Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Bercuti Panjang: Berbaloikah?

Saya sekarang masih di kampung. Ini adalah cuti saya yang paling panjang dalam sejarah sejak saya mula melakukan perniagaan internet secara sepenuh masa.

Apa yang saya dapati, cuti saya ini tidak begitu produktif. Saya hanya mampu memantau perniagaan saya sedia ada dan tidak mampu menguruskan beberapa produk baru. Malah, saya tidak sempat sangat untuk mempromosikan produk-produk sahabat saya yang lain (JV).

Cuti kali ini tidak begitu dirancang. Saya balik ke kampung kerana ‘terpaksa’. Ia di luar dugaan saya. Ia tidak produktif kerana cuti saya ini bukanlah cuti melancong atau berehat. Cuti saya ini tetap ada hiruk pikuk dan kebisingan sebab saya bukan sedang bercuti di sebuah pulau.

Saya sekarang ini sedang cuti bekerja iaitu cuti sambil tetap melakukan sebahagian kerja untuk bisnes saya. Bermaksud, saya bukan cuti sepenuhnya. Malah, saya melakukan kerja bukan di tempat yang sesuai (bukan di SOHO saya). Sebab itu kerja saya kurang produktif.

Namun syukurlah dengan perniagaan internet ini, sebahagian perkara adalah automasi. Income tu tetap masuk walaupun masa cuti ni tak dapat buat banyak kerja.

Cukup dulu cerita saya itu… :)

Seperti yang kita maklum, ada macam-macam jenis cuti. Antaranya ialah cuti sakit, cuti kecemasan, cuti kerja dan cuti-cuti malaysia (melancong lah tu).

Bagi saya, cuti yang betul-betul membantu menyegarkan minda dan fikiran ialah cuti melancong. Contohnya pergi bercuti ke pulau, kawasan peranginan, pantai dan sebagainya.

Untuk makluman anda, sejak saya melakukan perniagaan internet sepenuh masa ini, saya belum pernah pergi bercuti sebegitu. Saya jenis seorang yang amat bekerja kuat dan belum membalas diri sendiri dengan pergi bercuti. InsyaAllah, saya pasti akan bercuti sebegitu dan ‘meninggalkan’ perniagaan internet ini seketika.

Cuti akan berkesan untuk minda dan ia akan berbaloi untuk keuntungan jangka panjang apabila cuti itu betul-betul jauh daripada tekanan kerja.

Apabila sebut bercuti, maka sudah pasti tiada apa-apa kerja. Dan tak akan disebut cuti jikalau anda masih tidak berenggang dengan laptop anda. Sikit-sikit check email! ;)

Cuti yang sebenar ialah cuti yang dapat memberikan keseronokan pada diri, menenangkan jiwa, tiada fikiran mengenai bisnes dan anda jauh daripada segala urusan perniagaan. Pendek kata, anda hanya dengan dunia percutian anda 100%.

Inilah cuti yang berbaloi kerana minda dan jiwa anda akan terisi dengan perasaan dan semangat baru yang mana selama ini hilang akibat kerja kuat.

Namun, tidak kisah cuti macam mana, adakah cuti ini berkesan dan berbaloi jika ia mengambil masa yang lama? Daripada pengalaman saya lah, semakin lama kita bercuti, semakin hilang semangat untuk buat kerja.

Semakin lama meninggalkan kerja, semakin mahu duduk relaks dan semakin mahu menangguh-nangguhkan kerja. Jika anda seorang self employed (bekerja sendiri), ini adalah satu bencana bagi anda.

Bercuti memang seronok, tapi jika cuti itu terlalu lama, penyakit lain yang akan datang seperti malas, menangguh, ‘berat tangan dan kaki’ serta malas berfikir banyak..

Bagi saya, cuti yang lama tidak terlalu bagus. Lagi-lagi jika tiada orang yang memantau perniagaan anda. Lainlah kalau ada staf atau rakan niaga yang memantau perniagaan itu.

Namun apa yang ingin dibangkitkan di sini ialah, kesan kepada diri sendiri. Adakah cuti yang lama berbaloi untuk diri atau sebaliknya memberikan kesan buruk seperti umpama mengambil ubat dengan dos yang berlebihan?

Apakah pendapat atau idea anda?

Nota: Artikel ini khas untuk semua jenis perniagaan (offline dan online).

p.s. Saya akan balik ke JB selewat-lewatnya 5hb Jun ini. Banyak produk terbaru yang akan saya ‘launch’ selepas ini. Tunggu…

Incoming search terms:

  • the mines wonderland bercuti

Pasaran Ebiz Tempatan Perlahan | Bayaran Komisen

Pasaran ‘Slow’?

Kepada para usahawan internet terutama yang menumpu di pasaran Malaysia, adakah pendapatan anda sedikit perlahan atau jatuh sejak dua tiga minggu lepas?

Untuk diri saya sendiri, saya dapati income saya sedikit jatuh terutama program affiliate yang saya sertai. Untuk produk sendiri, bukanlah tak dapat jualan yang Ok, tapi bilangan jualan tu sedikit perlahan.

Jika kita sedia maklum, dua minggu lepas Malaysia telah menghadapi musim pilihanraya dan sehingga ke hari ini, keadaan politik di Malaysia masih lagi belum stabil. Malah, sekarang pun sedang cuti sekolah (tamat pada 16 Mac 2008) di samping gaji belum masuk. ;)

Untuk melihat betul atau tidak teori saya ni, saya akan lihat income saya pada bulan depan. Kalau ada peningkatan, itu bermaksud betullah kuasa beli akan tinggi apabila bukan di hari cuti.

*Kadar jual beli bergantung kepada jenis produk atau servis yang anda lakukan. Ada jenis produk atau servis yang tak akan menerima kesan sebegini (tak rasa sangat).

Bayaran Komisen (Untuk Tempoh 16 Feb – 16 Mac)

Kepada para affiliate Pakej Kit Blogger, saya telah membuat bayaran komisen kepada anda. Sila semak akaun bank anda masing-masing. Biasanya Maybank2u akan hantar emel makluman kepada anda. Berikut adalah mereka yang berjaya mendapat komisen (nama mengikut username affiliate):

hexagold, annafatwat, signup, ronlia, zulzeoking, bizmalaya, abdfatah, wirasutra, dauz_91 dan discount.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai program affiliate untuk produk-produk saya, anda boleh sertai Group Rakan JV saya di sini: http://smartusaha.com/rakanjv

Dan kemudian daftar di sini:

http://www.bloggingsteps.com/kit/agen

http://www.pasaranlumayan.com/pro

Harap maklum.

Nak Buat Blog Pasal Ebiz Jugak Ke?

Dulu, satu tulisan saya yang amat hangat mendapat respon daripada pembaca ialah bertajuk “Jangan buat blog pasal Internet Marketing boleh tak?“. Nak kata topik tu panas, tak juga. Tapi ia mendapat respon yang amat menggalakkan daripada para pembaca.

Satu lumrah di dalam dunia ebiz atau blogging ialah mengenai topik atau niche yang mahu dipilih. Secara automatik biasanya, seseorang yang baru mahu bermula di dalam dunia ini ialah mereka pasti akan terfikirkan mengenai topik buat duit, perniagaan internet, bisnes dan wang.

Secara asasnya, ia sedikit sukar untuk anda menandingi blog-blog lain yang lebih besar dan terkenal. Sebab itulah anda amat tidak digalakkan membuat topik blog mengenai buat duit atau ebiz. Sudah banyak blog sebegitu.

Namun bagi saya, nak seribu daya. Saya amat yakin, jika seseorang itu mempunyai perancangan, strategi dan usaha yang konsisten, blog beliau boleh pergi jauh dan berjaya. Jika anda mahu sangat membuat sebuah blog yang membincangkan mengenai topik-topik tersebut, silakan. Tiada halangan bagi anda.

Pada artikel kali ini, saya senaraikan beberapa tip bagaimana anda boleh survive (berjaya dan bertahan lama) dengan menulis blog mengenai topik Internet Marketing.

1. Ada Keunikan

Jika anda meniru gaya penulisan orang lain atau paling teruk anda copy and paste artikel orang lain, jangan harap anda akan berjaya. Para pembaca akan tetap dapat ‘menghidu’ bahawa artikel di blog anda bukan yang original daripada anda. Akibatnya, reputasi anda rosak dan tidak mendapat tempat di hati pembaca.

Keunikan di sini bermaksud, keunikan perwatakan anda, cara peyampaian penulisan anda dan juga rekabentuk (design) blog anda. Dengan perbezaan ini, maka para pembaca akan meletakkan blog anda sebaris dengan blog-blog yang lain kerana blog anda tidak sama dengan blog lain. Ini penyebabnya mereka suka kepada blog anda (ada sebab untuk suka).

2. Topik Yang Spesifik

Jika anda menulis mengenai perniagaan internet secara umum, mungkin anda susah untuk mendapatkan para pembaca anda sendiri. Ini kerana, begitu banyak blog yang topiknya umum sebegitu.

Jadi, apa yang boleh anda lakukan ialah spesifikkan topik blog tersebut kepada satu atau dua topik untuk satu blog. Contohnya:

1. Copywriting

2. Traffic

3. SEO

4. PPC Marketing

5. Google Adsense

.. dan sebagainya.

Dengan menulis topik yang spesifik, terdapat beberapa kelebihan tersendiri seperti anda mudah dilihat sebagai pakar, lebih fokus di dalam kajian dan penulisan dan lebih mudah untuk memahirkan diri dengan teknik atau topik sebegitu. Dengan ini, pembaca ada sebab untuk merujuk anda kerana anda lebih fokus kepada topik tersebut.

Atau anda boleh spesifikkan skop sasaran pembaca anda. Contohnya:

1. Ebiz untuk pelajar

2. Ebiz untuk surirumah

3. Ebiz untuk pekerja (part time ebiz)

.. dan sebagainya.

Dengan melakukan sedemikian, anda tidak perlu bersusah payah berusaha untuk mengambil perhatian kesemua orang, sebaliknya anda telah mempunyai audiens yang spesifik. Malah yang istimewanya, anda mempunyai kumpulan pembaca (komuniti) anda sendiri.

Menulis topik berkaitan buat duit atau Internet Marketing bukanlah tidak boleh kerana jika kita perhatikan, ramai mereka yang sebelum ini tidak dikenali, sekarang mereka sudah terkenal kerana mereka mempunyai keunikan yang tersendiri di dalam penulisan dan peyampaian blog mereka. Mereka berjaya sebab mereka tidak tiru cara orang lain.

Ambillah sedikit masa untuk berfikir sesuatu yang lebih kreatif dan berbeza daripada biasa. Barulah orang berminat untuk mengambil tahu. Saya terfikir, adakah perkara yang kita tahu pada hari ini masih menjadi atau tidak. Tapi jawapan terbaik ialah, idea yang lebih kreatif, fresh dan terkini adalah lebih baik daripada idea yang sudah lapuk.

Semoga berjaya.

Widget MyBlogLog: Dulu dan Kini

Post kali ini sedikit santai. Jika anda perasan, MyBlogLog telah menyediakan design widget yang terbaru dan banyak pilihan warna. Saya tidak pasti bila ia dilancarkan. Cuba lihat imej berikut:

mybloglogaaaaaaaaaaaaamybloglog widgets

(klik pada imej untuk paparan besar)

Di sebelah kiri adalah design yang lama dan yang sebelah kanan pula ialah yang terbaru.

Design yang lama lebih simple, tapi untuk yang baru ia lebih nampak ‘fresh’ (design yang lebih glossy) dan terdapat satu fungsi iaitu apabila meletakkan tetikus pada mana-mana ikon readers (pembaca) di widget tersebut, akan dipaparkan info mengenai reader tersebut.

Apabila saya melawat blog orang lain yang meletak widget ini, ikon MyBlogLog saya akan dipaparkan di situ. Apabila mana-mana pembaca blog itu meletak tetikus pada ikon saya, maka akan terpapar bahagian (info reader) tersebut seperti imej di bawah:

new mybloglog widgets

Kelebihan yang lain pula ialah ia mempunyai ikon tambah (+) beserta ayat Add Me To This Site’s Community. Ikon sebegini bagi saya lebih menarik orang yang melihatnya untuk klik berbanding hanya ayat semata-mata seperti pada design yang lama.

mybloglog widget

(design baru)

myold11.jpg

(design lama)

Teramat jelas, bentuk yang baru lagi mantap, pro dan elegen. :)

Selain itu, paparan jumlah ahli bagi komuniti anda akan dipaparkan pada widget tersebut. Mungkin ini sebagai satu ‘psikologi’ untuk membuatkan orang lain ingin turut sama menyertai komuniti anda. Sebagai contoh semasa saya menulis artikel ini, ahli untuk komuniti saya adalah seramai 415 orang.

Fungsi lain yang saya nampak ialah senarai laman web pemilik reader tersebut. Lihat pada bahagian imej di bawah pada petak kuning:

new mybloglog widgets 2

Sehingga sekarang, saya meletak empat buah blog pada akaun MyBlogLog saya. Jadi, apabila pembaca blog yang saya lawati meletak tetikus pada ikon MyBlogLog saya, akan terpapar bahagian info itu yang turut sama disenaraikan blog milik saya. Ini adalah salah satu kelebihan terbaik untuk ‘mempromosikan’ blog anda.

Secara keseluruhan, saya lebih sukakan design yang baru ini sebab ia lebih interaktif, ada fungsi baru dan designnya yang amat menarik (cun!). Berbeza dengan design lama yang walaupun ia simple, tapi design lama ini tidak begitu ‘fresh’ berbanding yang baru dan ia lebih menggunakan coding table (<table>) semata-mata.

Buat masa sekarang, saya masih menggunakan design yang lama sebab ia simple dan tidak terlalu advance. Saya telah pun mencuba design yang baru semalam dan hati masih mahu menggunakan yang lama ( tak tahu lah kenapa? ;) ). Namun, tidak mustahil saya akan beralih kepada design yang baru juga kelak.

Anda pula sukakan yang mana satu? Yang lama atau yang baru?

Sertai Komuniti Saya

Klik link ini untuk mendaftar ke komuniti MyBlogLog saya (komuniti Perniagaan Internet) yang telah mempunyai lebih daripada 400 orang ahli. Daftar sekarang!

Mungkin di lain kali kita boleh berbincang pula apakah kelebihan MyBlogLog ini untuk Internet Marketing. InsyaAllah.

Anda perlu tahu: Mungkin ada yang belum tahu bahawa MyBlogLog sejak tahun lepas telah menjadi milik syarikat Yahoo!. Jadi, anda perlu mempunyai akaun Yahoo untuk mendaftar akaun MyBlogLog.

Rahsia Wang RM1000.00

RM1000.00, bukan satu jumlah yang banyak bagi sesetengah orang. Namun, ia amat banyak bagi orang lain. Bayangkan, seorang pekerja biasa yang bekerja sehingga mengeluarkan peluh setiap kali beliau bekerja, tetapi gaji untuk sebulan hanya beberapa ratus sahaja. Tapi bukan kerja itu yang saya mahu persoalkan atau perlekehkan, tetapi apa yang saya mahu nyatakan ialah, kehebatan Internet.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah dengan nikmat dan kemudahan Internet yang tercipta ini. Melaluinya, kita boleh mendapatkan wang dengan begitu banyak sekali. Sebut sahaja berapa jumlahnya, insyaAllah ia boleh didapatkan tanpa perlu berpenat lelah sangat.

Apabila anda mendapat kemahiran membuat duit di Internet, maka anda boleh mengulangi cara yang anda gunakan berulang-ulang kali dengan begitu mudah. Nak buat satu ribu, dua ribu, lima ribu? Ia bukan lagi mustahil! Itupun jika tahu caranya. Dah tahu formula asasnya, anda cuma perlu buat kiraan tambah, tolak, bahagi dan darab sahaja.

Ramai lagi yang ragu-ragu dengan cara mendapatkan wang melalui Internet. Sepatutnya tidak begitu kerana jika mereka mengerti dan faham, Internet adalah anugerah Ilahi sama seperti ciptaan-ciptaan yang lain, cuma Internet lebih laju, cepat dan menjimatkan kos.

Akibat sifat teknologi ini yang cepat, maka cepatlah kita mendapat wang. Lagi cepat dan mudah, maka lagi besar dan banyaklah wang yang diperolehi. Inilah nikmat Ilahi. Orang yang ragu biasanya mereka tidak faham dan tidak mahu ambil faham mengenai sifat nikmat kurniaan Ilahi ini.

Baik, kita biarkan dahulu dengan keraguan tersebut. Kita beralih pula mengenai cara bagaimana untuk mendapatkan RM1000.00 melalui Internet. Pada tulisan kali ini, saya akan senaraikan beberapa cara untuk anda dapatkan RM1000.00 tanpa perlu mengeluarkan peluh. ;)

Cara 1: Jual Produk – Pasaran Malaysia

Hasilkan sebuah produk dan jualnya dengan harga RM50.00. Jika anda mendapat 20 jualan, maka hasilnya ialah RM1000.00.

RM50.00 x 20 jualan = RM1000.00

Untuk pasaran Malaysia, tidak banyak cara untuk anda promosikan produk anda melalui Internet. Berdasarkan pengalaman saya, di antara teknik yang berkesan bagi pasaran Malaysia ialah menggunakan program affiliate, viral marketing, List, JV, forum komuniti dan iklan.

Ya, jika anda mahu membuat wang yang banyak dengan masa yang cepat, LIST adalah cara yang terbaik.

Cara 2: Dapatkan USD350.00 (Kuasa Tukaran Matawang)

Cara ini lagi mudah sebenarnya. Salah satu sebabnya ialah pasaran yang dimasuki ialah satu pasaran yang besar. Kedua, pasaran tersebut mempunyai kuasa beli yang tinggi. Sebab ketiga ialah anda mempunyai banyak pilihan dan cara untuk mempromosikan produk anda, ada 1001 cara.

Usahakan untuk mendapat sekurang-kurangnya USD350.00 dan apabila ia ‘dibawa masuk’ ke Malaysia, jumlah dalam RM ialah lebih daripada RM1000.00.

Cara 3: Servis/Perkhidmatan

Jika satu servis yang anda sediakan berharga RM400, berapa orang pelanggankah yang perlu anda dapatkan untuk memperolehi RM1000? Ya, tiga orang sahaja! Jika anda mahu tahu, salah satu cara mahu ‘kaya’ cepat melalui Internet ialah dengan menyediakan servis. Caj untuk satu jenis servis boleh mencecah ribuan ringgit atau paling kurang RM100.

Kebiasaannya, modal untuk servis ini tidaklah tinggi sangat, hanya perlukan masa sahaja. Lagi kompleks servis, lagi banyak masa diperlukan dan lagi tinggi cajnya.

Fikir dan analisa apakah perkhidmatan yang boleh dan mampu anda sediakan. Kemudian letakkan jumlah caj untuk servis tersebut. Tak cuba tak tahu.

Sebelum ini saya ada menulis 7 contoh idea perkhidmatan di Internet. Boleh rujuk di sini:

Siri 1: 7 Idea Perkhidmatan di Internet

Siri 2: 7 Idea Perkhidmatan di Internet

Kesimpulan

Berniaga atau mencari pendapatan di Internet amatlah mudah sebenarnya. Cuma anda perlu tahu cara yang betul dan tepat. Itu sahaja. Soalnya, bagaimana? Jika mahu tahu cepat, belajarlah daripada mereka yang sudah tahu caranya. Atau jika ada masa, anda boleh usaha sendiri dengan membuat kajian. Tapi cara ini amat lambat dan biasanya anda akan mudah berputus asa.

Carilah mentor atau pembimbing. Anda pasti berpuas-hati.

Sekali lagi.. Dah tahu formula asasnya, anda hanya perlu sesuaikan dengan projek perniagaan anda sahaja. Persoalannya, adakah anda sudah menemui formula untuk kegunaan anda itu? Atau, anda si pencari peluang yang malang?

Salam maju jaya.

Incoming search terms:

  • bagaimana mahu dapatkan rm1000
  • perniagaan modal rm 1000

‘List’ BUKAN Lagi Emas Jika…

Kita sering berbincang, mendengar dan membaca mengenai kepentingan LIST (senarai nama dan emel). The list is gold, the money is in the list dan macam-macam lagi lah. Namun, satu perkara yang ramai orang ambil remeh dan tidak pandang serius ialah jenis autoresponder yang digunakan untuk menyimpan “emas” tersebut.

Senarai emel adalah emas. Tempat sesuai untuk menyimpan emas ialah di bank. Analogi ini bermaksud, kalau anda mahu menyimpan emas (senarai emel), simpanlah dengan menggunakan autoresponder yang reliable (bank). Sebaliknya, bukan menggunakan sistem autoresponder yang percuma atau pasang sendiri di Hosting. Selain ia kurang reliable, ia juga cerewet untuk diuruskan.

Menggunakan autoresponder yang tidak bagus umpama menyimpan emas di tempat yang tidak sepatutnya. Bila-bila masa boleh hilang. Dalam kes terbaru, En. Zamri Nanyan kita telah kehilangan banyak data (senarai emel) kerana menggunakan sistem autoresponder yang kurang reliable. Satu pelajaran yang terbaik untuk anda teladani.

Kepada anda yang baru mahu mula membina list, jangan kedekut dan takut untuk keluarkan modal bagi membeli autoresponder berbayar! Setiap satu sen yang anda keluarkan akan terbalas berkali-kali dan berlipat-kali ganda apa yang anda bayar itu. Lihat perkiraan berikut:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Siapakah Pembeli Produk Anda?

Siapakah pembeli bagi produk yang anda jual?.

.

.

Masa tamat. :)

Jawapannya ada di dalam artikel berikut.

————————

Dalam banyak-banyak persoalan yang saya terima, boleh dikatakan kebanyakan masalah atau keluhan yang diluahkan kepada saya ialah, “susahnya nak dapat satu jualan..”.

Ya, itu hakikatnya.

Sebelum saya menyatakan satu formula yang bukan lagi rahsia, saya ingin mengulangi lagi mengenai promosi. Jikalau anda hanya mengharapkan orang datang ke laman web anda tanpa apa-apa promosi yang pelbagai atau berkesan, jangan begitu mengharap untuk mendapatkan jualan.

Dan saya pernah menyenaraikan dahulu jenis-jenis trafik dan bentuknya. Salah satu daripadanya ialah, LIST. List terbahagi kepada dua iaitu subcribers biasa dan juga pembeli sedia ada.

Untuk jawapan persoalan di atas bagi maksud tulisan saya pada kali ini ialah:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • mencari pembeli kuih
  • pembeli produk

Usahawan Internet Mudah GAGAL Kerana…

Amaran: Baca artikel ini jika anda tidak mahu mudah GAGAL

Satu demi satu jatuhnya usahawan Internet. Mungkin jatuh (gagal) mereka hanya sementara dan kembali bangkit kelak. Tetapi persoalan di sini, kenapa mereka mudah gagal?

Dahulu, saya ada menulis mengenai empat orang usahawan Internet yang gagal. Anda mungkin masih ingat kisah panjang tersebut. Jika belum membaca, klik di sini untuk membacanya.

Mengapa Mudah GAGAL?

Berikut adalah beberapa sebab atau punca mengapa mudah GAGAL:

1. Melakukan kerja sendiri-sendiri. Tiada rakan perniagaan atau Team. Sebab itulah SmartUsaha.com kini sedang mencari-cari seorang atau dua untuk memantapkan jentera SmartUsaha.com.

2. Tiada Perancangan yang baik. Jika anda melakukan perniagaan sambil lewa, ikut ‘mood’ atau bermusim semangatnya, anda akan mudah gagal. Rancanglah walau di atas sekeping kertas.

3. Menganggap perniagaan sebagai hobi. Anda mungkin pernah mendengar kata-kata ini. “Anggaplah perniagaan yang anda lakukan sebagai hobi, buat apa yang anda suka”. Tapi berapa ramai yang faham maksud kata-kata ini? Teruskan membaca…

4. Tidak membantu diri sendiri dahulu. Ini pengajaran yang amat bermakna bagi saya. Ingat baik-baik pesanan saya ini. Jika diri anda masih lagi di tahap permulaan, baru bermula, atau pendapatan masih sedikit, jangan sibukkan diri untuk membantu orang lain. Bantu diri anda dahulu.

5. Bersendirian, tiada ‘rangkaian’. Saya kenal ramai usahawan Internet. Tak perlu sebut nama di sini. Kami pernah bertemu bertentang-mata, malah sentiasa beremel berbincang dan bertanya khabar. Kalau motivasi saya jatuh, merekalah tempat saya ‘mengeluh’. Kalau mereka pula jatuh, saya pula yang memberi mereka semangat.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • Perniagaan yang mudah diuruskan dan mudah di buka
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)