Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Bagaimana Menulis Artikel Yang Panjang?

Saya ada menerima satu soalan daripada seorang rakan di Facebook. Soalannya adalah seperti berikut:

Boleh saya minta nasihat daripada Tuan Zulfadli?
Di blog SmartUsaha saya lihat saudara boleh menulis artikel dengan baik dan dengan ayat yang panjang…
Saya nak tanya saudara ada tips tak dalam penulisan blog ini?

Saya sangat susah hendak tulis artikel yang sangat panjang

Dan berikut adalah jawapan ringkas yang saya berikan:

Secara mudah, berikut adalah salah satu cara untuk menulis artikel dengan mudah terutama untuk menulis artikel yang panjang:

1. Sebelum terhasil artikel yang panjang, buat senarai isi kandungan dahulu.

2. Kemudian pada setiap isi (point) tersebut, tuliskan penerangan mungkin dalam 1-2 perenggan. Jadi jika ada 4 point, dan setiap point ada 2 perenggan, maka sudah ada 8 perenggan. Itu belum termasuk pembuka dan penutup artikel.

3. Setiap artikel perlu ada pendahuluan dan juga penutup. Pendahuluan adalah ringkasan isi kandungan yang akan kita sampaikan. Penutup pula adalah rumusan terhadap artikel yang ditulis tersebut.

4. Tulis sahaja sehingga siap tanpa perlu menyemak ejaan, tatabahasa atau susun atur ayat. Buat sehingga siap dahulu agar idea yang ada tidak hilang.

5. Sudah siap menulis draf, buat semakan ejaan dan sebagainya sebelum menerbitkan (publish) artikel tersebut di blog.

Mengikut contoh di atas, kita sudah ada 10 perenggan dengan mudahnya, termasuk pendahuluan (pembuka) dan juga penutup artikel (kesimpulan).

Apa pun, yang penting adalah kita banyak tahu atau sekurang-kurangnya kita tahu apa yang ingin ditulis. Sudah semestinya ia akan diperolehi dengan membaca. Mungkin membaca artikel di internet, buku dan sebagainya.

Ada satu cara mudah sebenarnya untuk mudah menulis artikel iaitu kaedah “adaptasi”, di mana kita membaca beberapa artikel berkaitan (di internet, buku, majalah dan sebagainya), kemudian kita tulis di dalam bentuk (gaya) ayat kita sendiri. Saya selalu gunakan cara ini. Ia bukan copy & paste, tetapi ia adalah proses mencerap idea penulisan orang lain dan kemudian ditulis dalam bentuk tersendiri.

Tip Tambahan: Di dalam penulisan artikel, kita perlu melihat dengan pecahan bahagian seperti pendahuluan, isi dan penutup. Dan isinya pula boleh dipecah-pecahkan lagi. Di dalam bahasa lain kita panggil ia sebagai “FRAME”.

Frame

Kalau kita melihat dengan SATU skop yang besar, sudah pasti kita akan melihat ia satu perkara yang amat susah. Tetapi apabila kita melihat dari sudut “pecahan” dan melakukan satu demi satu bahagian, ia menjadi satu perkara yang amat mudah.

Namun suka saya nyatakan, untuk mendapat kemahiran menulis, tidak cukup dengan hanya membaca. Tetapi kita perlu berlatih menulis dan melakukannya secara konsisten. Lama kelamaan, kita sudah terbiasa, dan menulis artikel yang panjang atau pendek, ia bukan satu masalah lagi. Bak kata pepatah, “belakang parang kalau selalu diasah, akan tajam jua akhirnya.”

—————-

Kaedah yang saya syorkan di atas adalah salah satu cara. Sebenarnya banyak lagi cara-cara yang lain. Biasanya mereka yang memfokus kepada bidang penulisan banyak tahu petua-petua penulisan. Bertanya dan belajarlah dengan mereka.

Di blog saya yang satu lagi (blog buat blog dot com), ada artikel yang berkaitan, tetapi lebih kepada penulisan artikel berasaskan SEO iaitu bagaimana menulis artikel yang akan mendapat kedudukan yang baik di senarai hasil enjin carian seperti Google.com. Klik pada pautan berikut untuk membaca artikel tersebut: Merancang Penulisan Artikel.

Lain-lain artikel berkaitan:

1. Tujuh Kaedah Mudah Menulis Artikel Untuk Blog

2. Lapan Teknik Menulis Artikel Yang Hebat

Semoga berguna.

-

Tip Dan Panduan Pengiklanan di Internet

Artikel kali ini sedikit teknikal dan tahap pertengahan (intermediate). Namun saya cuba menerangkan dengan tulisan yang mudah difahami..

Salah satu cara mendapatkan trafik (pelawat) ke laman web perniagaan adalah dengan mengiklankan di mana-mana laman web yang mempunyai trafik yang tinggi.

Namun, di dalam keghairahan mengiklan itu, beberapa perkara perlu diambil perhatian agar kita tidak tertipu atau mengalami kerugian di dalam kos pengiklanan yang dikeluarkan. Seboleh mungkin, kita mahu mendapat hasil sekurang-kurangnya memperolehi pelawat ke laman web kita dari pengiklanan tersebut.

Istilah:

Pengiklan (advertiser) adalah pihak atau individu yang mengiklan. Anda adalah advertiser jika anda mengiklan di mana-mana laman web.

Publisher (Site Owner) iaitu pemilik laman web yang mengurus ruang pengiklanan di laman web beliau tersebut.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Tiga Langkah Untuk Memaksimakan Usaha Blogging

Terdapat banyak cara bagaimana kita boleh memaksimakan usaha blogging kita. Namun bergantung kepada tujuan blogging masing-masing. Tujuan utama saya blogging adalah membina komuniti dan kredibiliti. Bagi orang lain, mungkin untuk buat duit atau apa saja tujuan dan sebab.

Tiga langkah atau teknik berikut adalah yang saya amalkan sendiri selama ini yang mana pada saya ia antara langkah memaksimumkan lagi usaha blogging saya bagi mencapai tujuan saya tersebut.

Lakukan tiga perkara berikut secara konsisten, betul dan penuh kesabaran:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)