Jika tiada orang yang membeli produk anda atau hanya sedikit sahaja yang membeli, anda perlu menganalisa beberapa faktor berikut:
1. Permintaan (demand)
Adakah ada permintaan terhadap produk tersebut? Atau dalam bahasa lain, ada atau tidak pasaran (market) untuk produk anda itu? Jika tiada, maka amat digalakkan anda menghentikan sahaja penjualan produk tersebut sepertimana saranan Marlon Sanders.
Tiada guna anda berhempas-pulas siang dan malam mempromosikan produk yang tak ada orang mahu membelinya. Biarlah hebat mana pun produk dan laman web anda, namun cuba soalkan, buat apa orang beli jika mereka tidak memerlukannya? Sebab itulah langkah pertama di dalam perniagaan, anda mesti tahu adakah produk yang bakal anda jual itu ada orang mahu atau tidak?
2. Trafik
Sejauh manakah usaha promosi dan pemasaran anda? Konsisten atau tidak? Jika anda malas mempromosi, maka hasil jualan sudah semestinya sedang-sedang sahaja. Tapi jika anda melakukan promosi yang agresif dan konsisten, maka hasilnya sudah tentu lumayan.
Apabila anda melakukan promosi yang konsisten, maka laman web jualan produk akan mendapat trafik yang ramai dan tidak putus-putus. Dua perkara penting yang perlu anda tekankan di dalam penjanaan trafik ke laman web jualan produk ialah:
a. Trafik yang menumpu (targeted traffic)
b. Trafik yang tinggi (huge traffic)
3. Surat jualan yang tinggi kadar penukarannya (High conversion sales letter)
Selain trafik dan faktor produk, sales letter (surat jualan) pada laman web jualan juga wajib dapat membuatkan bakal pembeli berminat dengan produk yang dijual. Soalnya, bagaimana untuk mengetahui surat jualan anda mempunyai conversion rate yang tinggi atau tidak? Dan bagaimana cara mengukurnya?
Tiada cara lain selain anda melakukan kaedah split testing yang mana dipanggil juga sebagai A/B testing. Secara mudah, anda perlu sediakan sekurang-kurangnya dua laman web atau sales letter yang berbeza untuk menguji yang mana satu lebih bagus. Anda boleh merujuk split testing yang telah dilakukan oleh Shuth untuk laman web MasKahwin.com beliau.
Tujuan split testing ini dilakukan adalah untuk mengetahui sales letter yang mana satu yang lebih mempunyai conversion rate yang tinggi. Anda juga boleh membaca artikel yang disediakan oleh SaifulSham di blog mereka untuk melihat contoh hasil split testing.
Jadi, pastikan anda tahu laman web dan sales letter yang anda gunakan adalah benar-benar dapat menukarkan (convert) pelawat kepada pembeli.
4. Tawaran (Offer)
Tidak cukup anda hanya meletak satu pilihan harga sahaja. Sebagai contoh anda menjual satu produk berharga RM300.00. Anda tidak semestinya meminta pembeli membayar terus jumlah tersebut, tapi anda sediakan pilihan bayaran untuk 3 kali bayar iaitu RM100.00 setiap bulan selama 3 bulan. Bayaran adalah melalui kad kredit secara automatik.
Contoh lain pula, anda sertakan bonus untuk produk anda. Biasanya pembeli sukakan sesuatu yang diberikan secara percuma. Beli satu dapat percuma satu. Atau beli produk ini dapat 3 produk lain secara percuma. Inilah dikatakan sebagai tawaran (offer).
Begitu juga dengan cara pembayaran. Sediakan beberapa bentuk kaedah pembayaran seperti kad kredit, online banking dan juga wang pos. Tidak semua orang mampu membuat bayaran dengan satu kaedah sahaja. Jadi, teramatlah rugi jika prospek mahu membeli namun cara pembayaran yang anda sediakan tidak mampu untuk mereka lakukan. Akhirnya mereka tidak membeli.
5. Kepercayaan
Anda membuat bakal pembeli ragu atau percayakan anda? Jika anda betul-betul berniaga, dedahkan siapa anda yang sebenarnya. Ya, walaupun ada mereka yang tetap membeli walaupun tidak mengenali anda, tapi bagaimana mereka yang berminat tapi tidak jadi membeli kerana tidak tahu siapa anda? Anda mesti tahu, ada segolongan pembeli yang ‘ego’ untuk tahu siapa anda sebelum mereka membeli.
Tidaklah bermaksud anda mesti menceritakan di mana anda tinggal, alamat rumah anda, anak ada berapa atau hal-hal peribadi anda yang privasi. Tapi memadailah menyatakan nama anda, kelulusan pendidikan (jika ada), sijil pengiktirafan (jika ada), alamat perniagaan (jika ada premis), gambar, No. Telefon dan pencapaian anda di dalam perniagaan.
Satu lagi cara ialah testimoni. Dapatkan ‘pengiktirafan’ (pengakuan) sama ada daripada pakar-pakar yang berkaitan dengan produk anda atau pembeli produk anda. Biasanya testimoni ini adalah dalam bentuk yang positif mengenai produk atau servis anda. Dengan ini, bakal pembeli akan lebih mudah percayakan anda. Produk yang diakui bagusnya biasanya akan lebih mudah dibeli oleh pembeli baru.
Kesimpulan
Lima perkara di atas adalah di antara faktor yang menjadi penyebab terbesar produk anda dibeli oleh ramai orang atau tidak. Jadi, analisalah perkara-perkara tersebut agar jualan produk anda meningkat dari semasa ke semasa. Yang penting, analisalah secara berterusan untuk memastikan jualan produk anda lebih berjaya dan meningkat dari semasa ke semasa.
ps. Produk Video Panduan Upgrade Blog Wordpress dah siap. Ada beberapa perkara lagi yang perlu saya selesaikan sebelum mula menjualnya.
Popularity: 28%
Share This
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!