Pelbagaikan Sumber Pendapatan Anda
Sunday, July 20th, 2008Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Bayangkan pendapatan bulanan anda melalui Internet adalah seperti berikut:
1. Produk digital = RM3500
2. Produk fizikal = RM2500
3. Program Affiliate = RM2000
4. Google Adsense/Pengiklanan = RM1000
5. Servis = RM1000
Mungkin jumlah di atas sedikit, tapi ia sesuai untuk dijadikan contoh yang realistik yang amat tidak mustahil untuk dicapai. Jadi, jumlah pendapatan keseluruhan ialah (berdasarkan contoh di atas):
RM10,000.00!
Mungkin jumlah tersebut sedikit, tapi mungkin bagi orang lain ia banyak. Malah bagi sesetengah orang, dah terlebih daripada apa yang perlu ( kalau lebih simpan la untuk bekal hari tua
). Terserah kepada keperluan dan kehidupan diri sendiri. Tak perlu banding dengan orang lain.
Cuma, apabila kita menggunakan Internet sebagai sarana menjana pendapatan, lebih-lebih lagi secara sepenuh masa, maka pelbagai sumber pendapatan amatlah penting.
Penting di sini salah satu contohnya ialah, katakan satu cabang itu mempunyai persaingan yang tinggi atau tiba-tiba ada masalah, cabang/sumber lain tetap wujud mengalirkan duit. Jadi, tak lah risau sangat.
Sebulan dua yang lepas, saya banyak mendapat pendapatan daripada program affiliate. Alhamdulillah, sedikit sebanyak pendapatan affiliate tersebut dapat ‘cover’ sedikit ‘ketirisan’ yang berlaku dalam jualan produk sendiri.
Sekarang ni, saya akan fokus pada program affiliate juga selain jual produk sendiri. Ia mudah, tak pening kepala dengan karenah pelanggan dan hanya tunggu duit masuk sahaja. Pendek kata, buat program affiliate ni amat menyeronokkan. Tapi dalam masa yang sama, saya akan tetap membina bisnes untuk ‘long term’ punya strategi.
Apa pun, setiap model atau sumber pendapatan tersebut ada pro dan kontra. Saya tak akan pilih satu, tapi saya pilih sebanyak yang semampu saya boleh.
Bagaimana pula dengan anda?
—-
ps. Nak buat duit tanpa perlu berhadapan dengan karenah pelanggan yang amat memeningkan kepala? Klik di sini jika YA.
Popularity: 42%
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!





