Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Perniagaan: Keuntungan Maksimum Dalam Islam

Keuntungan maksimum. Persoalan ini kerap menjadi perdebatan kebanyakan orang. Namun yang pasti, Islam menyimpulkan sesuatu berdasarkan dalil dan bukannya berteraskan pendapat manusia semata-mata.

Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah lebih utama untuk kita jadikan pegangan.

Adakah dibenarkan kita mengambil keuntungan maksimum 100%?

Jawapan ringkas: Dibenarkan, selagi mana ia tidak menggugat kepentingan awam.

Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar. Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar.

Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkahan dalam perniagaan yang dilakukannya.

Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga.

Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%.

Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.

Rujukan:

Incoming search terms:

  • berniaga cara rasulullah
  • cara perniagaan rasulullah
  • cara rasulullah berniaga
  • peratus untung dalam islam
  • bisnes untung
  • keuntungan
  • perniagaan cara rasulullah
  • apakah perniagaan rasulullah
  • had keuntungan dalam perniagaan cara islam
  • Keusahawanan dalam islam

Virtual Office – Serviced Office

Pada tahun 2009 sebelum saya berpindah ke Kuala Lumpur, saya sempat menggunakan perkhidmatan Virtual Office di pusat bandar Johor Bahru. Kosnya adalah RM1,800 sebulan. Pakej ini dipanggil sebagai ‘full furnished office’, atau ‘serviced office’. Orang kita sebut, “Masuk cuci tangan sahaja.”

Antara kemudahan yang tertakluk kepada kos itu adalah:

1. Ruang pejabat dan perabot.
2. Talian Internet.
3. Pantri. – Boleh buat minuman percuma.
4. No. telefon.
5. Peti surat.
6. Khidmat ‘receptionist’.
7. Bilik solat.
8. Aircond.
9. Toilet.
10. Cleaner.
11. Kad akses untuk masuk ke ‘biz centre’. – security
12. Boleh masuk 24 jam sehari.

*Mesin fotokopi dan faks dikenakan caj.

Untuk menyewa perkhidmatan sebegini, biasanya mereka akan mengambil deposit 2+1, 1+1 atau sebagainya.

Diakui, kos RM1800 itu adalah teramat banyak. Bayangkan, apa yang saya boleh buat dengan wang sebanyak itu untuk bisnes saya? Namun, saya ambil risiko untuk mencuba dan mengutip pengalaman.

Saranan saya, ambil pakej ‘serviced office’ apabila perlu dan mampu sahaja. Fikirkan, mana satu yang lebih utama. Kos itu digunakan untuk kembangkan bisnes, atau bayar untuk pejabat? Atau jika bayar untuk pejabat, adakah bisnes semakin berkembang?

Jika ditanya pendapat peribadi saya, pakej serviced office amat tidak sesuai bagi bisnes yang baru dimulakan. Gunakan wang yang ada untuk melakukan promosi dan pemasaran bisnes, serta lain-lain perkara penting.

Jika ingin juga menyewa ruang pejabat begini, pastikan kita mendapat hasil sekurang-kurangnya tiga kali ganda daripada kos yang dikeluarkan. Contohnya, RM1800 yang dikeluarkan, akan memberikan kita hasil sebanyak RM5400 sebulan. Dengan begini, barulah pelaburan (sewa) itu berbaloi, selain kita dapat gunakan sebahagian hasil itu untuk bayaran sewa pada bulan seterusnya.

Kita perlu buat ‘calculated risk’. Tidak boleh sewa atau bayar apa-apa perkhidmatan semata-mata kerana mahu, ikut orang atau sekadar mahu selesa. Keduanya, adakah kita benar-benar yakin (setelah dibuat perkiraan), kita mampu membuat bayaran pada setiap bulan?

Sewaan sebegini melibatkan perjanjian (undang-undang). Jadi pastikan membuat keputusan yang TEPAT.

virtual office pejabat maya kuala lumpur

Suite 22 adalah nombor bilik pejabat saya.

 

(c) www.SmartUsaha.com

.

Incoming search terms:

  • rancangan pemasaran
  • pejabat terbuka
  • virtual office johor bahru
  • virtual office
  • perabot pejabat
  • virtual office kuala lumpur
  • perancangan strategi pemasaran
  • strategi perniagaan berjaya
  • contoh strategi syarikat
  • pejabat virtual

Senarai Virtual Office di Malaysia – Pejabat Maya

Virtual Office (VO) adalah perkhidmatan yang semakin banyak disediakan oleh kebanyakan pihak. Jika dahulu kita perlu menyewa ruang pejabat (premis) dengan kos dan syarat yang ketat, kini tidak lagi. Yang perlu hanyalah perniagaan berdaftar dan sah sahaja.

Virtual office adalah perkhidmatan maya di mana seolah-olah ia betul-betul dimiliki oleh kita. Selain itu, ia juga bermaksud kita melakukan urusan secara maya (tanpa bertemu) dengan pihak penyedia khidmat ini.

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara solo (sendiri), freelancer, bisnes secara SOHO dan para profesional individu amat sesuai menggunakan perkhidmatan ini.

Secara ringkasnya, virtual office adalah perkhidmatan asas seperti berikut:

  • Alamat profesional untuk bisnes.
  • Nombor telefon talian tetap (dedicated line).
  • No. Faksimili (faks).
  • Khidmat menerima dokumen dan parcel.
  • Khidmat recepcionist.
  • Ruang pejabat, bilik mesyuarat dan peralatan kemudahan untuk bisnes seperti mesin fotokopi, khidmat menaip dan sebagainya.
  • Workstation - Satu ruang sederhana dan terbuka, tetapi dihadang dengan partition seperti gambar di bawah.

Biasanya pihak penyedia menawarkan khidmat-khidmat di atas secara berpakej. Jadi pilih berdasarkan keperluan dan kemampuan kita.

virtual office pejabat maya malaysia

Contoh workstation. Kredit foto: kmcsolutions@flickr.com

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • gambar pejabat terbuka
  • virtual office malaysia
  • pejabat maya
  • virtual office in KL
  • gambar pejabat
  • virtual office shah alam
  • virtual office kl
  • partition pejabat
  • pejabat
  • virtual office in malaysia

Perniagaan yang stabil pada dekad seterusnya : 2010 – 2019

Apakah bidang perniagaan yang terus stabil untuk 10 tahun akan datang? Sebagai usahawan, kita perlu tahu trend semasa dan akan datang agar kita melibatkan diri dalam bidang yang berpotensi besar.

Berikut adalah senarai bidang perniagaan yang disiarkan oleh pihak mengikut ‘ranking’ perkembangan yang paling tinggi:

1. Voice Over Internet Protocol Providers (VoIP)
2. Retirement & Pension Plans
3. Biotechnology
4. eCommerce & Online Auctions
5. Environmental Consulting
6. Video Games
7. Trusts & Estates
8. Search Engines
9. Recycling Facilities
10. Land Development

Sumber: Inc.com

Perniagaan melalui internet (e-dagang) adalah salah satu bidang yang terus berkembang pesat.

Tip: Pastikan produk atau servis kita yang diniagakan melalui internet mempunyai pasaran (permintaan).

.

Incoming search terms:

  • bidang perniagaan yang berpotensi
  • bisnes yang berpotensi
  • perniagaan yang berpotensi
  • senarai bidang perniagaan
  • gambar komputer workstation
  • perniagaan yang
  • senarai perniagaan yang
  • ruang pejabat untuk disewa shah alam
  • perniagaan yang utama
  • perniagaan yang popular

Sudah bosan dengan perniagaan Internet?

Saya tertarik dengan artikel yang telah ditulis oleh sahabat saya, iaitu saudara Shamsuriyadi, yang bertajuk ‘apabila usahawan internet bosan dengan bisnes internet‘.

Dalam artikel itu, beliau telah senaraikan apakah langkah ataupun cara bagi memastikan usahawan internet terus bersemangat dan tidak berputus asa.

Berikut adalah tambahan daripada saya, iaitu sedikit tip bagaimana kita sebagai usahawan tidak mudah patah hati ataupun tidak mahu lagi melakukan apa yang kita lakukan sekarang:

1. Lakukan banyak perkara

Hal ini bertentangan dengan nasihat yang selalu kita dengar. Ya, fokus pada satu perkara sahaja adalah nasihat yang terbaik terutama bagi mereka yang baru ingin bermula. Tetapi apabila kita telah berada lama dalam bidang perniagaan, yang satu itu akan menjadi punca kita mula bosan.

Banyak perkara yang dimaksudkan adalah kita menambah produk, servis atau bidang perniagaan yang masih sama dalam bidang yang kita lakukan. Contohnya, kita berniaga pakaian, maka kita tambah lagi pelbagai produk pakaian yang berbeza.

2. Pelbagaikan bakat

Setiap orang perlu utamakan dan manfaatkan sekurang-kurangnya tiga bakat yang ada dalam dirinya. Setiap orang ada pelbagai kebolehan dan jika boleh, elakkan terhad kepada satu sahaja. Semakin banyak kita lakukan sesuatu yang menggunakan bakat kita, kita sukar untuk bosan.

Namun pastikan, kita tidak terlalu obses dengan bakat. Memang ia penting, tetapi apabila kita terlalu bergantung kepada bakat semata-mata, kita mudah menolak untuk melakukan sesuatu dengan alasan “saya tiada bakat.”

Dan perkara yang penting juga adalah, elakkan juga terlalu banyak. Bergantung kepada keupayaan dan masa masing-masing. Utamakan yang utama.

3. Teruskan belajar

Kita akan mula goyah apabila kita mula berhenti belajar. Dan kita akan mudah tertinggal jauh apabila kita mula menutup pintu ilmu. Belajar itu banyak caranya, malah tanpa perlu keluar dari rumah, iaitu melalui internet. Baca artikel, beli ebook, online course dan banyak lagi cara.

4. ‘Bersosial’

Manusia yang ‘sihat’ bukan sahaja perlu sihat dari aspek tubuh badan, tetapi juga mental, emosi dan sosial. Usahawan perlu bersosial sekurang-kurangnya sesama para usahawan. Elakkan diri bersendirian di hadapan komputer pada setiap hari. Luangkan sedikit masa untuk bertemu rakan usahawan atau menyertai apa-apa program berkaitan.

5. Tambah kenalan

Dengan teknologi media sosial pada zaman sekarang seperti Facebook, menambah kenalan tidak perlu lagi mengambil masa yang lama. Dengan hanya hujung jari, kita boleh menambah kenalan seberapa ramai yang kita mahu pada setiap hari.

Seboleh mungkin, jumpa kenalan-kenalan itu secara nyata dan bukan hanya melalui internet.

6. Lakukan sesuatu yang baru

Apabila perniagaan kita mula berjaya, mungkin kita boleh menambah sumber pendapatan yang lain pula. Namun awas, lakukan jika anda berupaya sahaja. Menambah saluran pendapatan yang lain bermaksud, kita tidak akan menghadap benda yang sama setiap hari.

Jika tidak mampu, mungkin boleh lakukan inovasi terhadap perniagaan agar anda tidak bosan menghadap bisnes yang sama saja bentuknya setiap hari.

Inovasi atau ‘evolusi’ adalah salah satu cara untuk kita elakkan kebosananan. Ia tidak semestinya besar atau memerlukan kos. Lakukan sesuatu yang baru walaupun kecil, agar pandangan dan semangat terhadap bisnes kita sentiasa juga baru.

7. Bersukan / beriadah

Bosan juga biasanya diakibatkan oleh badan yang letih, penat dan tidak cergas. Seperti mana nasihat kebanyakan, kita perlu beriadah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, dan 20 minit pada setiap kali itu.

8. Bosan bermaksud banyak masa terluang

Luangkan satu minit untuk menjawab soalan ini: Adakah anda terlalu banyak masa terluang sehingga tidak tahu perlu buat apa, dan akhirnya mula kebosanan?

Jika ya, cepat-cepat ambil pen dan sehelai kertas untuk senaraikan apakah tugas penting yang perlu dilakukan. Dan senaraikan juga apakah tanggungjawab yang perlu digalas dalam hidup ini.

Saya yakin, setiap orang pasti ada sekurang-kurangnya satu tanggungjawab penting yang perlu disempurnakan. Jadi, manfaatkan masa yang ada sebaik-baiknya.

9. Majukan lagi bisnes

Apabila kita melakukan perniagaan dalam skala yang sama bertahun-tahun lamanya, itu adalah salah satu sebab kita mudah berasa bosan. Maka ada dua pilihan di sini iaitu kita lakukan perubahan (inovasi) ataupun kita majukan lagi bisnes.

Mungkin dengan perbesarkan lagi saiz perniagaan, sewa ruang pejabat jika sebelum ini hanya berbisnes dari rumah, bekerjasama dengan rakan-rakan lain dan sebagainya. Paling kurang, ubahsuai ruang kerja SOHO.

Apabila kita sentiasa naik setapak demi setapak, maka perasaan bosan amat sukar datang pada diri kita kerana kita melakukan sesuatu yang berbeza dalam setiap tempoh tertentu.

10. Membaca kisah menginspirasikan

Sentiasa baca kisah orang-orang yang telah berjaya. Baca juga buku-buku motivasi terutama yang ditulis sendiri oleh orang yang telah gagal tetapi bangkit kembali. Utamakan membaca kisah kejayaan orang yang tidak sama bidang dengan kita atau yang lebih berusia dengan kita untuk mengelakkan perasaan lemah semangat kerana rasa jauh tertinggal dan rasa cemburu berlebihan.

11. Perbaiki amalan seharian

Tidak dapat dinafikan, terkadang semangat kita mula ‘lusuh’ adalah kerana jiwa kita mula gelap dan hati sedikit demi sedikit dikuasai titik-titik hitam. Bagaimana dengan solat kita? Jika solat, adakah sudah betul caranya? Bagaimana pula sikap amarah kita seperti dengki, marah, menipu, riak, tamak dan sebagainya?

Amalkan solat tahajjud, baca Quran, sedekah dan zikir-zikir yang mudah diamalkan. Tidak perlu banyak. Sekurang-kurangnya kita sentiasa ‘connected’ dengan Tuhan kita, ALLAH subhanahu wa ta’ala.

Seorang rakan usahawan saya berpesan, “Tidak perlu banyak berfikir. Teruskan usaha dan tumpukan perhatian dengan apa yang sudah ada di hadapan mata.”

-

ps. Baca juga blog Motivasi Usahawan di sini!

Incoming search terms:

  • motivasi
  • blogger perniagaan
  • ayat motivasi
  • kata motivasi usahawan
  • contoh situasi 5s di pejabat
  • contoh patition 5s
  • memasang dan mengatur peralatan pejabat
  • ruangan terbuka komputer
  • petikan kata kata motivasi perniagaan
  • ubahsuai pejabat

Syarikat Hosting Terbaik

Selama melakukan perniagaan melalui Internet, saya telah menggunakan khidmat beberapa buah syarikat Hosting. Syarikat hosting adalah sebuah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan domain name dan hosting.

Banyak pilihan pada masa sekarang, daripada yang berharga rendah sehinggalah kepada yang berharga premium. Malah, setiap syarikat hosting membuat tawaran dalam pelbagai bentuk pakej yang boleh dipilih berdasarkan modal yang kita mampu keluarkan.

Pertama sekali, artikel ini tidak sesekali mengatakan syarikat yang tidak disebut di sini adalah tidak bagus, cuma saya ingin menyatakan sebuah syarikat berikut yang betul-betul memuaskan hati saya, iaitu HOSTGATOR.

Saya menggunakan khidmat mereka dari tahun 2007 sehinggalah sekarang. Saya hanya menyewa ruang hosting mereka sahaja, manakala domain pula saya beli melalui NetKL.com. Kiranya, saya telah point domain itu ke server Hostgator.

Setakat ini, tiada masalah teknikal yang begitu besar pernah berlaku. Down time juga amat jarang berlaku, berbanding server yang berada di Malaysia.

Dari segi servis, setakat ini mereka juga cepat membalas emel yang kita kirimkan bagi mendapatkan bantuan (sokongan). Namun bergantung juga kepada masa kita hantar emel ini kerana jika di sini siang, di sana adalah malam.

Tetapi bukan mengenai servis yang ingin saya nyatakan di sini, tetapi adalah kepuasan hati saya terhadap server mereka yang jarang down. Ini adalah amat penting bagi para peniaga dan usahawan online. Bayangkan, jika server kerap down, berapa banyak kerugian akan berlaku jika ribuan pelawat tidak dapat masuk ke laman web kita sepanjang masalah itu berlaku?

Jadi, saya amat sarankan Pakej Hosting di HostGator. Saya gunakan pakej yang paling ‘Baby’, namun banyak fungsinya yang unlimited seperti add on domain dan database. Pakej ini berharga $9.95 USD (untuk bulan pertama biasanya ada diskaun). Ya, anda boleh bayar secara bulanan! Kalau dalam RM, lebih kurang RM30.00 sahaja sebulan. Ia amat berbaloi. Anda juga boleh bayar untuk setahun terus jika mahu.

Dari segi pembayaran, anda boleh gunakan kad kredit, kad debit atau melalui Paypal. Saya sarankan anda daftar satu akaun Paypal kerana anda akan merasai betapa mudahnya membuat pembelian di Internet, terutama membeli domain dan hosting. Malah, anda boleh link-kan akaun Paypal dengan kad debit.

Jika anda berminat untuk membeli akaun hosting di Hostgator dan memerlukan panduan (bimbingan), boleh hubungi saya melalui contact form di blog ini.

Diskaun untuk bulan pertama

Gunakan kod kupon ini semasa membeli mana-mana pakej hosting di Hostgator:

HOSTSMART2012

Dengan kupon tersebut, anda akan mendapat diskaun sebanyak $9.94. Bermaksud, untuk bulan pertama, anda hanya perlu bayar 1 sen USD sahaja!

Hosting Hostgator

Incoming search terms:

  • hosting terbaik
  • beli hosting
  • kod kupon bookcafe malaysia
  • doman dan hosting terbaik
  • hosting hostgator smartusaha
  • hostgator smartusaha
  • perniagaan hosting
  • new hosting terbaik
  • smartzul domain
  • membeli domain name

Next Level Internet Marketer (IM)

Apa itu ‘Next Level IM’?

Apa yang saya fahami, Next Level yang dimaksudkan itu adalah perniagaan bertahap lebih tinggi daripada biasa. Jika pada hari ini kita seorang affiliate, pada satu hari nanti (mungkin tahun hadapan) kita sudah ada sebuah laman web yang sistem affiliate terbesar untuk pasaran Malaysia seperti mana Clickbank.

Andaikata sekarang kita seorang penulis ebook, pada satu masa nanti kita adalah penerbit ebook seperti mana yang dilakukan oleh ahli pasukan saya, EducatticMind. Penerbit ebook ini kelak akan mempunyai barisan-barisan penulis ebook yang hebat di mana mereka akan menghasilkan manuskrip-manuskrip (penulisan) yang akan menjana hasil yang besar.

Kelebihan menjadi penerbit adalah kita hanya perlu membantu penulis memasarkan ebook mereka dan kemudian kita akan menjana pendapatan melalui karya mereka. Penerbit ebook juga perlu mempunyai sistem tersendiri daripada proses pembelian sehinggalah kepada proses pengiraan royalti penulis, yang mungkin agak kompleks untuk dihasilkan, selain menelan kos yang besar.

Hakikatnya….

Apa yang kita baca, segala rahsia, strategi dan seumpamanya, tidaklah seindah dan semudah yang digembar-gemburkan. Untuk naik ke atas, kita perlu bermula daripada bawah. Agak sukar sebenarnya mereka yang tidak ada apa-apa pengalaman dalam bidang ini terus untuk naik ke puncak.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • bisnes next level
  • ceramah remaja dan keusahawanan
  • jangan mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain
  • next-level blog

Perniagaan Internet Dari Rumah – Satu Gaya Hidup

Setiap orang mempunyai cara gerak kerja sendiri, berdasarkan kepada keperluan dan kemahuan mereka. Ada mereka yang melakukan bisnes online dan juga ‘offline’ sekaligus, dan ada juga yang membahagikan masa di antara keduanya.

Bagi anda yang benar-benar mahu menjadikan bisnes internet sebagai satu gaya hidup, maka beberapa perkara berikut boleh dilakukan:

  • Aktiviti online lebih banyak berbanding aktiviti offline.
  • Sebahagian besar urusan adalah secara online.
  • Komunikasi lebih banyak dilakukan secara online.
  • Jumlah transaksi lebih banyak secara online.
  • Jarang bertemu muka dengan pelanggan.

Gaya hidup bermaksud, dengan memfokus pada bisnes online sepenuhnya tanpa banyak ke dunia offline, anda mempunyai masa untuk keluarga atau melakukan perkara lain selain bisnes seperti hobi, kerja-kerja sosial, belajar, membaca dan sebagainya.

Pendek kata, 80 hingga 90 peratus masa bisnes diluangkan secara online. Aktiviti offline boleh sahaja dilakukan, tetapi apabila ia lebih banyak atau sama banyak dengan aktiviti online, gaya hidup bisnes internet itu sudah sedikit lari dan gagal direalisasikan.

Memang benar sesebuah bisnes perlu dikembangkan ke dunia offline. Tetapi sewajarnya sebuah bisnes yang semakin maju, maka penggunaan teknologi Internet juga perlu selari. Kelebihannya, kos overhead dapat dikurangkan. Staf-staf atau virtual assistant hanya bekerja dari jarak jauh (melalui Internet). Dan kita sebagai pemilik bisnes pula boleh melakukan bisnes dari mana sahaja mengikut keselesaan kita.

Jika ingin menyewa ruang pejabat, boleh sahaja apabila sudah sampai masanya. Namun ia tidak bermakna kita perlu ke pejabat pada setiap hari.

Saya sendiri pernah mencuba perniagaan secara offline, namun saya dapati ia kurang berbaloi dengan tenaga, masa dan wang yang dikeluarkan, selain ia memenatkan. Ia mungkin kurang sesuai dengan diri saya.

Inilah yang saya cuba realisasikan melalui konsep ‘Revolusi SOHO‘ yang bakal saya bawakan nanti, iaitu bekerja dari mana sahaja mengikut keselesaan secara online, terutama dari rumah.

Buat masa ini, saya lebih selesa menggunakan sebahagian besar masa untuk aktiviti bisnes secara online tanpa terlalu kerap berbisnes di dunia offline, kecuali untuk tujuan berkaitan dan perlu.

Kelebihan apabila kita menetapkan masa yang ‘ketat’ untuk bekerja (contoh: 5 jam sehari pada waktu siang, Isnin hingga Jumaat), maka kita akan lebih produktif dan berdisiplin. Namun segalanya bergantung juga pada model bisnes masing-masing.

Disebabkan model bisnes saya adalah lebih kepada digital, maka ia lebih mudah untuk berbisnes beberapa jam sahaja sehari. Selebihnya, saya lakukan perkara lain terutama perkara yang saya suka seperti membaca buku dan menulis.

FB Page Revolusi SOHO: http://facebook.com/RevolusiSOHO

-

Incoming search terms:

  • bisnes online dari rumah
  • berniaga di rumah secara on line
  • bisnes internet dari rumah
  • blog bisnes tanpa online di rumah
  • kerja dari rumah perniagaan internet
  • meniaga online
  • meniaga online dirumah
  • selesa berniaga dari rumah
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)