Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Nak jual apa di Internet?

Salah satu persoalan popular dalam bidang perniagaan internet adalah “nak jual apa?” Soalan ini sentiasa bermain dalam minda dan fikiran usahawan online sama ada yang baru ataupun lama.

Secara asasnya, terdapat tiga cara untuk kita menentukan barangan ataupun produk untuk dijual di Internet:

  1. Melakukan kajian pasaran (market research). Biasanya ia dilakukan dengan menggunakan perisian kajian kata kunci (keyword research). Paling kurang, kita boleh membuat kajian melalui soal selidik dan mengkaji di forum online.
  2. Menjual produk yang ramai orang jual dan ia terus menerus dijual. Ia adalah produk jenis yang sentiasa ada permintaan ataupun ‘hot’ pada masa tertentu. Apabila kita melihat ramai orang menjual sesuatu dan ramai yang membelinya, maka itu petanda produk itu mempunyai potensi untuk dijual. Tidak timbul soal persaingan di sini kerana kita perlu lakukan sesuatu yang unik, tawaran yang bebaloi dan pemasaran yang agresif untuk menarik pembeli.
  3. Inovasi. Cipta produk baru. Namun kaedah ini mempunyai risiko kerana tidak semua produk baru yang bagus bagi kita, bermaksud bagus juga bagi orang lain. Contoh produk inovasi adalah seperti iPhone dan iPad. Tidak salah mencuba kaedah ini kerana yang penting adalah pastikan dahulu produk itu ada potensi untuk terjual.

Kesimpulan

Bagi peniaga-peniaga kecil, utamakan kaedah pertama dan kedua kerana risikonya adalah rendah. Jika anda pening kepala, gunakan saja kaedah kedua kerana ia cepat dan tidak perlu lakukan kajian pasaran yang mendalam.

Untuk kaedah kedua, lihat iklan-iklan yang dilakukan sama ada iklan Adwords, banner, di Facebook, emel dan sebagainya. Jika ramai orang yang menjualnya, bermaksud ia mempunyai potensi yang besar. Kemudian, lakukan kaedah pemasaran yang lebih baik daripada pihak lain agar kita mempunyai perbezaan.

Dunia perniagaan online begitu mudah untuk dilaksanakan, termasuklah mendapatkan idea ‘nak jual apa’. Dengan hanya perlu online melalui talian Internet dan kita boleh melakukan sedikit kajian dan melihat apakah produk-produk yang sedang laris dijual. Atau, kita membuat kajian mengenai pasaran yang boleh kita terokai dengan menggunakan perisian-perisian online yang percuma ataupun yang berbayar.

Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting adalah menjual produk yang ramai orang perlu dan mahu beli (ada permintaan), bukannya apa yang kita hendak jual semata-mata.

Artikel lain: Produk terbaik untuk dijual di Internet.

.

Incoming search terms:

  • nak jual
  • APAKAH BARANGAN YANG UNTUK DI JUAL
  • perbezaan antara pasaran antarbangsa dan pasaran tempatan
  • jual internetr
  • maybank2u untuk bayaran p1wimax
  • conversion rate smartusaha
  • idea jual online
  • idea produk laris 2012
  • menjual di internet
  • apa barang yang perlu dijual di internet

Kad Debit Visa Maybank – MSOS Cara Baru

Sedikit perkembangan semasa mengenai kad debit Visa Maybank. Jika sebelum ini kita boleh menetapkan kod MSOS (Maybankard Secure Online Shopping) sendiri melalui akaun Online Maybank2u (M2u) kita, namun kini tidak lagi.

Kaedah verifikasi terbaru yang dipraktikkan oleh pihak Maybank adalah, setiap kali pembayaran secara terus melalui kad debit, satu kod MSOS akan dihantar ke telefon kita (nombor telefon yang didaftarkan). Kemudian kod itu dimasukkan ke dalam bahagian yang diarahkan untuk meneruskan proses pembayaran.

Kaedah sebegini akan berlaku bagi kebanyakan laman web syarikat besar. Contohnya, saya melakukan bayaran akaun Internet P1 Wimax melalui laman web mereka. Sebaik saya memasukkan maklumat kad debit, saya akan dibawa ke bahagian seperti ini dan secara automatik kod MSOS akan dihantar ke telefon saya:

kad debit maybank

Bagaimana dengan Pengesahan Akaun Paypal & MSOS?

Jika sebelum ini kita perlu daftarkan dahulu MSOS di akaun M2u sebelum kita ‘add’ (register) kad debit di akaun Paypal, kini tidak perlu lagi. Dahulu, jika kita tidak daftar MSOS iaitu buat sendiri melalui akaun online M2u kita, Paypal tidak akan luluskan pendaftaran kad itu (rejected). Jadi kemungkinan kad akan ditolak selama-lama (Paypal amat sensitif).

Sebaliknya kini, apa yang perlu kita lakukan adalah ‘add’ terus maklumat kad debit kita seperti biasa di Paypal dan kemudian kita akan menerima kod 4 digit dalam masa 24 jam. Kod itu akan dipaparkan di online statement akaun M2u kita. Kemudian kita masukkan kod itu di akaun Paypal kita untuk menjadikan akaun Paypal kita berstatus Verified.

*Saya telah menghubungi pihak Maybank sendiri untuk bertanyakan dan mengesahkan hal-hal di atas.

Rujukan tambahan: Maybank2u.com.my: Rujukan 1 | Rujukan 2

[Dapatkan panduan akaun Paypal di sini]

.

Incoming search terms:

  • kursus keusahawanan 2012
  • kad debit maybank paypal
  • 2011 maybank2u paypal tanpa msos
  • how to register maybank msos
  • msos
  • cara tambah kad maybank di paypal
  • 2012 maybank msos
  • msos in m2u
  • maybank visa msos
  • maybank visa debit msos

Telah dilancarkan! – PejuangImpian.com

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, produk audio “7 Amalan Utama Mencapai Impian” telah dilancarkan.

Dengan pelaburan yang lebih murah berbanding sekeping pizza, anda akan mengetahui 7 teknik dan kaedah mencapai impian anda.

Dapatkan sekarang dengan harga pengenalan! >> http://www.PejuangImpian.com

Incoming search terms:

  • artikel tentang keusahawanan
  • blog berita terkini
  • mutiara kata
  • cara ambil mol point melalui headset
  • program keusahawanan 2012
  • berita keusahawanan
  • rencana keusahawanan
  • rencana tentang keusahawanan
  • projek bisnes terkini
  • pejuang_impian

Membina Impian ataupun Mengejar Impian?

Yang mana satu lebih betul ataupun mungkin pada pilihan anda?

Pada saya, kedua-duanya betul, cuma cara dan situasi sudah pasti berbeza:

Membina Impian – Bermaksud impian itu sudah berada dalam genggaman tangan kita. Cuma sahaja ia perlu dibina sedikit demi sedikit dengan menambah ilmu, berusaha dengan konsisten, berfikiran besar dan sebagainya.

Mengejar Impian – Impian itu seolah-olah ‘bukan’ milik kita. Maka ia perlu dikejar bersungguh-sungguh sehingga menyebabkan keletihan dan kepenatan, sehinggalah ia berjaya dimiliki.

Pilihan saya adalah yang pertama, iaitu membina impian. Ia umpama kita memiliki sebuah pelan sebuah rumah idaman dan kemudian kita bina sedikit demi sedikit sehingga ia siap sepenuhnya. Cara ini tidak memenatkan kerana segalanya sudah berada dalam genggaman kita, hanya sahaja perlu membinanya sehingga menjadi realiti.

-
smartzul

Incoming search terms:

  • mengapakah potensi diri penting kepada setiap orang
  • mengejar impian
  • keupayaan untuk rangkaian dalam keusahawanan
  • mengapakah potensi diri penting kepada setiap orang ?
  • ayat visi dalam perniagaan
  • harga partition
  • potensi bagi usahawan berjaya
  • Cara mengejar impian
  • virtual office bandar utama
  • panduan menulis profil syarikat

Perniagaan: Keuntungan Maksimum Dalam Islam

Keuntungan maksimum. Persoalan ini kerap menjadi perdebatan kebanyakan orang. Namun yang pasti, Islam menyimpulkan sesuatu berdasarkan dalil dan bukannya berteraskan pendapat manusia semata-mata.

Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah lebih utama untuk kita jadikan pegangan.

Adakah dibenarkan kita mengambil keuntungan maksimum 100%?

Jawapan ringkas: Dibenarkan, selagi mana ia tidak menggugat kepentingan awam.

Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar. Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar.

Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkahan dalam perniagaan yang dilakukannya.

Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga.

Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%.

Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.

Rujukan:

Incoming search terms:

  • berniaga cara rasulullah
  • cara perniagaan rasulullah
  • peratus untung dalam islam
  • bisnes untung
  • perniagaan cara rasulullah
  • keuntungan
  • maksimum keuntungan
  • cara rasulullah berniaga
  • cara sahabat nabi berniaga
  • dalam islam untung peratus

Senarai Virtual Office di Malaysia – Pejabat Maya

Virtual Office (VO) adalah perkhidmatan yang semakin banyak disediakan oleh kebanyakan pihak. Jika dahulu kita perlu menyewa ruang pejabat (premis) dengan kos dan syarat yang ketat, kini tidak lagi. Yang perlu hanyalah perniagaan berdaftar dan sah sahaja.

Virtual office adalah perkhidmatan maya di mana seolah-olah ia betul-betul dimiliki oleh kita. Selain itu, ia juga bermaksud kita melakukan urusan secara maya (tanpa bertemu) dengan pihak penyedia khidmat ini.

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara solo (sendiri), freelancer, bisnes secara SOHO dan para profesional individu amat sesuai menggunakan perkhidmatan ini.

Secara ringkasnya, virtual office adalah perkhidmatan asas seperti berikut:

  • Alamat profesional untuk bisnes.
  • Nombor telefon talian tetap (dedicated line).
  • No. Faksimili (faks).
  • Khidmat menerima dokumen dan parcel.
  • Khidmat recepcionist.
  • Ruang pejabat, bilik mesyuarat dan peralatan kemudahan untuk bisnes seperti mesin fotokopi, khidmat menaip dan sebagainya.
  • Workstation - Satu ruang sederhana dan terbuka, tetapi dihadang dengan partition seperti gambar di bawah.

Biasanya pihak penyedia menawarkan khidmat-khidmat di atas secara berpakej. Jadi pilih berdasarkan keperluan dan kemampuan kita.

virtual office pejabat maya malaysia

Contoh workstation. Kredit foto: kmcsolutions@flickr.com

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • gambar pejabat terbuka
  • virtual office malaysia
  • pejabat maya
  • virtual office in KL
  • virtual office in malaysia
  • kursus usahawan 2012
  • virtual office in shah alam
  • virtual office murah
  • design pejabat malaysia
  • senarai affiliate di malaysia

Sudah bosan dengan perniagaan Internet?

Saya tertarik dengan artikel yang telah ditulis oleh sahabat saya, iaitu saudara Shamsuriyadi, yang bertajuk ‘apabila usahawan internet bosan dengan bisnes internet‘.

Dalam artikel itu, beliau telah senaraikan apakah langkah ataupun cara bagi memastikan usahawan internet terus bersemangat dan tidak berputus asa.

Berikut adalah tambahan daripada saya, iaitu sedikit tip bagaimana kita sebagai usahawan tidak mudah patah hati ataupun tidak mahu lagi melakukan apa yang kita lakukan sekarang:

1. Lakukan banyak perkara

Hal ini bertentangan dengan nasihat yang selalu kita dengar. Ya, fokus pada satu perkara sahaja adalah nasihat yang terbaik terutama bagi mereka yang baru ingin bermula. Tetapi apabila kita telah berada lama dalam bidang perniagaan, yang satu itu akan menjadi punca kita mula bosan.

Banyak perkara yang dimaksudkan adalah kita menambah produk, servis atau bidang perniagaan yang masih sama dalam bidang yang kita lakukan. Contohnya, kita berniaga pakaian, maka kita tambah lagi pelbagai produk pakaian yang berbeza.

2. Pelbagaikan bakat

Setiap orang perlu utamakan dan manfaatkan sekurang-kurangnya tiga bakat yang ada dalam dirinya. Setiap orang ada pelbagai kebolehan dan jika boleh, elakkan terhad kepada satu sahaja. Semakin banyak kita lakukan sesuatu yang menggunakan bakat kita, kita sukar untuk bosan.

Namun pastikan, kita tidak terlalu obses dengan bakat. Memang ia penting, tetapi apabila kita terlalu bergantung kepada bakat semata-mata, kita mudah menolak untuk melakukan sesuatu dengan alasan “saya tiada bakat.”

Dan perkara yang penting juga adalah, elakkan juga terlalu banyak. Bergantung kepada keupayaan dan masa masing-masing. Utamakan yang utama.

3. Teruskan belajar

Kita akan mula goyah apabila kita mula berhenti belajar. Dan kita akan mudah tertinggal jauh apabila kita mula menutup pintu ilmu. Belajar itu banyak caranya, malah tanpa perlu keluar dari rumah, iaitu melalui internet. Baca artikel, beli ebook, online course dan banyak lagi cara.

4. ‘Bersosial’

Manusia yang ‘sihat’ bukan sahaja perlu sihat dari aspek tubuh badan, tetapi juga mental, emosi dan sosial. Usahawan perlu bersosial sekurang-kurangnya sesama para usahawan. Elakkan diri bersendirian di hadapan komputer pada setiap hari. Luangkan sedikit masa untuk bertemu rakan usahawan atau menyertai apa-apa program berkaitan.

5. Tambah kenalan

Dengan teknologi media sosial pada zaman sekarang seperti Facebook, menambah kenalan tidak perlu lagi mengambil masa yang lama. Dengan hanya hujung jari, kita boleh menambah kenalan seberapa ramai yang kita mahu pada setiap hari.

Seboleh mungkin, jumpa kenalan-kenalan itu secara nyata dan bukan hanya melalui internet.

6. Lakukan sesuatu yang baru

Apabila perniagaan kita mula berjaya, mungkin kita boleh menambah sumber pendapatan yang lain pula. Namun awas, lakukan jika anda berupaya sahaja. Menambah saluran pendapatan yang lain bermaksud, kita tidak akan menghadap benda yang sama setiap hari.

Jika tidak mampu, mungkin boleh lakukan inovasi terhadap perniagaan agar anda tidak bosan menghadap bisnes yang sama saja bentuknya setiap hari.

Inovasi atau ‘evolusi’ adalah salah satu cara untuk kita elakkan kebosananan. Ia tidak semestinya besar atau memerlukan kos. Lakukan sesuatu yang baru walaupun kecil, agar pandangan dan semangat terhadap bisnes kita sentiasa juga baru.

7. Bersukan / beriadah

Bosan juga biasanya diakibatkan oleh badan yang letih, penat dan tidak cergas. Seperti mana nasihat kebanyakan, kita perlu beriadah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, dan 20 minit pada setiap kali itu.

8. Bosan bermaksud banyak masa terluang

Luangkan satu minit untuk menjawab soalan ini: Adakah anda terlalu banyak masa terluang sehingga tidak tahu perlu buat apa, dan akhirnya mula kebosanan?

Jika ya, cepat-cepat ambil pen dan sehelai kertas untuk senaraikan apakah tugas penting yang perlu dilakukan. Dan senaraikan juga apakah tanggungjawab yang perlu digalas dalam hidup ini.

Saya yakin, setiap orang pasti ada sekurang-kurangnya satu tanggungjawab penting yang perlu disempurnakan. Jadi, manfaatkan masa yang ada sebaik-baiknya.

9. Majukan lagi bisnes

Apabila kita melakukan perniagaan dalam skala yang sama bertahun-tahun lamanya, itu adalah salah satu sebab kita mudah berasa bosan. Maka ada dua pilihan di sini iaitu kita lakukan perubahan (inovasi) ataupun kita majukan lagi bisnes.

Mungkin dengan perbesarkan lagi saiz perniagaan, sewa ruang pejabat jika sebelum ini hanya berbisnes dari rumah, bekerjasama dengan rakan-rakan lain dan sebagainya. Paling kurang, ubahsuai ruang kerja SOHO.

Apabila kita sentiasa naik setapak demi setapak, maka perasaan bosan amat sukar datang pada diri kita kerana kita melakukan sesuatu yang berbeza dalam setiap tempoh tertentu.

10. Membaca kisah menginspirasikan

Sentiasa baca kisah orang-orang yang telah berjaya. Baca juga buku-buku motivasi terutama yang ditulis sendiri oleh orang yang telah gagal tetapi bangkit kembali. Utamakan membaca kisah kejayaan orang yang tidak sama bidang dengan kita atau yang lebih berusia dengan kita untuk mengelakkan perasaan lemah semangat kerana rasa jauh tertinggal dan rasa cemburu berlebihan.

11. Perbaiki amalan seharian

Tidak dapat dinafikan, terkadang semangat kita mula ‘lusuh’ adalah kerana jiwa kita mula gelap dan hati sedikit demi sedikit dikuasai titik-titik hitam. Bagaimana dengan solat kita? Jika solat, adakah sudah betul caranya? Bagaimana pula sikap amarah kita seperti dengki, marah, menipu, riak, tamak dan sebagainya?

Amalkan solat tahajjud, baca Quran, sedekah dan zikir-zikir yang mudah diamalkan. Tidak perlu banyak. Sekurang-kurangnya kita sentiasa ‘connected’ dengan Tuhan kita, ALLAH subhanahu wa ta’ala.

Seorang rakan usahawan saya berpesan, “Tidak perlu banyak berfikir. Teruskan usaha dan tumpukan perhatian dengan apa yang sudah ada di hadapan mata.”

-

Incoming search terms:

  • motivasi
  • bosan
  • blogger perniagaan
  • kata kata motivasi untuk orang baru memulakan perniagaan
  • motivasi usahawan apabila menghadapi kegagalan perniagaan
  • kata motivasi usahawan
  • ayat motivasi
  • kata-kata semangat untuk ushawan
  • kata-kata tentang perniagaan
  • langkah usahawan berjaya
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)