Apa khabar pembaca blog SmartUsaha.com, terutama pelawat “tegar”.
Maafkan saya kerana sudah tidak begitu kerap mengemaskini blog ini, terutama di akhir-akhir tahun 2010 ini. Banyak perkara yang telah berlaku tanpa dirancang. Salah satunya, orang yang paling saya sayang telah pun meninggalkan dunia ini selama-lamanya, iaitu nenek saya. Semoga rohnya tenang abadi di sana.
Educattic Mind
Seperti yang sebahagian maklumi, saya sekarang sedang mengusahakan satu perniagaan baru bersama beberapa orang rakan bisnes, iaitu Educattic Mind. Melalui ‘syarikat’ ini, fokus kami adalah menerbitkan ebook-ebook berkualiti yang mampu membantu para pembeli memenuhi kehendak mereka.
Alhamdulillah, projek pertama kami telah pun selesai dilancarkan pada 28.12.2010 lalu, iaitu projek ebook Kuasa Forum. Dari masa ke semasa, kami akan menerbitkan ebook demi ebook dalam pelbagai “niche” (bidang). Bukan hanya ebook, malah produk-produk informasi lain seperti audio dan video juga akan diterbitkan.
Peluang menulis: Jika tuan/puan ada pengetahuan, pengalaman, kepakaran dan kemahiran dalam satu-satu topik, kami menjemput untuk menulis bersama kami, Educattic Mind. Hubungi kami melalui emel proposal[at]educattic.com dengan menyertakan serba sedikit idea secara kasar. Kita akan berbincang lebih lanjut selepas itu.
Melalui Educattic Mind, penulis HANYA perlu menulis sahaja. Design, web dan segala-galanya kami yang akan siapkan. Tapi “marketing” perlulah penulis lakukan juga. Kemudian, keuntungan pula adalah dalam bentuk “peratusan royalti”. Hubungi kami bersama idea dan kita akan berbicara mengenai royalti ini. Perjanjian (kontrak penerbitan) akan dilakukan agar kedua-dua belah pihak melakukan usaha ini dengan lebih adil dan profesional.
SmartUsaha.com
Mungkin ada yang bertanya, jika saya telah bersama Educattic Mind, bagaimana pula dengan perniagaan persendirian saya? Jawapannya mudah sahaja: SmartUsaha.com akan terus beroperasi.
Di dalam dunia perniagaan, kita boleh mencipta banyak perniagaan dan perusahaan sama ada secara sendiri mahupun melakukan bersama-sama dengan rakan kongsi. Kalau kita kuat dari segi kewangan, kita boleh hanya menjadi “funder” sahaja untuk mana-mana projek perniagaan dan kemudian meraih untungnya kemudian.
Dipendekkan cerita, SmartUsaha.com akan terus seperti biasa, cuma mungkin ada beberapa perubahan yang akan dilakukan. Ini saya akan umumkan dari masa ke semasa.
2011?
Secara keseluruhan, saya tidak mahu terlalu “obses” dengan impian dan matlamat tahun baru. Cukuplah perancangan untuk setahun, itu sudah memadai. Berapa banyakkah matlamat tahun baru yang telah kita tetapkan dapat dicapai? Rata-rata kebanyakan hanya di atas kertas, tapi jauh sekali mencapainya.
Jadi, kita perlu tetapkan yang realistik dan boleh dilaksanakan sahaja. Tidak perlu terlalu gopoh mahu merubah diri dan perniagaan, sehingga akhirnya itu semua hanya menyusahkan kita sahaja.
Untuk tahun 2011, ada beberapa perkara dan usaha sahaja yang akan saya fokus. Semua ini masih dalam perancangan dan semua akan tahu apabila saya melaksanakannya. Tidak mahu nyatakan sesuatu yang belum pasti.
Itu sahaja coretan pada kali ini. Jumpa lagi!














Komen Terkini