Meta-Tag : Kunci SEO

Jika anda memiliki website dan tidak berada di dalam senarai enjin carian atau pun di dalam senarai tertinggi, mungkin salah satu sebabnya adalah tiadanya metatag.

Metatag secara mudahnya adalah secebis kod html yang menentukan kandungan sesebuah laman web, yang mana bertujuan untuk kegunaan enjin carian. Di dalam metatag ini terkandung kata kunci dan sedikit penerangan mengenai laman web.

Bagaimana untuk membuat kod ini? Muadh sahaja jika anda hafal kod HTML-nya. Tapi jangan risau, di internet begitu banyak tools untuk anda menjana kod metatag ini. Salah satu adalah di http://www.submitexpress.com/metatags.html.

Contoh:


Jika anda ingin laman web anda berada di dalam senarai yang tinggi dan tersenarai bagi carian kata kunci yang berkaitan, utamakanlah aspek ini. Mengapa? Itulah ‘rahsia’ ranking portal smartusaha.com, top ten di google dan yahoo bagi keyword “perniagaan internet” berbulan-bulan lamanya sehinggalah kini. 😉

Waktu yang sesuai untuk mempromosi atau mengiklan : Satu Analisis..

Kali ini saya nak share satu experience saya dan juga sedikit analisa yg saya buat ke atas trafik portal dan blog saya..

Iklan? Ya, naper? Iklan juga ‘mesti’ anda lakukan kerana ia adalah salah satu strategi pemasaran walau ia mungkin tidak berkesan.
Bukan cara buat ayat iklan berkesan yg saya nak nyatakan di sini, tapi sekadar ingin memberitahu hari dan waktu yg sesuai untuk anda mengiklan atau membuat promosi di laman web anda. Saifulsham ada beritahu hal ini di dalam buku mereka. Tp kali ni saya nak tambah sedikit dari segi analisa trafik ke portal saya. Apa kaitan dgn portal saya? Tidak, saya hanya nak buat analisis, waktu dan hari apa yg org ramai atau kerap masuk internet.. Scr logik, yg masuk ke web saya adalah ‘internet surfer’ yg mencari peluang, info, membeli, dll. Lihat imej di bawah:

pssst, tidak ramai webmaster yg mahu share graf trafik web mereka.. Tp saya mahu berkongsi dengan anda semua.. 😉

Analisis dan andaian:

Imej pertama adalah mengikut hari dan yg kedua mengikut pukul berapa.. Graf di atas adalah untuk bulan ni sehingga ari ni – 22/4/06, Sabtu -.

Jika mengikut hari, hari jumaat adalah paling ramai masuk ke internet. Secara logiknya, sebab waktu rehat panjang.. 😉 If government, waktu rehat hari jumaat start 12.45 hingga 2.15. Kalau tak silap lah. Ehem, saya pernah kerja p.time goverment, so sy juga masuk internet time rehat TERUTAMA hari jumaat!! 😉 Anda pula bagaimana??

Tak cukup graf hari, cuba tengok graf jam lak. Pukul berapa yg ramai masuk? Tengok graf tu baik-baik. Cantik kan? Apa yg cantik? Dari pukul 10, bilangan mula naik dan naik sehinggalah kemuncaknya pada jam 11. Then turun perlahan-lahan sampai pukul 1. Bermula pukul 2 sehingga waktu lain, trafik semakin berkurangan..

Andaian:

– Kebanyakan yg masuk internet adalah dari tempat kerja. Anda setuju?
– Mula jam 10, biasanya org dah mula relaks sikit. Start waktu rehat, org makin relaks dan ada waktu nak masuk internet. Start pukul 2, orang dah kerja dah…. 😉

Andaian di atas juga dari pengalaman dan pemerhatian saya semasa saya kerja part time di satu jabatan (goverment). 😉

Rumusan Analisis:

Buatlah iklan atau ‘offer’ kepada orang ramai terutama di LAMAN WEB ANDA (jika laman anda ramai yg masuk!!) Atau iklan di laman iklan yg sedia ada spt cari.com.my, termasuklah OFFER iklan banner di portal saya (boleh rujuk di ruang Pengiklanan forum ini).

Saya pernah buat iklan utk satu produk, dan terus dapat pesanan dan jualan pada hari tu juga!! Dan hari itu adalah HARI JUMAAT!! 😉

Kesimpulan:

Analisis di atas mungkin boleh berubah jika ada pembolehubah lain. Hehe, mcm matematik pula.. Saya pun tak tahu apa pembolehubah tu, mungkin corak keperluan dan persekitaran yg membuatkan orang masuk pada hari lain pula.. 🙂 Pembolehubah bila-bila masa boleh ubahkan analisisi di atas. Hanya andaian..

PS. Laman web atau ‘ayat’ iklan anda perlulah BERKESAN dan mampu menjual! Ramai mana pun yg masuk ke laman anda, tak guna jika laman web anda tidak berkesan.

PSS. Analisis di atas hanya untuk pasaran Malaysia sahaja.