CLARITY (jelas sangat-sangat)

CLARITY (jelas sangat-sangat)

Apabila kita jelas apa yang perlu kita lakukan dalam perniagaan, kita semakin MUDAH bergerak dengan ligat dan lincah.

“Clarity” adalah salah satu faktor utama untuk kita menikmati “passion” dalam melakukan sesuatu yang kita minat. Jika kita tidak jelas, kita akan tersangkut, terkandas dan akhirnya akan berhenti.

Bayangkan, kita memiliki sebuah kereta yang selesa dan hebat, namun kita tidak jelas dengan jalan yang perlu dilalui untuk ke destinasi yang mahu dituju.

Kelengkapan dan alat sudah ada…
Destinasi (matlamat) juga sudah ada…
…Tetapi tidak jelas dengan jalan yang perlu dilalui!

Sebahagian orang yang tidak bertindak bukan disebabkan oleh sikap malas, mereka mungkin tidak jelas dengan apa yang mereka lakukan dan apa yang mereka perlu lakukan.

Latihan:

1. Ringkaskan dalam satu perenggan mengenai bisnes anda.

2. Senaraikan produk / perkhidmatan bisnes anda itu.

3. Kepada siapa anda perlu menjual (target market)?

4. Apakah teknik pemasaran yang anda lakukan / perlu lakukan?

Kongsikan jawapan pada bahagian komen di bawah (jika anda mahu berkongsi).

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *