Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Terima Kasih

Sebagai seorang manusia, tidak cukup hanya berterima kasih kepada Allah sahaja. Kita juga perlu berterima-kasih kepada manusia.

Seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.:

“Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak mensyukuri Allah”. (Hadith riwayat Ahmad dan At-Tirmizi. Kata Al-Albani: Sahih)

…dan barangsiapa yang melakukan kebaikan kepadamu, maka balasilah dia, jika kamu tidak dapati apa-apa untuk membalasinya, maka berdoalah untuknya hingga kamu dapati bahawa kamu telah membalasinya”. (Hadith riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i dengan sanad-sanad As-Sahihayn)

Saya tidak akan berada di tahap ini sekarang tanpa ada orang “di belakang” yang menyokong saya, membimbing, menunjuk jalan dan termasuklah yang mengkritik.

Saya ucapkan terima kasih kepada:

1. Mentor-mentor saya yang langsung atau tidak langsung.

2. Penulis-penulis buku yang banyak memberikan input positif.

3. Pemandu-pemandu bas dan kenderaan awam yang membawa saya sampai ke destinasi yang saya tuju.

4. Tukang-tukang masak yang pernah saya makan masakan mereka. Terima kasih kerana ia membuatkan saya terus bertenaga untuk berjuang..

5. Pembaca blog dan tulisan saya. Tanpa anda saya mungkin tiada semangat untuk menulis.

6. Rakan-rakan Facebook dan forum yang pelbagai prinsip. Membuatkan saya semakin matang di dalam menilai erti sebuah hidup dan menjadi diri sendiri.

7. Para pengkritik. Tanpa anda, saya tidak akan tertekan untuk terus berusaha dan memecut ke hadapan. Terima kasih.

8. Para pesaing perniagaan yang menjadikan saya tidak duduk diam untuk terus meningkatkan usaha dari masa ke semasa..

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Inspirasi Maya Enterprise, Genap 3 Tahun!

Mungkin pembaca semua dan juga pengikut setia saya tidak mengetahui nama perniagaan saya. Sebaliknya lebih mengenali nama saya dan juga nama domain blog ini iaitu SmartUsaha.com.

Nama perniagaan saya yang berdaftar adalah Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X). Nama domain perniagaan ini adalah www.InspirasiMaya.com.

Sijil Pendaftaran Perniagaan

Sijil Pendaftaran Perniagaan ('06)

Inspirasi Maya Enterprise didaftarkan pada 5 Disember 2006. Kiranya pada hari ini, 5 Dis 2009, genaplah 3 tahun perniagaan yang berdaftar ini. Walaupun berdaftar pada 5 Disember 2006, namun saya melakukan perniagaan internet dari tahun 2005 lagi.

Namun bagi saya, sesebuah perniagaan yang berusia di bawah 10 tahun, ia terlalu muda untuk dikira sebagai matang. Tiga tahun pertama hanyalah satu tempoh percubaan dan ujian. Jika lulus, maka kemungkinan besar perniagaan dapat diteruskan dengan lebih lama. Itu pun, masih terlalu banyak yang perlu dipelajari dan dilalui…

Sebenarnya, saya tidak terlalu menggunakan nama perniagaan ini. Saya lebih menggunakan SmartUsaha.com untuk penjenamaan. SmartUsaha.com adalah salah satu ‘produk’ Inspirasi Maya Enterprise (IME). Dan di bawah SmartUsaha.com, lahirnya beberapa produk tertentu.

Saya lebih banyak menggunakan nama perniagaan itu untuk urusan-urusan rasmi sahaja seperti penyewaan ruang pejabat, urusan kurier, urusan dengan pihak bank dan lain-lain lagi. Itulah antara kelebihan jika kita mempunyai nama perniagaan yang berdaftar, lagi-lagi melakukan perniagaan secara sepenuh masa.

Fungsi IME setakat ini saya lebihkan kepada penerbitan produk-produk informasi. Ada lagi beberapa bidang yang lain, namun tidak begitu aktif. Sekarang ia lebih kepada penerbitan produk informasi dan juga rangkaian blog. Fungsi ini akan diteruskan seperti biasa dan untuk memudahkan pengurusan, saya mendaftar sebuah lagi perniagaan…

Perniagaan baru tersebut khas untuk penganjuran kursus, seminar, bengkel, latihan dan juga konsultasi. Saya akan umumkan kelak namanya selepas saya siap melakukan perancangan. Dengan wujudnya perniagaan kedua ini, pergerakan saya lebih terancang dan teratur.

Semoga tahun 2010 nanti dapat dimulakan dengan baik. Dan semoga Allah memudahkan langkah saya dan langkah para saudara-saudari semua agar dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Layanan Pelanggan Bertahap Super

gunting-rambut

Pada hari Khamis lepas, saya pergi bergunting rambut di kedai gunting mamak. Saya dilayan oleh tukang gunting yang sama walaupun di sana ada ramai tukang gunting. Seperti sudah ditakdirkan saya mendapat tukang gunting tersebut (termasuk kerusi yang sama) setiap kali ke kedai itu. Kali ini adalah kali ketiga sebenarnya.

Kata tukang gunting itu kepada saya, “Sudah lama tidak nampak?”

Saya membalas, “Ya, sudah sebulan lebih.”

Dalam hati saya berkata, “Aku baru dua kali datang ke sini, dia sudah ingat muka aku. Kalau di kedai gunting lain, mereka akan ingatkah?”

Sebab itu perniagaan orang-orang mamak maju. Layanan mereka terhadap pelanggan adalah bertahap Super. Belum masuk kedai pun mereka sudah senyum dari jauh. Padahal mereka belum pasti pun saya mahu gunting rambut atau sekadar berhenti di hadapan kedai mereka.

Saya bukanlah mahu memperlekehkan kedai gunting bangsa lain. Malah saya tidak dapat apa-apa pun daripada perlekehan tersebut. Lagipun, bapa saudara saya juga seorang tukang gunting. Jadi buat saya mengutuk bangsa sendiri?

Namun, jika 10 buah kedai gunting saya pergi selama ini, 8/10 daripadanya amat tidak memuaskan hati layanannya. Saya pernah dimarah-marah. Saya pernah dikasari dengan kata-kata. Mengapa jadi begitu? Akibatnya, kedai-kedai gunting itu tidak akan saya jejaki kaki lagi…. Kini saya mula ‘bermanja-manja’ dengan kedai gunting mamak pula.

Tetapi saya tidak nafikan, ada kedai gunting orang Melayu yang bagus layanannya. Cuma, sedikit sukar untuk menemuinya. Mungkin ini hanya dari segi perspektif dan di persekitaran saya sahaja dan bukan di tempat lain.

Ini sebenarnya bukan masalah bangsa. Tetapi masalah individu. Tidak kisahlah apa pekerjaan kita, jika kita berusaha untuk melakukan secara profesional walaupun simple, insyaAllah orang akan suka.

Jangan sebab nila setitik, habis disalahkan satu bangsa. Sama-samalah kita meningkatkan kualiti di dalam layanan terhadap para pelanggan kita.

*Gambar yang ditunjukkan di atas adalah gambar hiasan sahaja.
Kredit: http://www.sxc.hu/photo/728818

Sekitar Bengkel Penulisan Buku PTS

Pada hari Ahad lepas, 25/10/2009, saya telah menyertai bengkel Penulisan anjuran Puan Ainon Mohd (PTS). Saya berhajat untuk membuat ulasan, namun nampaknya saya tiada idea untuk menulis kerana kebanyakan info dapat diperolehi jika mengikuti saya di Facebook.
Secara ringkasnya, selepas tamat bengkel, saya bersama beberapa orang rakan seperti Zamri Mohamad, Izwan Robotys, Firdaus dan Azree Hanifiah telah ke rumah Puan Ainon di Janda Baik dan bermalam di sana. Peluang ini sama sekali saya tidak terfikir sama sekali dan selepas dinyatakan oleh saudara Izwan, saya mengambil peluang itu serta merta. Lagipun, pada malam itu saja tiada apa-apa aktiviti lain di bilik hotel.
Banyak yang dikongsikan oleh Puan Ainon

Pada hari Ahad lepas, 25/10/2009, saya telah menyertai bengkel Penulisan anjuran Puan Ainon Mohd (PTS). Saya berhajat untuk membuat ulasan, namun nampaknya saya tiada idea untuk menulis kerana kebanyakan info dapat diperolehi jika mengikuti saya di Facebook.

Di sini saya tidak mahu bercerita mengenai bengkel tersebut kerana anda sudah pasti akan isi kandungannya iaitu cara menulis buku. Anda boleh melihat gambar-gambar yang akan saya kongsi di bawah..

Secara ringkasnya, selepas bengkel selesai, saya bersama beberapa orang rakan iaitu Zamri MohamadIzwan aka RobotysFirdaus Ariff dan Azree Hanifiah telah ke rumah Puan Ainon di Janda Baik dan bermalam di sana. Peluang ini saya tidak terfikir sama sekali dan selepas dinyatakan oleh saudara Izwan, saya mengambil peluang itu serta merta. Lagipun, pada malam itu saya tiada apa-apa aktiviti.

Banyak yang dikongsikan oleh Puan Ainon pada malam tersebut. Lima jam tanpa henti (sehingga jam 1.30 pagi) beliau mencurahkan ilmu dan pengalaman beliau. Walaupun badan saya sedikit penat, namun dikuatkan juga untuk terus menerima ilmu. Alhamdulillah, nampaknya beberapa perancangan saya semakin nampak jelas… Dari mana dan ingin ke mana?

Hanya gambar berikut yang mampu saya kongsikan kerana saya terlalu banyak perkara yang mahu ditulis. Sekeping gambar mempunyai 1001 maksud…

Foto-foto berikut adalah ikhsan daripada Zamri Mohamad (Jurugambar: Firdaus Ariff).

Dari Kiri: Yusnizam, Puan Ainon, Zamri Mohamad dan SmartZul

Dari Kiri: Yusnizam, Puan Ainon, Zamri Mohamad dan SmartZul

Zamri Mohamad, SmartZul & Azree Hanifiah

Zamri Mohamad, SmartZul & Azree Hanifiah

Izwan aka Robotys: Nampak sempoi, tapi otak begitu bergeliga.

Izwan aka Robotys: Nampak sempoi, tapi akalnya begitu bergeliga.

Puan Ainon: Nampak serius, tapi seorang yang baik hati.

Puan Ainon: Nampak serius, tapi seorang yang amat baik hati. Kini saya letakkan beliau sebagai mentor dan sumber inspirasi saya..

Puan Ainon sedang menyampaikan ilmu.

Puan Ainon sedang menyampaikan ilmu.

Bersarapan bersama-sama sebelum meneruskan perjalanan pulang...

Keesokan paginya, kami bersarapan bersama-sama sebelum meneruskan tujuan & destinasi masing-masing...

Nah, inilah gambar saya yang paling terkini.. Maaf, ada sebiji jerawat sehingga menghilangkan kehenseman saya sepenuhnya. :D

Ya, inilah saya... ;)

Ya, inilah saya... ;)

ps. Daftarlah Facebook dan berkomunikasi bersama saya di sana. Banyak juga tip, info dan artikel yang saya tulis di sana:

http://facebook.com/mohdzulfadli

pps. Baca juga: Ulasan Puan Ainon Mengenai Saya.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)