Mengapa Asyik-Asyik Persalahkan Melayu??

Pemikiran saya dulu terlalu mudah mengikut apa kata orang. Maklumlah, di sekolah selama 11 tahun saya hanya diajar ikut sahaja apa yang cikgu ajar, tapi tidak atau kurang diajar mempersoalkan dan berfikir… Tapi kini, saya cuba mempersoalkan apa sahaja perkara kerana amat rugi saya ada akal, tapi hanya ikut-ikut sahaja.

Jika anda mengikut perkembangan Sains contohnya, sudah banyak penemuan-penemuan dahulu yang kita belajar dalam buku sekolah sudah dinafikan di zaman ini. Jika di sekolah kita percaya mengenai A, hakikatnya ia tidak benar. Begitu juga hal-hal adat yang mana ada dianggap sebagai syariat Islam, padahal ia adalah perkara syirik dan kurafat. Ini berlaku kerana adanya golongan manusia yang terus berfikir dan mempersoalkan.

Saya membahagikan pemikiran manusia kepada dua jenis:

1. Pemikiran lapuk atau klasik

2. Pemikiran bijak (akal yang cerah)

Pemikiran klasik adalah pemikiran yang dimiliki oleh orang yang hanya taklid buta atau tidak menggunakan akal dengan sebaiknya. Akal hanya berfungsi dengan baik jika ada ilmu dan pengetahuan. Mudah dikatakan, mereka hanya angguk-angguk, geleng-geleng, ya ya dan tidak-tidak. Mereka tidak mempersoalkan. Akal mereka lesu, takut atau malas untuk mempersoalkan.

Continue reading “Mengapa Asyik-Asyik Persalahkan Melayu??”

Pelaburan SCK Internet HARAM! – Fatwa Rasmi

*SCK = Skim Cepat Kaya

Saya tak pasti ada ke tak pelaburan Internet yang halal, kalau ada, fatwa ni hanya untuk yang haram jer.. 😉 Mari kita tengok fatwa rasmi yang telah dikeluarkan dan telah disiarkan di berita (TV):

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=TP4viviYQjY]

Semoga fatwa rasmi yang telah dikeluarkan ini adalah satu titik noktah agar umat Islam tak lagi bermalas-malasan, banyak alasan, tak mahu kerja, nak mudah, dan agar fatwa ini mengekang kita daripada sumber yang jelas HARAM.

Wassalam.

Pelaburan ‘HARAM’..

Hehe, tarik nafas dulu… Apa yang saya nak citer hari ni bukan fatwa atau hukum syari’at. Saya nak kongsi dari segi hukum undang-undang negara. 😉

Semalam saya sudah berjanji untuk kongsi satu fakta mengenai pelaburan haram mata wang asing di dalam negara kita samada secara online mahupun offline.

Apapun, apa yang akan saya taip ini hanya overview sahaja dan saya akan mengedarkan salinan pdf yang lengkap mengenai hal ini. Ops, ini bukan cerita dongeng saya, tapi saya merujuk kepada satu prospektus oleh bank Negara Malaysia yang saya dapatkan dari bank semasa pergi berurusan beberapa hari lepas.

Jadi, mari kita lihat apa yang dinyatakan dalam prospektus tersebut:

1. Di Malaysia, semua urusan di dalam mata wang asing mesti dibuat dengan atau melalui peniaga mata wang asing yang diberi kuasa. Seseorang (individu atau syarikat) yang bukan peniaga mata wang asing yang diberi kuasa tidak dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan atau berdagang dalam mata wang asing.

2. Berdagang dalam mata wang asing ialah aktiviti pelaburan dalam mata wang asing dengan tujuan untuk mendapat pulangan yang tinggi daripada pergerakan kadar tukaran mata wang asing. Oleh itu, jika anda diajak untuk melabur wang anda dalam mata wang asing, tidak syaklah ia adalah satu sindiket dagangan HARAM mata wang asing.

3. Tindakan ke atas Pedagang haram mata wang asing. Bank Negara Malaysia sentiasa memantau kegiatan dagangan mata wang asing untuk mengesan kegiatan haram. Tindakan yang diambil adalah termasuk menjalankan serbuan dari masa ke semasa ke atas pengusaha haram oleh Unit Penyiasatan Bank Negara Malaysia. Wang yang disita semasa sebuan ini akan dirampas dan pengusaha akan dihukum mengikut saluran undang-undang. 8)

Sumber rujukan:
Prospektus Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing
Program pendidikan pengguna oleh Bank Negara Malaysia dan Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia.

Komen SmartUsaha:

Bagaimana? Terkesima mendengar cerita best di atas? Satu persoalan saya, adakah FOREX di internet dan juga pelaburan SwissCash termasuk dalam pelaburan haram di atas? Saya bertanya, bukan mengata.. 😉

PS. Kepada yang aktif atau dalam istilah menjadi dalang / ‘kepala’ perdagangan mata wang asing ni, hati-hatilah sebab dalam tak sedar, ada mata-mata manusia yang sedang memerhati kita yang menunggu masa sahaja untuk menyerbuuuu.. hehe. Ingatlah orang yang tersayang. Jangan akhiri hidup anda di dalam lokap. 🙂

PPS. Seorang kawan saya menyatakan, di Malaysia hanya beberapa buah pihak sahaja yang dibenarkan oleh bank negara melakukan perdagangan / pelaburan mata wang asing atau FOREX. Tapi katanya amat pelik, begitu banyaknya wujud syarikat atau pihak yang menguruskan pelaburan ini. Mengapa begitu? Hehe, anda sebagai pengguna, berhati-hatilah.

Disclaimer: Segala info di atas adalah mengikut cetakan prospektus dan bukan nasihat rasmi dan tidak boleh dijadikan sebagai rujukan muktamad atau rujukan dalam kewangan dan pelaburan anda. Segala fakta dan maklumat boleh berubah bila-bila masa. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihat guaman.

UPDATE TERKINI: Kepada pelabur forex, jangan cepat melenting kerana tulisan ini tak menuju kepada forex. Tulisan ini adalah umum mengenai pelaburan matawang asing yang tidak sah di sisi undang-undang! Cuma, di dalam tulisan ini saya hanya bertanya sahaja mengenai forex! Bukan menuduh dan menuding.. Harap memahami, kerana ada beberapa pelabur forex begitu ‘hot’ dan marah terhadap tulisan ini. Please be profesional.. Jika anda benar, kenapa nak takut kan? 😉

Satu lagi, baca 3 kali part disclaimer tu..

Kalau anda faham apa yang saya nak sampaikan melalui tulisan ini, saya yakin anda tak akan marah-marah. 😉

Puasa dah tak lama.. 😆 So, berbukalah dengan rezeki yang halal dan jelas. InsyaAllah.

Jangan malas untuk bekerja, tiada jalan mudah untuk mudah. Nak seribu daya.

Wassalam.

Web designer is NOT web marketer

Wahh, tajuk kali ni dalam bahasa omputih lak yer.. Jangan takut, smartusaha.com akan terus ditulis dalam bahasa Melayu untuk tatapan semua. Tapi kekadang, apa salahnya tulis sikit dalam BI kan? Sebab kita kena pergi global. Oh ya, anda perlu tahu, penulisan saya dalam blog ini dalam BM bukan bermaksud agar kita guna BM di dalam perniagaan internet kita. Penulisan di sini adalah sebagai rujukan anda, dan terserah kepada anda nak pergi global atau tempatan, tapi kata yang pakar dan mengikut kajian, kuasa belian orang Malaysia di internet masih rendah. Penulisan dalam blog ini adalah untuk rujukan bagi mereka yang ‘tidak suka’ dan susah nak faham bahasa inggeris. Tapi dalam masa yang sama, belajar lah ekk bahasa inggeris tu.. 🙂

Ok, berbalik kepada topik kali ni, perekabentuk web BUKAN ‘pakar’ pemasaran internet, kebanyakkannya.. Saya pernah mendengar seorang web designer memberi komen kepada salah sebuah site yang dikatakan design tidak berapa bagus (memang betul), tapi sayangnya, pandangannya hanya tertumpu kepada rekabentuk sahaja. Apabila melihat dua buah website miliknya, wahh, memang cantik! Tapi, kekurangan ciri-ciri pemasaran internet yang efektif. Hanya design, gambar produk dan form order sahaja..

Aspek yang pertama saya melihat adalah penggunaan Title website dan juga kandungan meta-tag. Lain-lain lagilah, seperti teknik-teknik yang lain.. Cukup dua aspek tersebut, aspek lain saya tak tengok, sudah menggambarkan dia tidak begitu menekankan konsep SEO dan beberapa teknik yang lain.

Pendek cerita di sini adalah, sehebat mana pun seseorang web designer tersebut, mereka belum tentu mengetahui mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pemasaran internet ini.

Ops, sebelum itu saya memohon maaf kepada web designer, saya tak bermaksud semua, tetapi kebanyakan. Dan anda juga perlu tahu, saya juga adalah web designer.. 🙂

Pokok pangkal di sini adalah, jika anda ingin mencari web designer atau web developer, pastikan mereka mengetahui serba sedikit mengenai konsep pemasaran internet, agar website anda bukan setakat kemas pada rekabentuknya, malah ada ciri-ciri yang boleh menarik pelawat untuk membeli.

Wassalam.

PS. Design kemas + Teknik Pemasaran Efektif = $$$$