Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Tip Ringkas: Bisnes Vs Produk

Utamakan membina bisnes berbanding produk kerana produk biasanya mempunyai jangka hayat yang pendek, melainkan kita hanya mahu buat duit semata-mata.

Contohnya adalah ebook. Pada awal pelancaran, ia mendapat sambutan tinggi, graf naik mencanak. Lama kelamaan, jualannya akan berkurangan, graf jatuh merudum ataupun paling kurang mendatar.

Jika asas dan tapak perniagaan kita kuat, kita mampu survive untuk satu tempoh yang lama. Jika kita bergantung pada produk, ia adalah satu risiko yang besar.

Apa jua produk ataupun servis yang kita jual, perkara paling penting adalah membina ‘tapak’ (foundation) yang kukuh, agar kita terus dapat bertahan dengan lebih lama.

5 Contoh Bentuk Kerjasama (JV) Yang Boleh Anda Lakukan

Bentuk-bentuk JV (kerjasama) yang boleh dilakukan:

1. Kerjasama dengan pihak hosting. Mereka sediakan domain dan hosting, dan kita letak iklan servis mereka dalam ebook kita, atau letak di website/blog.

Contoh: Pihak KL Server Studio (Wan Abdul Aziz) menaja hosting untuk projek ebook Panduan Paypal saya. Pihak SaifulSham juga pernah menaja untuk salah satu projek saya dahulu.

*Banyak syarikat hosting sekarang. Jika tuan/puan mempunyai kredibiliti, ia adalah satu bonus untuk meyakinkan mereka.

2. Kerjasama dengan pihak designer. Mereka buatkan design percuma untuk kita, dan kita promosikan servis mereka sama ada dalam ebook ataupun di blog.

Contoh: Sejak tahun 2006, saya kerap bekerjasama cara begini dengan Nurul Luvleey. Salah satu yang saya buat adalah menemubual beliau.

3. Bertukar-tukar kepakaran secara percuma.

4. Case study. Minta individu yang ada hasil kejayaan kongsikan case study untuk produk berbayar kita. Laman web, produk ataupun nama mereka sudah pasti akan diketahui oleh pembeli-pembeli produk kita.

5. Saling melengkapi.

Contoh: Saya sediakan servis copywriting, tetapi tidak sediakan servis setup servis fan page. Maka saya bekerjasama dengan Zulhilmi Zainudin, manakala untuk servis tambah bilangan Likes, saya bekerjasama dengan Firdaus Latib. Tiada perkongsian keuntungan di sini, cuma saling memudahkan.

Kerjasama dalam perniagaan tidak sekadar mempromosikan produk baru sahaja, sebaliknya banyak bentuk kerjasama untuk jangka masa panjang.

Boleh cuba buat mana-mana cara di atas. Mereka (bakal rakan kerjasama) pasti tidak akan menolak jika kita berikan tawaran yang terbaik dan bernilai. Mereka akan fikir masak-masak sebelum membuat kata putus.

Kerjasama-kerjasama di atas biasanya berlaku melalui dua cara:

1. Kita yang minta atau cadangkan.
2. Kita dihubungi. Mereka yang tawarkan kepada kita.

Kerjasama tidak semestinya dengan “otai” sahaja. Kita boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja, termasuk syarikat-syarikat dan perniagaan berskala pertengahan (SME). Di luar sana, banyak perniagaan dan usahawan yang sedang menanti kerjasama sebegini.

Incoming search terms:

  • cara kerjasama dalam perniagaan kraftangan
  • contoh bentuk kerjasama
  • cara-cara bekerjasama
  • contoh bekerjasama
  • cohtoh belajar cara bekerjasama
  • BENTUK KERJASAMA
  • contoh syarikat yang bekerjasama
  • contoh syarikat yang menjalankan perniagaan usahasama
  • kerjasama jv
  • langkah bekerjasama dengan syarikat

Senarai Kerjaya Internet Marketer dan Bidang Internet Marketing

Menjadi Internet Marketer adalah salah satu pilihan yang ada dalam bidang perniagaan Internet. Rujuk artikel ini (Panduan Menjadi Internet Marketer) jika anda belum membacanya.

Terdapat beberapa nama ‘kerjaya’ dalam bidang Internet Marketing (pemasaran Internet). Di antaranya adalah seperti berikut:

  1. Copywriter
  2. Affiliate Marketer
  3. Social Media Marketer
  4. Email Marketer
  5. Information Marketer
  6. Blogging Expert
  7. WordPress Expert
  8. Online PR Expert
  9. Advertising Expert
  10. SEO Expert
  11. PPC Expert
  12. Website Conversion Expert
  13. Market Research Expert

Manakala berikut adalah senarai bidang Internet Marketing:

  1. Affiliate Marketing
  2. Copywriting
  3. Blogging
  4. WordPress
  5. Email Marketing
  6. Information Marketing
  7. Social Media
  8. Advertising (pengiklanan)
  9. Search Engine Optimization (SEO)
  10. Pay per Click Advertising (PPC)

Saya akan kemas kini senarai di atas dari semasa ke semasa.

Incoming search terms:

  • senarai kerjaya
  • senarai kerjaya pilihan
  • kerjaya blogger
  • sjil ssm CIMB banks
  • sijil syarikat perkongsian
  • sijil perkongsian perniagaan
  • senarai pekerjaan dalam perniagaan
  • senarai pekerjaan bidang akaun
  • senarai kerjaya dalam bidang biologi
  • senarai buat website senang

Panduan Menjadi PAKAR Internet Marketing yang FOKUS

Menjadi Pakar Internet Marketing yang FOKUSĀ [INTERNET MARKETER ULTIMATE GUIDE]

Anda ingin menjadi seorang Internet Marketer yang mempunyai kepakaran tertentu? Tetapi kadang-kadang sering tertanya, bagaimana langkah permulaannya.

Saya telah menulis banyak artikel berkaitan kerjaya Internet Marketer. Post ini adalah merupakan satu ‘rumusan’ penuh terhadap topik ini.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • pakar internet marketing

Lonjakkan Potensi Diri melalui Konsep Master P.I.E.S

Master P.I.E.S: Lonjakkan Potensi Diri

Selamat pagi.

Semalam, saya sempat menuntut ilmu penulisan dan penerbitan buku daripada Tuan Fazrul Ismail (trainer & penulis buku Master P.I.E.S, terbitan PTS), Tuan Irfan Jani dan Tuan Asyraff Hafdzan Abdullah (kedua-dua mereka adalah penggerak Mazni Irfan Publication).

PIES:
P – Physical
I – Intelect
E – Emotion
S – Spiritual

Buku – http://www.pts.com.my/index.php/buku/masterpies/

Kata Tuan Fazrul, “Yang paling penting adalah S.”

Kemudian pada slot kedua, Tuan Irfan Jani menambah, “Salah satu sebab kerja tertangguh (tidak siap-siap) adalah kerana sikap tamak (mahu buat semua). Iman yang ‘sempurna’ mampu mengekang sikap tamak itu.”

ps. “Kenal potensi, bentuk tabiat, bina LEGASI.” Blog ini bagus dibaca. —> http://membinalegasi.com/v1/

*Artikel di atas dipetik daripada FB Mohd Zulfadli.

Incoming search terms:

  • sijil daftar niaga
  • contoh penulisan sijil
  • blogsport bina potensi
  • sijil pertukaran nama suruhanjaya syarikat malaysia
  • SIJIL PENDAFTARAN SSM BIDANG PERLANCONGAN
  • penulis master p i e s
  • membinalegasi com
  • mazni jani publication
  • masterpies
  • master pies

Internet Marketer Dahulu dan Sekarang

Tulisan ini adalah untuk Internet Marketer, dan sesiapa yang mahu jadi Internet Marketer.

1. Dahulu kita boleh berikan apa saja maklumat dan pembaca terima bulat-bulat. Sekarang mereka sudah bijak menapis apa yang perlu, lagi-lagi sudah banyak pilihan yang lebih baik di hadapan mata mereka.

2. Dahulu Internet Marketer hanya cukup beritahu teknik “A” tanpa perlu buktikan ia. Sekarang mana-mana Internet Marketer yang hanya berikan teori tetapi tidak berikan contoh RESULTS (hasil), pelanggan sukar percaya. Media sosial amat memainkan peranan di mana ketelusan Internet Marketer akan dijadikan ‘taruhan’ utama.

3. Dahulu boleh buat seminar teori berkali-kali, tetapi kini orang ramai lebih mahukan kemahiran, belajar teknik yang ‘proven’ dan sesuatu yang segera. ‘Learning curve’ (tempoh belajar dan menguasai yang lama) mungkin tidak akan relevan lagi untuk memulakan bisnes dan berjaya mempraktikkan sesuatu teknik.

4. Jika dahulu banyak ebook teori dan asas, sekarang satu demi satu ebook yang mendedahkan teknik yang terbukti teruji dan memberikan hasil.

5. Dahulu kita boleh kata kita yang terbaik, tetapi sekarang kebanyakan orang sudah bijak menentukan siapa yang terbaik dan tidak. Sekali lagi, kuasa media sosial memainkan peranan besar, selain pengguna Internet sudah bijak mencari maklumat.

Kesimpulan: Boleh saja mahu lakukan seperti yang dulu-dulu, tetapi jika mahu memecut lebih laju, lakukan seperti yang menjadi ‘tuntutan’ masa kini.

Saya yakin, mana-mana Internet Marketer yang memberikan solusi (penyelesaian) yang mudah dikuasai, senang difahami, didatangkan dengan pakej yang menarik, boleh segera dipraktikkan dan cepat memberikan hasil, mereka lebih mudah mendapat tempat di hati kebanyakan orang (penggiat perniagaan internet).
__
Mohd Zulfadli Suddin

Incoming search terms:

  • IM Dulu dan IM Sekarang smartusaha
  • berikan contoh browser internet
  • berikan contoh pengimbas internet
  • contoh media sosial
  • fungsi browser internet dan berikan contoh
  • kegunaan internet dulu dan sekarang

Anda TIDAK perlu….

Bayangkan, apakah keadaan anda apabila anda tidak perlu melakukan tugas-tugas berikut, tetapi perniagaan anda tetap berjalan seperti biasa dan membuat keuntungan pada setiap bulan. Ya, anda:

  • TIDAK PERLU membuat website.
  • TIDAK PERLU menulis surat jualan.
  • TIDAK PERLU menulis ayat iklan.
  • TIDAK PERLU setup shopping cart.
  • TIDAK PERLU sibuk mengurus Fan Page.
  • TIDAK PERLU buat pengilanan dan promosi.
  • TIDAK PERLU sakit kepala melayan karenah pelanggan.
  • TIDAK PERLU menulis di blog.
  • TIDAK PERLU setup sendiri squeeze page.
  • TIDAK PERLU selesaikan isu teknikal.
  • TIDAK PERLU urus akaun perniagaan.
  • TIDAK PERLU buat apa sahaja yang anda pernah diberitahu sebelum ini.

Semua itu akan dilakukan oleh:

  • Pekerja/staf
  • Freelancer

Anda pula HANYA PERLU:

  • Ada modal dan simpanan yang cukup untuk bisnes.
  • Pen dan buku cek.
  • Daftar perniagaan (persendirian ataupun Sdn. Bhd.)
  • Pandai ‘bernetworking‘.
  • Pandai bercakap-cakap.

Nampak ‘simple’, tetapi ia memerlukan perancangan yang rapi dan jelas. Kelebihan melakukan bisnes tanpa membuat semua kerja sendirian adalah kita semakin banyak masa untuk keluarga, anak-anak dan melaksanakan perkara yang perlu sahaja.

Incoming search terms:

  • khidmat buat squeeze page di blog
  • urus akaun syarikat enterprise

Tip Penting Berniaga di Facebook

1. Ambil peluang berniaga di Facebook untuk mengumpul senarai pembeli. Facebook adalah sebuah platform yang berpotensi luas untuk dijadikan sebagai medium perniagaan kerana kebanyakan orang lebih selesa berurusan di Facebook.

2. Wujudkan laman web jualan sama ada laman minisite, shopping cart ataupun blogshop sendiri. Perniagaan kita tidak hanya di Facebook, sebaliknya menggunakan kaedah yang lain juga.

3. Tidak selamanya kita akan berniaga di Facebook. Soalan: Adakah kita akan terus menerus berniaga di Facebook selama 3 hingga 5 tahun? Semestinya tidak. Kita harus berkembang lebih besar berbanding hari ini.

4. Seperti perkara no. 1 di atas, gunakan Facebook untuk mengumpul senarai pelanggan yang berpotensi. Simpan maklumat mereka seperti nama, emel, alamat dan no. telefon.

5. Gunakan maklumat-maklumat itu untuk menghubungi mereka kembali secara konsisten. Jurujual dan perniagaan yang berjaya menggunakan kaedah ini.

6. Maklumat yang disimpan dengan rapi adalah rahsia kekebalan sesebuah bisnes. Jika pasaran di Facebook mula tepu atau berlaku sesuatu yang tidak diduga, perniagaan kita tetap boleh diteruskan kerana kita memiliki maklumat pelanggan.

Akhir kata, Facebook hanyalah PLATFORM. Perniagaan kita boleh beroperasi di mana-mana sahaja dan tidak terikat dengan satu-satu platform.

Saya memegang erat pesanan seorang usahawan yang berjaya, “Kejayaan kita pada hari ini, bukan penentu kejayaan pada masa seterusnya.” Sebab itu jutawan terus ‘bekerja’ kerana kejayaan semalam telah pun ‘basi’.

Apakah perancangan masa hadapan bisnes kita? Sehebat mana bisnes kita di Facebook pada masa ini, ia bukan penentu kejayaan kita pada satu masa nanti.

Mohd Zulfadli (SmartZul),
Penulis Usahawan,
MohdZulfadli-IM

Incoming search terms:

  • tips berniaga di facebook
  • asas berniaga di facebook percuma
  • tips meniaga di facebook
  • tips bisnes di facebook
  • tip penting bisnes facebook smartusaha
  • persamaan usahawan
  • meniaga difacebook
  • meniaga di sony
  • memulakan perniagaan difacebook
  • ebook percuma berniaga di facebook
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)