Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Demo Sistem Maybank2u.Com

Adakah anda memiliki akaun Maybank2u? Jika belum, amat sukar untuk anda melakukan transaksi online samada pemindahan wang atau menerima bayaran daripada pelanggan anda.

Jangan Menyusahkan Pelanggan Anda!

Ya, satu kesilapan saya dulu sehingga terlepas beberapa orang bakal pelanggan menyebabkan saya rugi!! Mengapa? Kerana saya tidak mempunyai pelbagai akaun bank. Ingat! Tidak semua penggunaa memiliki akaun bank yang anda ada. Contohnya jika anda hanya menggunakan BCB bank, bakal pelanggan anda hanya memiliki Maybank. Ya, permudahkan mereka di mana anda perlu juga memiliki akaun Maybank2u. Jangan menyusahkan mereka walaupun mereka boleh melakukan transaksi interbank secara online. Jangan ulangi kesilapan saya!!

Baiklah, kepada anda yang tiada dan tidak pernah menggunakan aplikasi Maybank2u.com, apa kata anda meluangkan masa untuk mencuba versi demo aplikasi online tersebut. Dan jangan lupa, esok pergi daftar akaun Maybank. ;-)

LINK DEMO : http://www.maybank2u.com.my/secured/html/demo.html

PS. Samalah untuk bank lain, jika mampu, buka lebih daripada satu bank.

——————————————————————————————–

NOTA PENTING: Jangan lepaskan peluang untuk menyertai seminar perniagaan internet oleh team saifulsham dan program affiliate mereka. KLIK di sini!

Facebook comments:

6 Responses to “Demo Sistem Maybank2u.Com”

  1. ummi_nf says:

    Saudara smartusaha dah ada akaun maybank2u ye. Nanti senanglah kita nak berurusan yerk…nak bayar komisyen pun senangkan…heheheheheh

  2. smartzul says:

    Dah lama dah ada… Kalau kak ummi kita ada lagi mudah… :-p

  3. Bagak says:

    saya dah ada maybank2u sejak dia buat online dulu
    mula2 gaji masuk dalam BCB, tapi masa tu perkhidmatan dia mmg lembab(sekarang mungkin lebih baik)
    itu yang saya tukar kepada maybank2u

    saya juga ada pengalaman mengunakan RHB online juga setanding dgn maybank

    saya juga mengunakan HSBC online…ini mmg high standard

    saya dapati untuk market malaysia, adalah kemestian untuk ada sekurang2nya 3 bank online

    maybank
    BCB
    RHB atau Bankislam

  4. ashid says:

    Boleh jugak, tapi kita fikir dulu.

  5. abdfatah says:

    saya belum guna sepenuhnya maybank2u nih. dah guna untuk aksess sekali sekali dan selepas ini nak kena setting password yang lain pulak. boleh laa try guna secara online dengan maybank2u.

  6. Han says:

    saya hanya tahu guna untuk trasfer duit je… :mrgreen:
    tak pernah guna untuk benda lain…
    lepas ni boleh cuba ni….

    han

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)