zul,
    zul, saya kurang setuju dgn buat blog kalau tidak memikirkan duit…
    bagi saya, kalau buat blog, duit lah pedorong kebanyakkan org utk buat blog…
    kalau tak fikir buat blog kerana duit, saya rasa akhir ni takkan ada blog yang tubuh mcm cendawan lepas hujan…

    tapi betul zul kata, kalau fikir duit dulu, mereka akan kecewa kalau tak dpt apa yang diidamkan tu….
    tu memang tak boleh dinafikan…

    sebenarnya buat apa pun, ia bergantung pada sikap kita sendiri…
    adakah ia akan berkekalan?… adakah kita boleh tahan dgn semua dugaan.??

    yang penting kuatkan semangat kita utk berjaya…mesti dpt apa yg kita idam kan…

    han

    1. hanz,
      😐 keluar duit dulu – beli hosting&domain name

      πŸ˜€ buat blog – menulis le apa yang anda tahu yang unik (niche le tu)

      πŸ˜† buat duit – join aje affiliate zul , buat duit le tu;.

      πŸ˜›

    2. Salam Saudara Zul..

      Pertama kali kot saya beri comment kat sini…
      Saya juga adalah affiliate anda. Saya bersetuju sekali dengan pendapat Zul.

      Untuk pengetahuan Zul..hingga sekarang saya masih lagi belum ada personal blog. Sebab saya masih tak tahu apa yg hendak ditulis dan hendak disampaikan pada pembaca.

      Bagi saya…penulis blog yg sebenar adalah mereka yg benar2 konsisten dan mempunyai komitmen adalah blogger yg sebenar-benar blogger.

      Sebab tu lah…sampai sekarang saya masih menunggu masa yg sesuai untuk menyertai blogger Malaysia ni…memandangkan sekarang ni saya masih sibuk dengan belajar dan sebagainya.
      Insyaallah…saya akan buat blog juga.

      Tq…

      Tunjuk Ajarku Sifu.
      Mel

  2. ops! tertinggal satu perkara…
    ecover ebook 17 Rahsia Blogger Ò€œRahsia Membina Nama & KredibilitiÒ€ tu lawa sgt sgt…
    first time saya tgk ecover yang lawa mcm ni…
    boleh katakan yang terlawa yg pernah jumpa…
    luvlee yang buat ke tu?

    nampak profesional sgt2…dari yang sebelum…

  3. Boleh ke buat duit dgn blog? Zul dah buktikan yang blog boleh membantu buat duit di internet.
    Tapi kalau nak buat duit dgn blog…kenalah tau buat blog dulu…

    p/s: Rasanya Zul setuju kalau saya katakan kena pandai buat blog dulu kalau nak buat duit dgn blog..

  4. sya setuju zul…
    yang penting adalah niat kita utk berkongsi ilmu…
    duit akan datang selepasnye…
    kalau mind set hanya memikirkan nak wat blog utk dapatkan duit, kita akan kecewa kalau usaha kita tak berhasil…
    πŸ™‚

  5. Terpulang kepada individu. ramai juga yang memang mahukan duit dari blog. Tapi macam saya, saya menulis sebab memenuhi tuntutan diri sendiri πŸ™‚ Alhamdulilah rezeki datang selepas itu

  6. Yang penting bina kredibiliti dulu, baru fikir buat duit melaui ads ke, affiliate ke. Pembaca sendiri pun boleh tahu sama ada seseorang blogger tu tumpukan pada karya tulisannya ataupun sebaliknya… πŸ™‚

    Tapi kebanyakan blogger masa kini lebih menjurus kepada hasil darinya, dan itulah hakikatnya. Kecuali mereka yang dah ada kredibiliti dengan produk mereka sendiri.

    Apapun, buat duit dengan blog tu memang diidami setiap newbie dan usahawan internet lain. Teruskan perjuangan walau apa pun target kita dalam membina blog. Jangan terjerumus dalam SCK sudahla. Huhu… πŸ˜†

  7. zul,
    saya rasa sekarang ramai orang yang ingin memiliki blog sendiri sama ada untuk berkongsi cerita dan maklumat atau pun mahu jana wang sampingan. bagi mereka yang memilih untuk membina blog dalam BM, mungkin mereka kurang mahir dan kurang yakin untuk berbahasa inggeris. ye, bukan senang nak senang. kalau nak buat duit dengan blog kenala usaha sungguh2 dan konsisten. satu lagi, fokus sangat penting!

  8. Honest answer. Duit.

    Tapi kalau korang dah ada keje tetap. Blog ni hanya akan jadi keje sampingan je. Bagi IM full time. Hanya Duit alasan paling sesuai kepada diorang buat blog dan sebagainya. Tak caya tanya diorang..

    Bukti yang kuat. Jarang sungguh aku nampak dekat mana-mana blog tu, Takde iklan langsung. Jarang-jarang. Kadang-kadang. Even Irfan khairi pun ada iklan dan cara tersendiri untuk promosi kan?

    Tapi maca orang katalah. Terpulang pada niat dan pendapat masing-masing.

    Harapan aku yang lain. Mampukah blog aku wujud pada 10 tahun akan datang??

    PS: Aku prefer Bm untuk market malaysia. Bi untuk market luar. Simple kan?

  9. Personal blog, blog buat duit dan blog info mempunyai definisi yang berbeza… asasnya sama tetapi matlamatnya berbeza..

    so, bergantung pada niat individu.. kalau sesebuah blog tersebut bercampur aduk, tentu pengunjung blog keliru dengan tujuan sebenar matlamat yang hendak di sampaikan. Tak mustahil pengunjung akan meninggalkan web tersebut dan tidak kembali lagi..

    Ternyata blog berbahasa inggeris memang memberikan peluang buat duit yang besar (kerana market adalah satu dunia) berbanding blog berbahasa melayu.. Tapi jika anda mampu menguasai teknik pemasaran yang baik, sudah tentu dengan bloh berbahasa melayu juga anda boleh membuat duit yang lumayan juga.. πŸ˜‰

    p/s : sekadar pendapat..

  10. Blogging untuk dapat duit itu harapan semua yang mempunyai blog namun hanya segelintir yang mampu mencapainya. Kenapa? Kerana dia buat blog kerana ingin duit! Itulah jawapanya…

    Kita lihat blog yang mampu menjana duit ialah blog yang berkualiti. Bagaimana nak bagi blog tu berkualiti? Content blog itu mesti ada “value”. Bagaimana tu?

    “JANGAN BUAT BLOG SEMATA-MATA KERANA DUIT”

    -End-

  11. Pada pendapat saya, blog yang mengandungi info tetapi tiada recommendation atau iklan adalah tidak lengkap.

    Macam blog Zul ini, Bagus!

    Beliau bagi maklumat yang berkaitan dengan IM dan just mengesyorkan produk-produk yang berkaitan dengan IM. Ini memudahkan mengunjung blog ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang IM sekiranya mereka berminat.

    Banyak kali saya pergi ke blog orang lain yang menceritakan sesuatu yang menarik. Tetapi apabila saya nak tahu lebih lanjut, tak dapat cari iklan yang berkaitan. Jadi, kena cari kat Google sendiri.

    Inilah yang saya katakan tidak lengkap. Tak de kemudahan.

    Bayangkan satu blog yang menceritakan bertapa hebatnya filem ABC tetapi tak bagi tahu mana anda boleh dapatkan DVDnya. πŸ‘Ώ

  12. Saya amat bersetuju dengan pendapat Zul.

    Sekiranya matlamat utama kita untuk duit, saya khuatir kita akan kecewa akhirnya.
    Jika matlamat utama kita untuk berkongsi ilmu, itu lebih besar impaknya samada kepada diri kita atau masyarakat sekeliling.

    Secara analoginya, saya bayangkan kerjaya blogger ini boleh disamakan dengan kerjaya seorang pendidik. Sekiranya pendidik tersebut bermatlamatkan duit, pastinya mereka akan kecewa kerana telah lama berkecimpung didunia pendidikan, masih di gred lama.
    Manakala jika matlamat utama adalah untuk mendidik anak bangsa, impaknya begitu besar sekali bilamana melihat anak didik berjaya dibidang masing-masing. Kerana kerjaya yang menggembirakan sepanjang hayat adalah seorang pendidik.

    Macamana cikgu-cikgu, maaf kalau saya tersilap.

    Ilmu Dikongsi Bersama!

    1. Kalau you jadi cikgu kan? Tapi you tak dibayar gaji bulan-bulan. You nak keje jadi cikgu tak padahal you buat semua keje-keje cikgu seperti mengajar dan sebagainya?

      So far. Aku tak penah lagi jumpa orang jadi cikgu yang gembira tanpa dapat gaji..Ramai kengkawan aku jadi cikgu. Tapi merungut pat jam gaji tak cukup…mungkin diorang happyla kot. Tapi sepanjang masa buat bising pasal tak cukup duit bila borak dgn aku. ( Pengalaman aku sendiri daripada pengakuan kawan-kawan dan cikgu-cikgu aku sendiri. Tanpa gaji, diorang takkan keje !). So, comparation between pendidik dengan blogger tak ngam la bagi pendapat aku..

      Kalau dah namanya keje. Mesti nak dapatkan duit kan? Manala ada orang keje nak dapatkan gembira..

      Gembira dan duit adalah 2 perkara berbeza.. :mrgreen:

      Sori..just my opinion. Macam yg lain2 cakap, terpulang pada kita yg mencorakannya.

  13. salam semua πŸ˜€

    saya bersetuju dengan pendapat smartzul:

    Ia mempunyai sasaran demografik yang berbeza. Jadi ia mempunyai kekuatan tersendiri. Tak adil rasanya untuk diperbandingkan sebab market untuk kedua jenis blog ini adalah berbeza.

    KIta tak dapat bandingkan secara sama rata tapi kalau general, blog english lebih senang dan lebih cepat. Tapi kalau ada strategi yang betul, should be no problem πŸ˜€

    p.s: zul, leh saya tau camne nak jadik reseller ftp cara mudah? saya dah try bukak web tu tapi tak dapat (maybe sebab firewall problem – certain website saya pun tak dapat masuk tapi on je actually πŸ™ )

  14. Bagi saya blog buat duit atau buat ilmu sama-sama penting.
    Blog BM atau blog BI pun sama-sama penting sebab ada sasaran tersesendiri.

    Saya sendiri masih tunggu rakan2 di wangcyber merebut tawaran saya untuk buat blog untuk saya. Domain dan hosting dalam proses. Insyallah dalam 1-2 hari nie siap. Blog saya berkaitan dengan tip MLM. Setakat ni dibuat bukan untuk duit tapi sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya dalam bidang MLM yang telah dijalankan selama 3 tahun ini (2 tahun part time, sekarang fulltime). Kalau ada yang berminat menerima tawaran saya emailkan contoh dan harga ke email saya alihanafiah76@yahoo.com.

  15. memang tepat apa zul katakan..situasi seperti ini pernah mengalami saya..saya pernah kecewa tetapi alhamdulillah saya bangkit kembali meneruskan blog saya…apa yang saya tanamkan dalam diri walaupun saya tidak dapat hasil,,,sekurang-kurangya dapat membantu orang lain….

  16. tak jugak, ramai jer orang yang buat blog bukan kerana duit. Mereka yang buat blog kebanyakan datang kerana keinginan ingin menulis. Ada yang ingin menyampaikan ilmu kepada orang lain. Malah ada yang bertujuan untuk meluahkan perasaan.

    Cuba try tengok n bandingkan blog yang bertujuan untuk dapatkan duit n blog2 lain. mana yang lebih banyak.

    tq
    wassalam

  17. SALAM SEMUA,

    Buat blog kerana minat .. UNIK
    Buat blog kerana duit…. PELIK
    Minat akan meluahkan ,rasa , kebenaran ,panduan , keramahan dan lain2.
    Kerana Duit orang menjadi rakus, pijak rakan , sedap kata niat lain,tak kesah lah janji dapat, dan……..

    Jadi kalau nak buat blog dan cari duit BERETIKA LAH SAUDARA SEMUA.
    SEMUGA ALLAH MEREDAINYA. AMIN

    Wassalam
    isman@jblesen2u.com

  18. Saya sokong pendapat smartbisnes,

    Tak semua buat kerana duit.

    Tak kisah la bahasa Melayu ke English.Tengok minat dan kepakaran masing-masing.Dalam bahas Melayu pun boleh asalkan apa kita sampaikan tu betul-betul bagi manfaaat kat semua.

    Pembaca nak infomasi.Sambil menulis sambil boleh tambah pendapatan macam affiliate.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *