Tips Khusus Perniagaan Affiliate : Jangan Tak Baca
Sunday, March 12th, 2006Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Saya telah menulis 2 siri tips mengenai program affiliates, tetapi ada satu lagi perkara yang saya tertinggal. Oh ya, ini bukan buah tangan istimewa yang saya janjikan tu, tapi ini adalah tips KHUSUS untuk anda sebagai agen online bagi sesuatu produk.
Dalam kata mudah: JANGAN LAKUKAN SPAM!
Apa itu SPAM? Saya yakin, tidak ramai yang tahu istilah ini. Saya amat yakin. Kenapa? Apabila saya menegur orang yang melakukan e-mel spam ke emel saya, rata-rata mengatakan, “maaflah, saya tak tahu. Budak baru belajar.”. Alasan ini boleh diterima dan tidak boleh diterima. Mengapa boleh diterima? Sebab biasanya pendatang baru atau newbie ke arena perniagaan internet mengambil masa untuk mengetahui mengenai istilah seperti ini.
Dan mengapa pula tidak boleh diterima? Kerana mereka mesti berusaha dan belajar dahulu perkara-perkara asas dan juga etika di internet. Mereka perlu peka. Samalah seperti memandu kenderaan di jalan raya, kalau anda melakukan kesalahan, adakah pihak berkuasa akan menerima alasan anda tidak tahu?? Tidak bukan? Bahkan anda akan tetap disaman. Jadi, begitu juga dengan dunia internet, anda perlu tahu etikanya.
Hmm, jadi apa itu SPAM? Spam adalah emel yang dihantar ke akaun emel orang lain yang anda tidak kenali atau mereka tidak mengenali anda, untuk membuat promosi bagi sesuatu program wang, mempromosi produk jualan anda atau dalam bahasa yang mudah, emel yang tidak diperlukan. Itu adalah maksud yg mudah.
Tetapi, spam ini bukan hanya pada emel, bahkan pada bahagian forum atau ruangan iklan yang tidak berkaitan dengan produk tersebut. Biasanya, emel spam ini akan dihantar kepada banyak penerima dalam satu masa dan secara berulang-kali (kandungan emel yang sama).
Apakah kesannya? Si penerima emel akan memarahi anda, melainkan mereka tidak kisah. Tapi, khusus bagi program affiliate, yang akan memberi kesan mendalam adalah kepada pihak penganjur program affiliate itu sendiri. Sebenarnya, dalam mana-mana program affiliate, spam amatlah dilarang walau mereka tidak menyatakan pada terma dan syarat.
Si penerima emel spam juga terganggu dengan emel spam dan membazirkan masa mereka sahaja kerana mereka tidak memerlukan pun emel itu atau info yang anda berikan. Anda juga perlu tahu, pihak syarikat hosting juga akan terlibat dalam hal ini iaitu hosting yang disewa oleh pihak produk affiliate. Syarikat hosting amat melarang keras spam kepada si pemilik hosting (penyewa - pihak produk affiliate) di dalam terma dan syarat mereka.
Jika di luar negara, sudah ada undang-undang untuk spam ini, bahkan sudah banyak kes spam yang telah dibawa ke mahkamah!! Anda yang melakukan spam bernasib baik (tapi sampai bila?), kerana di Malaysia belum ada undang2 sebegitu. Saya masih kurang pasti, adakah negara kita Malaysia sudah ada undang-undang yang khusus untuk SPAM ini.
Apa yang saya tahu, belum ada, tetapi spam ini termasuk secara umum di dalam Akta Komunikadi dan Multimedia. Mereka yang melakukan spam sebenarnya boleh didakwa dengan akta tersebut yang mana kesalahan melakukan spam telah tersebut secara umum di bawah seksyen 233 (1) (b) yang melarang sebarang komunikasi menggunakan perkhidmatan aplikasi (termasuk internet dan perkhidmatan telefon selular) dengan tujuan untuk mengancam, mengganggu, menyalahgunakan dan menimbulkan kemarahan individu.
Pastikan, anda tidak didakwa, hati-hati. Hehe.. Ini bukan gurauan dari saya, tapi jika anda berani mengambil risiko, teruskan amalan spam anda! ;-)
Dapat kita lihat, bahawa spam ini amat memberikan kesan buruk kepada pelbagai pihak, bukan hanya kepada anda (hilang nilai profesional) kerana dianggap tidak beretika, nama penganjur program affiliate juga mendapat kesan tersebut, dan begitu juga kepada pihak syarikat hosting.
Bagi pihak penerima, emel spam juga mengganggu produktiviti kerana jika penerima emel itu adalah pekerja di sebuah syarikat (maksudnya menggunakan akaun emel korporat), ataupun penerima itu adalah orang bisnes, proses produktiviti mereka akan terganggu kerana emel SPAM! Ya lah, mereka membazirkan masa hanya kerana emel anda spam anda, yg sepatutnya mereka gunakan untuk bekerja dan menghasilkan produktiviti.
Selain itu, pihak pemilik emel terutamanya pihak korporat, terpaksa melabur wang semata-mata untuk membeli dan menyelenggara sistem penapisan emel spam. Walau sesaat, anda perlu tahu, dan anda tahu, masa sekarang amat bernilai.. Jadi, janganlah lakukan SPAM ke emel orang yang anda tidak kenali. Jangan sesekali!
Kepada pihak hosting dan juga pihak pengurusan program affiliate, jangan lupa menasihati atau ambil serius mengenai hal ini. Ia menentukan reputasi dan nilai profesional anda, di samping melancarkan perniagaan anda. Salah satu cara, hantarkan info kepada peserta affiliate anda melalui newsletter dan letakkan di dalam terma dan syarat penyertaan.
Persoalannya sekarang, apakah jalan lain untuk membuat promosi melalui emel dengan cara yang sah selain melakukan emel spam? Salah satunya, rujuk siri ke-dua tips program affiliate saya. Salah satunya adalah memungut emel bakal pelanggan anda dengan menggunakan teknik mailing list atau dikenali juga opt-in list. Saya akan sentuh mengenai teknik ini kelak.
Saya akan menyentuh lagi hal SPAM ini di lain masa nanti. Sila rujuki laman web ini untuk info mengenai spam:
http://tinyurl.com/rbonj - takrifan SPAM (carian google, define:SPAM)
http://www.niser.org.my/news/2004_10_11_02.html - Pengguna terbabit aktiviti spam boleh didakwa
11th October 2004 (Berita Harian)
http://www.spamlaws.com/federal/index.shtml - contoh undang2 di Amerika
http://www.spamlaws.com/cases/index.shtml - contoh kes mahkamah :-) *anda perlu perisian PDF untuk melihat contoh2 kes
:-) hehe..
* sumber imej: http://www.sigg3.net/blogger/spam.jpg
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!












