Dialog si penulis blog..

Hmm, kalau anda tanya, berapa ramai yang masuk blog ini, saya tak dapat jawab. 🙂 Mungkin boleh kira dengan jari kot. Jom baca dialog dua sekawan ini:

“Apa? Sikitnya pelawat web kau.. Blog kau tak laku yer zul.. haha..”, sindir seorang kawan.

“hmm, tak laku kau kata?”, aku membalas.

“yer lah, kalau laku, mesti ramai yang masuk..”, dia bertegas lagi.

“kau mesti tahu, blog aku ni laku..”, aku meyakinkan lagi.

“buktinya?”, tanya dia yang ragu-ragu..

“kau perlu tahu, aku menulis di sini bukan untuk hari ini atau esok dan lusa, tapi aku menulis untuk 3 tahun nanti. Masa tu, insyaAllah aku yakin blog aku ni akan ‘laku'”, aku menjawab.

“kau yakin?”, kawan itu masih tidak puas hati..

“yer, aku yakin. Sebab sekarang fasa aku belajar dan membina. Tahun ini, aku buka syarikat sendiri, aku target 2 tahun untuk berjaya dan tahun ketiga, aku ingin menjadi seorang perundingcara perniagaan internet yang dikenali & menjadi rujukan ramai.. dan bermula tahun itulah, aku akan terus mengukuhkan cita-cita aku itu. Aku tulis hari ni, adalah apa yang aku pelajari dan aku lalui.. Kelak, ia pasti akan dirujuki kembali”, jelasnya panjang lebar.

“ermm, kau yakin target 3 tahun itu akan tercapai?”, kawan itu masih tidak mahu mengalah.

“Usaha, doa dan tawakkal. Apa lagi yang dapat kita lakukan selain 3 cara ini? Allah itu lebih Mengetahui..”, jawab aku dengan ringkas dan padat.

“?”.. Sahabat tadi diam seribu bahasa.. Perbualan terhenti di situ.

Pengajaran:

Dialog dua sahabat tadi menunjukkan ‘aku’ itu bercita-cita tinggi untuk menjadi usahawan internet yang berjaya dan juga perundingcara perniagaan internet yang dikenali. Dia menulis blog hari ini, bukan untuk hari ini. Tetapi untuk suatu masa nanti.. Tulisan-tulisan itu, pasti akan dirujuk kembali dan akan menjadi suatu peninggalan untuk dijadikan rujukan ramai.

Para pembaca yang mempunyai cita-cita yang sama seperti ‘aku’ di atas, janganlah bersedih dan berduka jika blog atau laman web anda tidak ramai yang melawat, kerana kelak pasti anda akan dapat hasilnya jika anda gigih dan sabar. InsyaAllah.

“sehari selembar benang, lama-lama jadi kain”.

Kemaskini: 15 Januari 2010, 4:58 AM

Entri “Dialog Si Penulis Blog” ini ditulis pada 20/2/2006.

Kini, selepas hampir empat tahun impian ini ditulis, cita-cita saya telah tercapai (sebenarnya lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan) dan kini terus mengorak langkah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Internet Marketing ini. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan sejak 4 tahun yang lepas lagi! Hanya kepada ALLAH kita serahkan segalanya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

30 thoughts on “Dialog si penulis blog..

  1. p_zi. Saya pun dalam proses belajar. Tapi, apa salahnya kita sama-sama bertukar pengetahuan dan idea. Silakan bertanya jika ada persoalan atau menegur jika saya ada kesilapan. 🙂

    Saudara Fairuz! Muncul juga saudara yer.. Dah lama tunggu sedara balas emel saya.. Hehe.. Syabas dan tahniah. Bertambah satu lagi bintang usahawan internet rakyat Malaysia. Kami perlukan teguran dan didikan dari anda.. 🙂

  2. Usaha anda sangat mengagumkan, pasti akan memberikan manfaat kepada ramai usahawan internet yang baru hendak mencuba bidang ini. Sebaiknya komuniti ini saling bantu membantu dan saling memberi nasihat dan tunjuk ajar.

  3. Hmm… I guess sesetengah orang mengukur tahap populariti sesuatu blog tu berdasarkan daripada bilangan komen – komen / respon yang ditulis oleh pembaca. Semakin banyak komen, makin popularlah blog tu pada anggapan ramai. Tapi kan, saya percaya majoriti pembaca sesuatu blog tidak menulis sebarang komen, tetapi mereka adalah pembaca setia sesuatu blog tu. Contohnya, saya. I am a regular visitor of smartusaha’s blog. Sepanjang wujudnya smartusaha.com , ini baru kali kedua saya tulis komen, tapi boleh dikatakan hampir setiap hari saya melawatnya. You have done an excellent job, smartusaha.

  4. Maaflah kalau saya lambat balas email.. sbb dlm satu hari saya terima lebih dari 150 email.. ada yang spam, ada yang dari pelanngan.. so saya terpaksa jawab semua, kadang-kadang yang terlepas pandang pun ada 🙂

    Tambahan pula bila ada projek baru, terpaksalah ketepikan banyak perkara.

  5. zulismail, terima kasih. Actually, saya jumpa laman blog saudara tu dari laman empayar tu lah.. Thanks sudi melawat dan memberi pendapat di sini.

    Saiful, terima kasih banyak2 & saya sangat terharu. Ya, saya masih ingat komen saudara yg pertama dulu. Masa tu domain blog saya adalah smartusaha.com, tapi sekarang dah alih ke blog.smartusaha.com. Rupanya ada juga yer peminat setia saya.. Saya yakin ada lagi yg melawat blog ini seperti Termin & encik Azam.. Yg lain2 tu, saya tak pastilah siapa lagi.. Yer, saya setuju bahawa pembaca sesuatu blog jarang tinggalkan komen, tetapi adalah peminat setia sesuatu blog itu. Terima kasih sekali lagi & jika ada kurang kat sini (tulisan saya ker), tegurlah. Saya budak baru belajar.. Apapun, saya perlukan sokongan dan teguran membina dari anda semua.

    Empayar (en fairuz), tak apa.. Tak kisah pun.. Nak tanya, ada laman blog atau laman web saudara utk dijadikan rujukan tak selain empayarinternet.com tu? Saya ada hantar emel guna emel empayar tapi failure. Ada emel lain? Boleh send ke emel saya di smartzul[at]yahoo.com. Thanks.

  6. Haha…memang betul kata Zul tu. Camner leh tau yg saya ni selalu menjenguk kat sini? Ada instinct ya. 🙂

    Anyway tahniah dengan perkembangan Site ni. Ada saje perubahan. Skarang ni dah ada ruangan matematik lak (Anti-Spam).

    Walaupun skarang ni saya agak sibuk dgn lain2 urusan, tapi sekali sekala saya pastikan jugak yg saya akan ke tempat2 yg boleh menambahkan ilmu, spt kat site Smartusaha ni, site Azizi Ali, site Irfan Khairi dan banyak lagi. Klu saya pergi ke KLCC plak, saya mesti takkan miss pergi ke kedai buku yg tiptop cam Kinokuniya & Times. Agaknya minat membaca yg ditanam sejak dari zaman sekolah lagi masih lagi ada sampai sekarang.

    PS: Suatu hari nanti saya bercita2 nak adakan satu perpustakaan sendiri kat rumah dan isikan dengan bermacam2 buku sbg tempat utk menimba ilmu.

    Falsafah yg sering menjadi pendorong/penggerak diri saya: “Knowledge is Power”

  7. Assalamualaikum. Saya telah ada laman web sendiri. Masalah saya, bagaimana nak buat pembayaran secara online kerana web saya masih menggunakan cara konvensional iaitu secara bank in or tunai. Lagi satu, bagaimana dengan cara pemberian koupun.
    Terima kasih

  8. Assalamualaikum Puan/Cik Rohana 😀
    Jika ingin membuat pembayaran secara online, Puan/Cik Rohana boleh maklumkan no akaun bank di website. Kemudian pelanggan akan bank in secara online. Contohnya bank yang ada sediakan perkhidmatan perbankan internet adalah maybank (paling popular) BCB, bank islam, public bank tetapi Puan/Cik Rohana perlulah mempunyai akaun di bank tersebut. Bank in secara online seperti yang saya nyatakan tadi adalah cara PALING POPULAR di Malaysia pada masa sekarang.

    Untuk pembayaran melalui kad kredit, Puan/Cik Rohana boleh berdaftar dengan:
    1. http://2checkout.com
    a) yuran keahlian seumur hidup USD49
    b) caj perkhidmatan 5.5% + USD 0.50
    c) terhad 1 akaun 1 website (kalau ada 5 website, 5 kali kena keluarkan duit untuk daftar)
    d) cek akan dihantar 2 kali sebulan ke alamat anda.

    2. http://worldpay.com
    a) yuran keahlian lebih kurang RM2000
    b) sekali daftar sahaja, boleh diintergrate dengan banyak laman web
    3) wang dimasukkan terus ke akaun bank

    3. http://paypal.com (POPULAR)
    a)pendaftaran percuma
    b)kenakan caj perkhidmatan yang rendah

    tips:
    1. sediakan semua cara pembayaran
    a)bank in (online & offline) [sediakan banyak akaun bank, memudahkan costumer, jadi costumer tak fikir banyak kali]
    b)wang pos/money order
    c)cek
    d)pembayaran melalui kad kredit

  9. Ashraf, terima kasih. Tatacara bayaran adalah bergantung kepada pelanggan sasaran kita. Kalau setakat orang Malaysia, mungkin menggunakan online banking sudah memadai. Sebab pembelian menggunakan kad kredit di Malaysia masih lagi di tahap yang rendah.

    Namun jika ingin menjual kepada luar negara, spt yg diterangkan oleh Ashraf, itulah caranya.. 🙂

  10. saya baru sahaja menyiapkan blog sendiri yang sy ambil dari blogspot.com dan saudara sedia maklum yang ia sememangnya free of charge.saya tingin juga memiliki blog yang mempunyai nama saya dan di komersialkan di seluruh dunia dan juga berkeinginan untuk memasarkan produk jualan melalui internet nanti..lucunya saya masih belum mempunyai perniagaan internet yang terbaik walaupun saya sudah mendaftar dengan salah satu company yg menjual prepaid kad di internet..saya rase dengan blog yang saya baru create minggu lepas ni belum tentu mengembangkan bisness ni.

  11. “Ermm, tak sangka, tulisan ini sudah berusia 1 tahun lebih.

    Impian menubuhkan perniagaan sendiri yang berdaftar sudah tercapai.

    Impian mendapatkan trafik yang ramai ke blog ini sudah tercapai.

    Impian memiliki produk sendiri dan bekerjaya sebagai usahawan full time juga sudah tercapai dan ‘aku’ sedang melakukannya.

    Impian untuk memiliki beberapa perkara yg selama ini hanya ada dalam senarai catatan ‘diari’, juga sudah tercapai.

    Namun usaha ‘aku’ tak akan berhenti kerana selagi nyawa dikandung badan, selagi itu usaha perlu dilakukan. Wang bukan matlamat utama, tetapi kebahagiaan hidup dan kerja yang dilakukan adalah harapan setiap detik.

    Cuma, ‘aku’ perlu merancang Strategi Baru agar lebih kuat tapak yang dibina dan impian yang dicatat dahulu akan tercapai sepenuhnya.

    ‘Ya Allah, berikan aku kekuatan, kesabaran & kejayaan, dan bantulah mereka yang bertaqwa kepadamu agar berjaya dalam usaha mereka’.

    Wassalam”.

  12. tahniah zul…nampaknya impian makin dalam genggaman….moga zul terus maju dan berjaya dan jangan lupakan kami yer…pembaca dan merangkap pembeli kit blogger…
    saya suka sangat baca post zul yang setahun lalu…tinggi nilai motivasinya. sebab ternyata apa yang diimpi itulah yang dicapai dan sentiasa berusaha untuk mencapai impian tersebut. zul dah buktikan pada mereka yang memnadang sebelah mata pada perniagaan internet.
    bangga ramai orang kita makin maju dan berjaya dengan perniagaan internet…lebih2 bangga lagi orang kelate 🙂

  13. congrats zul… anda telah banyak membuka minda anak2 melayu kita… saya pun tergolong dlm golongan itu… dari tidak tahu satu apa pun… kini saya sendiri telah mempunyai blog sendiri, hasil dari karya-karya anda yg lalu dan sampai la sekarang ini…

    beberapa tahun lalu saya hanya membaca laman2 org lain kini sy cuba untuk berbuat sebaliknya (org lain pula membaca laman sy 🙂 )

  14. tahniah zul,,
    tercapai matlamat zul jg hari ini..

    kwn tu kwn ke musuh???hehe…mcm musuh je….nk jatuh kan semangat kwn…

  15. 😐 Aku tu macam en, zul je. memang betul , kota rom tidak dibina dalam satu hari. KLCC disiapkan dalam tempoh 5 tahan. Untuk berjaya perlu kerja keras. Bin aku kata : must work hard and rock hard 😆 .

  16. Hemmm..insya Allah saya rasa dengan penghasilan blog seperti ini semakin ramai yang akan jadi seperti Zul 3 tahun akan datang. Tapi perlu diiringi dengan ilmu dan panduan yang betul. Last but not least. Don’t give up. Try and try again 🙂

  17. Barangkali untuk malam ini dan esok (InsyaAllah panjang umur), sayalah satu-satunya pembaca setia blog ini. Sudah hampir 4 jam saya di sini. Sengaja saya luangkan masa untuk menghirup ilmu, dorongan dan semangat dari blog ini agar dapat menyerapnya kelak. Saya melihat blog ini adalah dairi perjalanan dan langkah demi langkah yang tuan lalui. Jejak-jejak kejayaan: (oleh kerana saya tiba sedikit lewat) saya mesti susurinya untuk dijadikan panduan.. Saya bersyukur pada Allah SWT, tuan dilahirkan dan di Malaysia pula tu.

  18. Pingback: Tempoh penilaian kejayaan seseorang | HandSet Murah
  19. Tahniah Tuan Zul. Tuan mengajar saya banyak perkara tentang perniagaan internet, penulisan dan sebagainya. Saya doakan semoga perjalanan Tuan sentiasa diberkatiNya.
    Saya agak tertinggal keretapi di sini, nanti saya sambung lagi 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *