Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Kekeliruan Terhadap Perniagaan Internet

Saya amat suka menulis topik ini, walaupun berkali-kali. Sejak dahulu lagi sama ada di blog atau forum, saya sering menulis begini, “Bisnes bukan sekadar menjual.” Kata-kata itu walaupun pendek, tetapi ia sengaja dipendekkan agar mereka yang membacanya berfikir seketika.

Ramai yang masih keliru dengan beranggapan, perniagaan internet itu adalah satu cabang yang unik, lain dan berbeza berbanding perniagaan bukan internet. Kekeliruan ini diakibatkan oleh begitu banyaknya maklumat di Internet yang tidak menjelaskan dasar sebenar perniagaan melalui internet.

Perniagaan internet atau apa jua nama yang digunakan seperti perniagaan melalui internet, perniagaan di internet, bisnes internet, bisnes melalui internet, niaga online dan sebagainya, ia semua membawa maksud yang sama, iaitu mempromosikan produk di Internet dan menerima bayaran tanpa bertemu dengan pembeli.

Tidak kisah bentuk perniagaan yang dilakukan sama ada menjual apa jua jenis produk atau perkhidmatan, ia adalah PERNIAGAAN. Internet hanya satu medium untuk mempromosi, berkomunikasi dan menerima bayaran. Namun segala urusan dan transaksi itu kita rumuskan kepada satu perkataan, iaitu perniagaan.

Akibat mempercayai bahawa Internet sebagai satu model bisnes yang berbeza dan satu perkara baru, maka akibatnya:

  • Perniagaan tidak didaftarkan.
  • Hanya menumpu pada jualan dan mengabaikan aspek lain seperti pengurusan.
  • Hanya mampu bermula dengan baik, tetapi GAGAL mempertahankan perniagaan untuk satu tempoh yang lama.

Perniagaan bukan hanya menjual, ia lebih daripada itu. Perniagaan yang dibina perlulah betul-betul berpijak pada bumi yang nyata. Maksudnya, ia perlu didaftarkan, ada dasar yang kuat, ada perancangan dan diurus dengan baik.

Sebaliknya, sebahagian besar yang berniaga di Internet hanya sekadar menjual. Ia hanya selesai di situ. Buat produk, jual dan dapat hasil. Dan proses yang sama berulang lagi. Kalaulah begitu, saya berani mengatakan, perniagaan sebegitu tidak mampu berkembang.

Saya masih cuba ‘mengkaji’ dan memerhatikan ‘pola’ atau corak perniagaan yang dipraktikkan oleh kebanyakan peniaga Online di Malaysia. Setakat ini, seperti yang saya katakan di atas, ia hanya setakat menjual sahaja. Tiada asas dan dasar perniagaan yang berpijak pada bumi yang nyata.

Maksudnya, mereka tiada rancangan perniagaan, tiada pengurusan kewangan yang teratur, tiada dokumentasi perniagaan, malah tiada matlamat jangka panjang. Sebaliknya, mereka hanya menjual, dapat duit dan simpan. Sekadar berniaga sahaja tetapi tidak mempunyai ciri keusahawanan yang lengkap.

Apa pun, tidak salah sekadar menjual kerana segalanya bergantung kepada keperluan masing-masing. Tetapi bagi mereka yang mahu pergi jauh dan mengembangkan perniagaan yang dibina, menjual sahaja tidak memadai. Dunia keusahawanan lebih luas daripada itu.

Jika anda bertanya kepada mana-mana Internet Marketer dengan soalan ini: “Apakah itu perniagaan internet sebenar?” Kebanyakan mereka akan menjawab dengan jawapan yang hampir sama, “Perniagaan yang tidak menipu orang dan menjual produk yang betul.”

Jawapan itu benar, tetapi saya mahukan jawapan lain dari yang lain seperti yang ada di dalam benak fikiran saya, iaitu “perniagaan internet yang sebenar adalah perniagaan yang dibina atas dasar yang kukuh, ada perancangan dan mempunyai pengurusan yang baik.”

Perniagaan internet yang sebenar meliputi segala perkara penting yang wajib ada bagi sesebuah perniagaan dan juga bagi usahawan itu sendiri. Tetapi malangnya, kebanyakan Internet Marketer (IM) hanya sekadar mengajar cara menjual. Mereka tidak salah, sebab sudah nama pun Marketer. :D

Sebab itulah saya menulis artikel ini: Usahawan Internet Vs Internet Maketer

Jadi, kalau mahu belajar menjual dan mempromosi, boleh belajar dengan Internet Marketer. Kalau mahu menjadi usahawan yang berjaya, perlu belajar dengan usahawan yang berjaya.

Keluarlah daripada kepompong (dunia internet semata-mata), kerana dunia ini terlalu luas. Kalau mahu jadi usahawan, miliki minda usahawan, bukan sekadar minda Internet Marketer.

…bersambung…. Pada sambungan nanti, saya akan berikan contoh kelebihan memiliki MINDA USAHAWAN berbanding sekadar MINDA ‘INTERNET MARKETER’ semata-mata. Dari situ anda akan mula fahami, kenapa saya jarang meletak gelaran Internet Marketer untuk diri saya.

PS. Tiada cara lain untuk menjadi usahawan yang ‘lengkap’ dan terurus, melainkan dengan membaca dan belajar dari semasa ke semasa. Keusahawanan itu tiada titik noktah.

PPS. Artikel di atas juga adalah nasihat dan peringatan untuk diri saya sendiri. Perjalanan saya juga masih jauh dalam bidang keusahawanan.

Artikel berkaitan: Perniagaan Internet Vs Daftar Perniagaan

Produk Saranan: Panduan Pengurusan Perakaunan Untuk Perniagaan.

-

Incoming search terms:

  • cara pengurusan perniagaan
  • cara pengurusan syarikat
  • perakaunan perniagaan
  • cara menguruskan perniagaan
  • apa itu pengurusan perniagaan
  • tips pengurusan perniagaan
  • cara mengurus perniagaan
  • definisi pengurusan perniagaan
  • kaedah pengurusan syarikat
  • panduan pengurusan perniagaan

400 usahawan menerusi talian dikenakan tindakan tidak daftar perniagaan

2010/07/20
PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.

Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.

Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya. – Bernama

Sumber: Harian Metro Online

————

TAMBAHAN OLEH SMARTUSAHA.COM

pada tahun 2006, saya membuka satu perbincangan di forum WangCyber bertajuk Undang-Undang: Daftar Perniagaan Anda. Saya berpegang sepenuhnya pada pendapat tidak kisah perniagaan itu baru atau lama, newbie mahupun otai, wajib mendaftar perniagaan di SSM. Tetapi ada yang mengatakan tidak perlu.

‘Tidak perlu’ itu hanyalah pendapat peribadi, tetapi dari sudut undang-undang ia tetap perlu kerana itulah peruntukan peraturan dan undang-undang. Pada tahun itu juga saya telah bertanya sendiri kepada pihak SSM seperti berikut (melalui emel):

Assalamu’alaikum / salam sejahtera,

Saya merupakan usahawan internet sepenuh masa.

Saya ingin bertanya, adakah perlu bagi perniagaan yang berasaskan internet sepenuhnya (tiada kedai, tetapi hanya di rumah – SOHO) mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM?

Terima kasih.

Jawapan:

Tuan,

Jika kita lihat pada tafsiran seksyen 2 Akta Pendaftaran Perniagaan 1957 berhubung dengan perniagaan adalah “Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan..”

Malahan perniagaan tersebut di buat di rumah di mana ianya termasuk dalam Jadual (seksyen 2) iaitu di bangunan atau struktur.

Oleh itu, saya menasihat tuan mendaftar perniagaan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Rujuk: http://blog.smartusaha.com/undang-undang-daftar-perniagaan-anda/

Sebaik-baiknya adalah mendaftar perniagaan (ROB) walaupun perniagaan itu dilakukan dalam kadar yang kecil. Modal untuk pendaftaran hanyalah RM60 sahaja untuk setahun.

*ROB: Registration Of Business (Enterprise)
*ROC: Registration Of Company (Sdn. Bhd.)

Persoalan Berkaitan:

1. “Saya hanya buat program affiliate. Perlukah saya daftar perniagaan juga?”

Jawapan: Tidak perlu. Kita hanya menjadi ejen promosi sahaja dan bukan memiliki perniagaan tersebut. Hanya pihak itu yang perlu mendaftar perniagaan.

2. “Saya hanya buat perniagaan melalui internet secara ‘part time’ sahaja.”

Jawapan: Tetap perlu daftar perniagaan itu. Lihat kembali maksud perniagaan seperti yang dinyatakan di atas.

3. “Saya fokus sepenuhnya di pasaran luar.”

Jawapan: Anda tertakluk sepenuhnya di bawah undang-undang pasaran atau negara itu.

4. “Alamat untuk daftar perniagaan?”

Jawapan: Boleh gunakan alamat rumah sahaja atau premis perniagaan.

5. “Perlukah mendaftar permit perniagaan dengan pihak Majlis Daerah?”

Jawapan: Kebanyakan bentuk perniagaan melalui Internet dikecualikan. Asasnya, perniagaan yang tidak melibatkan stok yang besar, tidak mengganggu jiran dan perkhidmatan tidak perlu daftar permit.

Penafian: Jawapan di atas dan penerangan di blog ini tidak semestinya nasihat yang tepat dan saya bukan seorang pakar undang-undang. Ia hanya sekadar pendapat sahaja. Sila rujuk pihak yang lebih arif.

PS. Prosedur pendaftaran perniagaan di SSM sekarang lebih mudah dan cepat berbanding beberapa tahun lepas. Isi borang dan terus ke kaunter. Tiada lagi proses yang sulit. Dalam 30 minit – 1 jam sudah boleh siap.

PPS. Jika ada sebarang pertanyaan, gunakan sahaja ruang komen di bawah. Saya akan cuba menjawabnya.

Artikel berkaitan: Perniagaan Internet Vs Daftar Perniagaan

-

Incoming search terms:

  • undang-undang perniagaan
  • nota undang-undang perniagaan
  • jenis perniagaan yang boleh didaftarkan
  • nota undang undang perniagaan
  • undang undang perniagaan
  • undang-undang perniagaan malaysia
  • undang perniagaan
  • nota undang-undang syarikat
  • undang undang untuk berniaga
  • maksud roc

Terbaru: Kad Prepaid MOL-Paypal

Tulisan ini dilakukan sebelum kad ini dikeluarkan kepada umum. Jadi kemungkinan ada kenyataan yang kurang tepat. Saya hanya merujuk laman web mereka dan memahami daripada sumber itu sahaja. Harap maklum. – 18/7/2010

Jika sebelum ini saya telah menulis beberapa artikel mengenai kad debit dan kad prepaid, datang pula berita baru di mana satu kad pepaid (pra-bayar) berjenama baru akan dikeluarkan oleh pihak MOL (payment service provider – syarikat Malaysia -).

  1. Kad debit dan kad prepaid adalah dua kad yang berbeza. Boleh baca artikel di sini.
  2. Mungkin ramai yang belum tahu bahawa pihak MOL adalah pihak yang telah membeli Friendster.com pada penghujung tahun lepas.
  3. MOL juga akan bekerjasama dengan pihak Facebook.

Jika sebelum ini mereka terkenal dengan kad prepaid MOL Freedom, pada kali ini nama yang mereka bawakan untuk kad prepaid baru itu adalah MOL-Paypal (The Digital Card), di mana mereka telah bekerjasama dengan pihak Paypal. Dan yang menariknya, kad ini bukan Mastercard (seperti MOL Freedom), tetapi adalah Visa. Anda teruja? Baca dahulu artikel ini sehingga selesai. Ada pro dan kontranya….

Kad prepaid MOL Paypal

“With this card, you can make online purchases securely and conveniently within Malaysia and overseas. All your online purchases for eligible items are protected by PayPal Buyer Protection in the event that you don’t receive your items. Click here to learn more about protection coverage and eligibility. Furthermore, you can use this card to pay for your dining and shopping nationwide where VISA is accepted, or withdraw cash from all EON Banks and EONCAP Islamic Bank ATMs or ATMs with a Cirrus logo.” ~ Paypal-MOL.com

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • mol paypal
  • paypal mol
  • perbezaan kad kredit dengan kad debit visa
  • kad visa dabit di malaysia
  • apa itu mol point
  • mol point to paypal
  • mol point paypal
  • di mana boleh dapatkan kad prabayar mol paypal
  • paypal mol point
  • kad mol

Tip Untuk Peniaga ONLINE: Mengurus Pembelian Palsu Penipu

Nota ini saya petik dari Nota di akaun Facebook saya.

———

Beberapa hari ini (sebenarnya sejak bertahun-tahun yang lepas lagi), ramai juga yang mahu main tipu dalam pembelian di Internet. Sudah tahu menipu itu berdosa, dibuatnya juga. Kes ini berlaku biasanya pada kaedah pembayaran secara manual (bukan automatik).

Tip untuk usahawan: Jika bukti pembelian meragukan atau tidak cukup, jangan terus menguruskan tempahan mereka. Hubungi mereka dahulu dan minta butir transaksi bayaran yang lengkap. Sebagai penjual, kita ada hak untuk bertindak sebegitu.

Berikut adalah beberapa kes yang pernah saya lalui:

Kes 1: Isi borang dahulu tapi belum bayar. Biasanya tidak sertakan butir transaksi bayaran. Ada dua keadaan kes ini. Satu, mereka isi dulu bayar kemudian. Atau memang saja-saja isi. Penyelesaian: Hubungi mereka. Tunggu sampai mereka respon. Kalau tidak respon, “good bye”.

Kes 2: Isi borang tapi tidak buat bayaran. Kes ini memang jelas mahu menipu. Kita dapat hidu penipuan pada bukti bayaran yang mereka berikan pada borang pesanan (emel) dan juga rekod di akaun bank. Kalau meragukan, hubungi mereka. Penipu biasanya tak akan balas emel kita.

Kes 3: Bayaran melalui MESIN DEPOSIT (offline). Ada juga kes di mana pembeli bayar pada sebelah siang dan isi borang pada sebelah malam. Dan si penipu pula memang bernasib baik isi borang pada sebelah siang pada hari itu itu. Jadi kita sangka mereka buat bayaran, tetapi orang lain yang buat bayaran (yang akan isi borang pada waktu malam).

Untuk kes ini, cadangan saya adalah, bagi sesiapa yang mahu buat bayaran dahulu (memasukkan wang ke akaun bank kita), MINTA MEREKA SMS dengan segera maklumat bayaran.

Kes 4: Sama seperti Kes 3 tetapi bayaran secara Online. Si pembeli A bayar dahulu, tetapi lupa mengisi borang. Kena pula ada seorang penipu pada waktu yang sama yang mengisi borang. Untuk kes ini, semak bukti bayaran dengan teliti. Hubungi mereka jika butir bayaran meragukan.

TIP TAMBAHAN:

1. WAJIBKAN pembeli memberikan maklumat yang penuh seperti NAMA PENUH, NO. TEL, NO I/C (jika perlu). Kalau mereka tidak berikan NAMA PENUH, tempahan tidak akan diuruskan.

2. Ini TIP PENTING, terutama untuk penjual ebook. Jangan terlalu cepat respon tempahan pembelian. Kita sudah beritahu awal-awal di laman pembelian bahawa urusan penghantaran link download akan dilakukan dalam tempoh 24 jam.

3. Perlu buat satu page khas untuk polisi. Atau paling kurang nyatakan di page maklumat bayaran. Nyatakan: Pesanan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Bayaran tidak akan dipulangkan kembali.

*Macam mana mahu pulangkan balik, maklumat mereka pun tidak lengkap. ;)

Jadi, berikan masa untuk anda melakukan semakan dengan teliti. Jangan terlalu ingin menunjukkan servis kita cepat, akhirnya penipu dapat ganjaran. Pembeli faham proses manual yang dilakukan, jadi kita juga memahaminya.

Apa pun yang penting, semak di akaun bank dahulu untuk pastikan bayaran sudah masuk. NAMUN ada satu perkara penting.

KESIMPULAN: Semuanya bertitik tolak pada diri kita sendiri. Kita ada hak untuk TEGAS dan “menyoal siasat” pembeli yang meragukan. Sebagai penjual, kita perlu sederhanakan sikap terlalu teruja semasa menerima bayaran. Lakukan dengan PENUH TELITI, sabar, buat dalam keadaan SEDAR dan yang penting, mulakan dengan BISMILLAH.

Daripada pengalaman saya, para penipu sebegini tidak akan membalas emel SOAL SIASAT yang saya hantar.

Semoga mereka insaf sebelum terlambat.

Polis

Semoga perkongsian ini tidak menakutkan mereka yang baru ingin memulakan perniagaan Internet. Seperti mana perniagaan OFFLINE, perniagaan ONLINE juga ada 1001 ujiannya tersendiri.

//Hakcipta Terpelihara SmartUsaha.com. Tidak boleh digunakan untuk apa jua tujuan tanpa kebenaran.

Incoming search terms:

  • kes penipuan dalam perniagaan
  • polis
  • penjual online penipu
  • tips peniaga online
  • biodata usahawan berjaya di malaysia makanan tradisional
  • penipuan peniagaan online
  • penipu perniagaan
  • peniaga cara on line
  • cadangan untuk peniaga online
  • bisnes online penipuan

Elakkan Dua “Kesilapan” Ini…

Mengelak kesilapan adalah satu tindakan yang bijak. Sepanjang saya melakukan perniagaan internet dari tahun 2005 sehingga sekarang (2010), boleh dikatakan amat banyak kesilapan yang telah saya lakukan. Namun saya melihat ia dari sudut positif di mana:

  • Kesilapan tidak boleh dielakkan,
  • Manusia adalah lemah, tiada yang sempurna,
  • Ia adalah satu ‘latihan’ untuk usahawan agar menjadi lebih cekal.

Jadi, saya tidak berputus-asa untuk terus melakukan perniagaan jika saya melakukan kesilapan (yang tidak disengajakan). Sebaliknya saya perlu belajar dan cuba untuk tidak melakukannya lagi.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • pejabat pos
  • profil usahawan yang terkenal di malaysia
  • article usahawan berjaya di malaysia
  • bidata usahawan yang berjaya
  • biodata usahawan terkaya di malaysia
  • biografi seorang usahawan
  • nicol david biografi ringkas

Ebook Panduan Asas Paypal: Jualan Dibuka

Makluman ringkas

Jualan Ebook Panduan Asas Paypal telah pun dibuka. Untuk 50 orang pembeli pertama, harga adalah RM20.00. Selepas cukup 50 orang itu, harga akan dinaikkan kepada RM30.00.

Boleh melihat sepintas lalu isi kandungan ebook ini pada video berikut:

*Video di atas memang sengaja dikaburkan.* :)

Layari laman web ebook ini di: http://www.duitdigital.com

Kepada anda yang mahu menyertai program affiliate, boleh daftarkan diri di sini:

http://www.duitdigital.com/affjv/

Seperti yang anda maklum, Sistem MiniNiaga akan dilancarkan pada pagi nanti (28/6/2010). Anda boleh memiliki ebook Panduan Asas Paypal secara PERCUMA dengan membeli sistem itu melalui link promosi saya.

Harap maklum, terima kasih.

MOHD ZULFADLI (SMARTZUL)

PS. Mengapa anda perlu akaun Paypal? Tonton video sepanjang 8 minit lebih ini:

Incoming search terms:

  • agen affiliate kad debit
  • panduan asas paypal smartusaha

MiniNiaga: Temubual Bersama Adly Flarebiz

Sekitar jam 1.00 pagi semalam (25/6/2010), saya telah menemubual saudara Adly Mukhtar atau lebih dikenali dengan panggilan Labanon. Beliau adalah Pengurus Projek untuk Sistem MiniNiaga yang bertanggungjawab memastikan projek itu berjalan dengan lancar.

Di dalam temubual ini, saya telah bertanyakan hampir 10 soalan mengenai Sistem MiniNiaga dan selebihnya mengenai perniagaan Internet secara umumnya.

Smartzul & Labanon

Tanpa melengahkan masa, anda boleh muat turun (download) fail audio rakaman temubual ini di sini:

http://mininiaga.smartusaha.com/temubual

Sedikit sebanyak beberapa persoalan yang berlegar di fikiran anda akan terjawab melalui temubual yang berlangsung sekitar 30 minit ini.

Semoga bermanfaat.

PS. Mohon maaf jika kualiti audio kurang memuaskan. Talian Internet tidak begitu ‘membantu’ pada sesi temubual melalui Internet ini.

PPS. 28hb Jun 2010 (Isnin) ini, dunia Perniagaan Internet di Malaysia akan berubah dengan mendadak. Tidak percaya tidak mengapa. Tunggu sahaja hari tersebut.

Incoming search terms:

  • contoh soalan temu bual usahawan
  • temubual usahawan
  • soalan temu ramah usahawan
  • soalan temubual usahawan
  • contoh soalan temubual
  • contoh soalan temu bual
  • soalan temuramah usahawan
  • soalan temu bual usahawan
  • contoh soalan temu ramah usahawan
  • soalan temuramah

Sukarnya Membina Minisite Yang Lengkap

Minisite adalah sejenis laman web ringkas yang biasanya digunakan untuk menjual satu produk sahaja. Contoh minisite adalah seperti:

Minisite yang lengkap bermaksud ia dilengkapi dengan borang pesanan dan juga sistem Affiliate (jika perlu). Bagi mereka yang telah biasa atau mempunyai kemahiran teknikal, mungkin tiada masalah. Namun bagi mereka yang masih baru, ia merupakan cabaran yang menduga juga.

Terus terang saya katakan, sepanjang pengalaman saya di dalam menyiapkan sesuatu produk untuk dijual, salah satu perkara yang betul-betul membuat “mood” saya tercabar adalah membuat minisite yang lengkap terutama untuk membuat laman pembelian (borang pesanan – order form-), laman terima kasih dan lain-lain halaman (page).

Laporan “Kegagalan Membina Minisite”

Mungkin anda mengenali Team Flarebiz. Mereka terkenal dengan sistem Niagakit yang telah mendapat hebohan sebahagian besar Internet Marketer dan juga blogger, malah telah mendapat liputan media.

Pada pertengahan tahun lepas, mereka telah mengadakan sebuah bengkel (kursus) membina minisite. Daripada bengkel itu, mereka membuat keputusan bahawa hampir 70% para peserta “gagal” menguasai kemahiran membina minisite walaupun seharian suntuk berada di bengkel! Ia amat mengejutkan.

Jika anda mahu membaca laporan “kegagalan” itu, anda boleh download dengan klik di sini. Bersama laporan itu, anda juga akan mendapat sebuah modul membina minisite bernilai RM197.00! Ya, modul inilah yang digunakan oleh Team Flarebiz di bengkel yang dinyatakan itu. Kini menjadi milik anda secara percuma.

Apakah Solusinya?

Pada tahun 2007, saya hadir memberikan solusi dengan sistem EMS bersama produk Panduan Mudah FTP. Namun sistem ini masih ada banyak kekurangan. Walaupun ada banyak permintaan untuk mengubahsuai sistem itu, saya biarkan sahaja dengan mengharap ada solusi terbaru.

Kini, pihak Flarebiz.com hadir dengan sebuah sistem yang telah diuji dan digunapakai oleh sebilangan besar usahawan internet Malaysia. Saya sendiri juga sedang mengujipakai sistem tersebut dan saya amat-amat berpuas hati. Masakan tidak, keinginan saya untuk melihat wujudnya pelbagai pilihan kaedah membina minisite akhirnya direalisasikan.

Apakah nama sistem itu? Berapakah harganya?  Bagaimana ia berfungsi? Sejauh mana ia memudahkan? Segalanya akan terjawab nanti. Namun, untuk menghilangkan sedikit segala pertanyaan tersebut, anda boleh melawati laman web berikut:

http://www.mininiaga.com

Nantikan ulasan saya terhadap sistem ini, pro dan kontranya sekali. Tandakan pada kalendar anda, 28/6/2010 (Isnin) ini, sistem itu akan mula dilancarkan kepada umum.

-

Incoming search terms:

  • contoh temuramah peniaga
  • contoh soalan temu ramah pengguna
  • contoh soalan temubual usahwan
  • flarebiz achievement
  • panduan membina minisite
  • soalan temuramah tentang perniagaan
  • temuramah peniaga
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)