Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Kelengkapan Asas Perniagaan Internet

Daripada survey yang saya lakukan semalam, bahkan pengalaman saya yang lepas, ada mereka yang berminat untuk melakukan perniagaan internet bermasalah di dalam soal kelengkapan asas.

Alat-alat asas yang saya maksudkan di sini ialah komputer dan juga talian internet. Berikut adalah serba sedikit saranan saya untuk anda yang masih belum mempunyai komputer dan talian internet sendiri.

Komputer

Terdapat dua jenis komputer iaitu jenis desktop dan juga laptop (komputer riba). Jenis mana yang perlu anda guna adalah bergantung kepada cara penggunaan dan gaya kerja anda. Jika anda sering bergerak atau travel, maka laptop adalah amat sesuai untuk anda miliki. Sebaliknya, jika anda lebih kerap melakukan kerja-kerja perniagaan di rumah, maka adalah lebih sesuai menggunakan komputer jenis desktop.

Berapakah harga komputer? Bergantung kepada spesifikasi yang anda mahu. Saya bukanlah pakar perkakasan komputer di sini, tetapi apa yang dapat saya katakan ialah, cukuplah sebagai pendahuluan anda beli komputer yang dapat diguna untuk menaip dan melayari internet.

Harga sebuah komputer sekarang teramatlah murah. Tak cecah RM2000 pun anda sudah boleh dapat komputer yang spesifikasinya sudah agak bagus. Terdapat dua jenis desktop iaitu jenis klon dan juga berjenama (seperti Dell, Acer..). Kedua-duanya tidak ada masalah, bahkan ramai yang menggunakan komputer jenis klon kerana mudah untuk mendapatkan alat ganti.

Anda boleh ke mana-mana kedai komputer berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai komputer. Ingat, jangan sampai tertipu. Tip saya, bawa bersama sesiapa yang tahu selok belok mengenai komputer semasa ingin membeli komputer. Jadi, risiko untuk anda ditipu adalah lebih sukar. Atau anda juga boleh membeli di laman web Dell.

Begitu juga untuk laptop, anda boleh beli di laman web Dell. Terdapat banyak pakej yang boleh anda pilih. Anda boleh lawati laman web Dell melalui link berikut.

Talian Internet

Terdapat banyak pilihan sekarang. Daripada dial up sehinggalah kepada broadband, semuanya terserah kepada anda untuk menggunakan yang mana satu. Namun saranan saya, gunalah broadband kerana ia lebih laju.

Sama seperti komputer, jenis broadband juga ada dua iaitu yang bergerak dan juga tetap. Jika anda kerap keluar (travel) atau gaya kerja anda yang tidak tetap di satu tempat, maka gunalah 3G Broadband. Jika anda melakukan kerja ebiz dari rumah sepanjang masa, gunalah talian Streamyx atau dial up.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • asas perniagaan internet
  • perniagaan LAPTOP
  • asas keperluan perniagaan internet
  • kebenaran kerja menaip di rumah
  • perniagaan menggunakan komputer
  • perniagaan menggunakan komputer di rumah
  • perniagaan mengunakan komputer
  • pinjaman perniagaan asas tahi
  • tempat kerja tak ada talian tetap

Harga Minyak Naik, Harga Barang Naik? Takder Masalah!

Saya banyak belajar mengenai pengurusan kewangan daripada kawan-kawan di Internet malah daripada pembacaan buku. Dengan sedikit kefahaman yang saya ada, apa yang dapat saya katakan, walaupun harga minyak naik dan terus naik, dan dalam masa yang sama harga barang naik tak habis-habis, itu bukanlah masalah besar.

Bagi mereka yang faham pengurusan kewangan atau teknik kewangan, saya yakin mereka tak pelik dengan kenyataan saya tersebut. Bahkan saya ingin menambah satu lagi kenyataan: Duit gaji yang anda dapat, anda boleh simpan 100% dan tak perlu guna pun. Sebaliknya, anda boleh guna duit dari sumber lain. Soalnya, dari mana duit tersebut?

Buat Ebiz Secara Part Time!

Di Malaysia, tak ramai yang buat ebiz secara sepenuh masa (full time). Boleh dikira dengan jari. Tapi, kalau yang buat secara part time, memang ramai sangat. Dan inilah yang saya mahu ceritakan sikit pada hari ni.

Jika anda asyik mengeluh harga minyak naik dan menekan pihak kerajaan agar menurunkan harga minyak, itu bukan satu-satunya tindakan yang bijak. Tak perlulah kita melaung kuat-kuat kepada ‘bukit’ yang pasti tak akan mendengar untuk melakukan sesuatu kepada kita. Dengar pun tak, apatah lagi mahu menerima kehendak kita..

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • harga barang naik lagi

Letih Melayan Karenah Pelanggan? Inilah bisnes!

Jangan anda anggap perniagan Internet hanya manis-manis belaka. Orang yang cakap income berpuluh-puluh ribu sebulan itu biasanya akan sembunyikan apakah kesusahan dan kesedihan di dalam perniagaan Internet ini. Kalau mereka cakapkan pun, hanya selepas anda membeli produk panduan buat duit mereka sahaja. ;)

Seperti yang saya katakan di tulisan yang lepas, apabila saya menyebut perniagaan Internet, maka saya lebih kepada perniagaan ‘two way communication’ (dua hala) iaitu kita berhubung dengan pelanggan. Jenis perniagaan beginilah ramai yang gagal, putus-asa, fade up dan mahu larikan diri. Saya tahu, sebab saya dah hampir 3 tahun jadi usahawan!

Ya, walaupun tempoh 3 tahun itu umpama setahun jagung, tapi satu demi satu saya telah melihat usahawan Internet jatuh, gagal, stop, kecewa, melarikan diri entah ke mana, hilang lesap dan pelbagai lagi…

Inilah realiti perniagaan yang ada perhubungan dengan pelanggan. Kalau kita hanya tahu menjual dan menjual tetapi tidak belajar dan mempraktikkan bagaimana untuk berkomunikasi atau melayan pelanggan, maka sebab itu kita akan mudah kecewa.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • cara melayan pelanggan
  • bagaimana melayan pelanggan dengan sepenuh hati
  • cara cara melayan pelanggan
  • cara berkomunikasi dengan pelanggan
  • cara cara berkomikasi dengan pelanggan
  • cara komunikasi dengan pelanggan
  • cara berhadapan dengan pelanggan
  • cara melayan pelanggan bermasalah
  • cara melayan pelanggan dengan profesional
  • kaedah melayan pelanggan

Perniagaan Internet : Konsep 24/7 yang disalah-fahami

Apabila menyebut perniagaan internet, maka ramai yang berpandangan atau meletakkan di dalam minda bahawa perniagaan internet = 24 jam sehari menghadap komputer.

Anggapan ini AMAT salah sama-sekali. Apa yang dimaksudkan dengan 24 jam ialah, laman web jualan yang ‘live’ berterusan 24 jam sehari, 7 hari seminggu dalam masa setahun yang boleh menerima bayaran dan pesanan. Sebaliknya, BUKAN si usahawan internet tadi yang menghadap PC dan internet berjam-jam lamanya atau paling lama 24 jam sehari. Ia satu kerja yang… hmmm… entah. Dalam bahasa sopannya, satu kerja yang amat tidak menyihatkan, satu tanda pengurusan masanya bermasalah dan mungkin dia tidak ada jadual hidup.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • konsep internet marketing
  • konsep perniagaan melalui internet

Usahawan : Kerjaya Yang Mencabar

Saya pernah berjumpa dan juga diberitahu oleh mereka yang begitu terkesima dan teruja dengan bidang perniagaan internet.. “zul, saya nak berhenti kerja. Nak buat full time internet business..”. Saya terus jawab, “jangan.. Kerja dulu biar semua aspek dah cukup..”.

Ok, cerita tu kita stop dulu, apa yang saya nak cakap adalah, apabila dikatakan sebagai usahawan, satu perkara yang akan ada dalam kamus hidup usahawan adalah SABAR dan TIDAK PUTUS-ASA.

Sabar bukan sahaja di dalam mencapai kejayaan dan meraih keuntungan dalam jualan, malah sabar di dalam menghadapi karenah pembeli produk yang dijual. Seorang pembeli, atau pelanggan, mereka tidak mahu mendengar apa-apa alasan anda sekali-pun. Janji, mereka dapat apa yang sepatutnya mereka dapat. “Itu hal awak, yang penting apa yang saya bayar, saya dapat..”.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • cabaran dunia perniagaan
  • 10 kerjaya paling mencabar

Pakej Kit Blogger Versi Re-launch!

TERKINI : Pakej Kit Blogger telah dilancarkan! Sila lawati ke laman web jualan untuk maklumat lanjut dan proses pembelian :

http://bloggingsteps.com/kit

KEPADA PEMBELI SEBELUM INI : Sila masuk ke ruang khas. Ada pengumuman untuk anda!

Ok ok. Saya tahu anda dah tak sabar bukan? Maafkan saya buat anda tertunggu, bahkan ada yang tak berenggang dengan komputer dan internet semata-mata untuk mendapatkan pakej kit blogger, samada untuk membelinya sahaja atau mendapatkan versi resell rights.

Harap maklum.- ZuL

Cabaran 3 Hari Perniagaan Internet

Seperti yang saya janjikan, kita akan sama-sama pelajari secara ‘live’ bagaimana membina sebuah perniagaan internet dengan mudah dan cepat dalam masa 3 hari. :)

3 hari?? Ya. Saya ‘mencabar’ diri saya dan anda semua untuk membina sebuah perniagaan dalam masa sesingkat ini dengan 4 langkah termasuk proses marketing tanpa kos. Perlu diingatkan, kita membina dan bukan terus mendapatkan hasil (tapi kalau dapat sale itu petanda yang baik!). Proses promosi dan pemasaran perlu dilakukan sebaik mungkin dan kadang-kadang memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan hasil. Namun, adalah tidak mustahil jika anda melakukan promosi dan pemasaran yang efektif dan konsisten, hasilnya akan datang dengan ‘cepat’.

Namun begitu, ingin saya memesan, jangan lihat kepada $$$$, tetapi fokus kepada usaha untuk membina sebuah perniagaan yang berdaya saing dan fokus kepada usaha pemasaran yang berkesan. Duit akan datang sendiri.. Jika anda hanya inginkan duit, maka jalan terbaik adalah pergi membuat pinjaman sahaja di bank atauuu dengan along? (jangan ekk!) ;) Dalam perniagaan, kita memerlukan sedikit masa. Proses pengurusan laman web, meningkatkan mutu sales letter dan melakukan promosi yang efektif, perlu dilakukan sebaik yang mungkin. Apa yang akan saya tunjukkan adalah benda-benda asas yang boleh kita lakukan dalam masa 3 hari dan yang diperlukan. Lain-lain perkara, perlu dilakukan di lain masa.

Saya menyatakan hal ini awal-awal kerana tidak mahu anda melakukan ‘kesilapan’ di awal-awal proses pembinaan perniagaan internet. Jika di awalnya sudah ada kesilapan penetapan matlamat dan fikiran, maka di dalam usaha pembinaan dan semasa pengurusan perniagaan, anda akan KECEWA.

Jadi, apa yang akan kita lakukan dalam masa 3 hari ini adalah PEMBINAAN. Bukan terus mendapat hasil ok.. ;) Dalam 3 hari bermula Selasa ini, anda cuma perlu ikuti (pelajari) apa yang saya buat. Dalam ‘kursus’ ini, saya akan menggunakan paypal.com untuk tujuan pembelian produk dan juga payment processor untuk pembayaran. Atau, anda juga memerlukan kad kredit atau kad debit untuk melakukan apa-apa pembelian di internet. Haa, saya dah cakap dulu, nak jadi usahawan internet, anda perlu ada sekurang-kurangnya kad debit! Mudah nak beli sesuatu di internet termasuk untuk mendaftar akaun paypal. Kalau tak ada, daftar segera yang mungkin.. Agak sukar tanpa adanya kad debit. Tak tahu? Download ebook panduan paypal percuma di sini: http://smartusaha.com/news.

Seperti yang saya maklumkan di tulisan sebelum ini, kita mulakan esok – 23/1/07, selasa. -. Harap semua catat nota dan ruang sedikit masa untuk pelajaran kita ini. Tak cuba, tak tahu & mencuba adalah lebih baik daripada tak buat apa-apa.

Jumpa esok yer.. :)

PS. Tak nak jumpa esok, jom jumpa saya di UKM Bangi Sabtu ini, 27/1/07. Klik di sini. :)

Incoming search terms:

  • cabaran pemasaran perniagaan
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)