Pernah tak anda sedang jalan-jalan anda melihat penjaja di tepi jalan menjual benda yang sama? Ya, saya lihat! Hehe.. Petang tadi selepas balik berjumpa dengan kawan saya, saya ‘terkejut’ melihat beberapa orang membuka ‘kedai sementara’ di tepi jalan. Kedai sementara atau payung tu…
Mereka menjual buah-buahan seperti durian dan rambutan. Sebelum ini, kawasan tersebut hanya ‘dikuasai’ oleh dua orang sahaja. Sorang murah dan sorang lagi mahal. Ada ke patut, 1kg durian (termasuk kulit) RM6.00. Dia ingat kita nak makan kulit sekali ker?
Sorang lagi 1kg RM3.00.
Tapi, bak cendawan yang tumbuh selepas hujan, beberapa pendatang baru juga membuka jualan yang sama di situ. Apa yang saya perhatikan, semua letak harga 1kg, RM3.00, termasuklah dua orang pertama tadi… haha.. Macam manalah diaorang ni bisnes. Dah lah dekat-dekat, pembeli pun pening nak singgah kat penjual mana satu.. Dalam hati, diaorang ni ada plan ke jual kat sini, pesaing dekat-dekat. Dah lah harga sama..
Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda memberi pendapat dan komen.
Bagi saya, kita nak buat bisnes perlu ada kelainan dan strategi. Dalam istilah perniagaan, iaitu USP (Unique Selling Proposition). Tak cukup dengan tu, kita kena buat analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Oppostunities, Threats). Nak tahu pasal ni, ada satu web yang anda boleh download spreadsheat percuma untuk buat analisis ni:
http://www.mindtools.com/pages/article/newTMC_05.htm
Begitu juga dengan perniagaan internet, kalau anda jual apa yang orang lain jual. Begitu sukar perjalanan anda, lebih-lebih lagi pesaing anda mempunyai kekuatan dan menggunakan segala peluang dan ruang yang ada.. Fikirkan…
Incoming search terms:
- swot dalam perniagaan
- swot perniagaan
- analisis swot bahasa melayu
- analisis swot dalam memulakan perniagaan baru
- analisis swot kedai 1 malaysia
- analisis swot untuk perniagaan cyber cafe
- sony swot dalam bahasa malaysia













Komen Terkini