Dah baca, dah belajar, dah…. Tapi belum mula.

Anda dah membaca, dah belajar, dah rujuk pakar berpengalaman, dah ada idea, dah ada perancangan, dah ada segalanya….

TAPI…. Apa yang belum? Anda belum mulakannya (bagi yang belum lah). Ya, selagi anda tidak memulakan perniagaan internet sendiri, anda tidak akan tahu apakah potensi anda, anda tidak akan tahu di manakah kelemahan anda, anda tidak tahu apa perlu dilakukan seterusnya dan anda tidak akan dapat meningkatkan strategi anda… Ya, anda TIDAK akan dapat dan tahu segala-galanya selagi anda belum mencuba!

Mengapa? Kerana selain belajar dan membaca, guru yang terbaik adalah pengalaman sendiri. Orang kata, trial and error. Kemudian, betulkan balik apa yang error tu.. Bila anda bermula, sales anda kurang, anda mula buat kajian, di manakah silapnya. Apabila anda sudah bermula, trafik atau pelawat ke website jualan anda kurang, maka anda akan tahu di mana silapnya. Bila anda bermula, anda akan tahu conversion rate website jualan anda rendah atau tinggi. Jika rendah, anda perlu perbaiki. Bila anda sudah mulakan, anda akan tahu….. Anda akan tahu beberapa perkara yang anda tidak akan tahu SEBELUM anda memulakan perniagaan internet.

Pokok pangkal di sini, anda jangan membuat alasan lagi, beranilah untuk bermula jika anda sudah bersiap-sedia dengan perkara yang asas. Antara alasan yang wajar dijauhi:

1. Design website aku hodoh dan tak menarik

2. Aku tak yakinlah

3. Erm, ramai betul yang buat benda ni

4. Aku takut…

5. Perlu belajar lagi sampai betul-betul pandai/complete

6. Tak ada pengalaman

7. Kata negatif orang yang kata buat duit kat internet hanya gimik semata-mata

8. Dah la yer, tak perlu nak ber-alasan lagi…

Hmmm, untuk setiap alasan tu, saya berikan contoh diri saya:

Alasan 1: Saya bermula dengan website yang simple dan tak menarik. Tapi saya yakin, saya boleh tingkatkan lagi website tersebut ke tahap yang lebih baik secara perlahan-lahan

Alasan 2: Saya yakinkan diri. Saya tak nak keyakinan yang lemah menjadi musuh diri saya sendiri.

Alasan 3: Ramai pesaing? Mengapa perlu takut, kita gunakan konsep unik dan niche! Jangan lupa buat analisis SWOT.

Alasan 4: Takut? Hmm, guru motivasi saya bagi tips. Petua berkesan melalui ketakutan adalah melalui benda yang kita takut tu! Alhamdulillah. Memang mujarab!!

Alasan 5: Saya pun tak ada pengalaman pada mulanya. Anda perlu tahu, semua orang yang berjaya atas muka bumi ni, bermula dengan pengalaman yang zero!!

Alasan 6: Hehe, anda tunggu lah sampai 100 tahun, ilmu Allah ni tak abis anda nak belajar. Gunakan asas ilmu perniagaan internet dulu, itu pun dah memadai untuk bermula.

Alasan 7: Hmm, selagi dunia ni belum kiamat, selagi tu lah ada kata-kata negatif dari mereka yang berfikiran negatif! Bahkan bila anda dah berjaya pun, kata-kata negatif akan terus keluar daripada mulut manusia yang sememangnya hanya tahu bercakap daripada bertindak! Mungkin anda terpaksa mengurangkan masa bersama dengan insan-insan sebegitu.. 😉

Alasan 8: Jangan ber-alasan lagi……

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

21 thoughts on “Dah baca, dah belajar, dah…. Tapi belum mula.

  1. Cara saya, tau sikit-sikit hentam aje asalkan dah mula melangkah.Pas tu betulkan dan tingkatkan apa yang patut.Lama-lama eloklah dia.Macam smartusaha ni tak lokek ilmu.Saya pun ada tanya dia cara buat itu ini.Perjalanan beribu batu tu bermula dengan langkah pertama..Jom kita mula melangkah sekarang…

  2. Alasan 6 sambungan
    dalam dunia ni semua manusia belajar dengan pengalaman
    kecualilah ALLAH dah anugerah tiba2 jer dia pandai dan bijak

    kebanyakkan perbuatan yang dilakukan adalah berdasarkan pengalaman.
    bayi pun kena belajar merangkak dan berlatih berjalan untuk menjadi manusia. kalaulah seseorang bayi tu malas nak merangkak dan berlatih berjalan; dia akan terbaringlah sampai alam dewasa.
    manusia akan/mesti berubah untuk sesuatu yang lebih baik

    nak pandai kena belajar baru dapat pengalaman, tapi kalau malas belajar sesuatu….sampai bila2 pun tak de pengalaman; terutamanya bidang dalam internet ni kena rajin mencuba dan belajar

  3. betul2… trust me, its gonna be ugly.. banyak benda tak jadi and involve costs.. tapi kene buat gak! kalau tak, kita tak tau apa2.. kene blaja melalui kesilapan….

    kpd yang masih takut2 and tak buat apa2 tu, sila bayangkan masa anda bjaya nanti.. atleaset kalau ada newbie tanya mintak tips, u could tell them benda2 tak betul and U’ve been there.. tak ke bangga sbb kita ada pengalaman? – hope this will motivate you to start!! 🙂

  4. yup..utk newbie especially saya sendiri..berentilah beralasan..sbb alasan itulah penghalang kejayaan..sayapun newbie dan skang start belajar benda2 basic dulu..html ke, blogging ke, tulis artikel ke..tak kisah..janji jgn berganjak langsung..(just my 2cents)

  5. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. 🙂

    selain suka ber-alasan, ada satu lagi penyakit bahaya juga..

    penyakit hanya suka bercakap, tapi tak buat… Orang kata cakap jer lebih, buat tak. hehehe…

  6. Bergantung kepada keadaan lah..

    Tulisan saya di atas ditujukan khas kepada mereka yang takut nak memulakan dan yang dah mampu nak mulakan..

    Walau kita dah kaji produk tu dan market-nya sekali, selagi tak cuba kita tetap tak tahu kan? Laku ke tak, teknik kita menjadi ke tak, produk hebat tapi sales tak banyak… So, bila kita dah mula baru kita tahu di manakah kekuatan dan kelemahan kita.

    Itulah pokok pangkal tulisan saya ni. Selagi tak mula, kita tak tahu yang selebihnya.. 🙂

  7. bagi saya, kalu dah bleh nak menulis tu, tulis la apo yang patut nak tulis. kalu nak hentam kromo…bagi hentam kromo dengan berpengetahuan.
    tahu takper… tak tahu kena tanya, yer tak??

  8. kalu tak mula sekarang…BILA??
    >> bila-bila ajer….

    kalu tidak anda yang mulakan… siapa?
    >> saya dah mulakan, orang lain tak tahu lah.. 🙂

    kalu tak tolong diri sendiri…. siapa?
    >> jawapan adalah persoalan ini sendiri…. Diri sendiri yang menentukan. 😉

  9. yer betul… anda yang tentukan sendiri nasib anda… anda yang perlu ubah nasib dan income anda untuk masa depan dan kejayaan anda…

    sayapun baru bermula…

    dah lama mula dah…

    tak dapat2 hasil yang lumayan…

    UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI laaa…

    alahai…

  10. Hmmm… tertunjal dahi mereka2 yang tak bermula lagi .. 🙂 . Dulu saya pon mmg terperangkap dalam budaya melayu nih: “Alh, karang2 la aku buat” Budaya BERTANGGUH!. Cara saya atasi ialah bila saya terasa nak bertangguh jer saya akan cakap “Do IT NOW” !! Mula2 rasa kelakar juga kat diri sendiri tapi serayes (serious) ia berkesan! Buatlah dulu lepas tuh baru cakap nak tangguh (lepas penat )..

    Artikel yang bagus!

    1. selalu jugak bertangguh… kalo bertangguh yang bermanfaat lain citer laa. bertangguh untuk join skim cepat kaya… lain kali laa join skim cepat kaya… nak tunggu dan lihat dulu. itu okeh laa…

      namun kalo bertangguh nak beli bermanfaat untuk masa depan memang rugi sakan laaa… orang lain dah mula, kita tak tahu nak mula kat mana…?

  11. Betul tu fatah, Allah sendiri di dalam Al-Qur’an menegaskan, kalau kaum tu nak berubah, mereka ubah dengan tangan sendiri, selagi Allah kehendaki. Ini prinsip ahli sunnah wal jama’ah. Usaha dan ketentuan Allah, satu perkara yg perlu selari.. Tak usaha, tak dapat. 🙂 Allah itu Maha Adil kan? Ya lah, kalau Allah bagi rezeki kat mereka yang malas mcm tu jer, kesian lah orang yg keje siang malam kan? Itulah keadilan Allah. Clear?

    Robotys, betul. Itu salah satu cara.. Kalau hati kata tunggu dululah… Cepat2 buat benda tu dengan segera.. Jadikan sikap tak menangguh tu sebagai satu tabiat.. Dalam Islam pun diajar solat di awal waktu, mana ada diajar nangguh2 kan? Kalau kita mahu berfikir.. 😉

    1. hanya ajal maut sahaja yang tak boleh nak kena tangguh. tidak kurang dan tidak terlebih… sampai masanya dah tentu pergi juaaaaaaaaaa…..

      oh jangan tangguh-tangguh… yang rugi adalah diri kita sendiri.

  12. Walaupun saya tidak mempunyai website yang menarik dan menggunakan hosting percuma tapi saya percaya saya boleh melakukan jualan.

  13. berniaga tanpa website pun boleh…

    kalu ada website lagi baik…website bukan penentu kejayaan perniagaan bisness siapapun.. yang penting anda yang tentukan website anda mendapat sambutan atau tidak… yang terlebih penting website anda simple dan boleh menghasilkan jualan yang menggunung banyaknya…

    terima kasih…

  14. Kena banyak bersabar… Jangan cepat putus asa…
    ‘Duit bukanlah segalanya, tetapi segalanya di dunia ini memerlukan duit’

    Kalau orang bertanya kepada saya, berapa sales yg dibuat bulan ni? Saya tak malu berkata. ‘..Ada la dalam RM50 yg aku dapat..’. Dlm perniagaan mmg mcm ni… sbb saya pernah menjlnkan bisnes offline selama 5 tahun dari cybercafe hinggalah ke Wartel Call Shop. Turun naik adalah perkara biasa, tetapi janganlah terlalu biasa ( hendaklah analisis kenapa jualan menurun ).

    Mmg ramai persaingan, ttp mahu tidak mahu kita harus bersaing (secara sihat 🙂 ). Tiada alasan untuk beralasan! 🙂

  15. semuanya dah baca? semuanya dah ikut rentak seminar dan bengkel namun masih tak mula lagi..? kenapa? kenapa tak mulakan lagi…

    ilmu dh ada, takkan nak biarkan peluang berlalu begitu sahaja. rugi sakan kalo tak bertindak setelah bersusah payah kuarkan duit untuk seminar dn beli itu ini untuk memulakan perniagaan… mari kita mulakan…

    saya masih belum boleh bermula lagi… hihiiiii…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *