Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Bayar hanya sekali, belajar pelbagai topik

Saya ingin ajukan satu pertanyaan mudah di sini:

Adakah tuan/puan suka (bersetuju) jika hanya perlu membayar sekali sahaja untuk belajar pelbagai topik Internet Marketing secara Online? Bahan pelajaran adalah dalam pelbagai bentuk seperti PDF, audio dan video.

Contoh beberapa topik:

  • Asas perniagaan dan keusahawanan.
  • Persediaan minda, motivasi, matlamat dan perancangan bisnes.
  • Pemasangan blog WordPress seperti blog Perniagaan Internet SmartUsaha ini.
  • Facebook Marketing.
  • Search Engine Optimization (SEO).
  • Copywriting.
  • Domain, Hosting dan Cpanel.
  • Pemasaran Emel.
  • Produk informasi.
  • Perniagaan dropship.
  • Panduan Paypal.
  • Buat duit dengan Affiliate.
  • Surat jualan (sales letter).
  • dan lain-lain lagi…

Jika bersetuju, klik Like di bawah ataupun berikan pendapat pada bahagian komen.

Saya sedang merancang sesuatu yang pada saya belum pernah dilakukan oleh kebanyakan Internet Marketer. Klunya, saya mahu wujudkan satu komuniti yang boleh juga kita panggil ia sebagai ‘satu keluarga’. Belajar bersama-sama, bekerjasama dan saling bantu membantu.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • contoh surat tanya perniagaan
  • ayat power bisnes
  • sijil perniagaan ssm
  • sijil ssm produk IT
  • lesen berniaga
  • surat pendaftaran syarikat
  • ayat perniagaan
  • contoh lesen perniagaan untuk perkhidmatan
  • sijil pendaftaran syarikat jualan buku
  • sijil kemahiran komputer

Dibongkarkan: Rahsia memukau pembaca blog

Untuk mendapat banyak pelawat ke blog, sesiapa pun boleh. Tetapi, untuk mengekalkan pembaca-pembaca itu sentiasa melawat ke blog kita, ia adalah satu cabaran yang besar. Jika ia dilakukan dengan berjaya, bermaksud kita telah mempunyai blog yang berjaya.

Untuk mewujudkan pembaca yang kekal setia mengakses blog kita, maka kita perlu sediakan SEBAB. Orang tidak akan masuk ke blog tanpa sebab dan tanpa keperluan.

1. Tulis dengan gaya sendiri

Ini adalah syarat pertama. Kita perlu menjadi diri sendiri dan tidak perlu menjadi orang lain. Dua akibat buruk apabila kita cuba meniru orang lain:

  • Kita tidak akan mempunyai motivasi yang berpanjangan kerana akan mula bosan dan terseksa.
  • Pembaca akan rasa ada sesuatu yang pelik pada tulisan kita.

2. Pengisian blog yang mempunyai unsur MB:

  • Memudahkan pembaca.
  • Benar-benar berguna.

M adalah memudahkan. Ia bermaksud, pembaca kita tidak perlu membeli banyak buah buku, majalah ataupun menyelongkar blog-blog lain untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Sebaliknya, blog kita sudah memadai untuk mereka rujuk dan baca. Jika blog kita mengenai pengurusan kewangan peribadi, maka sebahagian besar maklumat asas dan penting mengenai topik itu telah ataupun akan ditulis.

B pula adalah berguna. Bagi saya, inilah faktor utama. Jadikan blog kita umpama makanan dan minuman di mana pembaca blog kita akan menjadikan ia satu kewajipan dan keperluan dalam hidup mereka. Jika tidak baca tulisan kita, mereka serba tidak kena dan seperti tidak sempurna hari mereka.

Ini dapat dilakukan dengan menghasilkan tulisan yang benar-benar memberi nilai hidup dan pengetahuan berguna kepada mereka (pembaca). Semakin mereka baca, semakin mereka menjadi manusia yang berilmu dan mampu hidup dengan ilmu-ilmu itu.

3. Gaya penulisan menarik

Topik penulisan yang biasa-biasa tetapi diolah dengan gaya yang menarik, maka ia seolah-olah akan memukau pembaca untuk membaca lagi dan lagi tulisan-tulisan kita. Satu caranya adalah dengan belajar ilmu ‘copywriting’.

Contohnya, tajuk artikel pada blog adalah satu bahagian terpenting untuk menentukan ia dibaca ataupun tidak. Jika tajuk biasa-biasa sahaja, maka sukar menarik perhatian. Tajuk artikel ini contohnya, “Rahsia memukau pembaca blog” mungkin lebih menarik berbanding “Unsur blog yang menarik”.

Ingin tahu strategi lain? Dapatkan panduan Strategi Blog Berpengaruh di sini.

Jika anda belum mempunyai blog, panduan buat blog ini dapat membantu.

Incoming search terms:

  • cara memukau orang
  • teknik memukau
  • cara memukau
  • ebook wordpress
  • buku panduan membuat blog
  • cara cara memukau orang
  • cara menjana pendapatan melalui penulisan
  • cara untuk memukau orang
  • membuat blog perniagaan
  • bisnes blogger

Titik noktah membina kredibiliti

Membina kredibiliti adalah penting. Kita perlu bekerja keras untuk membina nama, jenama dan pengaruh agar bisnes dan diri kita mempunyai pengikut setia.

NAMUN… Usaha yang kuat itu ada titiknya.

Pada peringkat awal, sudah pasti kita perlu bekerja keras untuk memperkenalkan diri kita ataupun bisnes kita.

Pada peringkat pertengahan, orang sudah mengenali kita. Tidak perlu sejuta orang kenal kita dan bisnes kita. Jika 1000 orang benar-benar menjadi pengikut setia kita, itu sudah memadai untuk kita menjana pendapatan yang besar.

200 orang fanatik x RM100 = RM20,000

Kiraan untuk satu produk berharga RM100!

Pada peringkat kemuncak membina kredibiliti, kita perlu bersedia untuk tidak lagi berusaha keras. Pada tahap ini, sewajarnya kita sudah lebih memikirkan bagaimana menggunakan hasil yang dikumpulkan selama ini untuk menjana pendapatan yang lebih.

Pada tahap kemuncak (titik ‘penamat’), kita sudah perlu berhenti membina kredibiliti dengan menggunakan tenaga dan masa sendiri. Sebaliknya, kita perlu automasikan ia dengan membiarkan pengikut-pengikut setia kita (sebahagian daripada sistem automasi) melakukannya, di mana mereka ikhlas melakukannya tanpa paksaan.

Adalah satu kerugian besar jika kita bekerja berhempas pulas dengan hanya menggunakan kudrat kita semata-mata tanpa menggunakan sumber-sumber lain yang ada.

Tapi satu tugasan penting sekarang adalah, tentukan masa untuk kita berhenti bekerja keras, dan pada masa itu, kita sudah ada ‘sistem’ yang akan bekerja untuk kita.

Tip penting:

1. Di sini kita mula sedar, pentingnya perancangan bisnes (proper business plan). Tapi kita perlu sedari, tiada apa-apa yang sempurna di dunia. Jadi kita perlu cekap dan cepat bertindak sama ada merubah atau memperbaiki rancangan dan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Yang penting adalah ia perlu dilakukan dengan CEPAT.

2. Kualiti adalah lebih utama daripada kuantiti. 1000 orang ‘fanatik’ lebih bernilai berbanding sejuta orang yang sekadar mengenal kita ataupun bisnes kita. Fanatik akan pasti membeli produk kita, tetapi sejuta orang itu tidak semestinya begitu.

3. Urus pengikut setia sebaik-baiknya dengan perancangan yang HEBAT. Jika perancangan hebat, hasil juga akan turut hebat!

4. Mohon ambil serius dengan nota (artikel) ini. Bagi saya, ia satu nasihat penting dan merupakan salah satu resipi kejayaan bisnes.

Titik.

Incoming search terms:

  • membina kredibiliti web
  • strategik pemasaran kedai buku com
  • zikir waktu sedang berniaga

Mengapa terlalu lama mengambil masa untuk berjaya?

Mungkin kita sering bertanya, mengapa orang yang berjaya terlalu mudah berjaya.

Kita juga tertanya-tanya, mengapa mereka terlalu cepat berjaya?

Kita mempersoalkan diri, mengapa kita masih di takuk lama, tidak berubah ataupun meraih hasil yang berbeza.

Jawapannya mungkin ini: Terlalu lambat.

  • Lambat membuat keputusan.
  • Lambat bertindak dengan segera.
  • Lambat untuk menetapkan matlamat.
  • Lambat merancang.
  • Lambat bangun pagi.
  • Lambat tidur malam.
  • Lambat menunaikan solat.
  • Lambat tiba bertemu pelanggan.
  • Segala-galanya lambat…

Orang-orang yang hebat, mereka cepat bertindak dan bergerak pantas tanpa terlalu memikirkan risiko-risiko yang bakal dilalui. Mereka tidak terlalu bimbang terhadap perkara yang belum pasti.

Kita semua ada 24 jam yang sama. Fikir dan rancang, dalam masa 24 jam, apakah perkara yang perlu diisi dan dilakukan untuk memberikan hasil optimum kepada hidup kita.

Hidup ini terlalu singkat untuk kita terlalu berfikir panjang.

Incoming search terms:

  • rahsia orang berjaya

Apakah kategori bisnes kita?

Apabila kita ingin melakukan bisnes, sebaiknya kita perlu jelas apakah tujuan kita berniaga. Adakah sekadar suka-suka, mahu tambah seringgit dua ataupun kerana mahu kaya?

Maka boleh kita kategorikan bisnes-bisnes yang dilakukan oleh kebanyakan orang kepada berikut:

  • Suka-suka (jadi ok, tidak jadi tidak mengapa)
  • Tambah pendapatan
  • Pendapatan kedua
  • Membina empayar perniagaan sendiri
  • Menjana kekayaan dengan bisnes
  • “Usaha pagi makan pagi, usaha petang makan petang” (ala kadar)

Kita berada dalam kategori mana?

Niat dan matlamat kita akan menentukan sejauh mana usaha kita. Kalau impian kita kecil, maka usaha juga akan kecil dan hasilnya juga adalah kecil. Sebaliknya, jika impian kita besar, usaha juga akan menjadi besar dan hasilnya biasanya adalah besar.

Apabila kita mendapat hasil yang biasa-biasa sahaja, mungkin salah satu sebabnya adalah kita terlalu berimpian kecil dan terlalu banyak alasan yang diletakkan pada diri sendiri untuk menyelesakan diri.

Jika kita mahu melaksanakan impian besar, maka kita perlu bersedia untuk melakukan perkara yang tidak pernah kita lakukan.

Saya doakan kejayaan tuan/puan semua.

-
http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

Incoming search terms:

  • senarai jenis perniagaan
  • jenis perniagaan
  • jenis-jenis keusahawanan
  • jenis-jenis perniagaan
  • 9 jenis usahawan
  • bisnes
  • jenis keusahawanan
  • jenis jenis keusahawanan
  • kategori perniagaan
  • jenis usahawan

Rahsia Perniagaan Internet??

Adakah wujud rahsia dalam perniagaan internet? Sejujurnya, tiada.

Saya telah banyak menulis mengenai hal ini, tetapi saya terpanggil untuk menulis lagi walaupun secara ringkas agar kita sentiasa memperingati diri masing-masing.

Biarlah saya berterus-terang di sini. Sebelum itu, ingin saya katakan, saya tidak mahu mengganggu periuk nasi mana-mana perniagaan Internet Marketer yang memfokus pada ‘niche’ Internet Marketing, malah saya sendiri pun menjadikan niche ini bidang utama saya. Niat penulisan saya ini adalah baik agar bidang ini sentiasa berada dalam keadaan yang terkawal.

Hakikatnya, kebanyakan Internet Marketer tidak akan sama sekali mendedahkan kesemua ‘senjata-senjata’ yang mereka gunakan secara mendalam. Jika ada 10, mereka akan kongsikan satu, dua dan tiga sahaja. Dan itu pun, hanya secara berperingkat dan melalui tempoh masa tertentu.

Namun saya tidak nafikan, masih ada Internet Marketer yang telus dalam penyampaian ilmu mereka. Sebaliknya bergantung kepada orang yang belajar itu pula mahu bertindak ataupun tidak.

Saya tidaklah mahu menjadikan ilmu yang saya miliki sebagai satu bisnes, tetapi saya mahu menjadi seorang yang boleh membimbing orang lain dengan cara yang teratur dan terancang. Secara peribadi, saya kurang suka menggunakan trik untuk menarik minat orang lain semata-mata saya banyak tahu dan berpengalaman.

Bagi saya, ilmu yang ada pada diri kita adalah satu amanah. Jika mahu kenakan harga, biarlah ia mampu milik kebanyakan orang. Saya sentiasa memegang prinsip seorang mentor saya di mana katanya, “Ambillah sedikit sahaja keuntungan. Moga berkat yang kita dapat.”

Persoalan yang timbul, bagaimana kita akan kaya jika ambil sedikit untung sahaja? Kita boleh lakukan begini:

  • Cipta sumber pendapatan berulang (recurring income) dan juga passive income (buat kerja sekali dapat duit berkali-kali). Walaupun untung kecil, tetapi apabila pendapatan berulangan, maka di situ lah kita akan mula dapat mengumpul ‘kekayaan’ sedikit demi sedikit.
  • Perbanyakkan produk dan perkhidmatan.
  • Pelbagaikan lagi bisnes dalam bidang yang sama.
  • Pertingkatkan ‘volume’ jualan. Semakin tinggi jumlah jualan, semakin banyak wang yang kita dapat.
  • Tambah kekerapan aktiviti. Contoh: Adakah 4 kali kursus dalam sebulan, berbanding sekali sahaja.
  • Kaedah bersiri. Contoh: Tulis buku secara bersiri.

Dan itulah yang akan dan sedang saya lakukan.

Berbalik kepada topik artikel ini, benarkah ada rahsia dalam perniagaan internet?

Untuk berjaya, ia bukanlah berkaitan dengan rahsia, tetapi sejauh mana kita memiliki kemahiran perniagaan. Selain itu, kesungguhan, disiplin dan kerajinan kita juga adalah di antara faktor penyumbang kejayaan. Manakala, proses pembelajaran perlu terus berlangsung sampai bila-bila. Perlu banyak membaca, bertanya dan belajar.

Seseorang usahawan yang mahu berjaya perlu mempelajari skil (kemahiran), sebaliknya bukan hanya membaca dan mendengar informasi sahaja. Walaupun apa yang dibaca itu langkah demi langkah dan “how to”, namun jika tidak melatih dan melakukannya sehingga mahir (terbiasa), maka sedikit sukar untuk meraih hasil yang besar.

Saya kuat percaya bahawa selain soal hati yang bersih, usahawan yang berjaya adalah kerana mereka memiliki kemahiran dalam aspek tertentu seperti pemasaran, penggunaan komputer dan teknologi, pengurusan, keterampilan, estim diri, komunikasi dan beberapa lagi aspek lain yang penting.

Dan semua itu dipelajari, dilatih dan diamalkan secara berperingkat. Sebaik-baik jalan pintas adalah, tiada jalan pintas sama sekali.

-

Layari blog Motivasi Usahawan

Incoming search terms:

  • jenis-jenis pemasaran internet wikipedia

Ukuran Kejayaan Perniagaan

Dalam dunia perniagaan, ada beberapa ukuran yang boleh kita gunakan untuk menentukan tahap kejayaan:

  • Keuntungan bersih
  • Jumlah simpanan wang
  • Aset yang terkumpul
  • Jenama yang dikenali ramai
  • Jumlah pengikut
  • Pengaruh dan karisma
  • Produk yang ‘evergreen’ (terus mendapat sambutan)
  • Jumlah klien yang berjaya hasil konsultasi/bantuan kita
  • Jumlah atau kualiti usahawan berjaya yang dihasilkan
  • Jumlah pengetahuan yang dimiliki
  • Penulisan atau buku melahirkan ramai manusia yang berjaya dan yakin diri
  • Jumlah produk yang dihasilkan.

Dan banyak lagi ukuran lain yang boleh dijadikan sebagai petanda kejayaan usaha perniagaan yang dilakukan. Daripada senarai di atas kita melihat bahawa WANG bukanlah satu-satunya ukuran kejayaan seseorang atau sesebuah perniagaan.

Contoh paling mudah, siapa yang lebih hebat di antara seorang jutawan yang hanya dirinya sahaja kaya harta berbanding seorang usahawan yang mempunyai ramai pengikut kerana dirinya sentiasa memberi inspirasi dan semangat kepada orang lain?

Jawapannya adalah…. subjektif. Kita tidak boleh kata jutawan itu tidak berjaya, kerana dari segi aspek kewangan dan harta, dia memang berjaya. Tetapi tidak dapat juga kita katakan usahawan yang ramai pengikut itu tidak berjaya kerana dia memiliki kuasa pengaruh yang lebih besar daripada jutawan tadi.

Incoming search terms:

  • kejayaan perniagaan
  • jurnal tahap kejayaan pemasaran internet
  • kualiti usahawan berjaya
  • langkah terakhir dalam menentukan kejayaan perniagaan
  • perniagaan burger berjaya
  • senarai usahawan yang berjaya hasil bantuan mara
  • ukuran kejayaan seseorang

Perubahan Dan Peningkatan Dalam Bisnes Internet

Walaupun perniagaan tanpa perubahan dan peningkatan, kita tetap boleh menjana pendapatan. Namun di satu sudut yang lain, kita tetap dengan rutin harian sama yang mungkin mula hadir rasa bosan.

Salah satu perkara yang saya pelajari daripada pengalaman adalah bisnes yang kita lakukan perlu ada peningkatan iaitu melalui satu demi satu peringkat.

Pada peringkat permulaan, sebahagian besar kerja kita lakukannya secara sendiri, di samping menggunakan perkhidmatan orang lain (outsource/freelancer).

Pada peringkat pertengahan, kita mula mengurangkan kerja-kerja rutin yang kita lakukan dengan mendelegasikannya kepada orang lain seperti melantik pembantu atau pekerja. Kerja itu termasuk kerja yang boleh kita lakukan mahupun yang di luar bidang kemahiran kita.

Kemudian peringkat seterusnya adalah di mana kita sudah boleh bebas sepenuhnya daripada segala kerja operasi seperti kerja-kerja teknikal. Pendek kata pada peringkat ini, segalanya sudah berada pada tahap automasi. Tanpa kehadiran kita, bisnes tetap berjalan.

Namun, sejauh mana peringkat-peringkat ini disedari oleh kebanyakan usahawan internet? Mungkin rata-rata terus bergelumang dalam peringkat pertama selama bertahun-tahun lamanya tanpa memikirkan untuk melangkah ke peringkat kedua dan ketiga.

Satu tip di sini, jika kita ingin melangkah ke peringkat kedua dan seterusnya, pastikan kerja-kerja yang kita ingin serahkan kepada orang lain itu didokumentasikan cara, langkah dan kaedahnya dalam satu bentuk yang mudah diikuti.

Contohnya, proses menguruskan pesanan produk. Dari menerima pesanan sehinggalah menghantar produk itu kepada pelanggan, ia ditulis langkah demi langkah. Ia didokumentasikan agar walaupun pekerja silih bertukar ganti, kerja atau proses itu boleh dilakukan tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk dipelajari.

Sebagai usahawan, andaikata anda sudah mula merasa tertekan, penat dan mudah bosan, mungkin salah satu puncanya adalah anda telah berada dalam peringkat pertama dalam satu tempoh yang agak lama.

Jika mampu, jadikan bisnes kita boleh beroperasi tanpa campur tangan kita sepenuhnya. Di saat itu, kita boleh melakukan perkara atau cabang bisnes lain dengan mudah dan lancar. Atau, kita boleh memperkembangkan lagi bisnes kita menjadi lebih besar dan berjaya.

___
Ikuti saya di Facebook: http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

Incoming search terms:

  • rutin sebuah perniagaan atau usahawan
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)