Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Baca, Faham, Catat, Buat..

24 06 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Adakah anda seorang pembaca setia novel? Saya yakin, rata-rata pembaca novel kebanyakannya membaca sebuah novel dalam satu malam. hahaha, betul kan? Tak betul dan tak salah, jangan diganggu orang yang sedang membaca novel, huhuhu..

Oklah, tinggal cerita pasal tu dan bukan nak cerita pasal novel atau apa-apa, cuma sekadar ingin menekankan, membaca bahan ringan seperti novel, cerpen dan lain-lain tidak sama seperti membaca sebuah buku, artikel, ebuku, buku teks atau apa sahaja yang bersifat ilmiah dan memerlukan teknik pembacaan yang betul. Bukan sambil baring, bukan sambil meniarap atau bukan sambil menonton bola! hahaha, jangan marah yer..

Jadi, anda yang ingin memulakan perniagaan internet atau telah memulakan, bagaimanakah cara anda membaca? Cuma apa yang saya tahu, di dalam membaca bahan-bahan sebegini yang bersifat teknikal, ilmiah dan memerlukan otak berfikir, ia memerlukan cara pembacaan yang betul. Jika anda membaca novel, anda layan sepenuh jiwa. Tapi jika membaca buku perniagaan internet, anda baca, faham, catat dan lakukan! Pastikan di sisi anda mempunyai sebatang pen atau pensel, sebuah buku catatan khusus untuk ilmu perniagaan internet, bahagikan mengikut topik jika anda membaca pelbagai variasi topik seperti SEO, affiliate, web design, sales copy, traffic, dan lain-lain. Jika anda membaca buku, sediakan ruangan khas utk catatan bagi buku tersebut. Itu sebagai contoh sahaja dan saya yakin, anda mempunyai kreativiti tersendiri. Inilah dikatakan cara belajar yang betul, bukan sebaliknya.

Apa kata anda berbalik seperti zaman sekolah atau universiti dulu, buat nota penting dan letak dalam poket. Apa salahnya, ilmu itu akan menghasilkan duit untuk anda!!

Wassalam. :)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Tiada Tajuk… ?
  • Catatlah…
  • Ruang Iklan : Kini DiLancarkan!
  • Hakikat Perniagaan Internet + 14 Siri Artikel
  • Anda ada masalah blog wordpress? Boleh saya bantu?
  • Buah Tangan Kedua!!
  • “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran..”
  • Bila Internet Down : TMNet Streamyx
  • BATAL!! Tak Jadi!!
  • Jadi Macam Dia, Teladani Dia!

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    15 Comments »

    Comment by KuyaBoiler
    2006-06-24 11:58:10

    Apa yang saya tahu,kebanyakan manusia belah sini hanya menggunakan lima persen dari kemampuan otaknya untuk berfikir,maknanya ada banyak ruang lagi yang belum digunakan.Kononnya manusia belah barat nun dah gunakan otak mereka lebih daripada separuh.

     
    Comment by cikguonline
    2006-06-24 13:27:00

    Betul tu saya setuju

     
    Comment by smartzul
    2006-06-24 16:33:32

    KuyaBoiler, nak seribu daya.. Kekadang orang sebelah sini suka ber-alasan, bukan takmampu berfikir.. hehe.. Barat atau timur, sama saja, yg bezanya, nak atau tak nak.. :)

    Cikgu lebih arif daripada saya kalau bab baca-membaca ni… ;)

     
    Comment by suzastri
    2006-06-24 16:37:52

    maybe kelemahan kita fasa nak “buat” tu..Banyak sangat alasannya.mmm

     
    Comment by smartzul
    2006-06-24 20:39:20

    Tak cuba tak tau… :)

    Sekali dapat duit, saya yakin kuasa momentum untuk buat tu meningkat 350%.. hehehe..

     
    Comment by azwan
    2006-06-24 21:51:23

    peh. dah lama tak komen blog nih. hehehe.. bz mem’buat’ projek2. yep plg susah bab buat. skrang kena disiplinkan diri dari dok asik baca blog, forum, ebook, artikel kena buat buat buat buat buat buat.. at least sket le dlm sehari tu mesti ada buat (do) baru ada hasil

    sedikit perkongsian pasal nota ni. saya ada satu file dilabel sebagai ‘IDEA’. dalam file ni di print artikel yg betul2 menarik dan coretan2 mengenai idea yg timbul tak semena2 atau bila tengah membaca. try le wat satu..

    seburuk2 tulisan lebih baik dari secebis ingatan.. :)

     
    Comment by Syazwan SaifulSham
    2006-06-25 01:03:03

    100% agree. Smartusaha bertambah maju dlm bisnes internet. Long live smartusaha!

     
    Comment by Sani Rahman
    2006-06-25 10:36:16

    Nota kecil amat penting…sbb ditulis oleh kita sendiri… Bagi saya simpan nota 100% dalam komputer tidak berapa sesuai sangat… kesan penerimaan tak berapa kuat…

     
    Comment by kuikuikui
    2006-06-25 12:38:23

    time kasey bg cadangan tuh! akak memang tak reti2 bab nih, kena visit selalu web adik nih.

     
    Comment by hasrul
    2006-06-25 14:27:36

    kena buang sifat malas.

     
    Comment by smartzul
    2006-06-26 03:43:43

    Terima kasih yang memberi komen..

    Azwan, good idea tu.. Kena ada satu file khusus untuk artikel berguna. Saya pun ada satu.

    Syazwan, thanks a lot! Saya tetap memerlukan bimbingan saifulsham. Jumpa di KL nanti.. ;)

    Sani Rahman, betul tu.. Medium ‘tradisional’ tetap berkesan…

    kuikuikui? hehe.. Terima kasih kak.. Banyak lagi blog lain yg penuh dengan informasi.

    hasrul, malas memang musuh utama! ;)

     
    Comment by tazamfn
    2006-06-27 13:35:14

    Yezzaa tq bannyak gak info kat sini rupanya k tapi smartzul napa u, shuth, saiful sham suka perkataan hu hu…..hehe saja nak tannya

     
    Comment by smartzul
    2006-06-27 16:10:55

    Entahlah ekk.. Fenomena hu hu ni bermula dari shuth atau saifulsham kotss.. hahaha.. gurau jer.. Entah lah. Maybe trademark kami kot.. hahaha.. Apapun, moga ia tak membuat pembaca terganggu. Kalau terganggu, bagitahu ekk. saya seboleh-bolehnya taknak terlalu teknikal dan serius dalam penulisan. Biar ada unusr berkomunikasi dan ’seronok’ untuk orang baca.. Kalau boleh masa baca tu pembaca senyum sorang diri… ;)

     
    Comment by Hamid
    2007-10-07 00:15:59

    hehe,
    teknik penulisan ni seolah² kita bercakap ngan pembaca,
    ia boleh menghilangkan boring kepada pembaca :wink:

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-07 06:48:55

    try laa buat tulisan serius dengan cara selamba yang bermaklumat yang seboleh mungkin dan info tersebut apat diterima dan dihadam dengan jayanya…

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: