Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Ciri Produk ‘Terbaik’ Untuk Jualan Di Internet

Pada asasnya, apa-apa produk pun boleh dijual di Internet. Tiada syarat tertentu. Hatta, mahu jual lori, trak dan kapal pun boleh. Semuanya “bisa diatur”.

Tetapi, ia bertitik tolak kepada kemampuan. Adakah kita mampu menjualnya? Modal, pekerja, ruang simpanan, kos penghantaran dan lain-lain faktor, adakah kita mampu menyediakannya? Kalau tidak mampu, maka apa yang perlu kita lakukan?

Maka atas sebab itulah kalau kita perhatikan, kebanyakan usahawan-usahawan kecil dan sederhana, hanya menjual produk yang ‘biasa-biasa’ sahaja atau beberapa jenis sahaja dalam jumlah kuantiti yang tidak besar. Contoh:

  1. Pakaian (kanak-kanak, lelaki, perempuan, Muslimah…)
  2. Makanan Tambahan
  3. Kosmetik
  4. Makan sejuk beku
  5. Hadiah
  6. Ebook / Produk digital
  7. Produk turun berat badan
  8. Kelengkapan rumah seperti cadar, langsir…
  9. Makanan tradisional seperti kerepek, dodol, kuih bahulu…
  10. T-Shirt
  11. Makanan kering seperti serunding daging
  12. Buku
  13. Cenderamata
  14. Perisian
  15. Gajet elektronik.

….dan banyak lagi.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, jika boleh, utamakan ciri-ciri produk yang berikut sebelum memutuskan untuk menjual apa-apa produk melalui Internet:

  1. Tidak terlalu berat. Ini untuk jimatkan kos penghantaran.
  2. Rendah risiko. Kalau rugi pun, ia tidak terlalu besar.
  3. Tidak cepat rosak / tahan lama. Jangan masa hantar OK, tetapi apabila sampai pada pembeli, sudah rosak.
  4. Elakkan barangan yang mudah pecah.
  5. Elakkan barangan yang salah di sisi undang-undang seperti barangan tiruan, cetak rompak dan lain-lain.
  6. Pembelian berulangan. Contohnya seperti makanan.
  7. Mesti ada untung. Kalau untung sedikit, cuba pastikan produk itu ada pembelian berulangan agar kita dapat menjana keuntungan sedikit demi sedikit dan berterusan.
  8. Stok mudah didapatkan daripada pembekal atau mudah dihasilkan sendiri.
  9. Kredibiliti produk. Jika ia didapatkan daripada pihak lain (pembekal). Contohnya, elakkan menjual produk yang tidak diluluskan oleh undang-undang Malaysia seperti produk kesihatan.
  10. Mampu dibeli oleh golongan sasaran / pelanggan (pasaran).

Itu beberapa ciri yang boleh kita jadikan sebagai kayu ukur terhadap produk yang berada dalam fikiran kita. Kalau kita mampu dan selaras dengan ciri-ciri di atas, maka mungkin produk itu boleh kita jual.

Namun berbalik kepada soal KEMAMPUAN, sampai satu tahap, ciri-ciri di atas (sebahagian atau semua) sudah tidak boleh diguna-pakai lagi.

Soalnya sekarang, adakah tuan/puan juga berminat untuk berniaga di Internet? Kalau sudah melakukannya, tahniah. Kalau belum memulakannya lagi, apakah faktor yang menyekat kehendak murni itu?

Tiada modal atau banyak kemampuan? Pesan seorang mentor bisnes, Tuan Shamsuddin Kadir, “Mulakan sahaja apa yang ada di tangan.” Dan seperti kata Chef Li, “Gunakan apa sahaja kemudahan yang ada di dapur rumah. Itu sudah memadai sebagai permulaan.”

Baru-baru ini, saya berjumpa kembali seorang kenalan setelah setahun tidak bertemu. Beliau berkata, salah satu bisnes pertama yang dimulakan setelah mengikuti kursus Tuan Shamsuddin Kadir, modalnya hanya dalam sekitar RM50 sahaja. Kemudian mendapat jualan dalam RM200. Itulah hasil pertama perniagaan beliau di Internet. Kini, sudah pasti lebih daripada itu. Beliau menjual pakaian kanak-kanak menggunakan blog percuma sahaja.

Maka jelas, tiada alasan lagi, melainkan kita sahaja yang tidak mula bertindak. Kalau tidak sekarang, bila lagi? Sesungguhnya, hari esok belum pasti untuk kita.

Selamat berniaga.

Yang ikhlas,
Mohd Zulfadli (smartzul)
www.smartusaha.com

//Hakcipta Terpelihara (c) SmartUsaha.com. Tidak boleh digunakan untuk apa jua tujuan tanpa kebenaran.

Facebook comments:

16 Responses to “Ciri Produk ‘Terbaik’ Untuk Jualan Di Internet”

  1. aiii…banyak artikel kena ciplak ke?..hehehe

  2. hamirul says:

    Bagi saya, produk digital (ebook, software, domain, website etc) & menjual perkhidmatan (design, seo, iklan etc) adalah yang terbaik untuk bisnes internet :)

    Just my 1 cent :)

  3. Yang paling mudah, adalah produk digital

  4. Rahman says:

    Thanks Smartzul for registering at majalah.com. I harap you, Shuth, Labanon & the gang, syaifulsham duo, wangcyber geng and i boleh satu hari lepak2 teh tarik and discuss about perstuan/koperasi majalah.com

    • smartzul says:

      Wah, terima kasih Tuan Rahman. Tahniah sebab kejayaan Majalah.com. Terhebat! Banyak info berguna di sana yang dapat saya pelajari (dari sudut kaca mata usahawan).

  5. kelhome says:

    oh..bukan senang malah kerap pening memikirkan produk utk dijual atau tak. paling mudah bg saya ialah.. consultation, trading.. tak melibatkan fizikal produk.

  6. noordinbakar says:

    Carilah rezeki kat internet elok-elok. tak perlu ciplak idea orang, kan tak baik namanya…, tak berkat…

  7. famiSBG says:

    info yang berguna untuk yang baru ingin memulakan perniagaan di internet.. trimas bro..

  8. emyshahril says:

    Salam saudara Zul,
    Panduan yang sangat berguna untuk saya bagi memulakan perniagaan internet ini.

    Terima kasih.

  9. Fauzi ahmad says:

    PRODUK TERBAIK – adalah istilah umum, kita perlu tanya adakah ia benar-benar terbaik, siapa yang membuat pengiktirafan tersebut, apa kategori atau ciri yang mengatakan ia adalah Produk Terbaik.

    Produk Terbaik kena ada ciri-cirinya,

    1. diterima pengguna
    2. ada sijil dari pihak penguatkuasa
    3. Kualiti
    4. Kalau makanan semestinya halal dan sedap
    5. Kalau eBook mesti ada fakta, bermanafaat, penuh informasi.

    Contoh yang ingin saya tanya, “SIAPA YANG MENGIKTIRAF PAKAR EBOOK. Dia sendiri atau orang lain.”

    • smartzul says:

      Pakar itu tidak perlu ada pihak berwajib yang mengiktiraf, lagi-lagi jika bidang itu belum ada penguatkuasaan seperti bidang lain (seperti khidmat nasihat kewangan dan perubatan).

      Apabila seseorang itu mahir dalam sesuatu perkara, biasanya kita akan ‘automatik’ berkata, “Wah, pakarnya dia.” Pakar itu juga adalah suatu istilah yang banyak maksud. Tidak semestinya terhebat dan paling pakar, atau perlu ada sijil tertentu. Mungkin dia hanya pakar dalam kaedahnya sahaja.

      Mengenai ciri-ciri produk, kadang-kadang terlalu meletak banyak syarat akan menyusahkan kita juga. Sebagai usahawan, kita perlu berani menanggung risiko dan kerugian di dalam mencuba sesuatu jualan produk. Meletak banyak syarat akan membuatkan banyak masa terbazir begitu sahaja, malah kalau pun semua syarat dipenuhi, produk itu belum tentu akan laris dan laku.

      Untuk mencari dan membuat produk yang amat berkualiti, ia tidak berlaku dalam sekelip mata. Sebab itulah seorang usahawan perlu memegang konsep “penambahbaikan sepanjang hayat”. Kalau barang kualiti tip top, saya yakin ia tidak wujud di dunia ini. Setiap barang pasti ada pro dan kontranya. Ini kerana kualiti adalah satu istilah yang mempunyai maksud yang berbeza pada setiap orang mengikut tahap pemahaman dan penerimaan masing-masing. Tidak bagi kita, ya bagi orang lain. Di sinilah peri penting sikap keterbukaan dan melihat dengan kedua belah sisi pro dan kontra tanpa terlalu tegas dengan prinsip tersendiri.

  10. Mohd Zaini says:

    Internet memang tempat bagus untuk promosi produk fizikal. Pasarannya luas sampai ke Indonesia, Singapura, Brunei jika website dalam Bahasa Melayu. Itupun sudah memadai untuk permulaan.

    Bagi yang hendak berniaga memang banyak halangan. Cuma nak tak nak saja. Kalau fikir halangan sampai bila pun tak berniaga.

    Bagi saya, nak berniaga kena ada dua benda;

    1. Jangan malu
    2. Banyak bersabar.

    Insya-ALLAH, kita semua akan beroleh keberkatan-Nya.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)