Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Dah Pindah Rumah Baru + Ebook Akan Dilancarkan!

Assalamu’alaikum,

Dua hari lepas sibuk mengemas rumah baru dan menguruskan beberapa hal sebelum meninggalkan rumah lama. Alhamdulillah, dah selesai beberapa perkara. Rumah sewa baru kali ni besar dan lebih selesa. Syukur.. Hehe, macam lah rumah sendiri yer. Satu tip, kalau anda dah mampu, beli rumah lebih baik dari sewa. :)

Baiklah, saya kini sedang berada di UTM Skudai, di dewan komputer terbesar di malaysia. :) Kat rumah sewa baru internet belum masuk, insyaAllah minggu depan. Tapi hebatnya perniagaan internet ini, kita tidak perlu masuk ke internet 24 jam sehari. Cukup beberapa jam sahaja. Maka terbukti ia sesuai untuk anda yang begitu sibuk dengan kerja tetap dan ingin menambah pendapatan sampingan.

Ebook saya sudah hampir siap dan akan dilancarkan beberapa hari lagi. Kini dalam proses menyiapkan sales letter (laman web). Ebook tersebut amat berguna dan diperlukan terutama oleh newbie (orang baru) dan tidak tahu hal teknikal. Kini semua orang akan tahu ‘perkara’ tersebut. Tak perlu saya sebutkan di sini lagi apa ebook tersebut kerana saya nak buat kejutan sedikit.

InsyaAllah dengan pakej ebook ini, anda yang tidak tahu hal teknikal akan dapat mengetahui dan melakukan sendiri yang selama ini menjadi persoalan ramai orang. Jika sebelum ini anda perlu meminta bantuan orang lain dan mungkin perlu membayar ratusan ringgit, maka dengan ebook ini, anda dapat menjimatkan wang ringgit anda. Jika anda ingin tahu, selalulah datang ke blog ini kerana saya akan menyatakan perkembangan terkini ebook ini. Oh ya, lupa nak cakap. Ebook ini adalah berbayar. :) Dan ingin saya tekankan, anda beli JIKA anda serius sahaja. Saya tidak mahu ber-urusan dengan mereka yang sekadar ingin tahu atau tidak serius.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, hanya subscriber newsletter saya sahaja yang akan tahu perkembangan ebook ini lebih awal daripada orang lain. :) Jika anda ingin mendapat keistimewaan seperti subscriber saya seperti potongan harga, daftar sekarang di http://smartusaha.com/news. Sebaik sahaja saya melancarkan ebook ini, segala keistimewaan akan ‘terbatal’ untuk ebook tersebut. :)

==========
Bengkel E-Biz
==========

Ramai yang menghantar emel kepada saya menyatakan tidak dapat menyertai bengkel perniagaan internet anjuran pihak ebizmalaysia.com. Ada yang jauh dari semenanjung, ada yang menduduki peperiksaan dan ada yang tidak mampu membayar (inilah masalah utama). Saya telah berbincang dengan pihak penganjur dan mereka telah bermurah hati untuk fleksibel-kan pembayaran yuran bengkel:

1. Bayar sebahagian yang anda mampu (seperti RM100) dan bayar selebihnya di hari bengkel (waktu pendaftaran)

2. Anda boleh menjimatkan bayaran bengkel sebanyak RM25 dengan menggunakan link affiliate sendiri. Daftar affiliate di sini: http://ebizmalaysia.com/bengkel/agen dan gunakan link affiliate yang diberikan. Kemudian bayar dahulu RM270 dan pihak pengurusan akan membayar RM25 (komisen) apabila tiba masanya iaitu 16hb setiap bulan.

Itu sahaja yang mampu kami tawarkan untuk anda. Kami benar-benar mahu membantu anda semampu yang boleh.

EKSKLUSIF BERSAMA….

Pihak penganjur bengkel telah mengesahkan bahawa, seorang usahawan internet marketer Malaysia yang berjaya akan dijemput ke bengkel tersebut dan beliau adalah… Anda akan tahu jika anda ke bengkel itu nanti. Lagipun beliau mungkin segan jika saya nyatakan namanya di sini. hehe.. Beliau memang dikenali, amat-amat dikenali di dalam bidang ini. Nak tahu, datanglah ke bengkel ini. Lawati http://ebizmalaysia.com/bengkel.

Wassalam, jumpa lagi.

- SmartZul

Facebook comments:

16 Responses to “Dah Pindah Rumah Baru + Ebook Akan Dilancarkan!”

  1. fai says:

    Wah.. Makin brtambah-tambah ni kepoweran aura bengkel ni..

    Anyway.. Good luck zul dgn ebook terbaru ni.. Hehe.. Smestinya sbuah ebook yang ditunggu-tunggu oleh semua.. Tahniah zul ;)

    PS: Err kirim salam kat akak sebelah tu kat dewan komputer.. hehe..

  2. cikgubiz says:

    Wa menarik ni … ada affiliate tak smartzul?

  3. sham says:

    Pasal ape plak kali ni…Mesti hot ebook zul ni nanti…

  4. han says:

    saya nt2kan stragegi-X dr irfan n e-book zul ni….
    tp kenapa berapa ari ni saya tak terima email dari smartusaha ek?
    kena dtg sini br boleh th….

  5. NayanMohd says:

    Tunggu….jangan tak tunggu………………..

  6. duez1127 says:

    zul..kalo ada bengkel bln 12 nih ,saya tempah satu tpt,harapnya dapat diadakan ujung bln 12 nih..xsabar nk pg nih..

  7. apizz says:

    Alhamdulillah…huhu,akhirnya dapat juga menyertai seminar…biasa buat kat Kuala Lumpur..jauh jugak la..skang dekat ngan umah sewa…so,tak nak lepaskan peluang..jangan lepaskan peluang!Jom ramai21

    P.S:Untung sabut timbul,untung batu tenggelam..

  8. Abd Hamit says:

    Best la korang di sana. dapat ikut seminar sini sana. Aku kat Sabah susah nak join apa-apa seminar. kongsilah ngan aku sikit ilmu yang korang dapat…

  9. abdfatah.com says:

    waaa… cantik bayar deposit dulu… pastu baru bayar yang selebihnya masa worshop pulak… nampak gayanya dah tiba masanya untuk smartusaha membuat roadshow ke seluruh negara. dan syaratnya kena daftar bagi negeri2 tertentu aje dulu… pastu baru boleh buka untuk negeri2 lain.

    sekadar pendapat aje… kalu nak seribu daya ler… tapi kalu boleh buat roadshow seminar ke seluruh negara lagi best.

    tapi penat sikit laaa kalu nak penuhi semua jemputan yer tak?

    itupun kalu boleh difikirkan alternatif untuk semua orang laaa. kalu chef li ( jutawan senyap makanan) sendiri tak terlayan jemputan yang banyak2. yer tak?

  10. Smartzul says:

    Ok, kekawan, seperti yang saya janjikan, hanya subscriber saya sahaja yang akan tahu dulu apa ebook saya tersebut. Anda sebagai pembaca hanya akan tahu lusa, rabu pagi. Saya tak dapat beritahu esok sebab tidak mahu clash dengan pelancaran ebook partner IM saya..

    Tungguuu….

  11. ZAINUDIN says:

    RAHSIA DERIA KE 6- MEMBONGKARKAN KEHEBATAN INSAN YANG TERBENAM DAN TERKUBUR DI SANUBARI INSAN- TENAGA TERHEBAT DAN TERKUAT YANG PERLU KITA KELUARKAN BAGI MENJADI MANUSIA UNGGUL!

    Manusia adalah ciptaan terbaik yang Pencipta iktirafkan pada makhluk kejadiannya. Malangnya tenaga terhebat anugerah dari Maha Pencipta telah lama terkubur dan tidak digunakan oleh pemiliknya.
    Apabila mereka mati, dibawa bersamanya kehebatan yang tidak diguna pakai. Satu pembaziran yang merugikan! Hanya segelintir sahaja yang tahu memanafaatkan kehebatan KUASA dari deria ke 6 ini dan mereka dikenali sbagai orang-orang yang hebat dan dingati dalam sejarah dunia. Padahal kehebatan mereka hanyalah apa yang dipunyai oleh setiap orang. Kunci mengetahui ilmu yang hebat ini adalah melalui pemikiran yang amat mendalam.
    Bersedialah , anda spembaca yang amat bertuah kerana anda bakal mengetahui rahsia yan g hebat ini. Kejayaan akan dapat dicapai apabila dipraktik RAHSIA yang telah diketahui. Itu Sahaja. Hasilnya anda akan sendriri tidak percaya bahawa kehebatan ini diciptakan oleh anda sendiri.InsyaAllah.
    Pernahkah anda merasakan begitu kerdilnya anda. Lemah dan tidak mampu untuk melakukan perkara yang ingin dilakukan. Minda anda mengatakaan anda tidak mampu.orang lain boleh ,aku tak berdaya dan pebagai alasan lagi untuk mengiaka n jiwa penakut ynang anda telah ciptakan dalam memori .
    Kita sendiri yang membelengguka atau memenjarakan kehebatan iaitu deria ke 6 yang ’diikat’ kuat sehingga tidak berdaya u\ntuk melakuakan apa-apa.Dari kajian yang dilakukan sehingga 97% manusia yang berada di dalam situasi ini. Hanya 3% yang mampu membebaska keajaiban anugerah Tuhan dan anda mengagumi mereka sedangkan apa yang mereka miliki ada juga pada diri anda sebenarnya. Laungan azan yang berkumandang ,selalu mengajak manusia ke arah kejayaan 10 kali sehari tetapi berapa ramai yang menyahut cabaran ini?.
    ANDA SUDAH BERSEDIA? Mari kita meneroka ALAM yang penuh misteri ini. Seterusnya mencipta keajaiban pada kehidupan anda.RAIHLAH KEJAYAAAN YANG MENJADI MILIK KITA. ANDA AKAN DAPAT APA YANG ANDA USAHAKAN. KETAHUI RAHSIA SAINS MENCIPTA KEHEBATAN ANDA.!!!

    Contact Us deen5318@yahoo.com

  12. abdfatah says:

    apohal panjang lebor nih? nak tanya pasal affiliate nih. boleh tak buat tabung untuk byaran sikit2 sehingga penuh? hehe? untuk kursus perniagaan aje laa. buat tabung affiliate. tapi terpaksa la pergi bank untuk bank ini sikit2. hehe

  13. Hamid says:

    abdfatah
    pelik tul soalan tu, :mrgreen:
    kalau bayar sikit² nanti akan melemahkan semangat agen² kita untuk mempromosikan produk kita :neutral:

  14. Han says:

    hehe…
    agen2 jadi lemah semangat?
    mungkin juga…

    utk abdfatah,
    kalau bayar sikit2, nanti timbul masalah hutang tak bayar…hehe…
    sebelum ni dah berlaku utk yang bayar ansuran… :mrgreen:
    jadi utk perniagaan internet tak sesuai…
    sebab kita nak cari mereka kat mana kalu mereka tak bayar… :wink:

    han

Trackbacks/Pingbacks

  1. Mohd Suhaimy | Blog Perniagaan Internet » Zeigarnik Effect..

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)