Bercuti Panjang: Berbaloikah?

Saya sekarang masih di kampung. Ini adalah cuti saya yang paling panjang dalam sejarah sejak saya mula melakukan perniagaan internet secara sepenuh masa.

Apa yang saya dapati, cuti saya ini tidak begitu produktif. Saya hanya mampu memantau perniagaan saya sedia ada dan tidak mampu menguruskan beberapa produk baru. Malah, saya tidak sempat sangat untuk mempromosikan produk-produk sahabat saya yang lain (JV).

Cuti kali ini tidak begitu dirancang. Saya balik ke kampung kerana ‘terpaksa’. Ia di luar dugaan saya. Ia tidak produktif kerana cuti saya ini bukanlah cuti melancong atau berehat. Cuti saya ini tetap ada hiruk pikuk dan kebisingan sebab saya bukan sedang bercuti di sebuah pulau.

Saya sekarang ini sedang cuti bekerja iaitu cuti sambil tetap melakukan sebahagian kerja untuk bisnes saya. Bermaksud, saya bukan cuti sepenuhnya. Malah, saya melakukan kerja bukan di tempat yang sesuai (bukan di SOHO saya). Sebab itu kerja saya kurang produktif.

Namun syukurlah dengan perniagaan internet ini, sebahagian perkara adalah automasi. Income tu tetap masuk walaupun masa cuti ni tak dapat buat banyak kerja.

Cukup dulu cerita saya itu… πŸ™‚

Seperti yang kita maklum, ada macam-macam jenis cuti. Antaranya ialah cuti sakit, cuti kecemasan, cuti kerja dan cuti-cuti malaysia (melancong lah tu).

Bagi saya, cuti yang betul-betul membantu menyegarkan minda dan fikiran ialah cuti melancong. Contohnya pergi bercuti ke pulau, kawasan peranginan, pantai dan sebagainya.

Untuk makluman anda, sejak saya melakukan perniagaan internet sepenuh masa ini, saya belum pernah pergi bercuti sebegitu. Saya jenis seorang yang amat bekerja kuat dan belum membalas diri sendiri dengan pergi bercuti. InsyaAllah, saya pasti akan bercuti sebegitu dan ‘meninggalkan’ perniagaan internet ini seketika.

Cuti akan berkesan untuk minda dan ia akan berbaloi untuk keuntungan jangka panjang apabila cuti itu betul-betul jauh daripada tekanan kerja.

Apabila sebut bercuti, maka sudah pasti tiada apa-apa kerja. Dan tak akan disebut cuti jikalau anda masih tidak berenggang dengan laptop anda. Sikit-sikit check email! πŸ˜‰

Cuti yang sebenar ialah cuti yang dapat memberikan keseronokan pada diri, menenangkan jiwa, tiada fikiran mengenai bisnes dan anda jauh daripada segala urusan perniagaan. Pendek kata, anda hanya dengan dunia percutian anda 100%.

Inilah cuti yang berbaloi kerana minda dan jiwa anda akan terisi dengan perasaan dan semangat baru yang mana selama ini hilang akibat kerja kuat.

Namun, tidak kisah cuti macam mana, adakah cuti ini berkesan dan berbaloi jika ia mengambil masa yang lama? Daripada pengalaman saya lah, semakin lama kita bercuti, semakin hilang semangat untuk buat kerja.

Semakin lama meninggalkan kerja, semakin mahu duduk relaks dan semakin mahu menangguh-nangguhkan kerja. Jika anda seorang self employed (bekerja sendiri), ini adalah satu bencana bagi anda.

Bercuti memang seronok, tapi jika cuti itu terlalu lama, penyakit lain yang akan datang seperti malas, menangguh, ‘berat tangan dan kaki’ serta malas berfikir banyak..

Bagi saya, cuti yang lama tidak terlalu bagus. Lagi-lagi jika tiada orang yang memantau perniagaan anda. Lainlah kalau ada staf atau rakan niaga yang memantau perniagaan itu.

Namun apa yang ingin dibangkitkan di sini ialah, kesan kepada diri sendiri. Adakah cuti yang lama berbaloi untuk diri atau sebaliknya memberikan kesan buruk seperti umpama mengambil ubat dengan dos yang berlebihan?

Apakah pendapat atau idea anda?

Nota: Artikel ini khas untuk semua jenis perniagaan (offline dan online).

p.s. Saya akan balik ke JB selewat-lewatnya 5hb Jun ini. Banyak produk terbaru yang akan saya ‘launch’ selepas ini. Tunggu…

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

25 thoughts on “Bercuti Panjang: Berbaloikah?

  1. Saya tertarik dengan ayat ini:

    “Semakin lama meninggalkan kerja, semakin mahu duduk relaks dan semakin mahu menangguh-nangguhkan kerja. Jika anda seorang self employed (bekerja sendiri), ini adalah satu bencana bagi anda.”

    Robert Kiyosaki yang merupakan penulis buku “rich dad poor dad” ada menerangkan 4 golongan orang yang menjana pendapatan iaitu E.S.B.I

    E – employee
    S – self employe
    B – big bisnes
    I – investor
    (mengikut turutan)

    semua orang nak berada pada kedudukan investor iaitu satu position di mana duduk goyang kaki dan duit masuk..tapi duit kena la banyak..

    salah satu cara untuk sampai ke golongan tu, kene la jadi big bisnes dulu. Skarang ni kita perlulah melangkah ke position yang ketiga pula iaitu big bisnes. Tak gitu zul? πŸ™‚

    Macam irfan khairi, dah ada orang bekerja untuknya. Itulah dinamakan big bisnes iaitu kita mempunyai organisasi kita sendiri..

    1. Yup, perlu usaha ke arah itu. InsyaAllah. Semua orang memang mengidamkannya (saya ler salah sorangnya..). πŸ™‚

      Tapi kita perlu tahu, ia tak semudah seperti kita membaca buku atau membaca kisah orang yang telah berjaya. Irfan Khairi sendiri ambil masa lebih kurang 7 tahun sebelum sampai ke level sekarang.

      Namun, semuanya berpaksi kepada diri sendiri. Kalau selesa dgn keadaan sekarang (employee ke, SE ke, investor ke..), lakukan kerja sebaik yang mungkin walaupun terpaksa bekerja-keras. Sebab ada orang yg tak kisah bekerja bawah matahari sebab dia seronok buat kerja tu. πŸ™‚ Tak ada yang terbaik sebab yg menentukan ia ok atau tak adalah diri sendiri.

      p.s. Saya baru 3 tahun buat ebiz. Banyak lagi benda yg perlu dilakukan. πŸ˜€

  2. Zul, saya tak pasti Zul macam mana (suka bercuti sorang2 atau tak); tapi saya cuti 3 hari 2 malam tu dah cukup kalau nak relax dan betul2 destress. Sebab saya kalau cuti nak relax ni saya suka pergi sorang2. Pergi ramai2 lagi tambah pening paler (masa lebih digunakan untuk bonding relationship dan fun dari destress)

    Disadvantage pergi cuti sorang2 ni maybe ada orang kata boring (depends), tetapi advantage dia tak perlu cuti lama2. Sebab kalau lame2, memang boring pun… hehe :p

    Saya paling suka bercuti exam week (!!! orang lain sibuk study!!!) sebab boleh take advantage harga lebih murah pada weekdays~tapi Zul dah grad, leh gi anytime.

    Bila bercuti, saya suka jalan2 (strolling) melayan perasaan, termenung, membaca buku2 yang tak sempat di baca, main2 air kalau kat pulau dan menjerit2 kalau layan rides kat Genting. Tapi apapun, saya akan pastikan transport dan segala2 setel dan mudah dan saya akan siapkan awal untuk dapatkan harga murah.

    Destinasi percutian saya paling suka;

    1. Genting (plg best kalau pergi lone ranger)
    2. Pangkor (krg skt kalau lone ranger)
    3. Langkawi (krg skt kalau lone ranger)

    Tapi saya pastikan juga lah kat mana2 saya pergi at least saya ada masa at least satu jam dalam period 24 hour saya boleh dapatkan connection internet. “Just in case” πŸ˜‰

    Saya tau Zul tengah “geram” nak bercuti tu.. πŸ˜‰

    Selamat Bercuti!

    Sabri

    p/s: Bercutilah di Genting! (tapi book 4-5 bulan lagi awal untuk dapat harga murah & cubalah kesemua rides2nya termasuk roller coaster dan lain2. Jangan tutup mata dan jangan cover jerit.. memang puas hati)

    1. Fullamak Sabri gi Genting sorang2 ye…
      Tak penah dipk plak..
      Hm nantilah kalau cukup duit nak try jalan sorang2..
      Bawak moto dari Melaka ke JB lepaih tu pusing balik..
      Ok tak??
      Ha hahaha

      1. ehm. kat banting nih, ada 2 kedai camtu. Semuanya orang cina yg wat. Sampai dengan tokei kedai tu pun dah kenal aku. Kekadang baca gak buku free. Depa ok je. Orang kedai pun kenal. Customer tetap sejak aku darjah 6..

  3. Yup, tengah geram ni. πŸ˜€

    Actually, saya tengok keadaan. Secara mudahnya, saya lebih suka sorang-sorang. Alasannya, kita boleh buat apa sahaja yg kita nak tanpa ada gangguan orang lain.

    Buat masa skrg, kalau saya boring atau tension, saya akan keluar ke mana-mana sorang diri. Destinasi pertama saya ialah kedai buku. πŸ˜€

    Dependslah pada tujuan cuti tu. Kalau kita nak tenangkan fikiran, maybe sorang diri lebih bagus. Tapi kalau bercuti sambil mahu buat aktiviti, berkumpulan adalah terbaik.

    Thanks Sabri untuk tip di atas.

  4. Sebut cuti ini,bagi saya adalah sangat penting,setiap minggu satu hari saya akan bercuti ,pergi pulau,sama keluaga berjalan-jalan,hidup kita ini mesti adalah keseimbangan ,kalau tidak ,fikiran kadang kala akan “jam” kerana over use.

  5. klu aku bosan. GI je kedai komik. Ambil 1 komik dragon ball atau pendekar laut. Bayar 60 sen. Bacalah sampai puas. Dah habis baca, amik lagi satu komik. Baca. bayar. habis baca, amek lagi satu komik..dan begitula rutin aku bila aku tension, bosan dan takde idea.

    Mostly idea banyak datang tanpa disangka2. Selalunya datang time aku baca komik. Pecaya tak?

    Cuti? Takde cuti yg tetap. Kalau aku happy, hari itu adalah cuti buatku..

    1. Wah best tu..
      Kat Melaka ni aku tak tau kedai mana ada buat sewa camtu..
      Kalau ada mesti gua layan punya..
      Cari komik lama2 siap leh tido lagi kot..
      Huhuhuhu

  6. haha…
    saya pun baru balik bercuti di Ipoh ni…hehe
    kalau pergi seorang memang bosan bagi saya…
    memang tak boleh duduk seorang2 kalau bercuti…

    kalau nak hilangkan tension, tidur lah…hehe

    han

  7. Huh … saya baru balik daripada bercuti di Sunway Lagoon dan Mines Wonderland. Selepas seminar dan cuti 2 hari, momentum pun hampir hilang. πŸ™‚

    Nasib baik momentumku pulih dengan cepat. Kalau tidak, mesti tak habis kerja aku. πŸ˜›

  8. Jom, cuti-cuti Malaysia.

    Betul kata Smartzul, bercuti ada gak yang baik, dan ada juga yang kurangnya.

    Yang penting, semasa bercuti biar kita enjoy sepuas-puasnya. Lepas balik dari cuti, kena pastikan momentum kita tak lari, tapi mesti makin bertambah.

    Semasa bercuti, mungkin lebih banyak idea-idea gempak yang mencurah-curah ke fikiran kita.

    Hati-hati masa bercuti.

    – Hairul

  9. Bagi saya melakukan kerja yang saya suka (walaupun internet bisnes) tu dah dikira bercuti. Ada pepatah yang menyebut, buatlah kerja yang anda suka, kerana dengan itu anda tidak perlu bekerja. Anda hanya bermain-main dengan hobi anda!

    Jika sekiranya saya berjalan2 makan angin kat luar, cam kat pulau ker, saya tetap memikirkan soal bisnes. Bukan bermaksud terlalu fikirkan soal kerja, tp itulah sebahagian hobi saya, ‘berfikir’ ia boleh membuatkan jiwa saya semakin bahagia!

  10. Saya pun nak cuti tapi apa boleh buat kita keje dengan kerajaan..
    Tunggu kursus je la baru rasa cuti sikit..
    Macam ada orang atas cakap..
    ” Cuti bukan hak anda”./
    Pergh… nak buat camne..
    Hm.. lainlah Zul dan rakan-rakan yang bekerja sendiri..
    Boleh ambil cuti panjang..

  11. “Banyak produk terbaru yang akan saya β€˜launch’ selepas ini.” tak sabar nak tunggu produk bro lg.. πŸ˜‰

    p.s. bro smartzul duk kat skudai ke, kg sy pun kat skudai..tmn u..

    p.s. Sabri SaifulSham kalau nak bercuti ke langkawi bgth ler..sy keje kat langkawi..

  12. Kalau saya nak bercuti, kenalah plan betul-betul especially dah berkahwin & mempunyai anak. Memang senang kalau bercuti sorang-sorang, tak perlu fikir banyak sgt apa nak buat. Tapi sekarang ni, jgn haraplah kecuali pergi business trip:) Kalau dengan keluarga, best jugak tapi kena ensure everything is okay untuk keselesaan. Kadang-kadang tu lebih memenatkan dibuatnya.

    Saya bersetuju sangat dengan pandangan wan wma. Saya memang rasa puas macam bercuti kalau dapat buat apa yang saya suka. Sekarang ni, baru berjinak-jinak dengan penulisan blog, hari ni genap sebulan blog saya.

    Terima kasih SmartZul untuk Kit Blogger anda…

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips for effective career marketing

  13. Bercuti adalah sesuatu yang bagus. Disamping dapat ‘berehat’ dan ‘release tension’, dapat juga ‘lari’ daripada bebanan tugas di pejabat buat sementara waktu (untuk yg bekerja makan gaji). Kalau bekerja sendiri, bolehlah ambil cuti panjang sikit. Boring juga asyik pikir pasal kerja atau bisnes sahaja 24jam. Sesekali pergi bercuti dengan keluarga dan anak bini best juga.

  14. cuti berkerja..itulah kehebatan perniagaan internet ni…zul
    tak produktif tak apa…duit tetap masyuk..he he

    Cuti ni tak kemana…duduk rumah je….kira tension lah tu
    apa nak buat ….tengok video percuma di internet lah….sampai
    komputer aku hang…rosak.
    Repair tak boleh…apa lagi gua formatlah.

  15. Salam…

    Memang betul, cuti lama sangat tak berapa elok. Sebab akan buatkan kita ‘malas’ sedikit πŸ™‚

    Saya sama dengan zul, biasanya saya akan lepak di kedai buku. Dan saya suka berseorangan kalau tension. Janganlah ganggu πŸ™‚

    Saya dah lama sebenarnya tak pergi bercuti ni. Last masa kecil dulu. Rindu juga nak bercuti. Jomla sesiapa buat program πŸ™‚

  16. Sekali sekali elok juga pergi bercuti untuk menenangkan fikiran daripada kerja yang berlambak-lambak ni..

    Dah lama tak pergi bercuti. Last masa belajar dulu.. hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *