Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

7 Cara Mudah Membuat Rakan Facebook Suka Dan Selesa Dengan Kita

Pemasaran menggunakan Facebook atau laman web sosial yang lain, adalah sedikit berbeza dengan cara-cara yang lain. Ini kerana, pemasaran sosial sebegini adalah lebih kepada bentuk ‘komuniti’. Kita tidak boleh ikut suka hati sendiri sahaja atau hentam keromo.

Di Facebook, terdapat banyak cara untuk membuatkan orang sukakan kita atau dalam sebutan yang lebih enak, orang amat selesa dengan diri kita. Perkara ini amat penting di dalam bisnes iaitu seboleh mungkin, kita mahu elakkan seseorang ‘terluka’ akibat cara yang kita gunakan.

Happy!

Di sini, saya senaraikan 7 cara yang boleh membuatkan rakan-rakan di Facebook selesa, suka, tersenyum, gembira dan sayangkan kita:

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • status terbaik di facebook
  • cara buat orang suka kita
  • rakan facebook
  • cara buat orang ketawa
  • facebook rakan
  • status best untuk facebook
  • cara membuat orang ketawa
  • cara membuat orang suka dengan kita
  • cara membuat orang gembira
  • cara untuk membuat facebook yang mudah

Facebook Itu Tidak Berguna? Fikirkan Semula…

Facebook… Jika ia dilihat sebagai satu wadah pemasaran semata-mata, maka sempitlah kefahaman kita terhadapnya. Selain ia boleh dijadikan alat pemasaran perniagaan, ada lagi kelebihan lain Facebook (FB) seperti:

1. Berinteraksi dengan lebih rapat dengan usahawan yang lain. Semenjak saya menggunakan Facebook, kenalan saya terutama kalangan usahawan semakin bertambah. Kenalan ini bukan sahaja berinteraksi di FB, malah kami telah berjumpa beberapa kali.

2. Dapat mengetahui sesuatu informasi tanpa perlu kita mencarinya. Sebaliknya ia dikongsi oleh rakan-rakan di FB. Mungkin berkaitan kejadian semasa, berita, tip, panduan dan lain-lain lagi.

3. Boleh bertanya soalan yang tertentu. Contohnya jika kita mahu mencari sesuatu tempat yang belum pernah kita pergi, kita boleh bertanya di FB. Jika mahu cari hotel yang berdekatan di tempat tertentu, boleh tanya di FB. Ramai yang akan memberikan cadangan dan maklumat.

Contoh yang lain, saya pernah bertanya cadangan tempat untuk saya berpindah ke KL nanti. Ramai yang memberikan cadangan, termasuklah oleh agen-agen rumah sekali. :D

4. Dorongan dan motivasi. Sebahagian besar rakan-rakan di FB akan terus menerus menulis sesuatu yang positif. Dan ini amat bagus untuk minda dan motivasi kita.

5. Mendapat perhatian pihak tertentu. Sebagai contoh, saya telah mendapat jemputan untuk memberi ceramah, sesi khidmat runding dan banyak lagi peluang yang tidak terjangka.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • contoh-contoh borang soal SELIDIK PEMASARAN
  • ssm borang d
  • borang soal selidik contoh
  • contoh borang kaji selidik sesuatu produk
  • promosi makanan di fb
  • contoh borang 24 ssm
  • borang lesen perniagaan
  • borang 24 ssm
  • sesi khimat runding
  • kebaikan facebook untuk perniagaan

7 Cara Promosi di Facebook

Saya pun sudah tidak ingat, sudah berapa lama saya ber-marketing di Facebook. Cuma saya lihat, pemasaran di sana mempunyai corak dan keunikan tersendiri.

Setakat ini, sebahagian trafik ke blog ini datang dari Facebook. Soalnya, bagaimana mereka boleh sampai ke sini?

stats fb smartusaha

Sebenarnya saya melakukan promosi di sana bukanlah kerana mahu mereka melawat ke blog saya. Keutamaan saya di sana adalah membina komuniti tersendiri di sana, selain komuniti melalui blog ini. Saya juga mahu membina jenama melalui FB, seperti mana saya menggunakan blog dan juga forum.

Apa yang saya dapat katakan, Facebook bukanlah tempat terbaik untuk mendapatkan pembeli sekiranya tidak kena pada caranya. Saya melihat bahawa, Facebook sama seperti web sosial yang lain di mana ia adalah tempat orang berehat, mengisi waktu yang terluang dan saling berkomunikasi satu sama lain.

Di Facebook (FB), saya tidak target jualan atau mahu menjual. Di sana, saya banyak berkongsikan informasi sama ada tip, panduan, berita semasa dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang perniagaan saya (niche). Matlamat utama saya adalah mahu mempromosikan jenama perniagaan saya di sana dengan menggunakan kaedah “soft selling” yang jauh lebih bermanfaat untuk jangka masa panjang.

Jika anda mempunyai akaun Facebook, bolehlah Add saya sebagai Friend:

http://facebook.com/mohdzulfadli

Berikut saya senaraikan 7 cara promosi, teknik atau kaedah yang boleh anda cuba di Facebook. Kesemuanya memerlukan masa dan ingin saya tekankan bahawa, pemasaran di laman web sosial seperti Facebook sudah semestinya mengambil masa. Maka, ruangkanlah masa sebaik mungkin agar tidak hilang fokus.

Berikut adalah 7 teknik yang boleh anda lakukan untuk marketing di FB:

1. Kumpul “friend” & berkomunikasi

Utamakan kualiti berbanding kuantiti. Keberkesanan promosi di FB hanya apabila anda dan “friend” sudah berkomunikasi dan kenal satu sama lain, atau mereka telah mengenal diri anda atau perniagaan anda.

Cara untuk berkomunikasi dengan mereka ada pelbagai cara sama ada melalui mesej Inbox dan juga menggunakan Wall mereka. Ingat, jangan spam atau promosikan apa-apa. Cukup memperkenalkan diri atau memberikan informasi yang berguna untuk mereka.

Pengenalan diri juga boleh dilakukan pada Wall kita sendiri menggunakan fungsi Status. Contoh yang saya lakukan:

promosi facebook smartzul

2. Bahagian profile diri yang jelas dan lengkap

Isi semua maklumat yang diperlukan pada bahagian profile seperti nama perniagaan anda, laman web, blog dan lain-lain lagi. Ini semua bagi memastikan “friend” dapat mengenali anda dengan mudah dan jelas.

3. Memberikan status berbentuk informasi yang berkaitan dengan produk dan perniagaan atau sebarang aktiviti yang dilakukan.

Contoh status:

promosi facebook smartusaha

4. Membuka Page atau Group sendiri

Jika anda telah Add saya di FB, anda boleh membaca tip ke-4 ini di sini:

http://www.facebook.com/notes/mohd-zulfadli/contoh-guna-fungsi-page

*Perlu jadi “friend” saya dahulu baru dapat baca nota tersebut…

5. Tulis Notes (nota) dengan menggunakan fungsi Notes. Rakan-rakan anda di FB pasti menghargainya.

Apa itu Notes? Notes lebih kurang saja dengan penulisan di blog, malah artikel di blog kita boleh dimasukkan secara automatik ke bahagian Notes di FB.

Mungkin ramai yang bertanya bagaimana cara memasukkan artikel dari blog secara automatik ke bahagian Notes tersebut. Caranya ada dalam video berikut:

Link video: http://www.facebook.com/video/video.php?v=167304069593

*Video di atas tanpa suara…

Anda boleh melihat senarai artikel yang saya tulis terus di FB dan juga berasal dari blog ini, di sini:

http://www.facebook.com/notes.php?id=817509593&style=1

6. Selain menulis, anda juga boleh berkongsikan gambar atau video yang berkaitan dengan perniagaan anda. Jadikan rakan-rakan FB anda semakin ‘dekat’ dengan anda.

Contoh yang saya lakukan:

imej facebook

Contoh video pula adalah seperti video di atas.

Selain informasi berbentuk tulisan, imej atau video juga biasanya lebih menarik perhatian rakan-rakan anda di FB.

7. Jangan SPAM

Ya, jangan spam! Ramai orang yang melanggar pantang larang ini. Mereka ingat, FB itu milik mereka kah mahu spam sesuka hati? Jangan sampai privasi orang lain terganggu dengan teknik spam, yang bukan sahaja membuatkan mereka tidak selesa atau marah, malah ia salah di sisi peraturan pihak FB.

Kesimpulan

Pemasaran di Facebook mengambil masa, melainkan anda bijak menggunakan strategi dan juga automasi seperti menggunakan teknik Application seperti aplikasi berbentuk game atau kuiz. Teknik ini saya tidak dapat menerangkannya kerana saya belum melakukannya lagi.

Bagi diri saya sendiri, saya telah mendapat kenalan yang ramai di FB yang selama ini amat mustahil untuk saya mengenali atau merapati mereka melalui blog atau kaedah lain. Malah yang mengembirakan, banyak perkara yang saya tidak jangkakan, telah pun saya raih. Ini semua kerana saya telah membina ‘hubungan’ dengan mereka di FB yang saya lihat ia amat sukar untuk dilakukan dengan kaedah lain seperti blog atau forum.

Maka saya melihat pemasaran FB dari sudut yang berbeza, bukan sekadar untuk mempromosi produk, tapi ia melangkaui lebih daripada itu…

Pokok pangkalnya, dalam apa jua usaha promosi atau pemasaran, kita mesti ada matlamat, jelas apa yang perlu kita lakukan dan mesti dilakukan sebaik mungkin (beretika) serta dengan penuh sabar.

Selamat berjaya.

Incoming search terms:

  • cara promosi di facebook
  • cara promosi
  • teknik promosi di facebook
  • perniagaan facebook
  • cara mempromosikan perniagaan
  • cara promosi di internet
  • bisnes di facebook
  • cara promosi perniagaan internet
  • cara promosi produk di facebook
  • promosi di facebook

Pemasaran Twitter dan Facebook

Bagi anda yang belum guna Twitter dan Facebook, segeralah lakukannya. Rugi kalau tak buat. Benda ni tak perlu bayar pun walau satu sen.

Buat masa ni saya tak dapat nak kongsi-kongsi tip atau panduan pemasaran twitter dan juga facebook ni sebab saya sendiri pun masih belajar dan mencuba terutama facebook.

Walaupun begitu, daripada tracking dan percubaan yang saya lakukan, memang dapat trafik daripada kedua-dua platform ni. Satu peringatan saya, janganlah sertai mana-mana komuniti seperti di twitter dan facebook hanya nak submit link sahaja. Spam sana dan spam sini. Huh, sakit mata dibuatnya. Elakkan. Orang kata, biar seimbang dan natural.

Mohd Zufadli's Facebook ProfileDi facebook, pelbagai golongan yang menyertainya daripada artis, penulis buku, motivator, usahawan, student dan ramai lagi. Apa yang saya lihat, berbanding myspace dan friendster, di facebook lebih ramai orang-orang yang matang di sana. Jadi untuk perniagaan, amat sesuai untuk tujuan marketing (target mereka).

Pemasaran menggunakan kaedah social network sebegini memerlukan interaksi dengan ahli-ahli yang lain dan jangan sesekali menggunakan kaedah ‘memaksa’ seperti mana kaedah-kaedah yang lain. Orang pasti tak suka. Perkara paling penting adalah, jangan mahu hasil yang cepat kerana kaedah sebegini memerlukan sedikit masa.

Jika betul caranya, pemasaran menggunakan twitter dan facebook memang akan memberikan hasil yang menguntungkan untuk jangka masa yang panjang. Dalam bisnes, jangan hanya mahu cepat, fikirkan juga matlamat jangka masa panjang. Jika kita mahukan sesuatu daripada seseorang, kita mestilah memberikan sesuatu dahulu.

Berikut adalah link ke profile saya:

Facebook: http://profile.to/smartzul

Twitter: http://twitter.com/smartzul

ps. Tak tahu cara pemasaran melalui twitter dan facebook pun tak apa dulu. Yang penting paling kurang, daftarkan diri dahulu dan cari kawan. Yang penting, rancang. Benda ni kalau dah syok, memang banyak masa habis kat situ tanpa produktif pun. Ingat satu saja, tujuan kita adalah marketing. ;)

Incoming search terms:

  • biodata perniagaan anda
  • biodata usahawan katering malaysia
  • biografi ushawan Malaysia
  • cara buat profile usahawan
  • contoh biodata usahawan untuk folio
  • gambar perniagaan dalam facebook
  • gambar usahawan berjaya
  • perniagaan dalam facesook

Panduan Asas SEO + Tiga Rahsia PENTING

SEO adalah satu teknik pemasaran dan promosi yang percuma. Atau dalam istilah Internet Marketing, ia dipanggil sebagai Organic Search.

Namun, ikhlas saya katakan, untuk mendapat hasil SEO yang memuaskan ia memakan masa. Tapi walaupun mengambil masa, jika anda tidak mulakan sekarang, maka hasilnya entah bila anda akan dapat. Dan saya buat SEO untuk blog ini sejak dua tahun yang lepas lagi.

Jadi mulakan hari ini juga sedikit demi sedikit. Buat yang asas-asas dulu pun tak apa macam link exchange, submit ke direktori, internal linking dan juga On Page SEO. Sebelum tu, kenal pasti apakah keyword yang patut anda target melalui keyword research.

Satu syarat penting, buat secara normal dan jangan terlalu mendadak. Sebab itu amat penting anda rangka jadual untuk aktiviti SEO laman web atau blog anda.

Dengan siapa boleh belajar SEO?

Jawapan mudah, bukan dengan saya. Saya hanya pengamal (practitioner) dan bukan pakar atau bukan ahlinya. Saya tarik diri awal-awal lagi ya. :)

Ada tiga sumber yang anda boleh belajar SEO:

1. Daripada Internet Marketer yang ada pengalaman dan hasil SEO tersendiri. Mereka bukan bercakap kosong.

2. Daripada laman web enjin carian sendiri. Contohnya seperti laman web Google (Webmaster Help).

3. Daripada pakar-pakar SEO profesional yang diiktiraf.

Saya memetik kata-kata Jon Leger yang mana katanya, banyak blog atau laman web yang kongsikan tip dan teknik SEO. TAPI sayang sekali, mereka tidak nyatakan BUKTI dan FAKTA.

Contoh: Kalau mereka kongsi 10 teknik berkesan SEO, mereka tidak nyatakan mengapa teknik itu berkesan beserta dengan faktanya. Kalau nyatakan teori, at least bagitahu logiknya.

Jadi, hati-hati dengan nasihat mereka yang tidak ada bukti, fakta atau sandaran yang kuat. Malah mungkin teknik-teknik yang dikongsikan itu sudah tidak relevan malah yang lebih teruk, anda menghabiskan banyak masa dengan teknik yang tak berkesan.

Tiga RAHSIA Penting

Saya ingin kongsikan tiga tip penting atau boleh dikatakan sebagai PANTANG dalam SEO.

1. Rahsiakan kata-kunci (keywords)

Mendedahkan kata-kunci yang anda fokus (target) adalah satu KESALAHAN BESAR. Ia umpama ingin memusnahkan perniagaan anda sendiri. Semakin ramai yang gunakan keyword tersebut, maka semakin besar persaingan yang wujud.

Jika kita perasan, ramai marketer yang buat kesilapan ini. Kononnya mereka mahu menunjukkan kehebatan ilmu SEO mereka, lantas mereka katakan, “lihat, laman web saya ni dah dapat no 1 di google dengan keyword ni”.

Lainlah jika website tersebut hanya sebuah website/blog pandu-uji sahaja, maka itu tidak mengapa. Tapi kalau ia laman web perniagaan, 100% digalakkan jangan dedahkan kata-kunci yang digunakan.

2. Rahsiakan maklumat SEO laman web anda

Tidak kisah anda lakukan apa-apa model perniagaan. Yang penting adalah JANGAN dedahkan maklumat SEO laman web anda. Maksudnya, anda cerita yang dengan keyword ini menyebabkan laman web ini dapat top ten di google.

Jika anda dedahkan, para pesaing akan mula mengkaji laman web anda dan strategi yang anda gunakan. Ingat, Internet amat berbeza dengan perniagaan offline di mana dengan Internet, pesaing amat mudah untuk korek strategi sesebuah website.

Jadi, salah satu cara untuk kurangkan risiko sebegitu atau menyusahkan usaha pesaing korek rahsia, jangan dedahkan maklumat SEO laman web anda.

3. Rahsiakan teknik yang anda gunakan

Jika anda ada terjumpa atau menemui teknik yang berkesan untuk laman web anda, rahsiakannya. Bisnes tetap bisnes. Bayangkan, jika anda kongsikan teknik tersebut, bukan satu, dua, tiga atau empat pesaing akan gunakannya, malah beribu-ribu pesaing.

Kalau mahu kongsikan teknik tersebut, boleh. Tapi terangkan secara umum sahaja dan jangan dedahkan apa keyword yang anda guna serta website yang anda libatkan (melainkan ia web pandu-uji).

Tip Mudah PASTI Jadi Punya

Tip ini amat mudah dan kalau anda dedahkan keyword pun, pasti tak berguna sedikit pun untuk pesaing anda. Tak percaya? Tak apa, sila baca lagi…

Jika anda seorang usahawan, sudah pasti salah satu cara orang mengenali anda adalah melalui nama. Kalau boleh, biarlah nama itu unik. Tak semestinya nama sebenar anda.

Contohnya, saya lebih dikenali sebagai smartzul. Jadi, sebab orang lebih kenal saya dengan panggilan smartzul, maka apa yang akan saya lakukan adalah:

1. Beli nama domain smartzul.com

2. Guna nama smartzul di mana-mana saja (forum, komen di blog, dalam laman web, signature, profile web social dan lain-lain lagi…)

Jadi, katakan anda sudah femes, atau ramai orang kenal anda dengan nama anda tersebut, mereka akan cari di enjin carian. Ya, ini sudah pasti 100%.

Malah, mengikut pemerhatian saya, ada sesetengah pembaca blog ini menaip nama saya atau nama smartusaha di enjin carian untuk masuk ke blog ini.

Begitu juga dengan website-website lain macam Utusan, Berita Harian, pembaca mereka akan taip di enjin carian untuk masuk ke web tersebut. Mengapa? Sebab mereka malas untuk taip URL. ;)

Jadi, di sinilah pentingnya penggunaan nama brand (jenama) anda secara ‘agresif’. Serius, teknik penggunaan keyword jenama ini amat-amat berkesan. Ia sudah pasti tak berguna pun untuk pesaing anda gunakan nama jenama anda tersebut.

Mudah cerita, anda promosikanlah diri anda dengan jenama yang unik dan pasti pengguna internet akan guna nama tersebut untuk cari mengenai anda.

Promosikanlah nama anda itu di mana-mana sahaja. Bagi kes saya, syukur sebab saya ada nama unik iaitu Smartzul. Kalau saya guna Zulfadli, ramai nama Zulfadli atas dunia ni. Hakikatnya, nama Smartzul lebih dikenali daripada nama Zulfadli.

Pemasaran SEO dengan menggunakan nama yang unik sudah pasti akan menjadi. InsyaAllah. Dengan penggunaan nama yang unik, tak perlu sangatlah anda bersaing dengan usahawan yang lain.

Yang perlu anda lakukan adalah, promosikan diri anda dan cipta buzz mengenai perniagaan atau diri anda. Selebihnya orang akan cari anda melalui enjin carian.

Tapi, teknik ini hanya sesuai untuk promosi diri (personal brand) atau untuk jenama produk sahaja. Untuk produk-produk yang umum, anda tetap perlu guna keyword berkaitan.

Kesimpulannya, jika anda seorang yang femes, belilah satu nama domain untuk nama yang anda guna tersebut. Rugi kalau tak gunakan nama domain bagi nama tersebut, sebab yang pasti, pengguna internet akan cari anda melalui enjin carian.

Moga anda jelas dengan penerangan pasal kata-kunci jenama diri di atas.

Incoming search terms:

  • rahsia seo
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)