Archive for the 'Tips Web dan Internet' Category

Awas, Laman Web Anda Diceroboh!

Friday, July 11th, 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Apa pendapat anda mengenai imej di bawah?

hack blog

Mengerikan atau tidak?

Saya tidak mahu menulis banyak, tapi saya ada tip mudah untuk anda amalkan agar laman web atau blog anda tidak mudah diceroboh begitu sahaja:

1. Gunakan username dan password yang sukar diteka oleh orang lain. Antaranya jangan guna perkataan yang ada dalam kamus.

2. Jika pihak hosting berikan anda password cpanel sementara, ubah segera password tersebut! Kebanyakan pembeli hosting tidak menukar password default yang diberikan oleh pihak hosting.

3. Ubah password blog anda secara konsisten.

Tip di atas adalah asas dan paling mudah untuk dilakukan. Namun tahukah anda? Imej di atas adalah imej yang diletakkan oleh hacker di sebuah laman web yang mana password default hostingnya tidak diubah. Nah, perkara mudah yang diperlekehkan akhirnya mengundang padah. :)

Apa tunggu lagi? Buatlah apa yang patut.

ps. Sudahkah anda mendapatkan Sistem EZSurvey? Klik di sini jika belum.

Popularity: 43%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Meja Saya :)

Thursday, March 6th, 2008

Mulakan dengan apa yang anda ada. Tak perlu keluarkan ribuan ringgit, atau membeli sesuatu yang baru (alatan terpakai sudah memadai) untuk anda memulakan perniagaan Internet.

Fakta Komputer Saya:

1. Monitor CRT yang saya gunakan sudah berusia 7 tahun lebih. Saya masih menggunakannya sehingga sekarang.

2. Komputer yang anda lihat di bawah sudah berusia 7 tahun lebih juga sehingga saya tidak menggunakannya lagi sejak tahun lepas (akan diberikan kepada saudara saya).

3. Saya biasanya akan guna sesuatu barang sampai rosak. Kalau dah tak boleh guna baru beli yang baru. Atau cara lain kalau nak beli baru, yang lama akan saya berikan kepada ahli keluarga atau saudara mara.

perniagaan internet smartzul

Di sinilah SmartZul mengemaskini blognya, menulis ebook, melayan para pelanggannya dan segala kerja yang lain. Malah di sinilah tempat makan dan minumnya… ;)

Gambar di atas adalah pada tahun 2006 semasa saya di rumah sewa yang kedua. Sekarang saya berada di rumah sewa ke-3. Penggunaan meja masih sama, tapi tambah satu lagi meja komputer (lihat gambar di bawah). Dan komputer pula saya dah upgrade kepada yang baru + sebuah laptop Compaq + Printer 3 dalam 1 (beli setahun yang lepas).

meja perniagaan internet

Gambar ini diambil pada Mei 2007 (di rumah sewa terkini). Berselerak tak? ;)

Al-maklum, rumah sewa. Jadi ruang sedikit sempit (satu bilik dua orang). Namun nak seribu daya. Sempit pun sempitlah, janji boleh buat duit dan perniagaan berjalan dengan baik. Ada modal dan ruang lebih, upgrade lagi. Lepas ni monitor CRT tu saya tak guna dah. Nak guna yang LCD pula (beli baru).

Update: Seperti yang dinyatakan, saya telah pun membeli skrin LCD. Jenama yang saya beli ialah Philips 170S8, 17 inci. Harga yang saya beli ni RM595.00 (jaminan 3 tahun). First impression lepas guna, memang ada kelainan dengan monitor CRT. Harap-harap produktiviti saya meningkatlah sikit lepas ni. :)

philips 170S8

Kesimpulan

Tidak kisah komputer yang anda gunakan ‘buruk’ atau ketinggalan zaman, selagi ia boleh mengakses Internet dan menyiapkan kerja, memadailah untuk permulaan. Ada duit lebih kelak, belilah yang baru agar kerja anda lebih produktif dan maju ke hadapan. Bagi saya sendiri, semuanya saya beli sikit-sikit, bukan sekaligus.

Lain orang, lain cara dan corak perilaku kerjanya. Anda mahu meniarap, bersandar atau apa sahaja cara, lakukan sahaja selagi ia tidak merugikan anda. Lakukan mengikut kesesuaian diri anda sendiri.

Mempunyai pelbagai peralatan dan suasana kerja yang selesa belum tentu boleh menjadikan anda berjaya, malah mungkin akan melekakan. Yang penting adalah usaha, fokus dan tindakan anda.

Mulakan sesuatu yang simple, mudah dan bermodal kecil. InsyaAllah berjaya.

ps. Saya dalam proses perancangan untuk membantu ibu saudara saya melakukan bisnes Internetnya sendiri. Dia banyak terdedah dengan promosi skim cepat kaya/piramid. Jadi sebagai salah satu cara promosi ebiz yang betul kepada khalayak ramai, saya akan bantu dia dari segi teknikal dan nasihat. Bila dia dapat duit, insyaAllah mereka yang buat skim piramid tu akan bukak mata luas-luas dengan ebiz sebenar. :)

pps. Saya akan guna khidmat Celcom Broadband pula selepas ni. Akaun Streamyx sekarang ni akan dibatalkan sebab nak pindah rumah.

Popularity: 31%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Letak Harga “Besar-Besar” Pada Laman Jualan Anda!

Monday, September 17th, 2007

Hari ini saya akan menulis dua artikel. Dan artikel yang anda baca ini adalah tulisan yang pertama pada hari ini.

Tulisan yang anda baca ini tiba-tiba sahaja mahu saya tulis dan saya rasa ia adalah daripada pemerhatian saya selama ini iaitu berkaitan dengan perletakan harga.

Kebanyakan laman web terutama yang berbahasa Inggeris (pasaran luar), ada yang tidak meletak harga pada laman web mereka. Kononnya, itu adalah trik agar pelawat/pembaca klik pada button ‘buy’ dan terus membeli.

Kalau saya bertemu dengan laman web begini, saya amat susah (tidak mahu) klik pada button buy. Sebaliknya saya akan klik button Close sahaja. Ia terlalu menyusahkan bagi saya…

Walaupun trik sebegini andaikata boleh menjerat bakal pelanggan, namun bagi saya ia menyusahkan mereka. Keyakinan dan kemahuan mereka untuk mengambil tahu lebih lanjut mengenai produk akan menurun, apatah lagi kemahuan untuk membeli. ‘Mood’ untuk membeli mereka perlulah dikekalkan sebaik mungkin sehingga mereka membuat bayaran. Dan salah satu perkara yang perlu ialah memudahkan mereka tahu berapa harga produk anda.

“Eh, berapa harga produk ni?”

“Hmm, mana harga produk ni, tak nampak pun”.

Itulah beberapa keluhan hati mereka.

Selain tidak meletak pada laman web, ada juga laman web yang menulis harga dengan saiz yang kecil di mana terselit di antara baris-baris ayat. Ini saya rasa satu kesalahan yang besar di dalam ‘copywriting’.

Apakah salahnya meletak harga ‘besar-besar’ dan dari situ bakal pembeli anda akan memberikan sedikit masa untuk berfikir-fikir mahu membeli atau tidak. Jika tiada harga di laman web, atau harga produk itu tidak dapat dijumpai oleh mereka, maka kemahuan membeli mereka akan hilang. Orang kata, ’sudah hilang selera’.

Oleh itu, letaklah harga di beberapa tempat di laman web jualan anda dan nyatakan harga produk anda dengan sejelas-jelasnya. Mudahkan mereka untuk membeli, sebaliknya bukan menyusahkan.

Wassalam.

PS. Di laman web Pakej Kit Blogger, saya menyatakan harga produk itu beberapa kali. Dan salah satunya dengan saiz huruf yang besar. Selain itu, saya juga menyediakan satu link ‘pembelian’ di atas sekali pada laman web untuk mereka terus ke page pembelian.

Popularity: 51%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Panduan Melajukan Komputer Anda…

Tuesday, August 28th, 2007

Semalam, saya telah membeli sebuah Ebook yang amat praktikal bagaimana melakukan proses “tweak” kepada komputer (sistem pengoperasian). Ebook tersebut ialah “PC Secret Formula“…

how to tweak pc

>> Klik di sini untuk ke laman web Ebook

Sebaik sahaja membayar, saya terus mendownload Ebook tersebut dan tanpa membuang masa saya terus mempraktikkan apa yang diberikan di dalam Ebook tersebut. Kedatangan Ebook ini memang kena dengan keadaan saya yang sedang menghadapi masalah PC yang perlahan dan speed Firefox tidak begitu laju.

Sebagai seorang usahawan, saya tidak mahu bazirkan masa jika ada rujukan yang mampu untuk saya beli, lagi-lagi di waktu kesibukan. Kesannya, saya hanya perlu luangkan masa kira-kira sejam sahaja untuk mendapat hasil yang dimahukan. Berbanding dengan mencari sendiri, mungkin saya akan mengalami information overload.

(more…)

Popularity: 38%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Dua Jenis Sumber Trafik Untuk Perniagaan Internet

Thursday, August 16th, 2007

Semalam, saya berkongsikan secara ringkas 3 jenis trafik. Namun, saya tidak menerangkan bagaimana kita boleh menggunakan trafik itu kepada keuntungan perniagaan. :)

Pada hari ini, saya akan terangkan sedikit mengenai dua jenis sumber trafik dan kemudian saya akan berikan tip bagaimana menjadikan trafik yang datang ke laman web jualan atau blog kita kepada potensi pelanggan (prospek/bakal pembeli). Daripada potensi, akhirnya bagaimana kita boleh jadikan mereka menjadi pembeli. Bukan sekali, tetapi berkali-kali (pelanggan yang sama).

Dua Jenis Sumber Trafik

Trafik yang anda dapatkan dengan pelbagai cara biasanya tergolong ke dalam dua kategori berikut iaitu:

1. Short Term Traffic (jangka masa pendek)

Jika anda menggunakan ruang iklan atau PPC, trafik hanya diperolehi semasa iklan itu masih aktif. Apabila ia sudah tamat atau tidak dilakukan lagi, maka tiadalah lagi trafik yang diperolehi melalui sumber tersebut (iklan).

Secara mudah, sumber trafik sebegini bermaksud anda buat kerja sekali, kemudian habis maka tak ada lagi hasilnya, melainkan anda buat lagi.

2. Long Term Traffic (jangka masa panjang/kekal)

Jenis yang kedua ini amat bernilai kepada usaha perniagaan anda. Salah satu contohnya adalah seperti SEO. Katakan blog anda sentiasa berada di senarai top ten di Google atau lagi hebat jika berterusan berada di tangga pertama kedudukan senarai carian. Ini terjadi kepada blog SmartUsaha yang hampir setahun kedudukannya tetap no. 1 di Google bagi kata-kunci “perniagaan internet“.

(more…)

Popularity: 38%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!