Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet » Umum

Apakah Yang Menarik Anda Ke Belakang? Tangan Ghaib.
Terkadang kita tertanya-tanya, mengapa kita tidak mendapat kejayaan seperti mana orang lain. Soalan ini adalah normal bagi kebanyakan orang terutama mereka yang masih mencari potensi diri sendiri.

Di antara sebab mengapa kita masih berada di tahap yang sama adalah kerana:

Kita masih belum menetapkan matlamat yang jelas dan spesifik. Mudah katanya, kita tidak tahu apa yang kita mahukan dalam hidup ini dan apa yang perlu kita lakukan.

Belum mengenal diri sendiri seperti kekuatan dan kekurangan diri.

Masih dihantui oleh sejarah hitam yang lepas. Jika ini puncanya, dapatkan nasihat daripada pakar ataupun ahli-ahli ilmu Agama. – Lupakan kisah lalu. ALLAH sentiasa berikan peluang untuk kita membina ruang yang baru.

Sifat negatif seperti dengki, marah, panas baran, tidak boleh menerima nasihat, mengumpat, memfitnah, iri hati, sombong, ego, busuk hati dan sukar bertolak ansur… Sikap-sikap sebegini membuatkan kita hanya memfokus pada masalah dan bukan pada pembangunan diri, hidup dan kerjaya/bisnes.

Jiwa yang rapuh, iaitu jiwa yang begitu kosong dengan pengisian spiritual (rohani).

Terlalu banyak berfikir perkara yang tidak perlu difikirkan.

Kerap membandingkan diri dengan orang lain.

Tidak tetap dan tekad dengan satu usaha dan kerja. Mahu melakukan banyak perkara dan apa sahaja adalah punca hidup tidak mempunyai arah yang tetap.

Hidup tidak diurus dengan baik. Rutin harian tetap sama dan berlegar pada perkara yang sama. Tiada perubahan dan pembaikan dilakukan.

Keadaan-keadaan di atas umpama ‘tangan ghaib’ yang memegang bahu kita dan menarik kita ke belakang. Namun berita baiknya, kita sepenuhnya berkuasa untuk menghapuskan ‘tangan ghaib’ itu. Segalanya ada dalam genggaman tangan kita. Kita sendiri yang perlu menguatkan tekad dan membuat keputusan untuk berubah menjadi yang lebih baik.

Bagaimanakah caranya untuk mula berubah? Langkah pertama adalah tanya pada diri sendiri, apa yang dimahukan dalam hidup ini dan apa yang perlu dilakukan.

Mulakan dengan nama ALLAH dan berdoa kepadaNya memohon kekuatan, perlindungan dan bimbingan.

Incoming search terms:

apa yang menarik di internet

apa yang perlu kita buat jika bencikan seseorang

Apakah kekuatan ghaib

bagaimana memotivasikan diri jika menemui kegagalan dalm perniagaan

diri ghaib

pengisian spiritual

potensi diri anda

sejarah dapat memotivasikan diri

tak perlu sibuk hal orang

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/apa-menarik-anda-ke-belakang/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Hak Cipta Itu Adalah….
Umum mempercayai dan mengatakan, ilmu itu hanya hak ALLAH dan manusia tidak berhak meniagakannya. Benar, sesiapa pun mengakuinya. Ia benar. Tetapi ada kekeliruan yang tersebar…

Segala jenis ilmu memang milik ALLAH, tetapi hasil tulisan atau karya (contohnya seperti tulisan ini), siapa yang menulisnya? Ya, sudah pasti ia tidak akan tertulis dengan sendirinya bukan? Pasti ada manusia yang telah berusaha mengerah tenaga menulisnya, masa yang diambil, tenaga elektrik, kos bayaran internet dan sebagainya telah digunakan, malah dikorbankan…

Hak cipta itu maksudnya, yang dilindungi adalah tulisan, penemuan, formula, reka bentuk, karya atau bentuk hasilnya -hasil kerja-, sebaliknya bukan ilmu. Ilmu bersifat abstrak; tidak dapat disentuh, dirasa dan tiada bentuk. Tetapi bentuk penzahirannya itulah yang dilindungi dan haknya pula ‘dimiliki’ oleh si penzahir tersebut. Segala keputusan sama ada untuk mengenakan harga, percuma, boleh di’copy’ atau tidak, ataupun diwakafkan, empunya hak itulah yang akan menentukan.

Beliau berhak memiliki hak itu kerana telah mengerah otak, melalui penat lelah ‘terabai’ makan & minum, rela tidak bergaji demi menyiapkan satu ‘penzahiran’, menggunakan banyak masa dan tenaga, malah mungkin kos wang ringgit.

Jadi amat perlu menghormati hasil kerja orang lain atau menggunakan hak mereka itu dengan cara yang betul mengikut saranan syarak dan juga undang-undang, jika kita juga mahu hak-hak kita dijaga dan dilindungi oleh ALLAH SWT. Insya Allah.

Buku berkaitan Harta Intelek yang amat bagus dibaca: Harta Intelektual Menurut Fiqh Islam – http://bit.ly/e96erx

ps. Artikel ini juga dilindungi oleh Akta Hakcipta.

*Sudah melawat dan membaca artikel Facebook Marketing di sini? http://smartusaha.com/notafacebook

Incoming search terms:

maksud hak cipta

akta hakcipta 1987

definisi hak cipta

maksud hakcipta

akta hak cipta

apakah maksud hakcipta

definisi akta hak cipta

definisi akta hakcipta

definisi akta hak cipta 1987

definisi akta hakcipta 1987

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/hak-cipta-itu-adalah/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

SmartUsaha, Saya Dan 2011
Apa khabar pembaca blog SmartUsaha.com, terutama pelawat “tegar”.

Maafkan saya kerana sudah tidak begitu kerap mengemaskini blog ini, terutama di akhir-akhir tahun 2010 ini. Banyak perkara yang telah berlaku tanpa dirancang. Salah satunya, orang yang paling saya sayang telah pun meninggalkan dunia ini selama-lamanya, iaitu nenek saya. Semoga rohnya tenang abadi di sana.

Educattic Mind

Seperti yang sebahagian maklumi, saya sekarang sedang mengusahakan satu perniagaan baru bersama beberapa orang rakan bisnes, iaitu Educattic Mind. Melalui ‘syarikat’ ini, fokus kami adalah menerbitkan ebook-ebook berkualiti yang mampu membantu para pembeli memenuhi kehendak mereka.

Alhamdulillah, projek pertama kami telah pun selesai dilancarkan pada 28.12.2010 lalu, iaitu projek ebook Kuasa Forum. Dari masa ke semasa, kami akan menerbitkan ebook demi ebook dalam pelbagai “niche” (bidang). Bukan hanya ebook, malah produk-produk informasi lain seperti audio dan video juga akan diterbitkan.

Peluang menulis: Jika tuan/puan ada pengetahuan, pengalaman, kepakaran dan kemahiran dalam satu-satu topik, kami menjemput untuk menulis bersama kami, Educattic Mind. Hubungi kami melalui emel proposal[at]educattic.com dengan menyertakan serba sedikit idea secara kasar. Kita akan berbincang lebih lanjut selepas itu.

Melalui Educattic Mind, penulis HANYA perlu menulis sahaja. Design, web dan segala-galanya kami yang akan siapkan. Tapi “marketing” perlulah penulis lakukan juga. Kemudian, keuntungan pula adalah dalam bentuk “peratusan royalti”. Hubungi kami bersama idea dan kita akan berbicara mengenai royalti ini. Perjanjian (kontrak penerbitan) akan dilakukan agar kedua-dua belah pihak melakukan usaha ini dengan lebih adil dan profesional.

SmartUsaha.com

Mungkin ada yang bertanya, jika saya telah bersama Educattic Mind, bagaimana pula dengan perniagaan persendirian saya? Jawapannya mudah sahaja: SmartUsaha.com akan terus beroperasi.

Di dalam dunia perniagaan, kita boleh mencipta banyak perniagaan dan perusahaan sama ada secara sendiri mahupun melakukan bersama-sama dengan rakan kongsi. Kalau kita kuat dari segi kewangan, kita boleh hanya menjadi “funder” sahaja untuk mana-mana projek perniagaan dan kemudian meraih untungnya kemudian.

Dipendekkan cerita, SmartUsaha.com akan terus seperti biasa, cuma mungkin ada beberapa perubahan yang akan dilakukan. Ini saya akan umumkan dari masa ke semasa.

2011?

Secara keseluruhan, saya tidak mahu terlalu “obses” dengan impian dan matlamat tahun baru. Cukuplah perancangan untuk setahun, itu sudah memadai. Berapa banyakkah matlamat tahun baru yang telah kita tetapkan dapat dicapai? Rata-rata kebanyakan hanya di atas kertas, tapi jauh sekali mencapainya.

Jadi, kita perlu tetapkan yang realistik dan boleh dilaksanakan sahaja. Tidak perlu terlalu gopoh mahu merubah diri dan perniagaan, sehingga akhirnya itu semua hanya menyusahkan kita sahaja.

Untuk tahun 2011, ada beberapa perkara dan usaha sahaja yang akan saya fokus. Semua ini masih dalam perancangan dan semua akan tahu apabila saya melaksanakannya. Tidak mahu nyatakan sesuatu yang belum pasti.

Itu sahaja coretan pada kali ini. Jumpa lagi!

Incoming search terms:

proposal pemasaran internet

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/smartusaha-saya-dan-2011/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Mengapa Berniaga Sepenuh Masa?
Jika kita membaca banyak tulisan terutama di kebanyakan blog dan forum, sebahagian besar menulis pro dan kontra di antara berniaga sepenuh masa dan makan gaji. Malah ada sesetengah yang lantang pula berkata, orang yang makan gaji itu amat selesa dengan kedudukan mereka dan bersifat penakut.

Saya tidaklah mahu berkata begitu, malah jika diberi peluang, saya juga mahu bekerja makan gaji. Selesa? Ya, apa salahnya mempunyai keadaan yang selesa? Bagi saya, yang berkata sinis terhadap orang yang makan gaji hanyalah mahu memotivasikan mereka sahaja untuk hilangkan takut bagi menceburi perniagaan. Kalau sudah takut, tidak perlulah menghina pekerjaan selain perniagaan.

Bagi saya, tidak kisah kita makan gaji atau berniaga sepenuh masa, yang penting adalah apakah niat kita? Jika kita niat makan gaji atau berniaga untuk wang semata-mata, maka di situlah bermulanya kepincangan. Yang makan gaji mudah tidak puas hati, manakala si usahawan pula sering berasa tidak cukup.

Jika niat kita ikhlas kerana ALLAH, apa sahaja yang kita lakukan akan menjadi lancar walaupun datang seribu jenis rintangan dan ujian. Ia bukan mengenai kerja atau usaha yang dilakukan, tetapi ia mengenai sejauh mana kita memiliki hati yang kuat untuk menghadapi cabaran?

Tidaklah perlu berkata apabila kita berniaga sepenuh masa, kita akan keluar daripada mulut singa (bos, politik pejabat…) kerana apabila kita menjadi usahawan, rintangan yang lebih besar sedang menanti di hadapan. Pelanggan yang cerewet, keadaan ekonomi tidak menentu, modal semakin menyusut, semangat diri yang naik turun dan 1001 lagi cabaran.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, mengapa usahawan memilih jalan perniagaan sepenuh masa? Adakah kerana kerja makan gaji itu satu pekerjaan yang hina? Adakah kerana jumlah pendapatan rendah? Jawapannya bukan kerana itu semua. Tetapi sebenarnya usahawan sepenuh masa hanya mahukan satu perkara sahaja:

KEBEBASAN

Mereka bebas menentukan pergerakan mereka. Mereka bebas menentukan waktu kerja mereka. Mereka bebas melakukan inovasi tanpa batas dan halangan. Mereka bebas daripada kekangan birokrasi jabatan. Mereka bebas bersuara. Mereka bebas mencuba sesuatu yang berisiko. Dan mereka bebas menentukan bentuk usaha yang mereka perlu buat.

Quit Your Job, James Kochalka.

Itu sahaja sebabnya. Bukan kerana kerja makan gaji itu hina, tidak bagus atau seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang. Usahawan sepenuh masa memerlukan masa yang banyak untuk melakukan banyak usaha. Kalau mereka bekerja makan gaji, maka secara automatik mereka akan tersekat dengan pekerjaan rasmi yang membataskan pergerakan mereka di dalam melakukan perniagaan.

Kepada anda yang makan gaji, usahlah gundah gulana dengan diri sendiri hanya kerana orang lain menjadi usahawan tetapi tidak anda. Tidak semua orang sesuai menjadi usahawan, kerana usahawan juga memerlukan pekerja yang setia dan bersungguh-sungguh.

Satu pesanan saya, jangan paksa diri untuk menjadi usahawan sepenuh masa. Ketepikan dahulu slogan “tiada apa yang mustahil” kerana yang tidak mustahil itu hanyalah dengan ILMU sahaja. Lakukanlah sesuatu perkara dengan akal yang waras dan jiwa yang tenang. Semuanya perlukan ilmu. Jika anda sudah bersedia menjalankan perniagaan sepenuh masa, “just do it!”.

Dan saya amat sarankan anda membaca dan khatam buku ini:

http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9780446696371

Seperkara lagi, hati-hati dengan motivasi-motivasi palsu yang menyarankan anda berhenti kerja tanpa sebarang perancangan yang teratur dan keputusan pada masa yang sesuai. Sekadar ada banyak duit, itu bukan jaminan untuk anda hidup senang lenang tanpa makan gaji. Duit kertas itu, TIDAK ADA SEBARANG NILAI.

Kepada usahawan, usahlah mendabik dada kerana tanpa pekerja yang hebat, usahawan tidak akan ke mana-mana. Jadi tidak perlu kita mengatakan yang negatif terhadap orang yang makan gaji. Merekalah tulang belakang utama usaha perniagaan kita dan merekalah penyokong kita.

Seperkara lagi, tanpa pembeli, usahawan juga tidak akan ke mana-mana. Dan fakta yang tidak dapat kita nafikan adalah, sebahagian besar pembeli itu adalah terdiri daripada mereka yang makan gaji. Jadi kalau mahu bandingkan siapa hebat (usahawan atau pemakan gaji?), tiada jawapan untuk itu kerana dua-dua hebat dan saling memerlukan.

Dalam niche Internet Marketing terutama yang jual ebook, 95% pembeli adalah orang yang makan gaji. Tanpa pembeli daripada golongan ini, seseorang Internet Marketer itu tidak akan ke mana-mana. Jadi siapa yang hebat sebenarnya?

Saya menulis artikel ini kerana ada beberapa sebab:

Risau dengan keadaan sekarang yang menyuruh orang ramai berhenti kerja. Jangan kerana mahu melariskan jualan ebook (produk informasi) atau peluang perniagaan, macam-macam ayat manis dikeluarkan. Kemudian yang berhenti makan gaji itu, mahu dapat RM100 sebulan pun terkial-kial.

Mahu menceritakan hakikat sebenar perniagaan dan makan gaji. Ia bukan mengenai mana satu yang lebih hebat, tetapi ia mengenai diri kita. Berniagalah atau makan gajilah, kalau diri kita tidak tabah, cekal, rajin dan berilmu, yang negatiflah biasanya kita dapat.

Setiap orang ada potensi diri masing-masing. Ada orang sesuai menjadi tentera kerana tubuhnya yang sihat dan sasa. Ada orang yang jenis setia, maka sesuai menjadi pembantu kepada usahawan kerana mereka ini pandai menyimpan rahsia tuannya (bos). Ada orang yang sukakan kebebasan, maka dirinya menjadi usahawan sepenuh masa.

Sampai satu tahap, saya cukup risau kerana di sana sini kita sering diributkan, hanya menjadi usahawan dan melakukan perniagaan sahajalah kita akan menjadi hebat. Bagi saya sendiri, saya amat tidak selesa dengan keadaan ini.

Berniagalah jika itu pilihan terbaik. Bukan kerana mahu lari daripada masalah di pejabat atau di tempat kerja. Kalau tempat kerja itu umpama mulut singa, perniagaan pula adalah umpama mulut buaya. Jadi kedua-dua bentuk pekerjaan ini memerlukan ilmu, kemahiran dan perancangan agar kita tidak menjadi mangsa kepada mulut singa atau mulut buaya.

Ilmu dan kemahiran diperlukan untuk menjinakkan singa dan buaya. Jika kita ada “seni” dan kemahiran yang baik, kita akan menjadi pekerja yang sukses. Bos yang garang dan bengis pun boleh ‘dijinakkan’. Itulah hebatnya ilmu! Begitu juga dalam perniagaan, pelanggan yang cerewet, ego dan marah-marah pun dapat disejukkan dan boleh menjadi kawan baik jika ada ilmu!

Tetapi hakikat kebanyakan, tidak ramai orang mahu menambah ilmu dan kemahiran mereka, sebaliknya mereka hanya mahu gaji dan duit.

Kalau bos selalu marah-marah di pejabat, rakan-rakan pekerja yang negatif, kerja bertimbun, penat dan sebagainya, ia sebenarnya mengenai PILIHAN kita. Kalau kita pilih untuk negatif, maka semuanya akan jadi negatif. Tetapi kalau kita melihat dan menerima itu semua dengan positif, maka kita akan tetap tenang dan menghadapi itu semua dengan sabar.

Tidak kiralah kita berniaga sepenuh masa atau makan gaji, yang penting adalah dua perkara, iaitu ILMU dan KEMAHIRAN. Kebanyakan pekerja yang sering mengeluh kerana mereka tidak menambah ilmu dan kemahiran mereka, sama ada ilmu dan kemahiran teknikal dan juga soft skills. Begitu juga usahawan, mereka tidak berkembang jika mereka tetap dengan ‘bantal busuk’ mereka.

Kalau kita tetap dengan ilmu yang sedikit itu, maka kita tidak akan berupaya untuk menghadapi cabaran yang lebih besar daripada ilmu itu. Maka tambahlah ilmu dan kemahiran sama ada dengan membaca dan belajar melalui kursus. Kepada usahawan pula, selain ilmu perniagaan, ilmu mengurus pekerja juga amat penting untuk dikuasai.

Akhir kata, semuanya bukan mengenai jenis pekerjaan kita, tetapi ia mengenai DIRI KITA iaitu sejauh mana kita ini berisi dengan ilmu dan kemahiran. Kalau kita mahukan dunia, maka kita perlukan ilmu. Kalau kita mahu akhirat, kita juga perlukan ilmu. Dan jika kita mahukan kedua-duanya, kita juga perlukan ilmu.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Incoming search terms:

motivasi pekerja

berniaga lebih baik dari makan gaji

berniaga atau bekerja

contoh borang penyertaan pertandingan

artikel motivasi pekerja

contoh borang penyertaan pertandingan pakaian

contoh borang pesanan

apaperlu buat berhenti kerja atau tidak?

usahawan sepenuh masa

bila waktu yang sesuai berhenti kerja makan gaji

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/berniaga-usahawan-sepenuh-masa-makan-gaji/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Adakah Saya Perlu Terus Menulis?
Boleh dikatakan, sudah agak terlalu lama saya memikirkan, adakah saya masih perlu menulis di blog ini? Walaupun tulisan demi tulisan diterbitkan di blog ini, namun ia ditulis dengan separuh hati.

Soalan yang lain, adakah ia masih relevan?

Soalan tambahan pula adalah, adakah tulisan-tulisan saya masih diperlukan?

Kesemua pertanyaan yang dipersoalkan ini bertitik-tolak daripada perubahan besar yang berlaku dalam bidang perniagaan internet (bagi niche Internet Marketing). Yang senior pergi ‘menghilang’, yang baru datang berganti. Hanya sahaja saya dan beberapa orang masih lagi kekal di karier ini. Yang lain entah ke mana menghilang.

Saya juga melihat kepada senarai emel yang berdaftar di autoresponder saya. Ada beberapa Internet Marketer yang juga rakan Online saya unsubscribe daripada LIST. Saya tidak kecewa, tetapi ia menambahkan lagi pertanyaan saya, apakah yang sedang berlaku? Ke mana mereka mahu pergi? Mengapa begitu?

Mungkin…. Mungkin sudah tiba masanya saya ‘bersara’ daripada jalan yang sedang saya lakukan ini dan membina ‘bangunan’ yang baru. Pasaran baru, model bisnes baru, nafas baru, sasaran baru dan usaha baru.

Hakikatnya, memang saya sedang ke arah itu. Sekarang ini, saya sedang menyelesaikan beberapa perkara sebelum saya dapat mencuci tangan dan mengangkat kaki ini menelusuri jalan yang baru.

Tunggu sahaja masanya untuk saya ucapkan ‘selamat tinggal‘.

Sekian.

-comment off-

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/perlu-terus-menulis/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

“Lihatlah Dengan Kasih Sayang…”
Pada hari ini, umur saya genap 28 tahun. Saya bersyukur kerana masih diberi peluang oleh ALLAH untuk terus hidup sehingga ke saat ini. Bermaksud, Dia berikan masa untuk saya melakukan perubahan dan memperbaiki amalan agar lebih baik.

Terdetik hati ini ingin mencoret serba sedikit nota sebagai peringatan kepada diri sendiri, perkara yang PERLU DIELAKKAN agar hati sentiasa tenang dan amalan sentiasa terjaga.

1. Mengumpat

Apabila kita tidak sukakan seseorang, elakkan mengumpat atau berbicara mengenai kekurangan atau kesilapan kecil orang lain, melainkan ia benar-benar perlu. Jangan kerana gara-gara ingin memuaskan hati yang bencikan seseorang, lantas kita membuka pekung orang lain.

Sikap buruk sebegini tidak akan menyelesaikan masalah yang timbul. Malah, masalah yang tidak wujud pun akan wujud. Yang lebih teruk, hati yang tidak sakit akan menjadi sakit. Itu baru satu masalah atau seorang individu yang diumpatnya. Jika lebih ramai? Maka lebih sakitlah hatinya. Patutlah tidak tenang-tenang dan asyik emosional selalu.

Contoh Bahayanya Mengumpat: Semasa Ali mengumpat mengenai seseorang, si pendengar setuju dan angguk-angguk, malah menambah satu dua ‘perasa tambahan’. Tetapi kemudian di satu hari, Ali melihat kawannya itu terlalu mesra dan angguk-angguk bersama si mangsa umpatan tempoh hari. Terdetik di hatinya, “Adakah aku telah meluahkan kepada si talam dua muka? Alamak…”

2. Jangan Simpan Di Dalam Hati

Kata orang ramai, jika tidak puas hati, luahkan. Jumpa individu terbabit, dan bincang. Terkadang, persepsi awal dan prasangka kita melebihi segala-galanya. Kita takut jika kita berterus-terang, orang akan marah dan bencikan kita. Padahal mungkin tidak begitu. Lakukan sahaja. Mereka suka atau tidak, itu bukan satu masalah besar.

Meluahkan kepada mereka adalah jalan terbaik berbanding meluahkan kepada orang lain. Ini kerana, orang lain itu kita tidak tahu hatinya. Kelak cerita kita itu akan dijadikan pisau untuk menikam kita dari belakang. Tersilap meluah, rupa-rupanya orang itu talam dua muka.

Di dalam perniagaan, jika tidak puas hati, pintu belakang (sesi mengumpat) bukanlah caranya. Kita boleh lakukan secara profesional. Masalah dan kekurangan adalah normal dan lumrah. Manusia itu bukan malaikat.

3. Melihat Dengan Kasih Sayang

Jika melihat seseorang melakukan kesilapan, lihatlah dengan kasih sayang, lagi-lagi jika mereka saudara seAgama. Jika kita melihat dengan kebencian, itulah titik mulanya masalah di mana:

Niat ikhlas akan rosak.

Masalah biasanya tidak akan selesai.

Mahu selesaikan KERANA benci, bukan kerana ikhlas.

Membenci bermaksud hati kita sakit.

Melihat dengan kasih sayang di sini bermaksud, kita tidak mahu saudara kita itu terlibat dalam hal-hal yang salah. Kita amat  risaukan mereka jika sesuatu terjadi kepada mereka akibat kesalahan yang dilakukan.

Jika kita lihat situasi sekarang, kebanyakan orang melakukan ‘amar makruf nahi mungkar’ atau menghadapi manusia dengan penuh ketegasan. Tegas itu tidak salah, tetapi ada satu kekurangan, iaitu KASIH SAYANG.

Dengan melihat dengan kasih sayang, hati akan tenang, kita tidak akan beremosi, tidak akan memberi komen dengan bahasa yang tidak baik di blog orang lain dan pelbagai lagi kelebihan. Selain melihat dengan kasih sayang, kita juga perlu bercakap, menulis, melawan balas dan mendengar dengan perasaan kasih sayang.

4. Berkelompok

Hidup berkumpulan memang wajar. Namun, jika sudah berkelompok-kelompok dengan menolak kumpulan lain yang baik-baik, itu berpecah-belah namanya.

Hidup berkelompok-kelompok biasanya akan menyebabkan kita hanya ‘syok’ dengan dunia sendiri sahaja, sehingga terlalu sukar untuk menerima dunia dan pemikiran orang lain. Lantas, kita akan hanyut dan tenggelam dalam dunia kecil kita. Ketinggalan dan ditinggalkan… Rugi.

5. Taksub

Sehebat mana seseorang, kita boleh jadikan mereka sebagai guru, rakan atau mentor kita. Namun apabila terlalu taksub, sama seperti perkara ke-4 di atas, kita akan terkongkong dengan satu lorong pemikiran sahaja. Lantas, kita akan mudah memangkah dan menolak apa jua pendapat orang lain walaupun ia baik dan betul.

Jika kita mahu maju, semua pendapat perlu kita terima dan mendengarnya agar kita dapat menilai sesuatu dengan bukan hanya satu dimensi, tetapi dengan pelbagai sudut pandangan.

6. Membazir Masa

Zaman sekarang zaman Facebook. Bagi hati yang lemah, ia sebenarnya satu bahana yang amat merugikan jiwa, hati, pekerjaan dan perniagaan. Kehebatan Facebook atau apa sahaja laman web sosial lain seperti MySpace, Twitter dan sebagainya, atau apa sahaja medium lain seperti blog dan forum Online, pastikan ia tidak mencuri masa untuk kita berproduktviti.

Bagi saya, membazir masa di laman sosial adalah salah satu kesalahan terbesar di abad ini yang dilakukan oleh ramai orang. Gunakan teknologi ini untuk sekadar ruang yang sepatutnya. Tidak perlu berlebih-lebihan.

Kepada yang melakukan Internet Marketing, jangan terlalu bergantungan dengan Facebook. Utamakan juga strategi dan teknik yang lain. Aturkan masa khas untuk ‘bersosial marketing’ di Facebook atau di laman web sosial yang lain. Apa pun, jangan disalahkan laman web sosial tersebut, tetapi salahkan diri sendiri. Gagal merancang, bermaksud merancang untuk gagal.

7. Kurang Membaca

Tidak kisahlah membaca buku atau sebagainya, selagi ia satu bahan bacaan yang boleh ‘menajam’kan otak dan minda, lakukan sahaja.

Sesetengah orang tidak tahu untuk membicarakan sesuatu kerana mereka kurang membaca. Mereka kekurangan input, maka bagaimana mereka dapat mengeluarkan output yang berguna kepada orang lain. Akibat kurang membaca, maka yang dibicarakan hanyalah hal yang sama sahaja setiap masa kerana kekurangan input.

Bacalah dan terus membaca walaupun satu muka surat sehari. Bahan bacaan mungkin berkaitan dengan bidang kerjaya atau apa sahaja topik yang berguna untuk kehidupan.

8. Sibuk Hal Orang

Yang terakhir adalah penyakit “sibuk hal orang”, atau “busy body”. Setiap hari, ada sahaja yang tidak puas hatinya. Si A salah, si B salah, si C tidak baguslah, si D itu ini.

Bayangkan, betapa banyaknya masa yang akan kita habiskan jika terlalu sibukkan hal orang. Padahal kita tidak perlu pun bersibuk-sibuk hal orang. Hal diri sendiri pun belum selesai dan masih banyak yang perlu dilakukan.

Pasti akan ada yang menyatakan, “Kami bukan menyibuk hal orang. Bukankah Islam menyuruh kita menasihati sesuatu yang baik dan mencegah yang mungkar?” Mereka ini pandai berkata-kata, tetapi tindakan menasihati dan mencegah itu langsung tiada. Sebaliknya mereka lebih suka mengumpat dan membicara hal buruk orang. Mahu mencegah yang mungkar, tetapi mereka tidak sedar, mereka menambah satu lagi kemungkaran (mengumpat, memfitnah).

Dalam satu sisi lain, ada sesentengah orang hanya suka melihat prestasi orang lain sehingga terabai mengisi ruang hidup dan perjuangan sendiri. Setiap kali mereka mahu melangkah, mereka melihat orang lain telah jauh ke hadapan. Lantas mereka tidak jadi bertindak, gara-gara semangat sudah luntur akibat asyik melihat orang lain.

Untuk berjaya, sibukkanlah diri dengan usaha sendiri. Orang lain biarlah dengan usaha dan pencapaian mereka. Rezeki masing-masing, perjalanan juga masing-masing. Setiap orang ada lorong-lorong kehidupan tersendiri, jangan dibanding-bandingkan. Kelak lemah jiwa dan raga.

Penutup

Semoga kita cemerlang dunia dan akhirat, fizikal, mental dan spiritual. Kurangkan yang negatif (sifat mazmumah) dan lebihkan yang baik-baik (mahmudah). Semoga kita memiliki hati yang tenang!

Hati yang sihat akan berkasih sayang.

Wassalam.

Incoming search terms:

bila kita sayang seseorang

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/lihatlah-dengan-kasih-sayang/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Skim cepat kaya di internet kembali bermaharajalela cari mangsa – Berita Harian
2010/03/19: SKIM cepat kaya kembali berleluasa terutama melalui internet. Penganjur program dan ahli terbabit amat licik mempengaruhi rakyat seperti menggunakan istilah perniagaan internet atau e-Commerce. Padahal itu hanya umpan dan tiada perniagaan dilakukan.

Hakikatnya, mereka menyalahgunakan istilah itu dengan menawarkan program tanpa produk untuk dijual beli dan ia sekadar ‘bayar duit dapat duit’.

Perniagaan internet sebenar memerlukan kita mempunyai produk atau perkhidmatan untuk dijual beli. Inilah konsep asas perniagaan sebenar dan bukan seperti skim cepat kaya yang mendapat duit melalui duit orang lain.

Tanpa kemasukan ahli baru, skim cepat kaya tidak dapat bertahan lama. Berbeza dengan perniagaan sebenar yang daya tahannya lebih lama selagi ada pembeli.

Semoga rakyat tidak mudah tertipu dengan pihak yang kononnya menjanjikan keuntungan lumayan. Selidiki dan rujuk pihak berpengalaman untuk mengesahkan sesuatu peluang perniagaan.

Perniagaan melalui internet memerlukan ilmu, kemahiran, usaha dan masa. Sesuatu tidak dinamakan perniagaan jika hanya melabur sejumlah duit dan kemudian mendapat duit tanpa sebarang usaha. Jangan mudah tertipu.

MOHD ZULFADLI,

Johor Bahru.

Sumber: http://www.bharian.com.my

Incoming search terms:

skim cepat kaya internet

kayadiinternet

skim cepat kaya di internet

skim cepat kaya di johor bahru

skim cepat kaya mangsa

skim cepat kaya menggunakan internet

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/skim-cepat-kaya-internet/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Isu: Kadar Bayaran Ceramah
Setelah melakukan sedikit kajian dan pembacaan mengenai penetapan kadar bayaran untuk jemputan ceramah, saya dapati ada dua pendapat atau ‘mazhab’ (kumpulan):

Ceramah sebagai amalan akhirat (tidak caj mahal)

Caj dari sudut pandangan bisnes

Kedua-dua kumpulan ini masing-masing mengemukakan hujah tersendiri, malah ada yang menidak-nidakkan atau mempersoalkan kaedah pihak yang lain. Dan saya perhatikan, yang banyak mengupas hal ini adalah kumpulan satu.

Contohnya, kumpulan 1 mengatakan orang yang meletakkan kadar bayaran yang tinggi adalah orang yang tidak ikhlas, membebankan pihak penganjur dan mementingkan duniawi. Maksudnya, amatlah tidak wajar kadar bayaran diletak dengan begitu tinggi. Mereka mahu semua orang ikut cara mereka, yang tidak mementingkan kadar caj dan lebih sesuai di sisi Agama, katanya.

Namun, kumpulan 2 pula tetap dengan pendirian mereka dengan menggariskan sebab-sebab mereka menetapkan kadar bayaran yang tinggi. Antaranya adalah soal kos, penceramah itu tiada bergaji tetap (usahawan) dan pelbagai lagi kos-kos lain yang perlu mereka tanggung. Inilah yang dimaksudkan caj dari sudut bisnes, iaitu caj ditetapkan dengan pelbagai rangkuman aspek berkaitan.

Isu ini lebih kurang sama dengan persoalan “adakah mengambil upah dengan mengajar Al-Quran boleh atau tidak”. Ada ulama yang membolehkan, ada ulama yang tidak mengalakkannya. Namun, pendapat pertama adalah lebih disokong ramai atas penilaian-penilaian yang munasabah, dan melihat pada pelbagai skop. Namun, semuanya bergantung juga kepada keadaan dan situasi.

Pendapat Saya?

Saya tidak berpihak kepada mana-mana dua kelompok di atas, malah mengguna pakai kedua-dua cara. Pada tahun 2005, saya beberapa kali memberikan ceramah mengenai perniagaan internet tanpa mengenakan sebarang caj. Ceramah itu adalah untuk para pelajar IPT. Niat saya adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.

Manakala pada tahun 2006, saya menjadi penceramah dan trainer untuk satu pihak penganjur bengkel perniagaan internet. Berapa yang saya dapat? Saya tidak menetapkan apa-apa, malah menerima berapa sahaja yang mereka berikan. Yang penting dapat memenuhi kos pengangkutan, makan minum dan ada sedikit duit lebihan. Saya tidak sesekali melihat kepada ‘profit’. Hanya ingin berkongsi ilmu sahaja.

Namun, dalam keadaan tertentu, saya juga akan mengenakan kadar bayaran yang tinggi. Semuanya melihat kepada keadaan dan situasi. Hidup kita ini adalah fleksibel dan tidak boleh keras hati dengan satu pegangan semata-mata.

Untuk kumpulan 1 yang mengatakan kadar bayaran tinggi itu menyusahkan dan menuduh pihak kumpulan 2 tidak ikhlas, ia adalah satu kata-kata yang penuh kerosakan. Siapakah kita untuk membaca hati dan niat orang lain? Mengenakan bayaran yang tinggi tidak bermaksud tidak ikhlas, dan mengenakan bayaran yang rendah tidak pula bermaksud si penceramah itu adalah yang terbaik.

Lihat sahajalah berapa ramai penceramah percuma yang cincai isinya hanya mengutuk itu ini, mengumpat dan memfitnah, sampai diri sendiri pun cakap tidak serupa bikin. Jadi kita tidak boleh mengatakan yang harga tinggi itu tidak patut, dan yang murah itu terbaik. Begitulah sebaliknya, ada juga yang mahal kosong isinya, dan yang murah pula penuh pengisian.

Di dalam berpandangan, kita perlu melihat kesemua pegangan tanpa berat sebelah atau memandang pada satu sisi sahaja. Keduanya, kita tidak boleh menghakimi orang lain dengan prinsip kita yang mungkin hanya sesuai untuk kita dan tidak untuk orang lain.

Ketiga, jika seseorang penceramaah menetapkan harga tinggi dan tidak mampu untuk kita membayarnya, kita masih mempunyai banyak pilihan untuk menjemput penceramah yang sesuai dengan bajet atau peruntukan program. Mudah bukan? Jangan sampai kita menuduh orang lain tidak ikhlas atau melontarkan 1001 kata-kata nista dan dusta kepada mereka.

Kita perlu menjadi manusia yang adil di dalam menilai dan berkata sesuatu. Kita tidak boleh menghakimi orang lain sesuka hati. Penceramah yang meletak harga tinggi ada pasarannya tersendiri dan penceramah yang meletakkan harga rendah juga ada sasaran mereka sendiri.

Di dalam proses menyebarkan ilmu, ada banyak jalan, kaedah dan cara. Kita sama sekali tidak boleh menetapkan hanya satu kaedah untuk proses penyampaian ilmu ini. Sebagai contohnya, orang-orang yang berada. Mereka biasanya lebih selesa menyertai program yang mahal dan eksklusif. Jadi mereka adalah kumpulan terbaik untuk penceramah yang meletak kadar bayaran yang tinggi tadi.

Orang-orang yang berada (kaya) itu mahu mengikuti program yang eksklusif sahaja bukanlah bermakna mereka menidakkan yang murah atau yang biasa-biasa, tetapi mereka melakukan sesuatu yang sesuai dengan tahap mereka. Tidak bolehlah kita menghukum mereka sesuka hati. Orang miskin pun ramai juga yang jahat, orang kaya pun ramai juga yang baik. Selagi bernama manusia, miskin atau kaya, semuanya terletak pada hati. Jangan sama sekali menilai pada harta.

Bayangkan, jika semuanya murah-murah, adakah usaha “dakwah” atau penyampaian ilmu akan sampai kepada orang-orang yang berada itu? Manusia ini banyak kelompok dan jenisnya. Maka kita perlu berusaha dengan kaedah yang sesuai untuk setiap kelompok.

Yang meletakkan harga tinggi tidak semestinya tidak ikhlas dan tidak diredhai Allah. Malah mungkin yang meletakkan bayaran murah itu amat riak orangnya dan kacau jiwanya. Segalanya ada kemungkinan. Maka dapat kita simpulkan, (1) Jangan membaca hati dan niat orang (hukumnya berdosa), (2) Jangan menilai sifat seseorang pada kadar bayaran, (3) Kita perlu bersangka baik, (4) Kita buat cara kita dan orang lain dengan cara mereka.

Akhir kata, isu-isu kecil sebegini hanya diheboh-hebohkan oleh mereka yang tidak adil di dalam berilmu dan pertimbangan, serta menilai sesuatu tanpa melihat pada pelbagai aspek dan skop berkaitan. Mereka hanya tahu menghukum semua orang lain salah dan hanya mereka betul. Paling teruk, mereka hanya pengkritik yang tiada apa-apa sumbangan untuk Agama, umat, bangsa dan negara.

Hidup ini terlalu banyak rencahnya dan apabila kita seronok dengan kaedah kita, janganlah pula menghakimi orang lain semuanya tidak betul dan salah. Cuba soalkan diri kita dahulu sebelum mengkritik orang lain, “Adakah cara aku benar-benar sudah betul?” Dari situ kita akan sedar bahawa, tiada yang terbaik. Semuanya betul melainkan jelas ia salah.

Wassalam.

Nota Kaki:

Setakat ini, saya belum menganjurkan sebarang siri seminar saya sendiri. Saya tidaklah hidup dengan mengadakan seminar atau ceramah selama bertahun-tahun lamanya. NAMUN, ingin saya nyatakan, tidak salah seseorang itu mengadakan seminar atau hidup dengan hasil berceramah atau menganjurkan program sahaja. Mengapa? Sudah ditakdirkan dirinya berperanan sebagai penceramah! Rezeki masing-masinglah kan? Kalau kita mempersoalkan, bermakna kita telah mempersoalkan Allah yang telah menyediakan rezeki itu untuk mereka.

Dan keduanya, setiap manusia ada cara dan peranan tersendiri. Jangan pula kalau kita buat A, kita juga mahu orang lain buat A dan mempersoalkan mengapa mereka buat B. Mengapa mahu dengki dan mempersoalkan? Tiada apa-apa manfaat jika kita cuba mempertikaikan usaha baik orang lain. Bak kata Wonder Pets (cerita kartun), yang penting adalah KERJASAMA. Sama-samalah kita membangunkan umat dan bangsa dengan cara masing-masing. Bersatu teguh, bercerai kita roboh.

Incoming search terms:

seminar usahawan internet

penceramah keusahawanan

koleksivideosaya

pro dan kontra kelas mengaji berbayar

ceramah agama mengenai perniagaan

bayaran untuk penceramah

ceramah keusahawanan

bengkel belajar komputer

seminar perniagaan internet

BAYARAN CERAMAH

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/isu-kadar-bayaran-ceramah/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

Cadangan Topik Buku Asas Perniagaan Internet
Entri ini boleh dikatakan sebagai kaji selidik ringkas saya.

Saya bakal mula menulis buku yang pertama. Cadangannya berkaitan ASAS perniagaan Internet dan ia adalah dalam bentuk teori dan konsep sahaja, bukan teknikal. Saya memerlukan cadangan tuan puan semua, apakah di antara topik atau perkara yang perlu saya masukkan (tulis) ke dalam buku tersebut? Jika boleh, perkara paling asas yang masih belum atau mahu difahami.

Saya mahu menulis buku asas kerana masih ramai lagi yang tidak memahami asas-asas perniagaan internet. Setiap hari, boleh dikatakan saya menerima pelbagai soalan-soalan yang asas. Jadi saya semakin merasakan, jalan terbaik adalah menulisnya ke dalam buku agar setiap kali saya ditanya soalan asas, saya boleh mencadangkan buku tesebut untuk mereka beli dan baca, sebagai bacaan pertama sebelum bertindak memulakan sebarang bentuk atau model perniagaan internet.

Keduanya, saya mahu menyusun sebuah penulisan secara tersusun dan mudah dibaca (sudah pasti melalui buku). Walaupun saya sudah banyak menulis di blog ini, namun tidak semua orang mempunyai masa yang banyak untuk membaca di internet. Dengan harapan, buku berbentuk asas dan ‘teori’ ini boleh dibaca di mana-mana sahaja.

Ketiganya, saya telah mengkaji banyak buah buku, dan saya melihat ada beberapa ‘kekosongan’ atau bahagian yang boleh saya isi. Buku-buku sedia ada sudah bermanfaat, namun saya yakin, dengan kehadiran buku saya kelak, ia sedikit sebanyak melengkapkan rujukan-rujukan sedia ada. Kiranya, buku saya ini bukan untuk meyaingi buku-buku tersebut, tetapi adalah untuk melengkapkan dan menambah jumlah rujukan buku Internet Marketing di dalam Bahasa Melayu, yang kini masih belum banyak di pasaran.

Untuk itu, seperti yang saya nyatakan di atas, saya memerlukan cadangan daripada tuan puan semua mengenai topik yang mungkin boleh dimasukkan ke dalam buku tersebut. Tulis seberapa banyak cadangan atau permintaan pada ruangan komen di blog ini.

Apakah topik atau perkara yang dirasakan perlu untuk masukkan ke dalam buku tersebut? Jika boleh, perkara paling asas yang masih belum atau mahu difahami.

Kemudian, saya juga menghargai jika tuan puan para pembaca membantu saya memenuhi ‘Survey’ ringkas di sini:

Kaji Selidik Pengisian Buku Asas Perniagaan Internet

Saya menerima cadangan daripada sesiapa sahaja sama ada mereka yang baru mahu (berminat) melibatkan diri dalam perniagaan internet, sudah lama atau yang baru bermula. Semoga buku ini kelak dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Kepada yang memberi cadangan dan pandangan, saya ucapkan terima kasih sebanyak-banyaknya.

Mohd Zulfadli bin Suddin a.k.a SmartZul

Penulis Blog Perniagaan Internet

Incoming search terms:

blog perniagaan buku

asas asas perniagaan

cadangan internet

buku berkaitan perniagaan

cadangan model peniagaan baru

cadangan membuka perniagaa

cadangan marketing

cadangan perniagaan online

cadangan tentang internet

CONTOH LAPORAN PENINGKATAN PERKHIDMATAN SYARIKAT

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/cadangan-topik-buku-asas-perniagaan-internet/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />

24 Sebab Saya Mahu Menulis Buku
Ada 24 sebab (sebenarnya banyak lagi) mengapa saya mahu menulis buku, iaitu buku bercetak melalui mana-mana penerbit yang sudah berdaya saing, di mana sebab-sebab ini, atau kelebihannya, TIADA pada ebook. Di samping saya mahu menulis buku, saya juga akan terus menerbitkan produk-produk informasi digital.

24 sebab tersebut adalah:

1. Ia boleh dipegang oleh pembaca. Cetakannya berkualiti berbanding pembeli cetak sendiri (beli ebook dan cetak).

2. Saya boleh bersahabat dengan para penulis buku yang mana mereka BUKAN penulis ebook. Setakat ini saya telah mempunyai ramai rakan penulis buku. Malah, sudah mengenali tuan punya penerbit buku.

3. Pendapatan PASIF. Setiap enam bulan sekali (setahu saya), penulis buku akan mendapat bayaran royalti. Buku pada asasnya, penulisnya tidak perlu jual sendiri. Pihak penerbit akan melakukan pemasaran. Jika kena caranya, tidak mustahil dengan hanya royalti buku sahaja, mampu membina kekayaan dan kejayaan.

Contohnya, Ain Maisarah yang saya sebutkan pada artikel sebelum ini, mampu membeli sebuah kondomium HANYA daripada hasil wang royalti novel-novelnya:

Sebuah kondo tiga bilik yang pemandangan balkoninya menghadap tasik dan menara berkembar KLCC. Jaraknya pula hanya 5 minit dari Mid Valley!

Sumber: Rentetan Diari AinMaisarah Tahun 2009

Ya, ya. Pasti akan ada yang berkata, jual ebook lagi mudah dan lebih cepat kaya. Betul, tapi saya tidak bersetuju. Mengapa? Jawapannya ada di akhir artikel ini.

4. Buku boleh diletak dan disusun pada rak-rak di kedai buku. Ebook tidak boleh. Tidakkah bangga (bangga fitrah, bukan bangga riak) apabila melihat buku itu ada nama kita. Malah, tidak semua buku mampu memecah masuk kedai-kedai buku yang ternama seperti MPH dan Popular.

5. Pemikiran pada kebanyakan orang: Buku bercetak adalah tetap yang terbaik.

6. Semua orang boleh menulis ebook dan menjualnya walau berkualiti atau tidak. Tetapi jika buku, ia akan ditapis dan disaring dahulu. Bermaksud, tidak semua orang mampu ‘melepasinya’.

7. Saya boleh menandatangani (autograf) buku tersebut untuk pembeli-pembeli dan peminat-peminat saya. Ebook boleh atau tidak? Tidak boleh.

8. Saya boleh membawa balik beberapa naskhah ke kampung, dan berikan kepada ahli keluarga saya, jiran dan kawan-kawan. Mereka lebih ‘tabik hormat’ dengan buku dan tidak ambil pusing mengenai ebook. Sebelum ini saya ada menunjukkan ebook saya di komputer, tetapi riak muka mereka biasa-biasa sahaja. Kecewanya saya. Tetapi kali ini saya akan tunjuk buku pula!

9. Dapat sampaikan mesej kepada sasaran melalui buku. Tidak semua orang suka beli dan baca ebook. Mereka lebih selesa membaca buku bercetak, lagi-lagi karya fiksyen yang berjela-jela.

10. Buku saya akan disemak dan diedit oleh editor buku yang terlatih. Sebaliknya ebook yang ditulis sendiri, tiada editor yang dilantik. Yang syoknya, kita tidak perlu membayar editor di pihak penerbit buku tersebut. Jimat kos…

11. Pihak penerbit yang akan uruskan segalanya untuk saya dari soal editing, format, design kulit buku, pemilihan tajuk yang sesuai dengan permintaan pasaran, sehinggalah kepada proses penerbitan dan pengedaran. Andai saya meninggal dunia kelak, mereka akan terus mengurus harta intelek tersebut dengan baiknya.

12. Penerbit buku adalah sebuah organisasi yang besar. Sebarang masalah hak cipta dan sebagainya, mereka mempunyai pengalaman yang cukup luas dan mempunyai sokongan kuat yang tersendiri. Manakala bagi penulis ebook, biasanya amat sukar untuk berjuang bersendirian.

13. Pembaca boleh tidur dengan buku saya, memeluk buku saya, membawa buku saya ke mana-mana sahaja dan menggenggam erat buku saya. Tidakkah ini sesuatu yang begitu manis sekali bagi seorang penulis buku?

14. Kadar pembelian buku di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini memberi isyarat bahawa, para pembaca akan terus setia dengan buku dalam beberapa tahun yang akan mendatang.

15. Dikatakan, karier sebagai penulis buku adalah setanding dengan penyanyi. Malah, lebih untung besar berbanding penyanyi. Jualan album mereka merudum jatuh dengan teruknya. Sebaliknya, jualan buku semakin meningkat naik! Bukti? Tanyalah mana-mana penerbit.

16. Proses penjenamaan secara ‘leverage’. Saya hanya perlu menulis buku, tetapi yang lain-lain dilakukan oleh pihak penerbit. Penjenamaan diri saya secara offline akan tersebar ke seluruh Malaysia dengan mudah sekali tanpa perlu saya bersusah payah. Contohnya, bagi penerbit yang serius, mereka akan siapkan bahan promosi untuk kita yang mana kosnya ditanggung oleh mereka.

17. Ini yang paling enak. Jika buku saya meletup di Malaysia, sudah pasti ia akan ‘dieksport’ ke luar negara. Ya, diterjemah! Salah satu negara yang akan mengimport adalah Indonesia.

18. Buku saya nanti, boleh dibaca di dalam LRT oleh ramai orang seperti ini:

Program Baca@LRT

Program Baca@LRT

Sumber: Group Baca@LRT di Facebook

19. Saya tidak sabar untuk buat satu Fan Page buku saya di Facebook yang mengumpulkan pembeli dan pembaca buku saya itu dari serata Malaysia atau dunia. Mengapa tunggu buku padahal ebook pun boleh dibuat Fan Page juga? Betul. Tapi saya sudah menggunakan sistem rekod pembeli (autoresponder) untuk berhubungan dengan mereka. Buku pula lain, sebab ia ‘offline’.

20. Buku boleh dijadikan sebagai satu ‘tool’ untuk sebarang program training berkaitan. Juga semasa mengadakan talk, buku boleh dibawa sekali untuk dijual. Buku juga sesuai untuk dijadikan hadiah kahwin atau sebarang tujuan lain.

Dijadikan cerita dalam sebuah program keusahawanan, seorang penulis buku bisnes, semasa menyatakan dirinya penulis buku sekian dan sekian, selepas tamat program, stok buku yang dibawanya habis dibeli. Huhu, syok kan?

21. Sudah ada orang mengganggap saya adalah seorang penulis buku. Ada yang bertanya begini, “Ada tak buku En. Zul yang untuk para pelajar sekolah?” Soalan beliau seperti saya sudah ada buku. Jadi, saya perlu cepat-cepat tulis buku! Ini gara-gara saya terlalu aktif di Facebook yang selalu membawa ‘lagak’ seperti seorang penulis buku.

22. Realiti…. Hakikatnya, kebanyakan (tidak semua) penulis ebook tidak akan membeli ebook orang lain terutama di dalam Bahasa Melayu. Kalau ada pun, dalam setahun berapa sahaja yang mereka beli. Saya tidak pasti mengapa ini berlaku. Pada pengamatan saya, mereka lebih suka membeli buku. Sebaliknya, mereka hanya lebih suka ebook mereka dibeli. Saya sudah hampir 4 tahun dalam bidang ebook. Jadi saya tahu realitinya.

23. Selain buku saya diedarkan (dijual) oleh kedai-kedai buku, sekarang semakin banyak kedai-kedai buku Online (pengedar)! Inilah dikatakan sebagai leverage tanpa perlu kita sendiri yang menjualnya. Enak bukan?

24. Tidak perlulah hipokrit mengatakan buku tidak bagus atau untungnya sedikit. Sebab para jutawan dan anda sendiri pun banyak membeli buku. Di sini bermaksud, buku tetap akan ada orang beli! Hohoho…

Cukuplah 24 sebab ya. Kalau ikutkan hati, mahu senaraikan 100 sebab. Tapi saya kesuntukan masa. Ini pun saya tulis selepas tersedar daripada mimpi.

Banyak lagi sebenarnya kelebihan menulis buku (bercetak), tanpa melihat pada keuntungan semata-mata. Dan ramai usahawan cuba menyorok kelebihan-kelebihan ini daripada pandangan mata ramai orang. Sebenarnya, saya diberitahu daripada penerbit buku sendiri, mereka amat suka jika semakin ramai penulis buku. Mereka sentiasa menunggu dan membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang mahu menerbit buku bersama mereka.

Di sini, saya sama sekali tidak mengatakan ebook tidak banyak kelebihan. Hatta, saya sendiri masih banyak lagi ebook yang belum siap dan bakal dijual. Malah sehingga saya menulis ini pun, masuk satu bayaran untuk salah satu ebook saya. Adalah tidak adil kita mengatakan hanya satu yang bagus dan yang satu lagi tidak bagus semata-mata hanya kerana satu perkataan: KEUNTUNGAN. Kita perlu adil dan realistik di sini.

Kepada penulis ebook, selain menjual di internet, di luar sana, ramai yang tiada internet dan juga komputer. Sebaliknya, hanya buku menjadi teman mereka. Gunakan bakat penulisan untuk menyampaikan ilmu ke sasaran tersebut secara offline juga. Tidak mahukah menambah saham akhirat dengan lebih menyebar luaskan lagi ilmu dengan buku, selain melalui ebook?

Maka, saya ditanya, “Mana untung: Jual buku atau ebook?”.

Jawab saya dengan ringkas, “Mana aci banding buku dengan ebook!”.

Si penanya bertanya lagi, “Mengapa?”

Saya menjawab sambil tersenyum manis, “Dua benda ini, amat berbeza sama sekali. Bagai air dengan minyak. Air untuk diminum, minyak untuk menggoreng. Malah kita sendiri sudah tahu jawapannya, margin keuntungan buku adalah rendah. Jadi buat apa untuk dibandingkan lagi? Tidakkah ia satu perbandingan yang tidak patut?”

“Oh…”.

Hiduplah buku untuk memandaikan bangsa dan umat!

Sekian.

Artikel ini ditulis oleh Mohd Zulfadli bin Suddin.

Hakcipta Terpelihara (c) SmartUsaha.com. Boleh disebarkan dengan syarat tidak mengubah isi kandungan dan meletak sumber asalnya. Tidak dibenar menggunakan semua artilkel milik SmartUsaha.com untuk tujuan komersil tanpa keizinan terlebih dahulu.

Incoming search terms:

menulis buku

penerbit buku

royalti penulis buku

hak cipta buku

royalti buku

24 sebab tulis novel daripada e-book

buku statistik

blog buku

bagaimana menulis buku

baca

<fb:like href='http://blog.smartusaha.com/24-sebab-menulis-buku/' layout='default' show_faces='false' width='400' action='like' colorscheme='light' send='true' />