Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Di Manakah Saya?

Tarikh: 5/3/2010

Artikel ini ditulis khas untuk pembaca blog saya yang tidak mengikuti perkembangan semasa saya melalui Facebook. Saya akui, saya adalah salah seorang pengguna tegar Facebook buat masa ini. Dan saya juga akui, Facebook adalah lebih hebat daripada Twitter. :D

Di Facebook, saya begitu aktif. Boleh dikatakan, saya menulis post-post ringkas minima tiga kali sehari. Itu adalah minimum. Kadang-kadang, ia lebih daripada itu. Segala yang saya lakukan dan ke mana saya pergi, semuanya saya tulis di Facebook. Mengapa Facebook? Kerana kita boleh menulis seringkas mungkin dan dapat dibaca dengan segera oleh ahli Facebook yang lain.

Jadi, jika para pembaca blog saya ini ingin tahu aktiviti saya terkini, di mana saya dan apa yang saya buat, maka saya boleh ‘diakses’ di Facebook.

Akaun Personal Facebook Telah Cukup Kuota

Akaun personal saya telah pun dipenuhi kuotanya, iaitu 5000 ahli sahaja. Saya tidak pasti adakah had ini sudah tiada atau masih wujud. Namun buat masa ini, saya tidak dapat Add Friend atau menyertai mana-mana Fan Page. Namun saya masih boleh menerima Invitation atau Request.

Untuk itu, maka saya telah mewujudkan satu Fan Page khas untuk peribadi saya. Sebelum ini, saya sudah ada Fan Page iaitu Page untuk Smartusaha.com. Namun untuk yang baru ini, ia adalah khas untuk saya secara peribadi.

Berkaitan perkataan ‘Fan’ ini, sebenarnya saya kurang menyukai perkataan Fan kerana saya ini adalah orang biasa sahaja, bukan public figure. Tetapi sudah itu yang digunakan oleh Facebook, maka terima sahajalah.

Personal: http://facebook.com/mohdzulfadli

Fan Page: http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

* IM = Internet Marketing dan Inspirasi Maya (nama perniagaan)

Status Projek

Saya tahu, ramai yang menunggu beberapa projek saya yang telah diumumkan dahulu. Jangan risau, kerana saya masih di sini. Saya sama sekali tidak akan keluar dari bidang ini, atau melepaskan tanggungjawab, janji dan amanah begitu sahaja.

Doakan saya agar dapat menyiapkan beberapa buah projek yang belum siap. Segalanya ada hikmah dan saya banyak belajar daripada beberapa kesilapan. Sebaik sahaja projek tertentu siap, saya akan umumkan satu persatu.

Menambah Bidang

Di antara beberapa bidang yang telah saya mula terokai sedikit demi sedikit buat masa ini adalah penulisan buku, menjadi kolumnis majalah dan bidang training. Dan insyaAllah, saya akan melakukan kembali beberapa perkhidmatan Online yang pernah saya lakukan dahulu.

InsyaAllah, sedikit demi sedikit dalam beberapa tahun ini, saya cuba untuk memasuki pasaran yang lebih besar (baca: korporat). Dengan bimbingan beberapa orang mentor buat masa sekarang, semoga saya berjaya memasuki pasaran yang lebih menguntungkan itu berbanding pasaran yang saya ceburi sekarang.

Joint Venture?

Seperti yang saya maklumkan dahulu, saya menutup seketika sebarang bentuk kerjasama terutama bagi sebarang pelancaran sesebuah produk baru di Internet. Artikel tersebut boleh dibaca di sini: Ruang JV Ditutup. InsyaAllah, saya masih boleh bantu promosi melalui satu kaedah yang bakal saya umumkan dalam masa terdekat.

Harap maklum, terima kasih.

PS. Ikuti saya di Facebook: http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

.

Facebook comments:

20 Responses to “Di Manakah Saya?”

  1. Labanon says:

    Saya sudah jadi kipas tuan Zul sudah sekian lama dan kini realisasikannya menerusi Pacebuk. Cool! :)

  2. thinkerich says:

    Tahniah Zul…semoga berjaya kembangkan bidang bisnes dan dimurahkan rezeki :)

  3. Amir Azros says:

    Wah… Begitu ramai sungguh yang berminat menjadi fan Saudara Zul. Semoga Saudara Zul akan berjaya dan menjadi pembimbing kepada kami yang baru saja menapak di dunia IM ini. :)

  4. Shukor says:

    Tahniah Tuan Zul. Moga lebih berkembang bakat dan bisnes Tuan :)

  5. komen saya.. FB terlalu melalaikan.. :)

  6. Lilsha Kiut says:

    morning encek ensem

  7. haik encik zul memang hensem pun…saya setuju facebook memang lebih berkuasa dari twitter…banyak perkara dalam facebook memudahkan urusniaga dan juga boleh berkongsi tips dengan cepat..sebab tu rank alexa malaysia facebook duduk tempat no 1 hehe

  8. Tuan Zul memang seorang yang prihatin dan mempunyai kredebiliti.

  9. Sya respect mengenai hal ni..sesibuk mna pn..sya akan berFB setiap hari wlau jam 2 pagi..lpas tu jam 6 prg sklah plak…

  10. tajuk en zul ari ni mcm org misteri era la.. he3

  11. rohaizad says:

    Ruang JV Ditutup?

    Janganlah macam tu, ramai org kat luar tu yang hendak berJV dengan Tuan Zul…. hihihi

    p/s: laaa…. rupa-rupanya rohaizad dot com pun sama. JV pun ditutup… ekeke

  12. hasbulaqill says:

    insyaallah saya ambil peluang jika ruang JV dibuka nanti :)

  13. Salam Motivasi/Berkenalan..

    Tahniah saya ucapkan atas kejayaan anda.. Saya doakan agar tuan zul memperolehi kejayaan demi kejayan pada masa akan datang..

    Tuan Zul boleh layari Blogspot saya dan jika berminat kita boleh link exchange..

    Tq.
    Gaya Hebat Disukai Ramai

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)