Archive for the 'video percuma' Category

Video Tutorial Percuma + Diskaun 20%

Monday, February 4th, 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Nurul atau lebih femes dengan panggilan LuvLee akan melancarkan produk pertama beliau tidak lama lagi. Produk tersebut ialah “Video Tutorial Photoshop Grafik Jualan”.

tutorial grafik laman web

Untuk itu, beliau telah membuka peluang kepada anda untuk mendapatkan diskaun 20% secara terhad. Peluang ini dibuka sehinggalah sebelum hari pelancaran. Selain anda mendapat diskaun 20% tersebut, anda juga akan mendapat 12 grafik secara percuma yang boleh digunakan untuk laman web jualan anda.

Malah, anda juga akan diberikan satu video tutorial secara percuma! Saya telah pun melihat video tersebut, termasuklah grafik-grafik yang percuma tadi telah pun saya lihat sendiri.

Sedikit mengenai produk yang bakal dilancarkan oleh beliau tersebut, jika anda mahu membuat sendiri design bagi laman web anda, grafik jualan dan sebagainya, produk ini amat sesuai untuk anda.

Kepakaran LuvLee dalam bidang rekabentuk grafik (design) ini tidak perlu diragui kerana kebanyakan para pelanggannya adalah terdiri daripada usahawan internet yang berjaya seperti SaifulSham, Zamri Nanyan, Sham RajaAdsense dan ramai lagi termasuk saya.

Malah, video tutorial yang bakal diterbitkan nanti amat sesuai bagi anda yang mahu menjadi pakar design. Mana tahu, anda boleh menjadi designer yang pakar seperti mana LuvLee bukan? Jika anda ingin tahu, ramai designer yang telah memperolehi pendapatan yang besar melalui servis yang mereka sediakan. Saya pun pernah melakukan perkhidmatan ini dahulu dan hasilnya amat lumayan.

Apa yang dapat saya katakan, selepas ini akan lahir lebih ramai designer dari bumi Malaysia ini melalui video tutorial ini.

Jadi, jika anda berminat untuk mendapatkan ‘bimbingan’ daripada LuvLee, dapatkan video tutorial ini nanti apabila ia dilancarkan. Daftar di laman web berikut untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20%. Sila daftar di:

www.GrafikJualan.com

Apabila produk ini dilancarkan kelak, anda akan dimaklumkan terus melalui emel beserta dengan info bayaran untuk diskaun 20% tersebut (harga special).

Daftar sekarang juga sebelum peluang ini ditutup.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Video Percuma Tanpa Sebarang Kos!

Saturday, August 25th, 2007

Apa khabar anda semua?

Kali ini, saya ingin hebahkan sebuah lagi berita yang mungkin mengembirakan anda dan menjimatkan poket anda!

Sahabat saya Zamri Nanyan dan juga Mohd Sufian telah menghasilkan satu projek yang amat bermanfaat untuk anda dan seluruh rakyat Malaysia khasnya.

video percuma

Ya, video percuma!

Dan selepas saya cuba melihat di pasaran Malaysia, inilah satu-satunya projek yang menggunakan bahasa Malaysia di dalam kategori projek sebegini yang mana sebelum ini banyak dilakukan oleh pihak luar. Syabas…

Apabila menyebut projek sebegini, anda perlu tahu:

1. Kos untuk menghasilkannya adalah tinggi

2. Memerlukan banyak masa dan perancangan yang baik

3. Sudah tentu, projek video web sebegini memerlukan server yang ‘berkuasa’ tinggi  terutama soal bandwidth..

Lihat, berapa banyakkah kos yang telah mereka gunakan untuk memberikannya secara percuma kepada anda? Manfaatkan sebaik mungkin… Ia di dalam bahasa Malaysia. Apa lagi alasan untuk tidak belajar secara percuma sesuatu ilmu?

Saya tidak dapat menyenaraikan apa yang akan anda dapat, cuma apa yang dapat saya katakan, sumber percuma sebegini jika tidak dimanfaatkan, ia teramat rugi bagi anda. Jimatkan duit poket anda di dalam mendapatkan sesuatu rujukan yang mungkin memerlukan anda membayarnya.

Yang hebatnya…

Anda bukan sahaja dapat menonton video secara percuma, malah anda diberikan sekali peluang untuk menjana pendapatan secara “multiple” melalui kaedah “viral” yang digunapakai di videopercuma.com. Anda akan tahu bila anda menyertai nanti.

Saya tidak sangka, konsep mudah yang digunakan oleh mereka, walaupun asas, tetapi ia tersirat dan anda mungkin akan mendapat “income” yang tak terduga! Malah saya pun banyak juga belajar daripada projek mereka ini. Thanks Zamri dan Sufian, bertambah-tambah idea saya melalui projek anda ni. Hehe… ;)

Saya tidak mahu bercakap panjang lagi kerana saya mempunyai kerja yang perlu disiapkan… Pastikan anda menyertai di videopercuma.com dengan segera atau bila-bila masa yang anda terluang.

>> Klik di sini untuk ke VideoPercuma.com…

Berita Terkini:

1. Saya ada satu lagi Ebook percuma yang ‘fresh’. 80% sudah siap. Tunggu… Pada kali ini, saya akan lancarkan dengan menggunakan kombinasi sistem dan juga viral. Tidak seperti sebelum ini yang saya hanya memberinya begitu sahaja.

2. Berikan saya sekurang-kurangnya dua minggu dari sekarang untuk melancarkan sebuah projek yang amat hebat! Tak ada seorang pun pengusaha Ebook atau usahawan Internet di Malaysia menggunakan cara yang akan saya dedah dan kongsikan nanti. Bahkan mungkin di luar sana. InsyaAllah.

Ya, bila saya kata ia hebat, maka ia hebatlah! Bila saya kata tiada seorang pun, memang tiada seorang pun! ‘My Next Product’ ini adalah khusus untuk pasaran Malaysia tapi boleh disesuaikan untuk pasaran antarabangsa juga. Ada sesiapa berani meneka? ;)

Salam bahagia, salam ceria dan jumpa lagi.

Sahabat Online Anda,

usahawan internet

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Blog SmartUsaha Berehat 1 Minggu…

Tuesday, August 7th, 2007

Sebelum saya sentuh pasal topik di atas, baca dahulu pelbagai topik di bawah…

Penulisan Blog, Idea Bukan Masalah…

Ada pembaca ternanti-nanti tulisan terbaru saya, katanya di manakah saya berdiam diri selama dua hari tanpa ada tulisan yang terbaru. :) Terima kasih kepada anda. Saya amat menghargai kesetiaan anda.

Saya sekarang bukan tidak ada idea untuk menulis, sebaliknya di dalam database blog saya ini ada lebih kurang 100 tajuk yang belum di’publish’kan lagi. Ada yang draf, ada tajuk sahaja dan ada belum siap. InsyaAllah, masalah idea penulisan bagi saya sekarang bukan menjadi masalah besar.

Jika anda masih ingat sebelum ini, saya ada menulis yang mungkin tahun ini penulisan saya sedikit perlahan daripada kebiasaan. Usah perlu ditanya mengapa, kerana jawapannya adalah saya mempunyai beberapa urusan dan kerja yang perlu diselesaikan pada tahun ini sebelum bermulanya tahun hadapan.

SmartUsaha, Akan Genap 2 Tahun!

Apapun, apabila sampai 1 September 2007 ini, SmartUsaha.com telah berusia 2 tahun rupanya. Maka, selaras dengan pertambahan umur blog ini dan juga semakin bertambah bilangan tahun saya menjadi usahawan Internet, saya perlu lakukan sesuatu untuk lebih maju ke hadapan.

(more…)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Blog SmartUsaha Berehat Dua Hari + Video Percuma

Saturday, July 21st, 2007

Huuh, banyak betul kerja pada minggu lepas dan minggu ini. Itu tidak tambah lagi dengan masalah penyalahgunaan nama saya (zul smartusaha) oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Oklah, kita lupakan masalah tersebut dahulu.Saya dan blog ini akan berehat selama dua hari dengan pergi bercuti sekejap untuk menenangkan fikiran agar perjalanan dalam perniagaan ini lebih mudah dan maju daripada biasa. ‘Zul ni cuti lagi, padahal baru je balik kampung hari tu’. Tidak salah kerap bercuti, janji ia cuti yang bermanfaat untuk kita… ;)

Oklah, mungkin semasa anda membaca barisan ayat ini, saya dalam perjalanan ke destinasi percutian. :) Doakan keselamatan saya, insyaAllah. Begitu juga anda, apa kata di hujung minggu sebegini luangkan masa dengan keluarga anda. Bisnes bisnes juga, famili jangan diabaikan.

==============================
Video Pemasaran Internet Percuma
==============================

Mungkin anda tidak tahu bagaimana untuk mendownload apa-apa yang percuma di Internet sebab anda perlu mendaftar nama, emel dan sebagainya bukan? Seperti yang pernah saya janjikan, saya telah siapkan satu panduan untuk hal-hal sebegini…

Untuk itu, apa kata anda cuba mempraktikkan diri dengan mendapatkan Video Pemasaran Internet PERCUMA (dalam English).

Untuk mengetahuinya, sila ke laman web berikut:

http://smartusaha.com/videopercuma

Salam sukses…

-SmartZul

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!