Cetak Rompak Ebook: PERLU DIBANTERAS!!

Kita dikejutkan dengan berita, beberapa buah ebook usahawan internet kita telah dicetak rompak dan disebarkan secara PERCUMA. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini amat-amat menyedihkan dan sedikit memberi kesan negatif kepada usahawan internet.

Rata-rata rakyat kita tidak begitu peka dan sensitif dengan hak cipta orang lain dan dengan begitu mudah menyebarkan ebook (terutamanya) secara percuma. Apakah komen anda? Ada cadangan penyelesaian? Undang2 mcm mn? Jom kita bincang agar mereka yg tidak bertanggungjawab yg tidak menghormati hak orang lain tidak berani dan sukar untuk melakukan kesalahan.

Bagi saya buat masa sekarang, suka saya nyatakan, BINALAH KERJASAMA DAN UTUHKAN HUBUNGAN kita dengan usahawan internet yang lain. Sama-sama bantu membantu.. JANGAN MASYUK SORANG DIRI.. BAHAYA.. Kalau mereka yang melakukan sesuatu yang salah dan ada komuniti sendiri dan ada kekuatan, kenapa kita yg di jalan benar ini tidak boleh bersatu dan bantu-membantu?

Jadi, berikan cadangan dan komen anda demi industri yg sedang meningkat naik ini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

20 thoughts on “Cetak Rompak Ebook: PERLU DIBANTERAS!!

  1. ??!!! …. ebook saper yg kene pirate nih? Tolong lah bangsaku, janganla rosakkan dunia internet marketing yg baru nak tumbuh membesar nih.. Aduih sakitnya otak pikirkan segolongan org sebeginih… Boleh mereng jadinya.. πŸ™

  2. ni hujah org yg sebar ebook ni secara haram, apa komen saudara??

    something that is good when you dont live in malaysia – you are free from any legal action based on malaysian rules.

    besides, the source came from unknown – and believe me, i am not single entity or last human who are sharing such ebook.

    he takes action against me, he got to face EU bars which dont cover copyright infringement for digital goods. i think he knows that better kot.

    ah forgot to mention, it’s too anonymous for him to do his tracking…

    wish him success to track all the downloaders!

  3. Cadangan saya, kita perlu tubuh satu persatuan usahawan internet yang mempunyai keahlian berdaftar. Objektif asas, mengukuhkan hubungan perniagaan sesama ahli. Kita juga harus membina komuniti yg besar untuk membanteras E-rompak ini. tq

  4. diaorg ni bijak, mmg susah nak bantras.
    sama je macam CD cetak rompak tu.

    format pdf mmg susah nak kawal.
    tapi tak tahula, saya belum explore lagi pdf ni,
    but, kalau tak silap kita boleh set password.
    dan set takleh modify.

    ada juga software ebook lain yang lebih secure.

    jual membership pun satu idea baik juga.
    tapi kena ada web feature yang bagus lah..
    cth, nak baca kena isi user/pass dan kandungan takleh copypaste.
    rasanya boleh diusahakan ni

    cuma masalahnya takut orang malas jer..
    πŸ™

  5. ini yg terjadi kepada saya apabila menjual chapter-m..ada yg mengambil kesempatan dgn memberi percuma..huh..

    ini adalah thread yg saya buka..lihatlah kesudahannya di **************** (URL dipadam atas dasar keselamatan)

    sungguh tidak bertanggungjawab.. **************** (URL dipadam atas dasar keselamatan)

  6. alhaadi, saya kurang paham pernyataan dalam bahasa inggeris tu. huhu.. Cuma nak bagi tahu, kalau semudah petik jari jer nak bagi free dan sesuka ati jer nak ambik hak orang, ok, tanya dia balik, kalau saya potong telinga u mcm mana? hahaha.. Kita bukan takat ada undang2, tapi ‘undang2’ Agama itu lebih UTAMA.. Inilah pentingnya ber-agama. Tapi tu lah, tak semua akan faham jalan Agama..

    SR, bagus idea tu dan itulah yg saya harapkan kelak. Saya yakin, dengan kerjasama antara satu sama lain, saya yakin ‘persatuan’ ini akan ter-realisasi.

    cikguonline, bukan tiada tindakan yg diambil bg saya, masalah sekarang ialah, begitu sukar nak ambil tindakan pada mereka. Sbb tu takder tindakan. Dunia maya… Siapa tahu? Veri komplikated..

    hafiz, yup, dengan menggunakan kaedah tertentu juga salah satu cara utama untuk elak cetak rompak ni..

    miarash, sabar jer.. Dunia internet ni luas. Dan mereka yg juga penjenayah siber tu tak lah seramai mereka yg berhati baik dan ber-akal bersih.. πŸ˜‰ Pesan Gobala, teruskan buat promosi dan jualan, sebab internet ni besar (market)

  7. website-website di mana pekara ini dilakukan – tiada contact number dan tiada respon. I terpaksa mencari contact email guna whois.sc dan masih tiada respon.

    tapi, perkara ini memang biasa dalam internet marketing. biarlah dia mencuri… kalau nak luangkan masa mengejar pencuri terpaksa korbankan peluang-peluang lain.

    curi sekali boleh… tapi tak boleh mencuri selama-lamanya πŸ™‚

  8. Pendekata semua perisian yg ada password dan ‘tak leh copy’

    still boleh copy….tak keselamtan…

    i ada dapat ebook (bukan pdf) yg tak da fungsi ‘copy’, tetapi..akhirnya my frend tunjukkan cara nak copy..punyalah senang….

    Kalau fail pdf pun sama gak…punyalah senang…

    My opinion…memng susah…nak kawal benda ni…

    thats why i beli buku bercetak jer…

  9. E-Book saya sendiri baru ni saya jumpa telah dipirate..payah nak benteras..undang² siber malaysia masih lemah..kalo letak password setiap copy,menyusahkan pulak..tu satu option la..lagipun boleh trace sape punya password..pape pun bersamalah kita memajukan Dunia Usahawan Internet negara kita..jangan lemah semangat tentang apa yang terjadi..jadikannya pengajaran buat semua dan bakal² usahawan yang bakal muncul nanti…

  10. perkara cetak rompak ni di mana-mana pasti ada…kerana tidak semua yang “baik”… cuma nak mudah dan cepat dapat untung… tu la mentaliti melayu… tak mahu nak bersusah dulu untuk berjaya… takpelah, biarkanlah mereka dengan perbuatan haram mereka tu… biarlah dia dihukum oleh tuhan…coz duit yang diorang dapat tu haram dan tak berkat… yang pasti, teruskan usaha anda mencurahkan ilmu anda dalam membantu newbie2 macam saya ni…ilmu anda ini sebenarnya tidak dapat di nilai dengan wang ringgit…gud luck sumer πŸ™‚

  11. cuba cari sebab kenapa dia buat cam tu. Cari 100 sebab mengapa dia buat camtu . Anda kena 😐 , jangan 😑 . supaya mampu berfikir secara waras.

  12. pasal cetak rompak memang tak boleh lari punya…
    bagaimanapun tetap yang ori dikenali…
    bukan gitu??

    contoh nya CD siti dicetak rompak… siapa yang jadi terkenal?
    SITI juga…bukan nya yang mencetak rompak tu…hehe…
    tak kisah lah tu…
    cetak rompak memang tak boleh lari dari dunia ni…

    yang penting cuba mengelak membeli brg cetak rompak…
    tu saja yang mampu kita buat…
    jangan galakkan CETAK ROMPAK…

    han

  13. argh cetak rompak. kenapa nak cetak rompak? malas nak buat sendiri agaknya? takder duit nak beli… dia beli kemudian dia bagi free kepada orang lain? kalo dia beli dan pergi bagi free cetak rompak memang patut kena hukum sebat mandatori ataupun sumbat dalam lubang kubur… maaflah terkasar sikit daaa….

    1. kasar tu abdfatah…
      takut pembaca tengok…hehe…
      hukum gantung sampai mati takde ke?? πŸ˜†
      cetak rompak je kan…
      kalau tak salah saya, kebanyakkan komputer kita pun guna software cetak rompak tu…
      jadi kita kena hukum juga la ye…hehe..

      han

  14. hye… mcm mn eh.. klu kte buat ebook ada ke care untuk kte wat copy right cm buku betul kt pasaran tuh? dan klu ade, mcm mn cara nk buat eh? actly, sy newbie.. baru belajar nk menulis ebook. sbb sy ske & tertarik dgn idea yg irfan khairi bagi. die galakkan utk buat ebook sndri dan jualkan.. tp bile dgr byk org buat pirate ni, mcm mn sy yg newbie nie nk survive..? blh ker bertahan lame… br jer nk mule. any idea ke sifu2? =)
    thanks…

    1. Hakcipta tak perlu daftar. Ia adalah automatik. Bila buat ebook, pastikan simpan semua bahan2 yg terlibat terutama source dia (biasanya dalam bentuk dokumen Word). Simpan juga imej2 screenshot jika ada.

      Hakcipta ni jangan risau sangat. Tak ramai yg suka mencuri. Kalau dah tahap kritikal, gunakan saja saluran undang2. Saman je. πŸ˜‰

  15. susah nak bendung cetak rompak ni.
    saya cadangkan, yang original tu kalo boleh jangan la jual terlalu mahal sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *